Monday, February 25

Baucar Tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia(BR1M)

nama dan kad pengenalan pun tak tulis lagi masa ni kat baucer BR1M

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

BR1M 2.0...minggu lepas (16 Februari) dapat baucar BR1M bernilai RM250. Aku tak berminat sangat pasal politik ni, tapi dah orang nak bagi duit amek je la. Rezeki jangan ditolak, tak gitu.

Kalau tak salah ingatan daku isi form BR1M tu secara online pada bulan sebelas tahun lepas. Muahehe ingatkan tak dapat le, maklumlah sistemkan bukan kita tahu dah terima ke belum ke. Tak pun sistem tu tingtong ke. Maklumlah sistem ni kadang-kadang menyusahkan manusia jugak.

Sampai sekarang belum tunaikan lagi baucar ni sebab takde masa nak pegi bank pun lagi. Sabtu dan ahad bank tutup. Awat la tak bagi je RM250 cash terus. Tak pun bentuk cek ke, boleh cek deposit je... Heheh banyak songeh pulak dah.

Untuk makluman baucer ni boleh ditunaikan di Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Public Bank dan Maybank.

Tempoh sah baucar ni aku tak pasti le pulak sampai bila. Macam tahun lepas sampai pertengahan April, tahun ni sama ke lain ke tak pasti le, tak de masa nak cari info.

Erm pihak yang berkenaan tolonglah baiki jalan yang rosak dan apa yang sepatutnya. Dapat duit ni macam takde makna je bila terpaksa tukar tayar kereta la, apa la. Huhuu ni bukan nak berpolitik ye, hanya secebis pandangan dari orang biasa/bawahan. Peace no war. Heheh

21 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

WAH....jom banjer rietta luch...ekekek....

Nizam.Ariff said...

peace... no war...

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui punya tak tahu apa khbar berita..dah emel tp tak bls lg..

p/s: yui bru dlm 3 mggu guna kak.. stakt ni alhamdulillah ok..ada kesan..kesan tumit rekah pun dah kurg.. eye bag pun =)

Prettywrite said...

oo sana bg baucer eyh kak? Cni terus bg duit jer.. Tapi kena tunggu 3jam la nak kena dengar 'ceramah'nya dulu..huhu

Pen Biru said...

alhamdulillah..rezeki yg dipulangkan..kalau tak dipulangkan pn kita x boleh nk buat apa2

Ujie said...

Pemerintah beri..kita amik. Time PRU..tu hak kita nk pilih sape kan..

Kakzakie said...

Eh.. kenapa tak 500? Kakak ingatkan dapat 500 sebab bapak kakak dapat 500 tau...

Lia Irdelia said...

wah.. dpt yer... ahahha.. bgus2,, :)

Remy hazza said...

alhamdulillah...rezeki tu......

seribupilihan said...

best nyer dia dpt baucer..;-)

Kesuma Angsana said...

rezeki tu dik

Cikgu Ayu said...

Boleh membantu sikit untuk alat tulis dan buku :)

MAZLIZA ABD RAZAK said...

bestnya dapat..kita x dapat sb dah anak 2 ha..ha..

Nur farahiza said...

fara dah dapat daa vouvher ttooo

Kancil 8349 said...

tahniah...kancil dah terlepas

J.Syazwana said...

tulah satu yang tak best.
ari tu terpaksa amik mc sebab nak amik baucer ni.
kene pegi opis hour je. haihh. terus cashkan kat bank. naseb tak ramai org.

Mieya Atiera said...

Wahhh, rezeki lagi !

Bui Junaidi said...

BESTNYA..KAK BUI X LAYAK LA

Encik H said...

nak komplen jugak lagi sikit..:D

bagi BR1M RM250 then buat iklan seolah2 RM250 tu sangat2 banyak dan patut dikenang seumur hidup..seolah2 minta semua orang berterima kasih dengan sumbangan RM250 tu..-_-"

Koding said...

Tahniah ..
Dapat jugak dia BRIM.

Anonymous said...

org bagi ambik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...