Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Ada lagi yang masih berstatus P lesen memandu? Alhamdulillah aku dah hilang P. Ramai yang tanya macam mana proses nak hilangkan P selepas dua tahun. Nak kata renew tak jugak, tapi kira renew la kotkan istilahnya.

Untuk pengetahuan bersama, untuk hilangkan P korang kena pergi ke pejabat JPJ terdekat untuk dapatkan lesen penuh. Tak boleh ye buat kat pejabat pos. Lepas dah dapat lesen yang takde P tu, next-next year  kalau nak renew bolehlah buat kat pejabat pos.

Setahu aku, untuk tukar lesen P ni kalau suruh orang lain tolong pun boleh. Cuma kena bagi kat orang tu lesen P, sekeping gambar terbaru dan duit secukupnya. Dulu masa aku setahun RM30. Terus aku renew lima tahun. Excited punya pasal kot...lalala

Tapi sekarang tarikh lesen tamat dah ikut tarikh hari lahir kita, jadi ada perkiraan untuk yang lesen tamat sebelum hari lahir tu. Bukan fix RM30 la. Ye la nanti jangan tertanya-tanya apasal makin mahal ni. Opps tak pasti la jugak jika memang dah naik.

Apa kata yang tahu tu berkongsi info kat sini. Oke sekian diharap dapat membantu mereka yang mencari maklumat mengenai macam mana nak dapatkan lesen penuh tu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative