Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak share kisah kehidupan yang tak semua orang pernah alaminya. Sila jangan rujuk aku dalam cerita ni sebagai tuan punya blog. Cerita ni hanyalah untuk pengajaran, kena pandang ke depan bukan ke belakang.

*************
Aku dilahirkan dalam sebuah family yang agak besar kerana ayahku telah memiliki anak yang ramai hasil perkahwinan pertama. Selepas isteri pertama ayahku meninggal, dia berkahwin dengan ibuku. Lahirlah aku dan saudaraku. Kami cuma dua beradik seayah dan seibu. Berbelas lagi adik beradik merupakan adik beradik satu ayah.

Untuk pengetahuan ayah berkahwin dengan ibu masa usia dah menginjak 50 an... Ibuku pula akhir 30 an. Mungkin dah jodohkan. Adik beradik aku yang satu ayah memang bermacam perangai. Ada yang suka dengan ibuku, ada yang tak suka, ada yang buat-buat suka. Aku pun tak pasti, tapi daripada pengamatan aku macam tu la. Ada yang depan baik dengan ibuku, tapi belakang mengata macam-macam.

Erm adik beradik ku juga tak semua menjadi. Ada yang terlibat dengan gejala tak sihat. Mungkin sebab mereka ramai tak terjaga, mak mereka meninggal ketika masih memerlukan seorang ibu. Ibuku cuba sebaik mungkin untuk menjaga mereka, tapi ye la ibu tiri manalah nak hormat sangat. Ada yang hormat tapi tak semua.

Soal kasih sayang, ibu aku tak pernah membezakan dan menganggap mereka anak tiri. Sedari kecil lagi aku diajar menyayangi dan menghormati abang-abang serta kakak-kakak. Mereka pun sudah besar dan pandai menjaga diri sendiri, jadi kami tidak tinggal sebumbung. Ayahku membina rumah lain untuk ibuku bagi mengelak masalah dengan anak-anak yang sudah besar.

Semuanya nampak oke sampailah ayah meninggal masa aku di sekolah rendah. Walaupun punya adik beradik yang ramai, aku seperti tiada adik beradik. Tak semua nak ambil peduli nasib aku dan saudara yang masih kecil masa tu. Ada adik beradik yang ambil peduli tapi tak semua.

Bermulalah krisis antara abangku yang sulung dengan ibuku. Aku pun tak tahu kat mana silapnya. Isteri abangku selalu menjadi orang tengah menuduh macam-macam. Kami bolot duit insurans la. Duit itu ini la. Erm padahal tak selesai pun insurans sebab adik beradik aku susah nak dibawa berunding. Nak buat kena semua bekerjasama. Ni semua buat hal masing-masing.

Ibuku bekerja keras menanggung aku dan saudaraku sampai ke universiti tanpa bantuan berterusan adik beradik ku. Orang lain yang lebih banyak membantu ketika tu. Tak kisah la tu kan, tak semua mampu nak tolong. Tapi cukuplah jangan cakap bukan-bukan.

Abang sulungku pernah cakap tak nak jadi wali untuk aku. Sampai tahap tu dia tak boleh terima perkahwinan ibu dan ayahku. Mungkin dia tak pernah anggap aku sebagai adik langsung. Aku pun tak pasti. Banyak perkara yang adik beradik buat aku terasa hati.

Aku sedar kehadiran ibu dan aku dalam hidup mereka tak dialukan. Tapi salah aku ke semua tu? Salah ibu aku ke? Salah ayah aku? Salah takdir?

Aku tahu, abang sulungku menyalahkan ayah kerana berkahwin dengan ibu sedangkan adik beradik dia yang lain masih perlukan kasih sayang. Aku tahu dia fikir kehadiran aku telah melenyapkan perhatian ayah kepada adik-adik dia yang lain. Ayah seperti utamakan aku lebih daripada anak-anak yang lain. Tapi hakikatnya tak. Aku tahu ayah sayang semua anak dia.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, perkahwinan ibu dan ayah sekurang-kurangnya menyebabkan ayah dekat dengan ALLAH. Suatu perkara yang tak semua mereka tak pernah tahu. Mereka hanya nampak yang negatif. Erm tapi siapalah aku untuk bersuara?

Campur tangan isteri abangku yang sulung mengeruhkan keadaan. Bukan setakat aku adik satu ayah tidak diterima, adik seayah seibu dia sendiri dibuang dari kehidupan dia. Mungkin sebab rapat dengan ibu dan aku, mungkin ada sebab lain. Hanya dia dan ALLAH yang tahu.

Kadang-kadang aku cuba selami perasaan adik beradik ku yang ramai tu. Yup aku tahu aku tak pernah ada ditempat mereka, ada tak layak berbicara. Tapi yang pasti semua perkara telah pun terjadi. Kalau mereka ada asas agama yang kuat, seharusnya mereka boleh terima segalanya sebagai qada' dan qadar.

Semoga suatu hari keluargaku seperti keluarga yang lain, bersatu teguh dan bersatupadu dalam kekeluargaan. Air yang dicincang takkan putus, darah yang mengalir dalam badan abang-abang dan kakak-kakak ku turut mengalir dalam badanku. Aku tidak pernah membenci mereka tetapi aku membenci perangai mereka.

***************
Aishah Jahirah: Tak semua ibu tiri tu jahat, kejam, suka mendera. Tu ibu tiri zaman bawang putih bawang merah, zaman cinderella kot. Kebanyakan ibu tiri sayang anak-anak tiri sekarang ni.
Silaturrahim satu ikatan yang tak harus diputuskan tetapi harus dijaga. Moga kisah ni jadi pedoman untuk kita semua. Manusia tak sempurna, untuk apa dipersoal perkara yang telah lepas, pandang ke hadapan untuk hari yang lebih baik dan ceria. Bercakap mungkin senang tetapi membenci orang atau sesuatu pun bukan perkara yang mudah. Fikir-fikirkan... 

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative