Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Wuu dah 2013 le...bermakna ni entry pertama untuk tahun 2013. Punya lama tak menulis. Setakat jenguk-jenguk je yang termampu. Selamat tahun baru yang dah tak baru untuk semua. Heheh

Tiap-tiap hari jenguk Nuffnang, terkejut tengok satu BE tu tiba-tiba amount dia jatuh. Sebelum ni dekat RM20. Tengok hari ni tinggal RM8 lebih je. Mungkin sebab jarang update atau trafik blog yang jatuh dan tak konsisten setiap hari menjadi punca. Apa-apa je la.

Tahun baru, semangat pun kena baru. Masih mencari ruang untuk seimbangkan blog dan kerja. Tak kerja takde duit, curi waktu kerja tak baik jugak. Tapi kalau dah tension sangat or semua kerja dah selesai tak salah rasanya mengadap blog. Apa pendapat korang?

Berblog dapat macam-macam info. Rasanya semenjak tak berblog ni knowledge aku macam dah kurang je. Tiba-tiba macam tak berkembang je otak. Hahaa macam katak bawah gelas kaca. Tengok keadaan sekeliling sekitar diri je. Oh tak boleh blah perumpamaan.

Best hari ni Jumaat, esok cuti...kih3.Aman seketika bila big boss takde..hik3

p/s: tak mengular pun ye...cuma nak release tension je.keje tetap diutamakan. Kena halalkan gaji.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative