Posts

Showing posts from January, 2013

Curang di Facebook

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sentap jugak bila baca komen daripada Incik sorang ni...memang la ni perkara biasa dan realiti kehidupan. Mungkin juga itulah ujian dari yang Maha Kuasa untuk keluarga mereka. Tapi tetap nak sentap sebab komen tu juga peringatan untuk diri sendiri dan orang lain supaya jangan ulangi kesilapan yang sama.

Si suami amek inisiatif cari cara untuk padamkan akaun facebook isteri dia sendiri. Iklan sat na, nak padam akaun facebook klik sini----> Cara Delete Akaun Facebook. Tak pastilah apa yang berlaku, tapi rasanya macam sesuatu yang tak elok. Komen seperti di bawah...


Aku nak kongsi satu story ni. Bukan nak aibkan orang tapi untuk dijadikan pengajaran untuk kita semua kaum hawa supaya tidak cepat mengikut kata nafsu. *********** Puan X ni dah berkahwin dan memiliki seorang suami (haruslah seorangkan) yang agak penyayang serta anak2 yang dalam proses membesar. Untuk kemudahan anak dan isteri, suami Puan X beli sebuah komputer dan masukkan talian int…

Duhai hati Senyumlah

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terkadang hati cemburu melihat orang lain yang punya seorang ayah untuk mengambil berat dan mengurus segala hal berkaitan. Tapi tak semua ayah seorang lelaki bertanggungjawab, ada ayah yang lepas tangan. Tak pe la sekurang-kurangnya diri pernah juga merasa kasih seorang ayah daripada sesetengah  orang yang belum lahir dah takde ayah. Tak pernah merasa langsung, tak ingat. Sekurang-kurangnya diri ingat. Senyum.

Terkadang hati cemburu tengok orang lain punya seorang abang yang boleh melindungi dan menjadi kawan. Hati bersoal jawab kenapa mesti tak sama dengan orang lain yang boleh bergantung harap pada abang sendiri. Ye la tak semua abang juga bertanggungjawab. Tak pe la sekurang-kurangnya ada abang jugakkan. Walaupun realitinya macam takde abang. Haish macam tak biasa survive tanpa lelaki dalam hidup. Senyum.

Terkadang hati cemburu kenapa dia lebih berjaya daripada diri? Jawapannya rezeki setiap manusia tak sama. Rezeki dia lebih, mungkin untuk di…

Lagu Tema Setia Hujung Nyawa

Lagu Tema Setia Hujung Nyawa-Adamu-Najwa latif
Lirik Lagu Adamu-Najwa Latif
Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniaNya di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Di kala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

************************
Lagu Tema Setia Hujung Nyawa-Mata Hati-Nubhan
Lirik Lagu Mata Hati-Nubhan

Telah ku kata cinta ini selamanya
Telah ku janji selalu di sisi
Walau apa terjadi
Takku mungkiri

Begini dekat begitu jauhnya
Dalam jangkauan namun tak tersentuh
Ku hanya ru…

Rebat RM200 Telefon Pintar

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Disebabkan aku masih tergolong kalangan umur 21-30 tahun, maka mulalah mengusha pasal rebat aka pakej komunikasi belia RM200 untuk telefon pintar.

Heheh telefon aku biasa je. So bila diumumkan rebat ni terfikir gak nak beli henpon canggih sket untuk kegunaan diri. Wuu duit tak cukup tapi ada hati nak beli. Tak pe pelan2 kumpul wit. So perkara pertama nak tahu mesti la pasal syarat untuk pohon.

Syarat-syarat kelayakan permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar
i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon;
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah;
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan;
iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan
v. Satu telefon hanya untuk satu belia;

Erm tang model telefon pintar tu sedikit tak syok sebab ikut pemberi perkhidmatan. So maknanya ada kontrak la dengan mereka nanti. Tu pun tak best jugak. Pemberi perkhidmatan yang terlibat ialah Celcom, Maxis, Digi, umobil…

2013

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Wuu dah 2013 le...bermakna ni entry pertama untuk tahun 2013. Punya lama tak menulis. Setakat jenguk-jenguk je yang termampu. Selamat tahun baru yang dah tak baru untuk semua. Heheh

Tiap-tiap hari jenguk Nuffnang, terkejut tengok satu BE tu tiba-tiba amount dia jatuh. Sebelum ni dekat RM20. Tengok hari ni tinggal RM8 lebih je. Mungkin sebab jarang update atau trafik blog yang jatuh dan tak konsisten setiap hari menjadi punca. Apa-apa je la.

Tahun baru, semangat pun kena baru. Masih mencari ruang untuk seimbangkan blog dan kerja. Tak kerja takde duit, curi waktu kerja tak baik jugak. Tapi kalau dah tension sangat or semua kerja dah selesai tak salah rasanya mengadap blog. Apa pendapat korang?

Berblog dapat macam-macam info. Rasanya semenjak tak berblog ni knowledge aku macam dah kurang je. Tiba-tiba macam tak berkembang je otak. Hahaa macam katak bawah gelas kaca. Tengok keadaan sekeliling sekitar diri je. Oh tak boleh blah perumpamaan.

Best hari …