Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Terkadang hati cemburu melihat orang lain yang punya seorang ayah untuk mengambil berat dan mengurus segala hal berkaitan. Tapi tak semua ayah seorang lelaki bertanggungjawab, ada ayah yang lepas tangan. Tak pe la sekurang-kurangnya diri pernah juga merasa kasih seorang ayah daripada sesetengah  orang yang belum lahir dah takde ayah. Tak pernah merasa langsung, tak ingat. Sekurang-kurangnya diri ingat. Senyum.

Terkadang hati cemburu tengok orang lain punya seorang abang yang boleh melindungi dan menjadi kawan. Hati bersoal jawab kenapa mesti tak sama dengan orang lain yang boleh bergantung harap pada abang sendiri. Ye la tak semua abang juga bertanggungjawab. Tak pe la sekurang-kurangnya ada abang jugakkan. Walaupun realitinya macam takde abang. Haish macam tak biasa survive tanpa lelaki dalam hidup. Senyum.

Terkadang hati cemburu kenapa dia lebih berjaya daripada diri? Jawapannya rezeki setiap manusia tak sama. Rezeki dia lebih, mungkin untuk dikongsi dengan orang lain juga. Rezeki kita bukan untuk kita je, untuk orang lain juga. Kita berkongsi dan saling membantu. InsyaAllah one day kita pun akan berjaya, mungkin laluan kita sedikit sukar dan menjadi lambat untuk menuju ke arah kejayaan tu. Lagipun semua tu juga subjektif... Senyum.

Terkadang hati tak boleh terima segala masalah yang melanda. Sedih, kecewa, sakit hati dan macam-macam rasa lagi bercambah di hati. Cepat-cepat positifkan diri, setiap masalah pasti ada jalan keluar. Masalah teman akrab manusia. Masalah mematangkan diri, masalah memberi pengalaman berharga. Bertuah sesiapa yang bermasalah ni. Senyum lagi....

Duhai hati... Senyumlah kerana senyuman itu mampu membuat kau lebih tabah, lebih bersemangat dan lebih pasrah menghadapi liku-liku perih jerih, suka duka kehidupan ini.

Duhai hati senyumlah kerana kau masih mampu terus menghadapi segala kesulitan hidup walaupun kadang-kadang kau hampir tertewas. Ya hampir....tapi kau tidak membiarkan diri tertewas begini sahaja.

Duhai hati senyumlah untuk sebuah kepayahan pada hari ini yang akan menjadi kesenangan di kemudian hari dengan izinNYA.

Kadang-kadang bila kena marah dengan pihak atasan, memang hati tersentuh. Kalau rasa tak nak mata berkaca, silalah senyum kerana dengan senyuman kita akan lebih relaks. Itulah kuasa senyuman. So kena marah pun senyum. Hehee

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative