Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Adik jangan buat macam ni, kakak tak boleh buat macam tu. Tidak, tak boleh, jangan tu antara perkataan negatif  yang selalu didengar.

Terlalu negatifkah untuk anak2? Ianya bergantung kepada keadaan dan diri anak tu sendiri. Terlalu melarang dan kena pulak dengan personaliti anak tu yang memang mengikut je, memang tak berapa elok untuk jangka masa panjang.

Kenapa? Sebab macam ada tembok yang menghalang anak tersebut untuk hidup di dunia yang nyata. Hidup dengan hampir segalanya tidak, jangan, tak boleh sampai tak pandai bawa diri. Mungkin di mata orang tiada cacat cela, tapi dalaman diri hanya sendiri yang tahu.

Niat ibu bapa memang murni nak melindungi anak2 daripada dunia yang macam2 ni. Cumanya kesan untuk dalaman diri anak2 pun sangat terkesan. Terutamanya jika tembok penghalang tu tak jumpa jalan untuk dipecahkan.

Sesekali kepercayaan harus diberi kepada anak2 dan kurangkan perkataan tidak, jangan, tak boleh untuk benda2 yang tak sepatutnya.

Kalau anak2 dah besar baru nak bagi tanggungjawab buat keputusan sendiri, selalunya anak2 akan jadi indecision atau dengan ayat lain tak reti nak hidup.

Orang cakap berpada2 sudah la apapun. Jangan terlalu negatif dan jangan terlalu percaya. Ye la anak2 zaman moden ni perangai lagilah pelik, kalau tak dikongkong memang tak jadi orang la.

**************

Manusia memang boleh berubah. Tapi bila BULUH nak berubah memang susah dan panjang prosesnya berbanding si REBUNG.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative