Benih Kehancuran


Dari sebiji benih berupa kebencian
Bercambah dan melahirkan tunas kebencian..
Dari tunas kebencian..
Membesar dan mengeluarkan daun kebencian..
Dari daun kebencian..
Membesar dan mengeluarkan bunga kebencian..
Dari bunga kebencian..,
Mengembang dan menyebarkan benih kebencian..
Akhirnya, benih kebencian tersebut..
Mula bercambah dan bertunas..
Sehingga lah satu masa nanti..
Menghasilkan sebiji benih kehancuran..

Aku: Proses yang sentiasa berlaku sehingga tiada lagi ruang untuk kebencian dan kehancuran itu dihilangkan. Jika boleh hilangkan kebencian itu supaya ianya tidak menghasilkan benih kehancuran dan supaya prosesnya tidak berterusan.

Comments

nens cellection said…
mmg mendalam maksud ni kak, sy pon berusaha supaya benih kebencian tidak menjadi benih kehancuran...emmm
mama3heroo said…
nice sharing..penuh bermakna
Rodiah Amir said…
aku sedang alami. harus bagaimana aku lenyapkan benih2 keji ini.
Rodiah Amir said…
minta iizin share post kat blog aku ye.
HeNRieTTa JoSe said…
Kata org, biarlah kita memaafkan utk menghindarkan kebencian, bukan kerana dia berhak untuk dimaafkan, tetapi kerana kita berhak untik bahagia...
❤Kamsiah❤ said…
sangat2 menarik perkongsian ini..cubalah buangkan rasa benci membenci dalam diri kita,walau sebesar zarah..
Cik Tia said…
sedang cuba untuk hilangkan rasa benci.
ummiross said…
Salam Aishah..

Betul tu Aishah, kebencian juga memakan diri.
Tihara said…
sebenarnya perasaan benci ni bahaya tapi tu lah susahkan mau cerita
puteri kasih said…
rasa kebencian tu harus disingkirkan
Remy hazza said…
campak biji benih tu jauh2 pergi....... agak tak tumbuh kebencian nanti.....
Ujie said…
Kalau dari awal tak dicantas, mmg ia makin membesar.

Hakikatnya ada benih benci yg terkadang amat sukar dibuang jauh. Perlu kpd mujahadah..perjuangan hati.
tenku butang said…
hu2.. Kadang2 bila dh ilang benci dia dtg balik.. camne eh.. hi3..

dtg singgahbalas.. tq sudi singgah n komen di blog teman yea.. stay keep in touch yea.. =)
Koding said…
Sebiji benih cinta ...
Melahirkan tunas kasih sayang ...
TiranaAduka said…
erm..maaf ta komen byk post di blog ni.

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing