Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Disebabkan aku masih tergolong kalangan umur 21-30 tahun, maka mulalah mengusha pasal rebat aka pakej komunikasi belia RM200 untuk telefon pintar.

Heheh telefon aku biasa je. So bila diumumkan rebat ni terfikir gak nak beli henpon canggih sket untuk kegunaan diri. Wuu duit tak cukup tapi ada hati nak beli. Tak pe pelan2 kumpul wit. So perkara pertama nak tahu mesti la pasal syarat untuk pohon.

Syarat-syarat kelayakan permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Erm tang model telefon pintar tu sedikit tak syok sebab ikut pemberi perkhidmatan. So maknanya ada kontrak la dengan mereka nanti. Tu pun tak best jugak. Pemberi perkhidmatan yang terlibat ialah Celcom, Maxis, Digi, umobile, Tune Talk, Yes dan clixster.

So macam mana lak nak pohon? Hee sonang je boleh isi online.
Untuk yang dah bekerja cek sini---->https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPekerja
Untuk yang masih belajar cek sini---->https://komunikasibelia.skmm.gov.my/Public/DaftarPelajar

Next step ialah dalam tempoh sebulan lepas daftar online tu bawalah cetakan nombor rujukan or IC ke pemberi perkhidmatan untuk untuk buat tuntutan dengan cara pembeliaan terus. Kalau dalam tempoh sebulan tak buat pembelian, kira terbatal le dan boleh daftar semula selepas sebulan.

Lebih kurang je aku bagitaw ni. Kalau nak tahu lebih lanjut cek sini-----> https://komunikasibelia.skmm.gov.my/

Tarikh tutup rebat telefon pintar ialah 31 Disember 2013 atau bila peruntukan RM300 juta telah dipenuhi. So cepat-cepat la apply kalau berminat. Nanti abeh peruntukan putih mata. Ada aku kisah? Hahaa

Update: ada plan untuk prepaid gak untuk yang tak suka guna postpaid(bil).

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative