Tips untuk yang takut drive

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku percaya masih ramai yang takut untuk memandu kereta di jalan raya. Aku dulu pun sama je jugak, muka cuak gila kot masa mula-mula nak bawak kereta. Ye la lepas dapat lesen mana ada kereta nak bawa. Beskal ada le.

So dengan kereta kakak aku dan dia bertindak sebagai sifu, aku belajar memandu dan cuba menjadi seorang pemandu berhemah. Kih3 berhemah le sangat ye.

Kena hon tu perkara biasa bagi aku masa mula-mula bawa kereta dulu. Yup banyak kesilapan dan kesalahan jalan raya yang aku lakukan. Dengan sticker P yang masih tertampal walaupun masa tu dah lesen competen, kadang-kadang rasa macam pemandu lain memang tak bertimbang rasa.

Eh aku masih P, kalau salah bagi hon sekali pun cukuplah sebagai amaran. Tak payah la siap tunjuk tangan macam2 dan hon bertalu-talu. Tu dah kurang ajar macam samseng jalanan je gayanya. Buta ke tak nampak sticker P? Huhuu.

Buat u-turn pun aku tak berani dulu, sanggup ikut jalan jauh sebab takut nak u-turn. Kih3 padahal kereta kecik je pun.

Kalau time peak hour memang aku takut, sebab banyak kereta. Ye la kereta kat KL, Selangor ni nak cepat belaka. Kita kan masih terkedek-kedek nak bermesra dengan kereta dan jalan. Bawa kereta pun kat jalan-jalan yang dah familiar je. Sebenarnya banyak jalan tataw, time tu betul-betul baru kat KL, Selangor.

Memang mengelak daripada jem, sanggup keluar awal untuk elak kesesakan. Huu kronik betul pemandu baru ni ye, sanggup demi tak nak takut.

Belum masuk bab parking lagi, kucar kacir beb. Hahaa nak parking pun berjam-jam. Eh tak la sampai berjam-jam pun. Tapi agak lama le dok mengejas. Kalau parking tepi terus fail, sanggup parking jauh. Tempat macam pasar malam ke, kalau pegi akan cari tempat jauh dan tak sibuk, maklumlah risau parking lama-lama kang ada yang cakap apa lak. Oke aku masih fikirkan perasaan orang ye.

Jumpa trafik light pun cuak, eh jap gi tiba-tiba time aku lalu jadi warna merah lak. Mulalah was-was je tekan minyak pun. Huhuu stand by nak brek ada lagi. Kih3.

Kat selekoh lak memang slow gila sebab takut terbabas. Dok brek je keje terutama kalau selekoh tu turun bukit. Hahaa padahal kawal stering dan minyak pun dah cukup kot.

So berdasarkan pengalaman sendiri, bolehlah list down beberapa tips untuk yang takut nak drive tu.
  • Keluar awal untuk mengelak kesesakan, takde la cuak sangat dan boleh santai-santai je.
  • Buat permulaan silalah drive kat kawasan yang kita familiar je. Kalau tempat baru, time lapang dan agak-agak jalan tak sibuk, bolehlah bersiar-siar membiasakan diri dengan jalan tu.
  • Sampai kat trafik light jangan gabra, slowkan kereta dan berjaga-jaga je.
  • Untuk u-turn, buat je u-turn slow-slow. Kena hon pun tak pe la, yang hon tu pun dulu sama je kot. Kalau rajin praktis la buat u-turn kat jalan yang tak sibuk.
  • Untuk parking pun sama, parking slow-slow. Biarlah orang nak cakap apapun, lembab ke tak reti parking ke. Kalau rajin praktis gak parking. Parking serong, parking tepi, parking tegak. Praktis je semua.
  • Kalau kena hon jangan gabra/cuak/takut, jangan marah sebab hon tu untuk bagi amaran mungkin kita buat kesalahan yang kita tak perasan. Contoh tukar lorong tergesa-gesa tanpa bagi signal ke, termakan jalan orang ke, terhimpit orang ke. Tak pun orang tu memang ego dan rasa semua orang salah. Erk?
Pasni nak share pengalaman memandu la, ye la mungkin boleh jadi panduan untuk yang masih takut dan tak biasa drive tu. Aku faham perasaan tu sebab dulu aku pun takut nak drive. Kat umah aku ada basikal je pun. Hahaa diulangi basikal/beskal.

Psst pemandu wanita sekarang ni ramai yang kurang ajarkan. Bawa kereta macam samseng jalanan je. Huu mungkin dah terbiasa dengan pemanduan tak berhemah dan ragam pemandu lain kot.

Apa yang paling penting bertimbang rasa lah ketika di jalan raya. Ye diakui kadang-kadang kesabaran memang hilang bila pemandu lain kurang sopan dan tidak berhemah. Tapi ingat membawa kereta secara merbahaya  tu boleh masuk kategori bunuh diri gak kalau eksiden dan mati. Kalau kita yang menyebabkan eksiden tu, kita macam dah bunuh orang. Kecualilah kalau kita dah berhati-hati tapi berlaku jugakkan. Itu sudah suratan takdir.
(autopublish) 

Comments

Ujie said…
dulu saya mmg boleh drive. masa stay kat semenyih pun masih drive g kerja. Lps2 tu bila kancil bertukar 4WD, langsung tak berani drive...sampai skrg walau dah ada keta sedan. Sbb kat sgor/kl ni sume org bwk laju2, ngeri.

betulla, driver prmpn ramai yg kurang ajar & tak bertimbang rasa. Tak sesuai dgn sifat prmpuan. Selalu terkena masa naik keta dgn suami.
Kakzakie said…
Kalau kenang masa mula bawa kereta memang gelihati Sya. Kakak pun sama sebab takut jem boleh keluar seawal 6:30 pagi tau so tak banyak kereta.
entry ni khas utk yui..kih2..
Nens Collection said…
alahaiii..betul la kak..nens dh abes L 3 bulan..siap kene sambung br leh test ni..kesnya..asik cuti jek..kalo kita x cuti cikgu yg cuti..hehe

mmg seriau nk naik ats jalan..plak tu hubby nens ckp..nnt abg beli je kete auto kt awk..bwk pakai clucth ni takut awk x pikap..pdhal lama2 boleh je kan..tp nens mmg nk auto pon..mcm senang jek..hehe

hahaha..duk citer2 auto manual plak..lesen x dpt2 ag..huhu
Lyaa Suriany said…
samo la kito.
hahahaha
Bui Junaidi said…
DULU MS MULA2 DRIVE,PALING ALERGIK JUMPA ROUNDABOUT DGN TRAFIK LIGHT SBB ENJIN SLL MATI MS TU..PASTU MULALAH PANIK X TENTU PASAL..HAHA
J.Syazwana said…
kadang2 rasa tak percaya kite dah boleh drive. dulu punya lah menggigil every time duduk kat seat driver tu. hahaha
Kak Mahh said…
Tip...buat yang agak gementar ni.
Dkna Abza said…
teringat zaman dkna belajar amek lesen.. entah dari mana terus dpt bawak kete tanpa rasa bersalah :)
hana hadi said…
org perempuan kalau takut nak bawa kereta takut betol2. tapi kalau berani, mmg berani sangat. sampai pemandu lain takut.hehe

hana xsuka dengar bunyi hon. bagi hana hon ni ada 2 sebab je. satu nak exciden 1 lagi orang marah. biarlah dia hon kat sapa2 pun hana tetap risau dan akan akan tahan nafas kejap. hehe
berguna tips ini. terima kasih akak.
Nafira usof said…
betol tuh~
kalo kat KL n Selangor memang cabaran sket nak drive.. dengan jem nye, dengan perangai pemandunye.. yang penting kena berani..:)
puteri kasih said…
tips yang berguna ni. Masa awal-awal dapat lesen memang takut nak memandu kan :)
Remy hazza said…
tip yg bagus....lagi satu remy selalu tgk..org tak reti parking reverse....he3
BAGUS TIPS..
tapi saya tak takut drive, klu takut saya tak berani, jadi tk berani tak leh pi mana-mana :)
Nzyrahun said…
HEHEHEHE, aku lesen p dah habeih. Sekarang ni baru nak drive, dulu tak drive sebab ayah tak bagi, sekarang dah ada kereta semua, nak drive pun takut lagi, T_T kena hon tu perkara biasa, aku orang hon lutut aku semua mengeletar kah kah kah tapi sempat lagi jeling sebab bawak lambat mcm kura kura keh keh keh XDDD
Anonymous said…
Betul tu. Perempuan ni kalau takut takut sgt. Berani berani sgt. Sy start bwk kereta masa tak ada lesen lg. Sbb trlampau berani n taksub sgt nk bwk kereta. Hehe. Last2 masa spm sy pergi ambik test jpj n dpt jgk lesen. Baru sehari pgg lesen dh bwk kereta pusing2. Sebenarnya nk bwk kereta tak boleh takut. Nk taknak kene berani. Kene yakin yg kite boleh drive.
Anonymous said…
nice info.. khamis ni sy jpj.. sy plak mmg jenis penakut tak tentu pasal.. rasa gabra je bila nak drive tu.. doakan sy lulus ehh...
Pengalaman trok kna hon sbb slh msok jln. Lps tu tah cemana otak letih sgt xdpt pk. Bley pegi ikut motor u turn tmpt utk moto shja. Nk reverse blk. Apalagi kena hon la. Tros rsa tkt nk drive. Hmmm
Sharifah Zaidi said…
Suka baca blog ni. Pengalaman saya plak, saya x sempat nak amek jpj test da nak bersalin n keadaan terlalu sebok nak amek cuti pon susah. Senang cerita memang x de lesen langsung sekarang ni. Tp now bila anak da ramai nak berhantar n berjemput ke sekolah, terpaksa beranikan diri bawak kereta. Memang betul pon, semua orang yg pandai bawak kereta asalnya diorang pon takut jugak kan.. so, kipidap to me la.. korang semua doakan saya berani n hati kering ye..
Sharifah Zaidi said…
Suka baca blog ni. Pengalaman saya plak, saya x sempat nak amek jpj test da nak bersalin n keadaan terlalu sebok nak amek cuti pon susah. Senang cerita memang x de lesen langsung sekarang ni. Tp now bila anak da ramai nak berhantar n berjemput ke sekolah, terpaksa beranikan diri bawak kereta. Memang betul pon, semua orang yg pandai bawak kereta asalnya diorang pon takut jugak kan.. so, kipidap to me la.. korang semua doakan saya berani n hati kering ye..
Anonymous said…
Saya seorg yg panic... Lesen sye dah abis p... Lps 5 tahun bru nk blaja drived balik mmg Bg sye sgt mncabar.... Hope sgt entry ni boleh jadi pembakar smngt sye

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing