Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sekarang aku berstatus nomad sebab takde rumah. Hahaa sadis tak? Ada sape-sape nak bagi tumpang rumah tak. Hee tak la sadis sangat pun. Saudara mara masih ada yang sudi menumpangkan sementara cari bilik/rumah sewa baru. Tu guna ada saudara mara.

So kejap dulu aku di Putrajaya, kejap di KL, kejap di Selangor. Nomad la katakan, haruslah macam tu. Tiga negeri tu memang tempat bertapa le. Tetapi baru-baru ni aku dok Semenyih. Semenyih tu kat mana? Hee silalah google ye, tak reti nak bagitahu sebab aku pun kurang tahu. So berulang la dari Semenyih ke KL.

Korang bayangkan hari pertama dari Semenyih aku keluar dekat2 pukul 6.30. Mak aih jem kat Semenyih saje dah mencecah 40-50 minit. Pastu jem kat KL lagi. Sudahnya pukul 8.40 sampai opis. Rasa macam tak nak masuk opis je. Dah terlewat sejam lebih tu, tapi aku masuk gak le.

So saje je nak amek tahu, ada sape2 ke yang tahu jalan ke KL dari Semenyih yang tak le jem gila-gila punya jem? Aku ikut jalan ke sungai long,masuk highway kajang-cheras tu.

Hari kedua punya tak nak amek risiko, aku keluar pukul 6.15 amek highway Kajang Silk ke Putrajaya, amek susur ke UPM/Sungai Besi. Situ memang sesak tapi kalau takde accident memang gerak jugak kereta. So tiga tol sekali aku layan minggu lepas. Kot la ada jalan lain yang lebih memudahkan aku.

Aku ni bab-bab jalan memang fail, maklumlah bukan kaki jalan pun. Kaki redah ye la kot. Pastu bila sesat mulalah la call minta bantuan. Opss....

Semua orang cakap memang cari bala le dok Semenyih berulang ke KL. Ye ke? Kih3 tak tahu pulak macam tu. Diam-diam angguk, hati akui memang bala. Tak sanggup kalau tiap-tiap ari ngadap jem. Tu baru pegi keje, balik pun sama jugak. So takde life langsung, penat.

Aku: Makin kurus sebab penat.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative