Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sentap jugak bila baca komen daripada Incik sorang ni...memang la ni perkara biasa dan realiti kehidupan. Mungkin juga itulah ujian dari yang Maha Kuasa untuk keluarga mereka. Tapi tetap nak sentap sebab komen tu juga peringatan untuk diri sendiri dan orang lain supaya jangan ulangi kesilapan yang sama.

Si suami amek inisiatif cari cara untuk padamkan akaun facebook isteri dia sendiri. Iklan sat na, nak padam akaun facebook klik sini----> Cara Delete Akaun Facebook. Tak pastilah apa yang berlaku, tapi rasanya macam sesuatu yang tak elok. Komen seperti di bawah...


Aku nak kongsi satu story ni. Bukan nak aibkan orang tapi untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua kaum hawa supaya tidak cepat mengikut kata nafsu.
***********
Puan X ni dah berkahwin dan memiliki seorang suami (haruslah seorangkan) yang agak penyayang serta anak2 yang dalam proses membesar. Untuk kemudahan anak dan isteri, suami Puan X beli sebuah komputer dan masukkan talian internet kat rumah mereka.

Zaman berfacebook biasalah mestilah create akaun facebook sendiri. Bila dah ada akaun facebook, mestilah jumpa kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Best jugakkan kira merapatkan lagi silaturrahim, dapat tahu kehidupan kawan-kawan yang dah lama tak jumpa.

Tataw kat mana silap, mungkin itu ujian Allah, Puan X ni terjumpa seorang kenalan lelaki masa zaman sekolah. Kenalan ni la asalnya dok chat macam2 sampai Puan X boleh terjatuh hati.

Masing-masing dah berkeluarga, apa yang dichat lebih terbuka. Sampai Puan X lupa diri dan lupa bahawa dia seorang isteri dan seorang ibu. Mereka menjalinkan hubungan skandal di alam facebook. 

Puan X mengaku pernah mendedahkan gambar yang tidak sepatutnya dilihat oleh seorang lelaki yang bukan suaminya. Mereka juga pernah merancang untuk berjumpa dan melakukan perkara yang terlarang.

Tetapi mujurlah semua hubungan skandal tu tidak berakhir ke kancah hubungan terlarang yang nyata, hanya di alam maya. Allah SWT masih sayang kepada hambanya, Puan X berkongsi rahsia dengan sahabat baik yang memang seratus peratus menentang.

Langkah drastik diambil oleh si sahabat dengan memberitahu segala hal tersebut kepada suami Puan X demi mengelak Puan X terlanjur ke alam nyata. Dan Puan X sendiri mengakui hal tersebut kepada si suami. Hancur hati si suami bila mengetahui kecurangan isteri. Bila mengetahui si isteri memberi gambar yang tidak sepatutnya kepada lelaki lain. Bila mengetahui si isteri dan lelaki tersebut berkeinginan berkelakuan seperti 'suami isteri' bila berjumpa.

Si suami tidak dapat memaafkan isteri dengan apa yang terjadi. Walaupun pada dasarnya mereka masih tinggal sebumbung, tapi hati suami mati. Puan X sangat menyesal, keampunan daripada suami dipinta, keampunan daripada Allah SWT dipohon. Dia lebih mendekatkan diri kepada sang pencipta, sujud melakukan taubat.

Sekarang tak pasti sejauh mana penerimaan suami dia, nampak di mata kasar mungkin biasa. Tapi hanya mereka yang tahu. Semoga suami Puan X terbuka hati memaafkan kekhilafan Puan X dengan penuh keikhlasan.
***********************
Untuk hawa...Untuk semua...Sama2 jadikan pengajaran apa yang telah berlaku ni... Kadang-kadang peluang kedua tu tak wujud dah... Jangan jadikan facebook medium untuk berlaku curang...

(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative