Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak menulis cerita kat sinikan. Erm nak tulis cerita pasal gagak dengan jag air le. Masa budak-budak dulu, mak-arwah tok ayah rajin juga cerita pasal ni dan baca buku pasal kisah ni. Jom kita recall balik.

*******************
Pada suatu hari yang panas cuacanya, seekor gagak yang dahaga terbang ke merata tempat untuk mencari air. Setelah lama berterbangan, sang gagak masih tidak menjumpai apa yang dicarinya. Sang gagak berasa sangat lemah dan hampir hilang harapan untuk menemui air.

Tiba-tiba, gagak ternampak sebuah jag yang berisi air di bawah sepohon pokok yang sedang ditenggeknya. Gagak terus terbang ke bawah pokok untuk melihat lebih dekat jika terdapat air di dalam jag tersebut. Terdapat sedikit air di dalam jad tersebut, gagak merasa sangat gembira.

Gagak pun memasukkan paruhnya ke dalam jag tersebut, tetapi malangnya jag tersebut terlalu sempit dan air terlalu sedikit di bahagian dalam jag. Gagak cuba menolak jag supaya air dapat mengalir keluar. Tetapi malangnya jag itu terlalu berat untuk dijatuhkan.

Gagak sedikit hampa. Dia melihat sekeliling, kemudian terlihat beberapa ketul batu kecil berhampiran. Gagak mendapat idea, dengan paruhnya gagak mengangkat seketul demi seketul batu dan menjatuhkannya ke dalam jag yang berisi air tersebut. Paras air di dalam jag meningkat seiring dengan jatuhnya batu tersebut sehingga gagak berjaya untuk minum air di dalam jag tersebut.

Moral: Kadang-kadang kita perlu berfikir dan bekerja keras mencari jalan keluar bagi setiap masalah di dalam hidup kita. InsyaAllah setiap masalah pasti ada hikmah dan jalan keluar.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative