Monday, February 4

Testimoni Alpha Lipid SD2

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Alpha Lipid SD2 antara produk yang masih hangat sekarang ni. Kat blog, facebook ada je yang dok promote. So aku pun nak jugak share testimoni. Tapi bagi pihak orang lainlah. Jangan risau takde bias sebab aku tengok depan mata kepala aku sendiri.

Erm berkesan ke tak guna Alpha Lipid SD2 ni? Dia sebenarnya bergantung jugak kat orang tu tahap keberkesanan produk ni. Ada orang lambat turun berat, ada orang cepat je. Tapi turun jugaklah.

Oh ya, kalau amek SD2 makanya kena la ikut aturannya. Jangan dilanggar pantang larang, nanti tak menjadi lak. Sape amek SD2 kena berdiet karbohidrat. Maknanya tak boleh makan nasi, roti, mee, dan segala jenis kabo le. Ratah je la lauk pauk, makan sup sayur ke, sup ayam ke. Perut jelapang padi macam aku ni mesti tak boleh terima ni (tapi kalau ditakdirkan aku gemuk nanti, mungkin sanggup gak kot..hehee).

Seeloknya bersenam la jugak untuk cepatkan proses penurunan berat. Ada orang terdekat aku yang mengamalkan SD2 ni. Erm kopak le duit tapinya. Maklum le setin tu tahan la seminggu je. Setin pulak harga sekitar RM150-RM180. Darab le dengan 4 minggu. Lebih mahal daripada ansuran bulanan kereta kot.

Tapi berkesan la jugak, turun le berat sedikit demi sedikit, tak turun mendadak ye. Boleh nampak le kecik sikit. Tapi bila dah tak mampu maintain dan dah belasah nasi, roti...macam biasa la berat mesti le naik semula. Ni aku tengok orang tu la, tapi naik tak la mendadak. Heheh

Kiranya SD2 ni jadi macam motivasi la untuk berdiet karbohidrat, dah le mahal haruslah ikutkan. Kalau tak rasa macam alamak ruginya duit aku. Huhuh

Pernah baca diet atkins kat blog nens collection...lebih praktikal bagi yang sayang nak keluarkan duit tu rasanya. Heheh... Nak baca leh la jemput ke blog nens---->Atkins Diet

Tapi seorang kawan pernah cakap doktor peribadi dia sarankan amek SD2 ni untuk kesihatan disamping turunkan berat. Wuu bab tu tataw le, mungkin gak SD2 ni topup balik apa yang badan tak cukup supaya rasa bertenaga walaupun berdiet karbohidrat.

*******
Aku: Orang sebok nak turunkan berat, aku sebok nak naikkan berat. Baju saiz S dah jadi XS, 36 dah jadi 34. Apa sudah jadi, memang tak boleh jadi. Sibuk punya pasal berat makin turun.

9 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui dah try tp mmg tak berksan pd yui..hihi.

bdn jenis sussah nak turun/

Ujie said...

sd2 ni kalau tak silap mmg dia soh kita ikut diet atkins. mmg dasat dietnya..tak sanggup la pulak.

Kakzakie said...

Betul Sya kalau dah beli tapi tak ikut arahan baik jgn beli - membazir aje. Kalau kakak terang memang tak bolehlah kalau tak makan nasi/roti. Jadi memang tak bolehlah..

Remy hazza said...

he3.... malu nak ckp...remy pun pun ambil SD2 nie.... tapi mcm tak berjaya...makanan sedap hari2.....hu3

ieda immi said...

;) akak lebih suke herbalife dari SD2 sbb ketara perbezaan dan kelebihan dia ;)

apa2 pun semoga berjaya , semua atas kehendak sendiri kan ;)

Kancil 8349 said...

masing - masing ada hak sendiri...jangan terlalu ikut trend orang kalau diri sendiri merana...hehehe..apapun ikut kehendak hati kita sendiri

Ann Ishak said...

dari S dah jadi XS, tak payah dah nak ambik SD2 ni kot AJ ;)

SHAHIDA SHIDA said...

sepupu pun ada minum SD2 ni, tak taulah berkesan ke tak, dah lama tak jumpa dia...Kalau dia berhasil menguruskan badan, saya pun terasa nak minum gak, walaupun terpaksa korek duit tabung..wohha...

Lia Irdelia said...

mcm2 dah produk sekarang ni kan kak..
kena pandai pilih laa, kalau tak nanti kesan dia sendiri yg tggung..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...