Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Blog dah berubah wajah baru. Ye la dah lama tak ubahsuai blog. Sebenarnya dah lama pun tak berjaya berblog dengan jayanya macam dulu-dulu... Ubahsuai blog pun mencuri-curi masa, lebih sebulan kot buat sikit-sikit. Ni pun masih ada yang perlu ditouch up.

Komen-komen tak sempat nak publish. Adoyai Cik Aishah ni sibuk manjang. Keje..keje...keje... Hurm moga dapat pekerjaan yang lebih stabil nanti. InshaAllah...

Apa yang berubah kat blog?

Template Baru
  • New template dah di'applied' kat blog ni. Biru putih... Aku upload je sebenarnya. Heheh. Tapi jenuh la jugak bermain dengan kod HTML nak bagi kena dengan citarasa aku. Try and error je. Agak2 save template tak keluar error tu oke la tu.. Haaa suka ati je kan.

Nama Blog
  • Nama blog pun dah berubah. Dulu bila hati bersoal jawab, sekarang dah jadi Aishah Jahirah. Guna nama pena sendiri lebih selesa rasanya.

Header
  • Bila nama blog berubah automatik la header pun haruslah berubahkan. Sementara ni tu la header yang mampu aku hasilkan. Ingat nak ubah lagi tapi takde masa nak buat header lain. Belasah je la apa yang ada dan boleh asal ada header.
......................................................................

Banyak yang nak ubah lagi sebenarnya. Salah satu URL blog. Tapi kalau ubah kang habis semua berubah kot. Ye ke? Hee tak pasti tu yang takut-takut nak ubah. Nak beli domain sendiri pun pernah gak terfikir tapi dah ngadap blog pun takde masa biarlah dengan blogspot je dulu.

Aku: Ada azam tahun baru ke? Ke masa tahun baru Islam dah buat azam aritu. Erm aku masih berharap menjadi lebih baik dari hari ke hari. Ye la sape yang nak jadi makin teruk dan burukkan? And hopefully dis year semuanya lebih stabil...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hati sayu je rasa. Sedih kerana ada negeri yang dilanda banjir. Tak tahu kenapa hati semakin sensitif sejak kebelakangan ni. Walau dugaan tersebut bukan berlaku kat diri, tapi hati menumpang rasa.

Baru bulan lepas ke Pahang menghadiri kenduri kawan sahabat baik masa belajar dulu. Alhamdulillah masa tu tak banjir lagi, majlis dia berjalan lancar. Seronok melihat kebahagiaan sahabat-sahabat sendiri.

Erm bila kuantan dilanda banjir yang agak teruk, memang terbayang kawan-kawan yang berada di sana. Dan paling terbayang si pengantin baru yang sorang ni. Baru memulakan hidup bersama pasangan pilihan hati, dugaan banjir melanda.

Sedih hati bila dia meminta maaf hadiah perkahwinan yang diberi hanyut di bawa banjir. Bukan sedih kerana hadiah tersebut tapi sedih sebab dia bersedih.

Balas aku, "bia la weh harta dunia.yang penting ko dan family selamat".

Ye aku tak kisah asal semua selamat pun dah cukup.

Dan ingatlah ayat ni bila banyak dugaan melanda.

Allah takkan menduga kita lebih dari apa yang kita mampu tanggung. So InshaAllah kita boleh hadapinya...

Aku: Ayat tu ditujukan untuk diri sendiri. Dugaan makin berat hujung tahun ni. Bebanan kerja makin bertambah.  
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Jom cek fakta ringkas dan menarik mengenai otak kita:

3 = berat otak anda dalam paun


4-6 = bilangan minit otak anda boleh hidup tanpa oksigen sebelum ia bermula untuk mati


8-10 = bilangan saat anda ada sebelum kehilangan kesedaran yang disebabkan oleh kehilangan darah


10-23 = bilangan watt kuasa bijian anda menjana apabila anda terjaga (yang cukup untuk menghidupkan mentol lampu!)


20 = peratusan oksigen dan aliran darah yang pergi ke otak


100,000 = bilangan batu saluran darah di dalam otak anda


1,000 hingga 10,000 = bilangan sinaps untuk setiap neuron dalam otak anda


100000000000 = bilangan neuron dalam otak anda


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rukun Iman ada enam perkara. Setiap kita yang beragama Islam WAJIB mengetahuinya... Memang semua dah tahu tapi nak ingatkan diri sendiri jugak, nak recall semula apa yang ada dalam otak yang dah berkarat ni.

Percaya kepada Allah

Percaya kepada Malaikat


Percaya kepada kitab


Percaya kepada Rasul


Percaya kepada Hari Kiamat


Percaya kepada Qada' dan Qadar
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hidup tanpa masalah tak sempurna
Masalah bukan masalah tapi cabaran untuk diri
Kadang-kadang memang down
Tapi itu perkara normal

Masalah mesti ada jalan keluar
Mesti ada penyelesaian
Sama ada jalan keluar dan penyelesaian
Menggembirakan
Menyakitkan
Menyedihkan
Mengubah segalanya

Apapun masalah @ cabaran tetap kena hadap
Cuma orang sekeliling tolong la faham
Tolonglah peka
Tolonglah bertimbang rasa
Aku manusia bukan robot
Aku ada dua tangan tak macam octopus banyak tangan
Aku ada otak yang kadang-kadang boleh hang macam komputer
Aku ada cabaran aku sendiri
Bukan nak hadap cabaran yang satu ni je

Kita hidup kalau terlalu pentingkan diri pun tak guna
Ko bukan nak hidup sorang-sorang dalam dunia ni.
Sekian, terima kasih.

Sekadar nukilan rasa

Aku: Stress melanda diri...tengah be positif. Moga diri terus tabah dan tetap tabah. Dah tak mampu senyum...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tips memandu ketika hujan ni berdasarkan pengalaman seharian ketika memandu. Kadang-kadang kita ni masa memandu terlupa nak pratikkan sedangkan benda tu penting untuk keselamatan bersama. Kalau hujan je, mesti ada accident selalunya. Memandu dalam hujan memang merbahaya terutama di waktu malam hari.

Tips Memandu Ketika Hujan:

Tips Memandu Ketika Hujan-Memasang Lampu Kenderaan
Ini penting untuk memastikan pemandu kenderaan lain perasan kewujudan kita kerana ketika hujan penglihatan amatlah terhad. Di tambah pula dengan warna kereta yang gelap, memang orang kadang-kadang tak perasan. So kalau ada cahaya lampu tu orang cam la ada kenderaan lain kat depan/belakang/tepi dia. Masa hujan cuba tengok beza kereta yang pasang lampu dengan tak pasang.

Tips Memandu Ketika Hujan-Memandu dengan had haju sederhana
Jangan memandu terlalu laju. Dah hujan pun, agak-agak lakan nak drift pun. Bahayanya bawak laju ni, kalau terlanggar lopak air memang naya, terbabas la ekau kat tepi tu kang. Kalau aku bawak 60/70km je. Kalau ikut lorong slow yang banyak lopak air tu memang paling laju pun 60km/j je aku drive. Stereng mmg tak lepas dua-dua tangan sebab aku tahu in case terlanggar lopak air aku susah sikit nak handle, boleh tersasar.

Tips Memandu Ketika Hujan-Amalkan Jarak Selamat
Bukan dalam hujan pun patut diamalkan, apatah lagi semasa hujan. Ye lah dalam hujan dengan jarak penglihatan yang terhad, kang tetiba ada kereta tetiba brek kita tak perasan ke, tak ke naya tercium bontot kereta lain. Brek mengejut dalam hujan ni, tayar pun tak cengkam sangat.

Tips Memandu Ketika Hujan-Peka dengan kenderaan lain
Memang la penglihatan terhad, tapi kena peka juga dengan kenderaan di sebelah kiri/kanan kita (kalau dok lorong tengah la). Peka jika diaorang bagi signal nak masuk, bagilah ruang. Dalam keadaan hujan lebat ni, memang kena banyak tolak ansur. Ye la kereta depan mungkin tak perasan kereta kat belakang dia. Kalau aku memang akan bagi signal lama sikit sebelum tukar lorong.

Tips Memandu Ketika Hujan-Jangan Mencilok
Tahulah juara mencilok, tapi agak-agaklah nak mencilok dalam hujan lebat. Nak mati pun mati sorang-sorang, jangan bahayakan nyawa orang lain. Orang lain pun nak cepat jugak.

Tips Memandu Ketika Hujan-Bagi Signal
Ni sangat penting, nak tukar lorong silalah bagi signal. Bagi signal lama sikit supaya pemandu kat belakang faham niat kita dan perasan kita nak tukar lorong. Jangan sesekali bagi signal daripada belakang pastu terus masuk depan kereta tu. Bahaya beb...Selalunya orang takkan perasan terutama hujan tengah lebat. Itu dah macam mencilok namanya.

Tips Memandu Ketika Hujan-Wiper Belakang dan cermin pandang belakang
Kalau kereta keluaran perodua, memang selalunya wiper belakang wujud. Tapi kalau kereta Proton kakak aku tu, takde pun (boleh pasangkan). Masa hujan lebat cermin sisi memang tak membantu langsung, kalau aku akan guna cermin pandang belakang sebagai altenatif. Tu gunanya wiper belakang.

Tips Memandu Ketika Hujan-Lampu Kecemasan
Ada dua pendapat. Yang pertama kurang wajar memasang lampu kecemasan semasa hujan kecualilah betul2 kecemasan seperti kereta rosak, lampu kereta tak berfungsi.

Kenapa tak wajar? Sebagai contoh ada dua buah kereta yang nyalakan lampu kecemasan. Kita tengah memandu dan nampak sebuah kereta kat depan kita dengan lampu kecemasan dan sedang bergerak. Sebuah kereta yang lain mengalami kerosakan di tengah jalan dan memberi lampu kecemasan.

Kereta pertama tu mungkin dah jauh ke depan atau masuk simpang lain. Sampai kat tempat kereta rosak, kita nampak kereta tu dan membuat andaian, "owh ni kereta yang bagi lampu kecemasan tadi tu" sedangkan itu kereta berlainan yang pegun. Dah dekat betul2 baru perasan kereta tu pegun, kalau tak sempat brek memang accident la kita.

Penyebabkan hanyalah lampu kecemasan yang mengelirukan. Lagipun kalau bagi lampu kecemasan masa kereta sedang bergerak, kereta tu nak pergi kiri kanan pun kita tak tahu. Ni selalu kena, nyaris nak terlanggar. Mana taknya dah la bagi lampu kecemasan, kejap kat lorong kiri, kejap tengah, kejap kanan. Haish dok diam-diam kat satu lorong dah le.

Pendapat kedua wajar kalau hujan tengah lebat selebat-lebatnya sampai tak nampak apa dah kat depan terutama waktu malam. Nak berhenti tepi jalan lagi bahaya, pilihan yang ada redah jugak. So nyalakan lampu kecemasan sebagai extra alert kepada pemandu lain. Tapi ingat jangan suka hati nak tukar lorong lak sebab orang tak tahu niat kita.

***********************
Oke sekian perkongsian tips daripada aku... Kalau ada tips tambahan sangat dialukan untuk menambah.

Aku: Paling tak suka drive waktu malam diiringi hujan yang sangat lebat, rasa macam nak nangis pun ada sebab tak nampak apa-apa.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama blog ditinggalkan... Entry tak update dan tak BW. Alhamdulillah Nuffnang tetap bagi BE @ CPUV sepanjang tak peduli kat blog. Terima kasih Nuffnang.

CPUV bulan November yang masih belum credited...


Aku: Rezeki tu datang dari Allah. Semoga murah rezeki kita semua. Amin...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Perempuan dan bebelan tak dapat dipisahkan. Sependiam mana pun perempuan tu, sampai satu situasi yang tak sepatutnya akan membebel-bebel jugak mulut atau dalam hati. Tapi tak semua jugak perempuan macam tu, suka membebel...ala manusiakan... Lelaki sendiri pun ada yang kaki membebel. Kan...

Membebel ni diakui memang lebih sinonim dengan perempuan la. Sebab aku pun perempuan. Tak suka bercakap gak. Tapi sampai satu tahap memang diri akan membebel-bebel kat orang sekeliling. Tukang buat bising kat opis. Bos kena dengar bebelan aku, haish lawan tokey sungguh kadang2...Ngee

Kenapa perempuan suka membebel? Banyak sebabnya.... Tak de angin, takde ribut tiba-tiba nak membebel memang tak logik la.

Cara Tunjuk Perasaan
  • Antaranya sebab tak puas hati, membebel salah satu cara untuk menunjukkan perasaan tersebut. Ye la kalau tak mahu gila kot memendam perasaan tak puas hati.
Nak Perhatian
  • Nak tarik perhatian orang tertentu untuk faham perasaan ketika tu, faham kesusahan dan kesukaran ketika tu. Ye la cakap direct orang buat tak tahu, membebel je la.
Kerana Sayang
  • Sebab sayang kat orang tu, membebel la kat dia untuk kebaikan diri orang tersayang gak. Tapi orang tersayang tak suka diri membebel. Haish apa la.
Penat
  • Penat melakukan pekerjaan. Kalau suri rumah tu semestinya kerja rumah la. Tapi yang bekerja dan suri rumah lagi double triple penat kot. So membebel la bila ada sesuatu yang tak kena. Huhuu.
Semulajadi
  • Tak tahu la ni fakta ke auta. Ada yang cakap membebel ni sifat semulajadi seorang wanita. Memang setiap wanita akan membebel gak walaupun tak panjang dan tak lama bebelannya. Erk suka ati le.

**********************

Time penat selalunya aku suka dok diam je kat rumah, tapi kalau kat opis suka membebel sebab sakit hati. Huhuu. Korang suka membebel tak? Ke pasangan korang suka membebel? 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

November hampir tanpa kata.... Maklum satu entry pun tak tercipta untuk november. Niat dihati tak nak tinggalkan blog tapi tetap tertinggal.

Urusan duniawi yang tak pernah sudah. Kerja memang tak pernah habis. Terasa seperti diri tidak bijak membahagikan masa. Tapi itulah hakikatnya, bila masalah kerja mendahului segalanya. Yang lain-lain tertinggal ke belakang. Sungguh menyedihkan.

Biarlah segala yang berlaku tersimpan dalam hati. Masalah tu satu cabaran. Selagi mampu bertahan, in shaa Allah akan terus bertahan.

Sekadar Nukilan Rasa...
Lagu Tema I Love You Mr Arrogant --->Nomad -Tetap Menantimu
Lirik Lagu 
Nomad -Tetap Menantimu

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sinikan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sinikan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu....2x

Aku kan tetap.....menantimu

(Boleh download Lagu Tema I Love You Mr Arrogant --->Nomad -Tetap Menantimu menerusi 4shared.....sebelum tu pastikan dah register..)

***************************
Tak la ngadap tengok cerita ni secara konsisten pun. Maklumlah sampai rumah kadang-kadang dah Maghrib... 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kisah ni kisah kucing dan agak panjang. Malas baca sila jangan baca. Kisah ni kisah seorang yang sukakan kucing. Sila jangan anggap 'aku' tu merujuk kepada tuan blog.

*********************************

Aku yakin ramai antara semua yang suka dengan kucing. Aku pun salah seorang yang suka kucing. Cuma sejak berpindah rumah yang sebelum2 ni, aku rasa bersalah teramat kat seekor kucing yang aku sayang.

Sampaikan aku takut dah nak sayang kucing sebab rasa bersalah tak dapat nak bagi kasih sayang kat diaorang.

Kisahnya begini, adalah seekor kucing yang selalu berkeliaran kat kawasan rumah sewa lama dulu. Kucing tu mula-mula shy2 cat dengan aku, tapi lama2 dia suka nak masuk dalam rumah sewa aku dan temankan aku. Aku yang suka kucing layan aje la, bagi dia makan dan minum. Kadang2 siap mandikan dia dan tak kisah kalau dia tidur dalam rumah.

Kalau dia nak membuang selalunya dia akan duduk depan pintu dan buat bising. Kita buka pintu dia akan keluar la. Cuma adalah sekali dua dia membuang dalam rumah, tapi aku tak kisah pun sebab mesti dia tak sengaja. Kalau dia nak masuk dalam rumah, selalunya dia akan mengiow2 kat depan pintu minta dibukakan pintu.

Kucing ni baik sebab dia tak menyelongkar macam sesetengah kucing. Dia cuma macam nak berkawan dan menumpang kasih je. Dan daripada pemerhatian aku, aku syak kucing tu tengah pregnant. Aku panggil dia Tiga Rasa aka Three Taste sebab bulu dia ada tiga kaler.

Satu hari tu aku dengar bunyi anak kucing menjerit kat bawah, so aku pergilah siasat siapa gerangan yang menjerit tak henti2 tu. Erm aku nampaklah seorang seekor budak ni tengah menjerit2 dengan diselaputi kekotoran, kehancingan. Aku amek bersihkan dan cuba bagi dia makan, tapi dia tak nak sebab kecik lagi. Mulut dia memang bising dan menjerit sampai aku rasa satu blok boleh dengar. Mesti terpisah dengan mak dan adik beradik dia, takpun ada orang buang dia.

Hari tu jugak aku ada hal luar (balik kampung, banyak hari jugak) dan terpaksa tinggalkan budak kecik tu kat bawah semula dengan hati yang berat. Dalam hati kalau la Tiga Rasa dah beranak nak ke tak dia tolong jaga budak kecik ni sekali.

Masa balik dan naik tangga aku tengok ada kotak kat tepi tangga tu, dengar bunyi anak kucing. Aku jenguk tengok Tiga Rasa ada kat dalam kotak tu. Owh dah beranak rupanya dia. Ada enam ekor anak kucing semuanya. Yang peliknya 3 ekor masih belum buka mata. 3 ekor lagi dah buka mata. 2 daripada yang buka mata tu warna orange dan sama corak bulu. Seekor lagi tu macam aku kenal je, itulah budak kecik yang aku jumpa dulu tu.

Rupanya apa yang aku harapkan termakbul, Tiga Rasa tak kisah jaga anak2 kucing lain. So aku biarlah kotak tersebut kat situ sebab rasanya selamat je. Lagipun ada yang bagi dia makan.

Sehari dua lepas tu, aku dengar bunyi anak kucing kat luar rumah. So aku buka pintu dan tengok Tiga Rasa tengah angkat anak dia. Aku carilah kotak dia kat mana, rupanya jiran aku tu letak kat bawah meja luar rumah dia. Mak cik tu cakap ada budak2 dok main dengan anak kucing tu. Bila aku jenguk tinggal 3 ekor je anak kucing. Dua ekor anak Tiga Rasa yang masih belum celik mata dan seekor lagi budak kecik yang mulut bising tu. Tiga ekor lagi dah hilang termasuklah seekor anak sebenar tiga rasa.

Aku tanyalah mak cik tu mana lagi anak2 kucing yang lain. Dia cakap tak tahulah, memang banyak tu je yang tinggal. Aku rasa bengang jugak sapelah pisahkan anak2 kucing dengan mak dia. Mak cik tu cadangkan aku tolong jaga anak2 kucing tu. Dia siap bagi kotak dengan bagi kain lapik lagi. Dia cakap kesian kat kucing2 ni, tapi diaorang duduk ramai susah nak jaga dan ada budak kecik. Tahulah budak kecik ni suka cepuk2 kucingkan.

Aku pun amek la dan bela budak2 tu dalam umah sekali dengan mak dia. Susah weh nak jaga anak kucing dalam rumah apartmen ni. Dengan takde kemudahan untuk kucing lagi. Selalunya lepas mak dia bagi minum susu, aku lepas mak dia keluar. Nanti bila mak dia rasa nak masuk tidur dengan anak2 dia, dia mengiow la depan pintu.

Anak-anak Tiga Rasa dua ekor memang tak bukak mata lagi so memang takde masalah tapi budak kecik yang dah bukak mata tu memang nakal dan suka memanjat. Penat nak jaga dia seekor, tapi telatah dia mencuit hati. Dia la si pembuli adik-adik yang belum celik mata. Tiga rasa pun sayang kat dia dan rasanya macam kadang2 tu dia lebihkan anak angkat dia daripada anak sendiri.

Adik2 dia masih terba-raba cari nenen, suka la dia buli adik2 dia. Tapi kesian takde respon sebab adik2 dia mana celik mata dan reti nak main lagi. Hahaa so dia selalu la main dengan mak angkat dia je.

Bila nak tinggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, aku dalam dilema mana nak tinggal budak2 tu. So aku tinggal kat luar. Tapi tiga rasa angkut anak2 dia depan pintu semula.

So nak pergi mana pun aku rasa sayang nak tinggal diaorang sampaikan balik kampung pun aku angkut Tiga Rasa dengan anak2 dia sekali.

Aku bela la Tiga Rasa dengan anak2 dia sampai dah celik mata anak2 Tiga Rasa. Sampai budak kecik pun dah reti makan benda lain selain nenen. Budak2 tu memang nakal dan memang habis semua barang dikerjakan sampai aku terpaksa tukarkan dioarang daripada dalam kotak ke raga bekas baju aku. Suka sangat nak memanjat dan dapat keluar terkedek2 datang bermanja dengan aku. Budak2 suka yayak merata2. Kalau umah kat kampung senang diaorang mesti bebas nak ke mana.

Awal tahun aku berpindah rumah. Ada niat nak bawak diaorang sekali tapi aku pun menumpang dan aku tahu memang tak boleh bawak kucing sekali. Masa tu rasa sangat down sebab terpaksa tinggalkan diaorang. Aku cakap kat Tiga Rasa, 'aku nak bawak kau sekali tapi aku tak boleh.aku pun menumpang.kalau aku dok rumah sendiri aku bawak kau dengan anak2'. Nangis2 aku kat Tiga rasa masa tu.

Masa pindah barang keluar, korang tahu? Tiga Rasa sendiri yang bawa keluar anak2 dia. Dia macam bawa diri dengan anak2 dia. Aku sedih sangat tapi aku pun tak tahu apa lagi nak buat. Nampak sangat dia kecik hati dengan akukan. Kalau sebelum ni beria dia nak anak2 dia ada kat dalam rumah, tapi kali ni dia sendiri bawak anak dia jauh dari rumah.

Sebulan dua lepas tu aku ada datang rumah sewa tu semata2 nak tengok Tiga Rasa dan anak2. Tapi aku tak jumpa pun diaorang dah. Tak tahulah diaorang masih hidup atau dah mati.

Kadang2 aku rasa aku ni kejam tak jaga diaorang terus....

************************
Itulah kisahnya...kucing pun berperasaan kan..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... 
Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
Moral: Gunakan mata hati untuk menilai yang mana intan berlian dan yang mana kaca tiada nilai.
****************
Permulaan entry sebab dah lama tak berblog, terasa lain pulak. Erm blog ditinggal sebab terlalu sibuk dengan kerja yang tak sudah dan risau tercoret sesuatu yang tak sepatutnya. Mencuba untuk aktif seperti dulu, sayang blog.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Akhirnya sampai juga tarikh temujanji untuk minor surgery gigi geraham bongsu aku pada 13 September yang lalu. Perasaan dah tak rasa apa kot sebab nak tak nak kena remove gak geraham bongsu tu sebab memang dah berlubang pun. Cuma kena tengok result darah oke ke tak je.

So dalam pukul 8.15 pagi aku sampai hospital Putrajaya dan terus ke bahagian pendaftaran. Dekat pukul 8.30 bahagian dental telefon, maklumlah temujanji aku ni melibatkan doktor pakar yang memang susah kot nak ada. So aku confirmkan dah ada kat hospital bahagian registration. Dalam 8.40 macam tu terus ke bahagian klinik bedah mulut. Nurse suruh pi makan dulu sebab aku tak brekfast lagi. So menapak ke cafe hospital dan makan kuetiow+mee dulu walaupun perut tak rasa lapar.

Dekat2 9.15 terus ke klinik bedah mulut semula. Tak sampai seminit duduk nombor aku dah naik. Hee on time sebab temujanji aku memang 9.15 pagi pun. So menapak masuk ke dalam bilik. Seorang doktor bersama assistant dia kat dalam. And guest what they both lelaki. Adeh dalam hati sebenarnya kurang selesa. Tapi apa boleh buat, pasrah je.

So first thing yang aku tanya, how my blood test result. Oke ke untuk proceed on surgery. Oh diaorang macam tak tahu je pulak. Hahaa tapi after cek Alhamdulillah normal dan sepatutnya tiada masalah sebab aku dah stop consume ubat dah lama.So doc explain again about procedure, remind me again bout risk semasa n after surgery. Lepas tu sampai la saat untuk sign form kebenaran dan kefahaman risiko2 pembedahan. Aha sign je la...

After that aku disuruh menyelesakan diri kat atas kerusi tu. Lepas tu doc cakap mata akan ditutup as procedure sebab ada alatan yang tajam yang mungkin akan cederakan mata or muka, so sebagai langkah keselamatan la. Owh dalam hati baguslah aku pun tak nak tahu alatan apa diaorang guna.

Mulut disapu dengan something kaler merah, tak tahu la apa tu. Then kemudian aku disuruh berkumur2.

Pastu assistant dia mula tutup mata aku dengan pakaian khas yang aku sendiri tak taw camne rupa dia. Tapi ditutup hingga paras dada. Lepas tu mula la sesi menganga mulut seluasnya. Adeh sampai diaorang ckp memang limited kot tahap boleh ternganga tu. Hahaa ntah tataw le pulak tapi rasa dah habis besar kot nganga.

Then cecair apa tah disapu kat sekitar dagu and bibir. Antiseptik kot (agak2 je). Lepas tu dalam mulut disapu cecair gak sebelum ubat bius dicucuk. Kalau tak salah 3-4 kali dicucuk. Yang kat bahagian atas tu sakit, sampai kuar gak la air mata aku. Hahaa. Pastu start rasa kebas weh. Sampai kelu lidah nak bercakap pun.

Masa tu la surgeon yang berkenaan datang untuk melakukan surgery ke atas geraham aku. Lelaki india surgeon tu, camne rupa eden tataw sebab mata dah kena tutup. So dia dah masuk benda yang akan bagi mulut ternganga sepanjang operasi berlangsung. Lagi sekali limited, jenuh aku nganga baru benda tu dapat masuk. So bermula la sesi mengerjakan geraham bongsu aku.

Tak tahu la senjata apa diaorang guna. Tapi macam-macam benda aku rasa kuar masuk mulut aku. Macam-macam bunyi aku dengar. Terbayang mesin gerudi gigi, mesin potong papan pun aku terbayang.

Jenuh gak la diaorang goyang2, potong mungkin gusi n geraham aku tu. Kadang-kadang aku pun bergerak sekali. Wakaka ganas tol ko geraham bongsu susah benor nak remove pun. Akhirnya selesai gak.

Hahaa terasa bibir tercucuk benda tajam, hee doc tu minta maaf. Hahaa xpe doc tak sakit pun. Masa tu doc sorang lagi tu yang jahitkan bekas geraham bongsu tu rasanya. Agak2 je la sebab tak nampak.

Terdengar perbualan surgeon ngan doc, gigi geraham bongsu atas tak payah buang lagi coz takde issue dan baru nampak separuh. Owh aku just okekan dalam hati je.

Lepas tu selesai sebelum diaorang cuci dengan air garam ke apa tah. Then last sekali masukkan kapas suh gigit ketat2.

Uh oke tak rasa pe kecuali kebas dan pipi yang membesar. Masa siap tu dalam pukul 10 lebih. So tak de lama sangat pun surgery tu. Doc bagi tips after surgery dan siap bagi kertas note. Pastu tunggu kat luar untuk mc dan next temujanji.

After 1 weeks baru jahitan kat gusi akan dibuka. Tak kisahlah...huhuu

So ni pengalaman aku selepas operation:
1-2 jam= Aku memang tak rasa pape pun. Cuma tak boleh cakap sangat coz ubat kebas kot. So lepas operation memang cepat2 aku keluar sebab sakit ati tak boleh cakap. Nak say thanks kat doc pun macam tak lepas. Sory la doc..huhuu

Masuk jam ke-3 = Masih tunggu kat farmasi untuk amek ubat. Dah start rasa tak selesa. Rasa nak telan je semua orang, sebab terasa pipi makin bengkak. Pastu mula tarik tudung cover pipi sebelah. Huwaaa. Pegi toilet untuk tukar kapas yang penuh dengan darah. Sory tapi darah tu sangat hanyir sampai aku sendiri nak muntah..

Jam berikutnya terus balik rumah, then sejam sekali cuba tukar kapas yang bersalut darah tu. Bau hanyir darah makin kurang tapi rasanya aku dah banyak tertelan darah yang bercampur air liur. Tak sengaja takpe kan hukum dia. Takde rasa sakit pun, so berlagak tak makan ubat lagi. Cuma takut nak makan dan nak buka mulut. Telan je bubur nasi yang emak aku masakkan. Telan air pastu tido awal malam tu.

Pagi esoknya
Bangun pagi esoknya da terasa sakit. Still bleeding. Nak berkumur pun masih takut sebab darah de lagi. So start telan ubat. Da tengah hari baru berani cuba berkumur slow2 dengan ubat kumur dia bagi. Darah masih kuar. So gigit lik kapas. Dalam hati lambatnya darah aku stop. Uwaa.. Tapi risau kebersihan mulut tak terjaga tu berkumur gak

Malam ni still berdarah lagi tapi kadang2 aku tak gigit kapas. Berkumur slow2 dan masih makan bubur nasi. Masih telan ubat.

Oke esok dan seterusnya aku akan update dari masa ke semasa. Rasa nak lempang orang je ni...Hadoi...berdenyut2 pipi yang bengkak. zzzz

Hari ke tiga
Pulun kerjakan ais sbb nak bagi gusi kecut...Dari hari kedua lagi tapi masih bengkak. Dan tempat jahitan masih terus berdarah. Apapun aku kumur je slow2 sebab takut bakteria lak berkumpul nanti. Tak pasal kena infection lagi naya. Masih makan bubur nasi. Sebenarnya aku lapar tapi takut nak mengunyah lebih-lebih. Kesiankan.. Telan ubat doc bagi..

Hari ke empat
Hari ni hari ke empat. Still bengkak. Darah pun masih tapi sikit-sikit je. Tinggal sisa-sisa je kot. Dah mula rasa ada benda asing dalam mulut. Hahaa mungkin benang jahitan tu kot. Rasa tak best dan tak selesa menguasai mulut. Disebabkan lapa, makan gak makanan lembut-lembut supaya tak perlu mengunyah lama. Dah suka ati pegi kumur dengan air garam selang beberapa jam. Esok keje....MC.

Update:
Hari ke lima
Still bleeding dan bengkak. So pegi jumpa dentist untuk check up takut ada infection. Alang-alang request MC sekali. Hahaa. Dentist cakap oke je...no infection. Dia tlg cucikan je...

Hari ke enam
Dah pergi kerja tapi pipi masih nampak bengkak.... Tapi aku dah mula belasah je makan. Maklumlah rasa macam kebuluran je. Tapi menyungah guna sebelah kanan le...

23 September 2013
Temujanji untuk buka benang jahitan yang masih bersisa kat gusi tu. Sekejap je dalam masa 5 minit dah selesai, so amek time slip je la hari tu.

Sekarang dah 19 Oktober 2013-dah terbiasa dan tak rasa pelik dah. Dua minggu lepas masih rasa macam pelik je kat gusi tu, mungkin luka dah sembuh sepenuhnya... Erm ada tiga lagi geraham bongsu tu-geraham bongsu yang tiga tu please be nice to me ye. Jangan nak tumbuh senget2...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seperti semua maklum harga minyak RON95 dinaikkan 20 sen bermula 12 tengah malam tadi. Makanya harga baru RM2.10/liter la. Ingatkan khabar angin je semalam so buat tak pedulilah. Maklumlah selepas pilihan raya pun ada ura-ura tapi tak naik pun masa tu.

Macam-macam kekecohan timbul ekoran harga minyak naik. Macam-macam spekulasi dan pendapat daripada semua orang. Ada yang sokong, ada yang tak sokong. Berbau politik pun ada. Erm aku? Layan je la dah naik nak tak nak minyak kena isi gak. Tak jalan kereta kang kalau tak isi minyak.

Di kala semua pakat beratur kat stesyen minyak, daku bersantai menidurkan diri di rumah.. Hahaa padahal minyak kereta memang dah tinggal separuh pun.

Tapi secara logiknya bila harga minyak naik, harga barangan pun akan turut naik. Alasannya kos logistik bertambah... Erm logik gak tu..

Teringat zaman minyak tak naik lagi harga masa mula-mula kakak aku beli kereta tahun 2009 camtu. RM50 tu melimpah tangki minyak...huhuu. Sekarang? tak payah risau minyak melimpah dah le...

Ni bukan blog politik...so jangan buat kecoh kat sini. Sekian terima kasih.

**********************
Tak sihat...sakit kepala melanda tapi masih bekerja. Tak tahu la cuaca atau sebab lain. Hati pun masih berstatus 'freehold'.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hati keliru...
Siapa sebenarnya selayaknya bertakhta di hati...
Hati keliru..
Yang mana satu pemilik tulang rusuk...
Hati keliru...
Hati ini untuk siapa sebenarnya..
Hati keliru dan masih keliru...

Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jangan hancurkan hati yang rapuh ini...
Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jangan memberi harapan yang tidak pasti...
Kepada bakal pemilik hati...
Tolong jernihkan kekeliruan ini...

Hati kenapa mesti keliru...
Berserah kepada Dia yang satu...
Sudah tertulis di Luh Mahfuz siapa pemilik tulang rusuk
Sudah tertulis di Luh Mahfuz siapa pemilik hati..
Doakan pilihan itu yang terbaik kerana hanya Dia yang maha mengetahui
apa yang terbaik untuk hambaNya...

Perkahwinan...
Saling melengkapi
Saling menyayangi
Saling mengingatkan
Saling bekerjasama

Perkahwinan...
Bukan saling pentingkan diri
Bukan saling membenci kemudian hari
Bukan saling buat hal sendiri
Bukan saling mengingkari janji

Penyatuan dua hati...
Menerima seadanya pasangan
Cari kelebihan pasangan dan terima kekurangan
Bersama berubah ke arah yang diredhaiNya...

Kadang-kadang menulis dan bercakap lebih mudah
Bila berada dalam situasi sebenar sebaliknya berlaku..

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim apapun yang berlaku
Tetapkan hati ini...
Jauhkan kekeliruan ini...
Aku gadis akhir zaman yang serba kekurangan
Yang selalu khilaf dan alpa...
Tetapi masih mencari sinar keredhaan Ilahi..

***********************

Nak taip panjang lagi boleh tak...oh Hati...oh Keliru...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Seperti yang korang sedia maklum rebat RM200 untuk telefon pintar dah tutup hari tu. Erm kakak aku tak sempat nak beli pun. Kecewa dia sebab terlambat dan terrugi RM200..hahaa

Tapi berita baik untuk yang tak sempat nak beli tu, peluang kedua muncul ni. Rebat RM200 untuk telefon pintar akan disambung semula. So apa lagi ambil la peluang yang ada. Aku tahu ramai yang dah tamat permohonan la, yang tak cukup umur lagi berapa bulan lagi la.

So take noted ye bermula 3 September 2013 rebat RM200 akan disambung pemberiannya kepada golongan belia. Bukan sekarang ye, September nanti. Ala berapa hari je pun lagi.

Makanya boleh la mengusha telefon yang berkenan di hati. Nak tahu lebih lanjut cek kat sini----->Pakej Komunikasi Belia.

*********************
Hari ni naik public transport pi keje... hee not bad tapi teksi sedikit mahal la. Lebih mudah komuter dan LRT..huhuu
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael

Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

*Altimet*
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

*Awi Rafael*
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya, kalau aku kaya)

*Altimet*
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar

Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai Jeans
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, aku betulkan semua lubang atas jalanraya)

Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)

*Awi Rafael*
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Aku beli serba satu (heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (kita bagi biasiswa)

Bila aku kaya(4x)
Kaya, kaya

Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)

Bila aku kaya (kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku


***************

Tiba-tiba nak hayati lirik lagu lagu ni sebab terdengar ramai yang kata lagu ni perli menteri-menteri. Hahaa silalah hayati sendiri dan nilaikan maksud tersurat dan tersirat sebab semuanya subjektif. Hurm tak kisah la sebab telinga aku boleh terima lagu ni dan best gak layan lagu ni.. Ngee..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak update pasal Nuffnang. So ari ni nak update la pasal BE nuffnang yang belum credited lagi. Alhamdulillah bolehlah buat topup earning sedia ada....


*****************
Nak BW kalau sempat...dari Isnin lagi asyik BW separuh jalan, haish tak adil betul tuan rumah ni tak pegi semua rumah kawan2...jangan marah eaa. Minta maaf tak berniat macam tu, kalau boleh mau jalan2 semua blog.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pada hari hujan, seorang lelaki tua berdiri dengan buku untuk dijual.
Seorang lelaki muda datang membeli buku tersebut.
Lelaki muda itu membeli buku tersebut dengan harga RM100
Sebelum lelaki muda meninggalkannya, lelaki tua berpesan, "JANGAN SESEKALI MEMBUKA MUKA SURAT TERAKHIR BUKU TERSEBUT ataupun KAMU AKAN MENGHADAPI MASALAH".
Lelaki muda tersebut selesai membaca buku tersebut tetapi tidak membuka muka surat terakhir.
Tetapi....setelah berminggu-minggu, disebabkan rasa ingin tahu yang terlalu mendalam, lelaki muda membuka muka surat terakhir dan.....
Lelaki muda hampir pengsan melihatnya.
Harga Pasaran: RM10

Moral of story kadang-kadang rasa ingin tahu yang keterlaluan menyebabkan kita menyesal dengan apa yang telah pun berlaku.

*******************
Aku: Moral satu lagi anggaplah memang sudah rezeki pak cik tua tersebut....positif gila..hehee
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku pernah post entry pasal geraham bongsu awal tahun lepas---->Bila Geraham Bongsu nak Tumbuh. Setahun lebih sudah berlalu tapi geraham bongsu masih tidak berjaya naik dengan jayanya. Siap berlubang lagi gigi bongsu aku akhirnya.

Ceritanya dalam bulan enam macam tu la, gigi geraham bongsu aku sebelah kiri bawah berserpih. Serpihan tu menyebabkan geraham bongsu aku berlubang. Disebabkan kesibukan dan kemalasan aku, tak la pergi jumpa dentist. Tambahan lagi tak sakit pun masa tu. Beberapa minggu lepas tu, mulalah denyutan cinta berlaku. Siapa yang pernah rasa je tahu macam mana sakitnya.

Sakit naik sampai ke kepala dan rasa macam nak demam je badan. Time ni tips yang aku pernah bagi tu masih berkesan tapi kena gigih la. Kena pastikan gigi yang berlubang takde tertinggal sisa makanan. Lepas makan kena kumur dan pastikan mulut sentiasa dalam keadaan yang paling bersih. Yang paling tragis sakit gigi ni datang time pagi buta pukul dua pagi macam tu. Memang tak tidur la melayan denyutan cinta.

So memula aku p klinik swasta biasa je, dapat la pain killer, antibiotik ngan ubat kumur. Habis duit....waa takpe la nak pi klinik kerajaan malas punya pasal. Kebetulan time tu aku selesema kronik gak.

Kebanyakan masa selagi boleh tahan aku tahan je denyutan tu, bila tak tertanggung baru telan pain killer. Hehee beberapa hari sebelum puasa baru daku ke klinik pergigian kerajaan. Doktor sahkan gigi geraham bongsu memang dah berlubang dan tak dapat diselamatkan. Dan doktor cakap memang kena buat minor surgery untuk remove.

So kes aku dirujuk ke hospital lak, bahagian pembedahan mulut. Hari yang sama aku terus ke hospital Putrajaya. Kat sana doktor check up dan amek imbasan sinar X. Doktor sahkan geraham bongsu aku yang berserpih tu memang naik mendatar. So memang kena buat surgery. Memang berdebar dengar.

Doktor advice remove keempat-empat geraham bongsu aku. Dia bagi option nak removes empat-empat sekaligus atau buat dua-dua dulu. Dan segala risiko turut dijelaskan. Maklumlah geraham bongsu paling hujung dan banyak saraf-saraf berdekatan. Mata dan sebagainya kalau terkena memang boleh jejaskan penglihatan dan sebagainya la. Doktor turut maklumkan bahawa geraham bongsu takde function sebenarnya, kedudukannya yang terkebelakang memang menyukarkan untuk dibersihkan dengan berus gigi biasa. Hee thanks doc fakta tu saya dah tahu (dalam hati je cakap)

Turut dijelaskan after surgery memang akan bengkak so akan disupply dengan segala jenis ubat seperti ubat surut bengkak, pain killer dan mengikut keperluan nanti la.

Disebabkan aku ada rekod perubatan yang tak cantik suatu ketika dulu, aku dirujuk ke bahagian kesihatan dulu untuk ujian darah. Hahaa tak pasti la apa result ujian darah aku tu. Semoga semuanya baik-baik je.

So kalau semuanya oke, InsyaAllah bulan sembilan nanti minor surgery akan dilakukan ke atas geraham bongsu aku sebelah kiri dulu. Hehee aku tak pilih empat-empat. Nanti dua-dua belah pipi kembung sebab bengkak, tak ke haru. Tapi tak tahu la kot tiba-tiba ubah fikiran nanti.

Aku: Erm geraham bongsu oh geraham bongsu....

******************************
Agak serabut dengan kerja, hal sendiri lagi dan paling serabut dengan big boss. Moga hati terus tabah dan dipermudahkanNya segala urusan. Risau jika segala kesilapan walaupun bukan berpunca daripada diri, diletakkan kesalahan ke atas diri. Ye la masing-masing pentingkan diri nak selamatkan tengkuk masing-masing orang bawahan jadi mangsa.

Entry lain yang berkaitan:
Bila Geraham Bongsu nak Tumbuh
Surgery Geraham Bongsu
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terasa lama tak mencoret kat blog. Kesibukan diri dengan urusan duniawi memang tak pernah mereda bahkan semakin memuncak. Selagi bernafas begitulah kita. Tiba-tiba terasa macam skema je mencoret di blog.

Tinggal berapa hari je lagi Ramadhan bakal melabuhkan tirai, Syawal bakal menjelma. Serasa begitu cepat masa berlalu, keje dan keje akhirnya Syawal bakal muncul. Sedih hati mengenangkan masa berlalu begitu sahaja, diri tidak mampu menjadi yang lebih baik. Ramadhan seolah tersia begitu sahaja. Mungkin tiada lagi Ramadhan untuk diri tahun berikutnya, hanya Dia lebih mengetahui.

Oke kita masuk kepada topik entry, aku yakin ramai yang berat badan makin turun di kala berpuasa ni. Aku pun salah seorangnya, berat turut turun. Ini namanya berat bulan puasa. Sudah underweight bertambah underweight lagi.

Hajat di hati sebenarnya nak cek tekanan darah tapi part tu mesin dia rosak dan tak boleh detect, takpe la alang-alang dapat sekali berat, tinggi, body fat. Sebab terasa kepala sedikit ting tong puasa ni, tak pasti la kenapa. Kot la tekanan darah rendah ke... Tapi rasanya sebab cuaca kot, yelah jerebu la, panas la, hujan la.
Berat yang makin turun dan InsyaAllah pasti akan naik kembali nanti. Kalau tak naik tu memang agak susah hati. Tak pe nanti makan banyak dan banyak lagi (nak sedapkan hati sendiri). 

Aku: Banyak perkara yang berlaku dalam hidup yang tak boleh dikongsi. Sedih, duka memang teman akrab si hati. Doakan yang baik-baik je. Semoga diri bertambah baik setiap hari, doakan.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Manusia mesti nak pahala yang lebih dan bergandakan. Bersedekah di bulan Ramadhan seperti yang semua sedia maklum memang berkat dan besar ganjarannya.

Sumber: www.islam.gov.my

Sekadar bercerita untuk berkongsi bersama. Hari tu beberapa hari sebelum puasa, sempat sembang dengan seorang hamba Allah ni. Dia bercerita ada yang datang bawa tabung dan minta derma daripada dia.

Tapi ayat yang buat aku dan kawan agak sentap, ''I cakaplah kat diaorang dah dekat nak bulan puasa ni, lagi berapa hari je dah. Datang la minta masa puasa nanti, dapat jugak I pahala lebih. Bersedekah masa bulan puasa besar taw pahalanya."

Oke boleh agak la apa yang aku fikirkan? Nak buat kebajikan dan kebaikan pun kena tengok bulan ke?

Sebab nak kejar pahala lebih tergamak keluar statement macam tu. Hadoi...

Orang yang cakap ni berkedudukan tinggi, berharta... Apalah salahnya bagi je la masa tu dan masa Ramadhan nanti pun bagi lagilah. Duit dia yang banyak tu tak luak pun rasanya setakat nak bagi sedekah dua tiga kali dan berkali-kali pun.

Oke...STOP tu hak masing-masing. Siapalah aku nak bandingkan dengan dia, big boss. Segalanya betul. Erm tak pe tu masing-masing punya pandangan dan cara.

Aku: Kadang-kadang hilang hormat kat orang macam ni. Nak pahala lebih pun agak-agaklah.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Soal kahwin bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Kalau boleh nak la jodoh kita tu berkekalan sehingga hujung nafas terakhir. Kalau boleh nak la yang terbaik ataupun sekurang-kurangnya tidak menimbulkan masalah kepada kita di kemudian hari.

Dilema perempuan yang educated dan berkerjaya, terlalu berhati-hati dengan insan bergelar LELAKI dicop sebagai memilih dan sombong. Bila berkahwin dengan lelaki yang tidak setaraf dikala usia menginjak hampir ke 30 an ataupun selepas 30 an, akan dicop sebagai desperado (desperate) lak. Ish2...apa la orang yang fikir macam ni.

Erm tapi sekarang ni bape kerat je LELAKI yang baik dan bertanggungjawab? Lelaki sekarang pun pandai mengambil kesempatan dan pandai demand. Mana taknya, memilih jodoh yang berkerjaya tetap dan mampu dari segi harta. Pandai ye korang nak menyelamatkan duit korang (tapi ada je yang betul-betul jujur dan ikhlas). Tak belajar agama ke...nafkah tetap tanggungjawab korang kena bagi even wife keje. Jangan pertikaikan...

Ada banyak kes dimana isteri yang educated tak dapat nak hormat suami yang tak setara (setaraf) dengan dia. Masalah jugak tu, so kalau dari zaman bercintan cintun dah rasa tak dapat hormat lelaki tersebut, janganlah nak aniaya diri sendiri dengan Perkahwinan. Nanti mengumpul mata ganjaran (dosa) menjadi isteri yang derhaka lak. Tak cium bau syurga isteri yang derhaka.

Zaman bercinta dan selepas kawen adalah berbeza. Sebelum kawen tanpa ikatan yang sah tak payah la nak ikut sangat apa pakwe/makwe cakap dan suruh. Sebab tu kalau pakwe jenis baran, cemburu tak bertempat, suka mengarah buat yang tak sepatutnya, baik angkat kaki la. Nanti kalau dah kawen nak jadi isteri mithali kena turut dan taat kepada suami. Tak ke rumit macam tu. Kalau makwe mata duitan tu sempat lagi nak larikan diri.haha

So soal kahwin bukan perkara yang boleh dipandang remeh ye.

Aishah Jahirah: Entry ni bukan nak kondem kaum Adam dan sape2 ye...asal nama manusia memang tak sempurna tak kira jantina dan tak kira siapapun.peace..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terjawab sudah teka teki mengenai bonus raya untuk kakitangan awam. Semalam dah diumumkan bantuan khas hari raya sebanyak RM500 untuk kakitangan awam Gred1 sehingga Gred54. Bantuan hari raya ni akan diterima oleh kakitangan awam pada 31 Julai 2013 nanti.

Sebelum ni kat opis aku macam-macam spekulasi mengenai bonus. Ada yang jangka akan dapat setengah bulan gajilah. Ada yang jangka dapat sebulan gaji pun ada. Mak aih laris betul cerita pasal bonus ni di kalangan kakitangan awam.

Boleh pula ada yang cakap dah diumumkan pasal bonus padahal belum lagi masa tu.

Aku? Tak amek port sangat pasal gaji dan bonus ni. Keje melambak nak selesaikan lebih menjadi perhatian aku. Sedih sangat...

Apapun tetap bersyukur dapat bonus raya daripada tak dapat apakan. Melepaslah siapa yang aim setengah bulan gaji tu. Huhuu
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari ni nak mencoret pasal memandang rendah terhadap orang lain. Aku tahu setiap orang punya kelebihan yang tersendiri. Kadang kala kelebihan yang dimiliki tersebut selalu membuat diri merasa terlalu bangga dan mula membanding diri dengan orang di sekeliling. Tak payah kata orang, kadang kala diri punya perasaan tersebut.

Segala yang dibuat oleh orang lain mula dibandingkan dengan cara kita yang dirasakan betul dan cekap. Tambahan pula kita memang memiliki pengetahuan yang lebih dalam perkara tersebut, lagilah terasa orang lain buat kerja lambat dan tak setanding kita. Kecekapan orang tersebut selalu dipertikai oleh hati ataupun diluahkan secara langsung.

Baik ke sebenarnya memandang rendah terhadap orang lain ni? Terpulang....tapi pendapat peribadi aku tak elok sebenarnya kita terlalu memandang rendah terhadap orang lain. Kenapa? Sebab setiap orang sebenarnya punya kelebihan ataupun kekuatan tersendiri. Mungkin kita tak sedar atau mungkin kita menidakkan kelebihan dan kekuatan seseorang tersebut. Maklum sifat manusia ada yang ingin menjadi terbaik dalam segalanya.

''Aku buat kerja lagi bagus dari dia'', mungkin pernah terdetik dihati kita perkataan seumpama ini. Tapi seeloknya janganlah pertikaikan hasil usaha orang lain, cubalah perbaiki dengan cara yang berhemah yakni tidak menyakitkan hati orang tersebut. Lain ceritalah kalau orang tersebut memang bodoh sombong dan tak ada inisiatif untuk membuat kerja. Setiap orang tahap mendapat sesuatu tu berbeza-beza. Ada yang cepat, ada yang lambat.

Perasaan halus tu kadang-kadang hadir, "aku lebih bagus, kerja aku lagi sempurna". Silalah berfikir secara rasional positif negatifnya. Kita pun tidak sempurna walaupun diri terasa 'sempurna'. Tak ada seorang manusia pun yang betul-betul sempurna.

Dan jika punya kesempurnaan pun, ingatlah kesempurnaan itu hanyalah pinjaman. Dengan izin Dia kita menjadi yang terbaik, kerja kita bagus, kita cepat dapat ilmu yang diajar. Semua dengan izinNya. Bila-bila masa sahaja 'kesempurnaan' tersebut boleh ditarik. Semuanya hak Dia yang satu, tak perlulah terlalu membangga diri membanding-banding kebolehan, kebagusan diri dengan orang lain.

Sedaya upaya aku cuba mengingatkan diri sendiri, jangan sesekali memandang rendah terhadap orang lain. Dari segi pekerjaan, keupayaan belajar, kecepatan mendapat sesuatu ilmu dan pelbagai segi lagi. Sebab aku tahu aku insan yang lemah, tidak sempurna dan kadang-kadang perasaan negatif tersebut ada sebagai manusia biasa.

Sekadar Nukilan Hati... dan peringatan untuk diri sendiri. Yang baik sama-sama  kita amalkan, yang tak baik elok dielakkan.

Aishah Jahirah: Bila difikir-fikir, siapalah kita untuk menilai serta memandang rendah orang lain. Hanya Dia yang satu selayaknya menilai dan hanya Dia yang tahu segalanya.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kadang2 kerang yang kita beli tu selekeh je tengok, berlumpur kulit dia. Jenuh nak membersihkan kulit kerang tu satu persatu. Memang la yang kita makan isi dia, tapi masa rebus isi mesti terkeluar jugak bercampur dengan air kulit kerang yang berlumpur tu. Rasa kurang berkenan jugak.

Kalau kat bandar selalu kena rajinkan diri berus la sekor2 kerang tu sampai tanggal lumpur dia. Langsung tak praktikal, sakit tangan dan jari jemari je.

Tapi kalau kat kampung, senang boleh guna petua ni untuk bersihkan kulit kerang tu. Cepat mudah dan yang penting bersih.

Caranya amek daun pisang pastu ramas je sekali dengan kerang tu.... Insyaallah selalunya cuci murni kerang tu nanti bila dah dibasuh. Senang keje....:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kepada anak-anak dara dan mak-mak dara, pandai siang ikan tak? Pandai ye...bagus-bagus. Perlu ke buat tutorial cara-cara menyiang ikan? Mau gelak guling-guling kang..;p

Aku bukannya apa tetiba terfikir pandai ke tak pompuan sekarang siang ikan. Kalau dulu tak payah cerita la memang haruslah pandai bab-bab macam tu kan.

Tapi....sekarang ni pompuan-pompuan especially yang belajar tu mana la ada masa nak mempratikkan skill di dapur, maklumlah tinggal di asrama sejak sekolah sampai la masuk u. Orang yang masakkan untuk kitakan. Takkan tiba-tiba nak pegi tolong mak cik kat dining hall kot. Bukan mencipta alasan ye tapi itulah kenyataan.

Pastu balik cuti sekali sekala mesti la nak bermalasan je. Makan rajin, nak tolong masakkan memang kemalasan terlampau. Nak manja-manja makan makanan mak masakkan konon-konon.

Aku pun sama je jugak, masa sekolah dulu adalah jugak tolong mak aku siang ikan. Pastu dah masuk u, ambik engkau nak ke dapur tak rajin sangat la. Sesekali balik cuti semester, hancur ikan mak aku dikerjakan oleh aku. Haha memang reject buat menantu la. Tapi tak semua macam tu, ada je yang rajin sokmo ke dapur.

Sekarang je mempratikkan skill yang ada. Tu pun aku pandai siang ikan yang aku makan je kot. Aku tak makan ikan-ikan pelek so jangan suruh aku siang ikan-ikan pelik. Contohnya keli, haruan, sebilangan besar ikan sungai aku xreti la nak siangkan. Fail... dan terkial2 kalau disuruh. Paling benci kalau banyak sisik, sat gi aku pulak jadi ikan, penuh sisik satu baju. Hehee

Tapikan sekarang, kalau yang tak pandai siang ikan tu senang je. Time beli ikan tu boleh suruh orang jual ikan siangkan siap-siap. Balik just bersihkan je ikan tersebut. Kat pasaraya lagi la senang sebab memang ada specialized diaorang dalam menyiang ikan. Pilih je pastu bagi diaorang siangkan. Tak mudah gitu?

Orang cakap bila dah kawen automatik akan terpandai buat semua benda termasuk skill menyiang ikan la kot. Macam tu ke? Ada je kawan aku dah beranak pinak still tak reti-reti nak mengerjakan ikan. Apa kes lak tu? Dia cakap geli la nak kuarkan isi perut ikan tu.

Haha aku gelak je lah...da jadi bini orang pun geli nak siang ikan. Habis laki ko nak makan ikan tu ko suruh laki ko siang ke? Dia mengiyakan pulak. Wow sporting la laki ko yang siang ikan.

Tak kisahlah pandai ke tak pandai siang ikan. Tak pandai boleh blaja... Yang dah pandai tu oke la kan...

**********************************

Aku rasa lelaki sekarang dah tak kisah ke dapur tolong bini dan tak kisah pompuan tak pandai buat kerja di dapur. Betul ke macam tu? Ala kedai kan ada, apa susah. Apapun sebenarnya lebih berkat kalau seorang isteri atau seorang ibu yang masak untuk keluarga sebab air tangan ibu ni lain rasa dia. Tak boleh dapat kat mana-mana kedai/restoran.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Salah satu favourite aku ni, kerabu. Tapi macam biasa la resepi mesti yang mudah dan cepat, main campak2 je. Hahaa dasar tak suka masak benda complicated.

Bahan-bahan:
  • Taugeh-terpulang nak celur atau tak-aku celur kejap je
  • Kerisik Kelapa
  • Cili Padi
  • Bawang Besar dihiris nipis
  • Ikan bilis dicelur dengan air panas
  • Lada Hitam
  • Limau kasturi
  • Tomato dihiris nipis (option)
  • Kerang rebus dikopek (option)
  • garam
  • gula

Cara-cara:
  1. Tumbuk ikan bilis bersama lada hitam dan kalau nak pedas cili padi sebiji.
  2. Gaulkan taugeh dengan bahan ditumbuk, kerisik, bawang besar, tomato, kerang. Boleh potong cili padi kalau tak pedas lagi.
  3. Perah limau kasturi secukupnya, letak garam, gula secukupnya kemudian gaul rata.
Sedia dimakan.....

Nota:
Nak sedap letaklah belacan, family aku ada tak boleh makan belacan tu tak letak.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Tips untuk berjimat di rumah. Sedar atau pun tidak sebenarnya kita banyak melakukan pembaziran ketika berada di rumah. Sepatutnya kita berjimat bukannya membazir. Tapi tulah kadang2 tu kita tak sedar benda yang kita buat tu merupakan pembaziran sebenarnya, yelah selalu nak memudahkan diri aje.

Sedikit perkongsian cara berjimat kat rumah:
  • Tips untuk berjimat di rumah. Kalau nak basuh kereta tu seeloknya guna baldi dan elakkan guna getah paip. Apesal lak tak leh guna getah paip? Lagi senang kot pancut aje... Hey bukan tak boleh tapi sebenarnya guna getah paip ni membuatkan penggunaan air lebih banyak berbanding korang cedok air dari baldi. Tekanan air akibat penggunaan getah paip menyebabkan meter laju je bergerak seiring dengan laju je air keluar.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Ni mak aku selalu didik daripada aku kecik lagi. Sila tutup lampu atau kipas atau suis TV kalau dah tak nak berada kat kawasan tu. Mak aku memang cukup tegas hal ni sebab dengan cara tu la kitaorang berjimat cermat. Dan memang berkesan.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Tido malam tutup le semua lampu, kalau bolehlah. Al maklum la aku tahu mesti ada yang penakut nak tido dalam gelap, so kepada yang berkenaan carilah lampu yang save energy tu ye.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Jangan biarkan pintu peti sejuk korang terbuka lama tanpa sebab, kurangkan membuka peti sejuk korang dan pastikan korang beli peti sejuk yang cekap tenaga tu ha.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Pasang kipas bila perlu je. Aku tahu sesetengah umah 24jam perlu kipas. So yang xley elakkan tu kira halal je la.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Nak basuh baju, yang guna mesin basuh tu kumpul la dulu baju sampai penuh mesin basuh. Tapi jangan over limit pulak, kang jahaman mesin basuh tu. Ada kes tu, ada la sorang hamba Allah ni baju sehelai dua pun nak basuh dah. Adeh itu membazir letrik namanya.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Gunakan mesin basuh pakaian yang jimat tenaga. Sebelum membeli mesin basuh pakaian, baca label kecekapan penjimatan tenaga mesin tersebut. Dengan memilih mesin basuh yang tinggi penjimatan tenaganya, penggunaan air dan elektrik dapt dikurangkan sehingga 50%.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Masak mengikut keperluan supaya pembaziran makanan dapat dielakkan. Nanti tak pasal2 membuang makanan yang berlebihan lak.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Gunakan pancuran untuk mandi dan elakkan mandi dengan menggunakan air takungan. Mandi menggunakan pancuran dapat menjimatkan sebanyak 4 kali ganda tenaga. Tapi kat kampung ada kolah (takungan) air dan memang puas mandi disamping air yang sejuk.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Pasangkan sistem dua curahan pada tandas. Jika dibandingkan dengan sistem satu curahan, sistem dua curahan dapat mengurangkan penggunaan air sesebuah keluarga sebanyak 50%.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Semasa memberus gigi gunakan air yang diisi di dalam bekas dan jangan biarkan air berterusan mengalir.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Isikan air ke dalam sinki untuk membasuh sayuran atau pinggan mangkuk. Ia menjimatkan 15 kali penggunaan air berbanding membasuh di bawah paip air yang mengalir berterusan.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Gunakan peralatan elektrik yang jimat tenaga. So jimatlah letrik pun.
  • Tips untuk berjimat di rumah. Padam dan buka plak selepas menggunakannya. Peralatan elektrik seperti televisyen yang digunakan selama 3jam sehari dan selebihnya  dibiarkan dalam keadaan 'standby mode'selama 21 jam akan menggunakan sehingga 40% tenaga dalam keadaan 'standby mode'.

Sekian, perkongsiaan. Harap dapat dimanfaatkan bersama tips untuk berjimat di rumah ni.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai puasa dan mandi wajib. Timbul persoalan sah ke puasa orang yang tak mandi wajib.

Selama ni kalau aku sendiri pun fikir kalau tak mandi wajib tak boleh puasa, macam solat kena sucikan diri daripada hadas besar dulu.

Untuk pengetahuan bersama, puasa seseorang itu adalah sah walaupun orang tersebut tidak mandi wajib. Puasa dan solat adalah dua perkara yang berbeza tapi saling berkait. Seelok2nya mandilah wajib supaya kita dapat mengerjakan ibadah puasa dalam keadaan bersih dan orang yang berpuasa tetap wajib menunaikan solat.

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Hukum cabut gigi ketika berpuasa, batal ke tak puasa ye. Aku tahu mesti ada yang nak  buat rawatan pergigian di bulan Ramadhan ni pun.

Sebagai perkongsiaan, tidak batal puasa seseorang yang mencabut gigi pada bulan puasa. Hukum mencabut gigi pada bulan puasa pula adalah makruh. Rawatan pergigian boleh dilakukan pada bulan puasa tapi dengan syarat tak tertelan ubat ataupun cecair yang disembur dalam mulut kita tu.

Sebarang jenis cecair yang disembur dalam mulut, kalau melepasi had kerongkong/anak tekak maka batallah puasa seseorang tersebut.

So kalau boleh elakkan dapat rawatan pada siang hari Ramadhan. Itu yang terbaik...

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Seperti yang kita semua sedia maklum, memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan akan menyebabkan puasa seseorang itu terbatal.

Tapi mungkin tak semua tahu apa rongga terbuka yang boleh menyebabkan terbatal puasa seseorang jika dimasukkan sesuatu.

Daripada jawapan yang diberi, rongga terbuka ialah hidung, mulut, telinga dan qubul dan dubur. Jika dimasukkan sesuatu ke dalam rongga tersebut boleh menyebabkan puasa terbatal.

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum,

Dipatuk ular
Dipatuk ular - Google
Dipatuk oleh ular? Apakah tindakan anda sekiranya saudara atau rakan anda dipatuk oleh ular? Tentu anda merasa panik dan cemas untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa. Hari ini aku ingin kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna: 
  1. Baringkan mangsa terlebih dahulu dan jangan pula menggerakkan anggota badannya terutama di bahagian yang dipatuk bagi mengelakkan bisa itu dari merebak ke bahagian lain. 
  2. Biarkan bahagian yang dipatuk berdarah selama 15 minit hingga 20 minit. Kemudian cuci dan sapukan  bahagian yang dipatuk dengan betadine (jika ada) bagi mengelakkan berlakunya jangkitan (syaratnya mangsa tidak alah kepada iodin). 
  3. Balut luka yang telah dicuci dengan pembalut yang sesuai, namun jangan pula dibalut terlalu ketat  (caranya periksa nadi di atas dan nadi di bawah balutan, jika tiada nadi dikesan bermakna balutan terlalu ketat).
  4. Jika mampu, bunuh ular berkenaan bagi mendapatkan antivenom (antivenom adalah rawatan terbaik untuk mangsa). 
  5. Segera dapatkan rawatan dari pakar perubatan bertauliah. 
  6. Elakkan dari menyedut bisa ular dengan mulut, ianya sangat berisiko. 
Selamat mencuba..

p.s : Sebenarnya aku geli tengok ular..

Rujukan : Panduan Membelai Diri Indah di Mata, Patonah Chai Choh, Alaf 21 Sdn. Bhd. 

Oleh : Mizz Aiza

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tips untuk tarik rezeki yang boleh dijadikan amalan bersama:

1) Solat berjemaah
"Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang. Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum." Sumber:http://www.rakanmasjid.com/

Tak semestinya kena pergi masjid atau surau. Kat rumah pun boleh berjemaah suami isteri bersama ahli keluarga. Tapi... "semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya." Sumber:http://www.rakanmasjid.com/

InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki sebab tak lupa Dia.

2) Solat Dhuha
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.

Nak tahu kelebihan solat Dhuha dan bagaimana mengerjakannya boleh rujuk----->Solat Sunat Dhuha

InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki.

3) Tadabbur al Qur'an
Makna tadabbur Al-Qur’an adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat Al-Qur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.

Nak lebih faham sila baca kat sini------>10 Kunci Tadabbur Al-Quran

InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki

4) Sedeqah
Ataupun sedekah la kita panggil... Amalan yang baik dan mulia. Bak kata pepatah tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Boleh baca kisah menarik mengenai sedekah kat sini----->Hanya Kerana Sedekah Sekupang

5) Jaga muamalah
Secara bahasa kata muamalah adalah masdar dari kata 'AMALA-YU'AMILU-MU'AMALATAN yang bererti saling bertindak, saling berbuat dan saling beramal. Sumber:http://islamwiki.blogspot.com/

Seseorang itu dianggap tidak berhutang selagi mana tiada bukti yang menunjukkan bahawa dia telah berhutang. Maksudnya jika seseorang dengan tiba-tiba mendakwa bahawa si Pulan telah berhutang, kemudian diminta kepadanya, berikanlah bukti bahawa si Pulan itu telah berhutang. Kemudian jika dia tidak dapat memberikan bukti tersebut maka si Pulan itu dianggap tidak berhutang. Sumber: http://halaqah.net/

6) Perbanyakkan zikir
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Entry di blog lain mengenai zikir:
----->Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki

InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki 

7) Bersilaturahim
Untuk tahu kelebihan baca kat sini:
----->Silaturahim Memanjangkan Umur dan Murah Rezeki

InsyaAllah jika dijadikan amalan murah rezeki. 

*******************************
Point utama dapat daripada pages Ustaz ke Ustazah tapi huraian dia aku yang google sendiri untuk panduan diri dan bersama... Segala tips ini kalau dijadikan amalan InsyaAllah tak susah hidup. Cuma perlu faham rezeki tu tak semestinya harta kekayaan. Kesihatan, anak yang soleh dan solehah, keluarga bahagia dan banyak lagi pun rezeki jugakan.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak share cara remove atau buang follower kat blog kita. Cara  remove atau buang follower  ni tolong guna dengan berhemah. Macam kes aku ni la tiba-tiba ada follower yang bergambar dan mungkin berlink tak senonoh. Tiada kompromi terpaksa la remove je follower sorang ni.

Cara Remove Follower

Korang gi kat dashboard korang macam dalam picture kat bawah.... Follow je step yang diberi untuk remove follower.

Cara Remove Follower


Cara Remove Follower


Cara Remove Follower


Cara Remove Follower

Selesai sudah.....
Cara Remove Follower


Tara..... Dah takde dan makin berkurang bilangan follower. Biarlah follower kurang asal takde gambar yang tak senonoh. Blog aku bukannye blog lucah. Aku perasan ramai yang difollow oleh pemilik ni, so korang boleh la guna cara ni untuk block daripada muncul kat widget follower.

Amaran keras.... Tak payah la sebab sakit hati orang tu tak pernah kunjung blog kita lepas dia follow sampai nak remove or block pulak. Ish tak baik lak macam tu. Ini untuk special kes je taw..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Yuhuu...sape-sape tolong cerita macam mana nak follow blog ye? Aku ni tengah gigih nak menjejak peninggal komen dan pengikut tapi nak follow semula kuar macam ni... Huhuu camne nak follow semula ye...  Nak tekan apa pun tataw...Haru biru...

Kena buat secara manual ke? Adeh tak try lagi la cara follow yang satu lagi tu sebab selalu kalau tekan butang follower tu boleh terus follow je. Ke ada kaitan dengan google plus ni...

Huhuuu minta maaf la aku ketinggalan banyak benda dalam dunia blog sekarang.... Bahana jarang online blog...Sedih sungguh....

update: masalah selesai....kih3 internet/komputer kat tempat keje aku yang  punya angkara segala ini.. so sory ye aku akan follow balik yang ada jejak kat follower n komen...kat chatbox kalau sempat aku jenguk gak..yang aku terlepas tu jangan segan tegurlah....:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tumbuhan akuatik yang mempunyai banyak khasiat ini paling banyak ditanam di negeri Sabah, terutamanya di daerah Semporna. Lazimnya rumpai laut yang dituai akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum ianya dipasarkan dan diasingkan mengikut gred. Bagaimana cara memproses rumpai laut? Jom kita mulakan masak rumpai laut sendiri...

Rumpai laut kering
Bahan-bahan:
100 gram rumpai laut kering Gred AAA 
Air - untuk membasuh dan merendam
Beberapa helai daun pandan - untuk menghilangkan bau hanyir rumpai laut

Cara Membuat:
1) Basuh rumpai laut sebanyak 2-3 kali. Rendam di dalam bekas besar (sebab rumpai laut akan mengembang 3 kali ganda selepas direndam). Seeloknya rendam selama semalaman (gantikan air setiap 2 atau 3 jam sekali bagi memastikan bau air laut hilang). 
Rendam dalam bekas besar
Selepas direndam semalaman
2) Bilas dengan air bersih. Masukkan ke dalam periuk yang berisi 2 liter air. Tambahkan daun pandan. Masak selama 20-25 minit iaitu sehingga air mendidih (rumpai laut akan hancur dan bertukar menjadi pekat). Padamkan api dan tunggu ia suam. 
Masukkan rumpai laut dan daun pandan ke dalam periuk berisi air
3) Tapiskan rumpai laut ke dalam bekas yang dikehendaki. 
Tapiskan rumpai laut. Kacau dengan sudu jika penapis halus. 
4) Simpan dalam peti sejuk selama semalaman. Apabila telah beku, sedia untuk dimakan.

Oleh : Mizz Aiza
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama patut publish entry ni sebab dah lama aku guna rebat ni. Kebetulan handphone lama aku rosak so amek kesempatan la beli yang baru. Tapi aku nak yang harga mampu milik je, tak kisah la asal boleh call dan mesej. Cuma bila fikir semula patut fully utilize rebat yang kerajaan bagi tu.

So tawakal je la daftar online untuk dapat rebat sebab ada yang cakap dah tak boleh apply sebab tarikh dah tutup (masa tu bulan dua or tiga-lupa la). Lepas print out permohonan hujung minggu pergi ke Mines Serdang dan mencari handpone yang sesuai. Masa tu bulan empat dah.

Sebelum tu dah usha dan hati tertarik dengan Ninetology Black Pearl 2 ataupun Stealth. Antara dua tu la nak beli. Usha punya usha ada dua tempat yang offer rebat RM200 yang aku perasan la. Fikir punya fikir aku buat keputusan untuk Black Pearl 2 je, Stealth harga dia mahal sikit. Hahaa tak nak bajet lari sangat,better amek Black Pearl 2 je.

So sekarang aku guna Ninetology Black Pearl 2. Smartphone pertama aku.. Aku beli dengan harga RM399 setelah ditolak rebat RM200. Boleh dapat harga RM299 tapi kena trade in handphone lama. Handphone lama masa tu hang, segalanya dalam tu takkan nak bagi lak. Takpe la burn je la RM100 tu walaupun aku survey sesetengah tempat bagi je RM299 tanpa trade in handphone lama.

So far oke la guna, aku ni heavy duty punya pengguna. Aku akan fully utilize guna sesuatu tu. Kadang2 blog pun aku guna handphone. Serius berblog guna phone tak syok. So main game je la. Lagipun internet kadang2 je subscribe, maklumlah guna prepaid je. Heheh

Dah upgrade firmware ke version V17 pun... Nak tunggu gi lowyat tak pegi2...try n error update sendiri la. Macam2 dah buat kat handphone Black Pearl 2 aku ni.

Update: Henpon da masuk wad, sebab skrin renggang dan terus tercabut. Ganaz budak aishah ni ye... Huhuu ntah la tapi rasanya BP2 yang baru macam ada masalah kualiti skrin je. So bukan salah aku yang ganas la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative