Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lama tak letak picture Belang ataupun nama manja dia Lalang. Lalang ni chipsmore, kejap ada kejap hilang. Hari tu sempat snap picture dia tengah tidur lepas kekenyangan.

Tidur berbantalkan paper bag, Lalang si kucing kertas ni memang tak boleh tinggal kertas betol la.





Dah bosan tidur berbantal paper bag, ubah posisi pulak ke atas lantai. Tapi masih beralas kertas surat khabar. Tidur ngadap dinding le pulak, siap terkangkang lagi. Hai bestnya tengok dia tidur...

Pastu tiba-tiba tidur tutup muka pulak. Apa kes tak tahu la

Dah lemas tutup muka, tidur beralaskan kaki pulak. Apa le kau ni Lalang, aku tidur beralas tangan, kau beralas kaki. 

Last but not least, tutup muka balik. Lalang kata, 'eh jangan la amek gamba dah, Lalang malu le'. Hahaa dialog rekaan aku je tu semata-mata.

Bestnya Lalang bermacam-macam posisi dia boleh buat masa tido. Aksi tak senonoh pun ada.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ingatkan bulan November memang tak dapat BE. Alhamdulillah ada satu BE sesat bila cek akaun Nuffnang.


Tak aktif berblog, semua jatuh. Tak pe la, BE bukan sebab utama berblog pun... Smile...:)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cerita dah basi. Sabtu minggu lepas aku balik kampung.Yang excitednya musim durian sekarang ni kat Perak taw. Sepanjang jalan memang orang jual durian. Tahun ni Alhamdulillah menjadi-jadi durian kat Perak, tempat aku le.  Tahun lepas dan tahun sebelumnya kalau tak salah ingatan durian memang tak menjadi kat dusun.

Setelah hampir dua tahun tak menjadi, tahun ni menjadi-jadi. Memang tak termakan la siapa yang ada dusun kat kampung tu. Aku tumpang je dusun saudara mara. Time macam ni la nak ngaku saudarakan. Hahaa tak la gurau je la...

Teringat lagu Mr Os nyanyi... Sib baek tak nyanyi kat dusun durian tu..hihi
Lirik lagu Durian Dah Berbunga-Mr Os

'Are you want durian? Yeah! Durian dah berbunga.. Come-come-come-come special for you. Kuning One, D twenty four. Yes'

Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge)
Moh kite minang anok dare (anok dare)
Anok dare, anok dare Bote (dare Bote)
Teman jumpe di Padang Tenggale (iye)

Kate deme, sakit jatuh cinte (jatuh cinte)
Sakit lagi bile dikokak boye (adui-adui)
Kate deme, cinte itu bute (takde mate)
Nasib baik teman tak rabe-rabe (rabe-rabe)

Bile musim deghoyan
Deme mule eksyen
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ghamei berani nampor
Ape deme nak heghan
Saman bulih bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh (udah luroh)
Lebih baik cepat pegi suloh (pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk (dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok (padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh (naik haji)
Yang mude gatey nak menikoh (udoh tue)
Musim deghoyan ghamei sedare mare (ghamei-ghamei)
Bila nebas, seko tak nampak muke (memang gitu)

'Weh penoh oghang kampong bile musim deghoyan,
Pegi lekaih kome deghoyan doh lughoh,
Ha Suloh suloh..
Bebaik kome, timpe dok deghoyan tumpo kome.'

'Haa.. pokok yang itu kome jage la elok-elok
Yang itu mahel buahnye D-24,
Yang pokok hujung pagar tu bior kan pun tak pe,
Buahnya banyok mako'

Bile musim deghoyan
Deme mule eksyen
Jangan silap sikit
Nanti deme tengking

Kalau musim deghoyan
Ghamei berani nampor
Ape deme nak heghan
Saman bulih bayor

Oh kome, dengoyan udah luroh (udah luroh)
Lebih baik abang pegi suloh (pegi suloh)
Lambat sikit kome dapat habuk (dapat habuk)
Kalau tido jawabnye tinggey pokok (padan muke)

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh (naik haji)
Yang mude gatey nak menikoh (udah tue)
Musim deghoyan ghamei sedare mare (ghamei-ghamei)
Bila nebas, seko tak nampak muke (memang gitu)

'Haa ini ceghita kisoh musim deghoyan. Bila musim deghoyan fuh pnuh sedara maro. Bila menebas sekor pun tak nampak muke. Apa kata deme? heh bukan kata deme, kata bapak mentua. Lantak deme le.'

Hee tu lagu Mr Os nyanyi, kalau aku nyanyi jadi versi lain le pulak kang. 

Bila da lama tak ke dusun, macam-macam le pulak. Calar balar luka sana sini, tersepak durian pun iye gak. Padan muka pakai sandal lagi. Kena gigit ngan nyamuk, pacat. Wuu memang suasana kampung yang best la. Heaven. Dapat parut baru lagi sedangkan yang lama tak hilang lagi... Kurang hantaran kahwin? Lantak le....Kih3

Moh le kome layan gambo dusun deghoyan(durian)...

 Ni deghoyan (durian) yang dah gugur menanti untuk dikutip dan dimakan. Tapi orang punya ni. Heheh

 Jalan masuk ke dusun deghoyan(durian)..

 Ha ni baru deghoyan aku yang punya. Kih3

 Time ada deghoyan le dusun dicerahkan(tebas). Tapi banyak pokok berduri.

Kamera tak canggih, tak nampak pun buah durian nun di atas tu.

Kumpul durian, kutip jangan tak kutip.

 Kawasan dusun berbukit. Sakit pinggang daku naik turun bukit mengangkut durian.

 Makin bertimbun durian yang berjaya dikumpulkan

Dan hasilnya ialah satu bonet kereta penuh dengan buah durian. Berbaloi-baloi bau durian satu kereta sepanjang jalan. Bau tu masih bersisa hingga hari ni. Betapa power bau durian. Dah la balik KL enam jam lebih kat atas jalan.

Isnin petang bertolak balik ke KL. Hampir sejam jem kat Bidor, Teluk Intan sebab penyelenggaraan jalan. Pastu dah masuk KL sejam lebih trafik bergerak macam semut sampai le ke Tol Duta. Oho salah time le balik. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3-4 jam bertukar tragedi bila jadi 6-7 jam. Macam nak pegi Ganu le pulak doh. Sabar je la.... Durian dah tak berbunga, dah berbuah...;p

Bila lama tak berblog ni, tarik nafas nak BW...huhuu moga berjaya jejak semua jejak...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak berkongsi dengan yang tak tahu lagi, kalau dah tahu pergi main jauh-jauh ye. Nak berkongsi cara dapatkan balik maklumat fail, folder, gambar dan apa sahaja yang dah didelete daripada komputer secara kekal. Ayat senang cara dapatkan semula permanently deleted folder daripada komputer. Sebab hari tu aku tak sengaja terdelete fail penting. Delete pulak tu bukan masuk Recycle Bin, so memang sah-sah tak boleh recover kat Recycle Bin.

Untuk pengetahuan bersama, kalau tekan delete biasa tu fail yang didelete akan masuk ke Recycle Bin (kebanyakan komputer macam tu, tapi sebenarnya boleh setting). Tapi kalau tak nak fail tu masuk Recycle Bin  korang boleh tekan shift + delete kat keyboard. Fail tu takkan masuk kat Recycle Bin dah. Aku jenis manusia yang suka tekan shift+delete terus.

Dan untuk pengetahuan bersama lagi, fail yang didelete takkan terus terdelete daripada komputer. Kecuali la kalau banyak sangat korang delete, kalau space untuk simpan memory fail yang didelete tu full memang la akan diganti dengan fail terbaru yang didelete. Ataupun untuk tempoh masa terlalu lama baru korang nak recover balik fail tu, mungkin dah tak dapat diselamatkan. Tempoh masa tu aku pun tak pasti berapa lama sebab aku bukan budak komputer. Hahaa mungkin ada yang tahu boleh tinggalkan komen nanti.

Cara nak recover fail tu senang je, korang download je software yang berkaitan. Banyak software yang ada untuk korang pilih. Macam aku, aku guna Pandora Recovery. Taip je kat google search Pandora Recovery, aku pilih softpedia sebagai medium untuk download. Lepas tu setup la dalam komputer/laptop masing-masing.

Dengan software ni korang boleh dapatkan semula apa sahaja fail penting yang tak sengaja terdelete bukan kat hard disk je, tapi kalau terdelete daripada pen drive, usb flash pun boleh. Tapi ada juga yang komen sesetengah fail tu jadi corrupted. Tak tahu la yang jadi macam tu tapi aku punya oke je dia recover setakat ni.

Masa recover tu seeloknya pilih la save kat hard disk lain daripada asal fail tu. Macam aku terdelete fail yang aku save kat D. Masa recovery proses tu aku pilih C. Dah recover baru pindah ke D semula.

Senangkan? Jangan susah hati dah ye kalau terdelete fail lepas ni..Chill...

******************
p/s: Dah tak boleh online blog tiap-tiap hari sekarang ni. Sekali online kena pulun la. Sorry sangat-sangat.;(
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah kehabisan BE/CPUV...BE yang satu tu pun dah selamat jadi ME. Bulan november tak dapat BE pun...


Sekian....entry pendek berkaitan nuffnang.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Percaya kepada Malaikat merupakan salah satu rukun iman. Tapi adakah kita ingat semua malaikat yang wajib kita tahu. Sebenarnya aku sendiri ingat-ingat lupa, bila baca balik nota pendidikan Islam masa sekolah rasa macam ntah apa-apa je banyak benda yang aku lupa rupanya.

Okeylah alang-alang nak share10 Malaikat yang wajib diketahui dengan semua...

Jibrail
Menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul. Ketua kepada semua malaikat.

Mikail
Malaikat yang menyampaikan rezeki

Izrail
Ditugaskan mencabut nyawa

Israfil
Meniup sangkakala apabila tiba hari kiamat

Raqib
Mencatat kebaikan

Atid
Mencatat kejahatan

Munkar
Menyoal orang mati dalam kubur

Nakir
Menyoal orang mati dalam kubur

Ridhwan
Menjaga syurga

Malik 
Menjaga neraka

Sumber Rujukan: Nota Pendidikan Islam aku masa Form 1.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tengok picture kat atas, ni perkara biasa kat KL. Suasana sesak yang menyesakkan. Tapi hari tu sesaknya bertambah menyesakkan. Mungkin sebab sekolah baru bercuti. Gambar ni diambil sabtu lepas, em nak update blog pun terhegeh-hegeh. Mood tuan blog tengah kucar kacir camtu la jadi. Blog terpaksa ditinggalkan, takut nanti tertulis something yang terlalu personal.

Oke la off story pasal mood. Sesak yang menyesakkan, situasi yang tidak disukai. Mood elok pun akan bertukar kepada mood geram bila ada yang kurang ajar. Sopan santun tu pun penting di jalan raya, baru sejuk hati orang lain.

ATTITUDE di jalan raya amatlah mengecewakan. Pentingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur perangai yang selalu dipraktikkan oleh ramai orang. Semalam cuti, so jalan-jalan le.

Tengah elok-elok memandu dengan tenang, tiba-tiba driver dan co driver menjerit. Gamat kereta, siap mengelak ke sebelah kiri sikit. Mujur takde kereta lain kat sebelah kiri. Nak tahu kenapa aku menjerit sakan?

Ada la mat rempit tegar ni, dua orang naik motor ala-ala superman nak mampos. Dia dari jalan menghala ke Kajang, aku lak menuju Semenyih. Ada ke patut dia 'curi' jalan kitaorang, tepat menghala ke arah kereta kitaorang. Dah la laju bawak motor. Nak brek memang tak sempat la. Mujur sempat elak. Eh ni sape nak langgar sape la pulak dah. Kena sekolahkan semula kot, dah la dengan tak pakai helmetnya. Berdesup macam tak takut mati je. STUPIDO betoi la.

Kita dah berhati-hati tapi kadang-kadang tu terkena jugak. Minta dijauhkan daripada perkara tak elok. Terbang sekejap semangat bila berhadapan situasi macam semalam tu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Setelah beberapa hari tak BW hari ni ingat nak BW le kejap walaupun line agak lambat. Tapi bila merewang-rewang ke blog orang ni yang muncul.
Banyak jugak blog yang didetek oleh google chrome malware ahead, iaitu ada link ke blog yang dijangkiti malware.

Tah betul ke tak tak tahu la, cuma sempat drop komen kat blogger remy je tadi. Bila dah banyak blog jadi macam ni fikir semula chrome aku ni betul ke tak ni. Tah-tah blog aku sendiri pun ada malware jugak. Walaupun suspicious je tapi bila nampak malware terus takut. Betapa tak suka kat malware yang  menyerang ni....

So cepat-cepat cek kat webmaster tools. Alhamdulillah takde....
Untuk atasi masalah ni bolehlah remove sementara link ke website yang di suspek ada malware tu. Selalu link tu kat bloglist le. Nanti dah oke linkkan semula la. Ada jugak yang yang dekat lain seperti template dan sebagainya. Aku pun tak berapa arif pasal benda alah ni. Huhuu..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Suka gambar ni. So sweet...:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tak lama lagi peperiksaan bertulis STPM pula bakal menyusul. Paper pertama pada 19 November 2012 nanti. So bolehlah save jadual waktu berbentuk PDF ni sebagai rujukan.

Nak tahu jadual waktu STPM 2012 klik sini----> Jadual Waktu STPM 2012.

Kepada calon STPM yang bakal menduduki peperiksaan tu, selamat berjuang diucapkan. Semoga kejayaan mengiringi anda semua.
*****************
Dulu aku sempat la pergi tingkatan enam. Tapi tak sampai seminggu pun. Ada salah faham yang berlaku antara salah seorang cikgu kat sekolah tu dengan aku. Salah faham tu memalukan aku, so aku nekad berhenti form 6 serta merta. Dulu aku memang terasa hati, tapi bila fikirkan balik biarlah benda dah berlalu pun. Cikgu tu pun tak sedar kesalahan dia, lagi pun dia seorang cikgu yang baik. Cuma terkena kat diri aku je jadi terasa hati. Aku pulak jenis yang tak membantah or pertahankan diri masa tu.

At least pernah juga merasa hadir ke tingkatan enam kan..huhuu
Lagu Tema Putera Rayyan-Please Forgive Me -Elly Mazlein
Lirik Lagu Please Forgive Me -Elly Mazlein

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu tlah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

Ternyata ku harus meninggalkan
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu tlah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart(2x)

*****

Lagu Tema Putera Rayyan-Lafazkanlah-Rahayudean
Lirik Lagu Lafazkanlah-Rahayudean

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih kalimah cinta
Lafazkanlah saja rindu milik kita

Kerana hati ini hanyalah buatmu
Setulus hatiku ku serahkan padamu
Oh kekasih..

Kekasih....
Janganlah kau pergi..ooo
Kerana ku menyayangimu

Kerinduan ini hanyalah untukmu
Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi

Bila resah semuanya keranamu
Kadang gundah juga kerana kamu
Tapi mungkinkah kerinduan ini
Turut jua engkau rasai

Lafazkanlah kasih kalimah cinta...
Lafazkanlah saja rindu milik kita..

Kerana hati ini hanyalah buatmu
Setulus hatiku ku serahkan padamu
Oh kekasih..

Kekasih....
Janganlah kau pergi..ooo
Kerana ku menyayangimu

Kerinduan ini hanyalah untukmu
Percayalah ku cinta padamu
Moga realiti bukannya mimpi


******
Boleh download lagu-lagu ni kat 4shared.com. Sebelum tu register la dulu.

*******
OST Putera Rayyan menggantikan OST Saiful Nita kat TV3. Tengok kat tonton episod 1 dan 2 Putera Rayyan ni. Episod akhir Saiful Nita pun layan kat tonton je, balik kampung takde pun tengok TV. Huhuu

Update:
Senarai lagu dalam cerita Putera Rayyan. Selain dua lagu kat atas yang selalu dengar masa mula cerita dan ending cerita. Semua lagu ni komposer dia Julfekar...

Harus Memilih-Reen Rahim
Bukan Untuk Sesaat-Farlyana
Kau Telah Pergi-Farahdhiya
Jauh di Mata-Min Yasmin
Panah Asmara-Min Yasmin
Seperti yang Lain-Min Yasmin
Refleksi Rindu-Min Yasmin
Meraih Cintamu-Sri Dewi
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hoyey tamat sudah... Ni Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012 malam ni. Ada yang komen best konsep fairy tale dia, ada yang komen tah apa-apa. Aku? Natural je...xde perasaan pun.

DRAMA

Drama Terbaik
Di Telapak Kaki bonda

Pengarah Drama Terbaik
Kabir Batiar (Di Telapak Kaki Bonda)

Lakon TV Terbaik
Lum pung Hui (Di Telapak Kaki Bonda)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama
Abu Bakar Omar (Gincu Ayah)

Pelakon Wanita Terbaik Drama
Ruminah Sidek (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
Namron (Parit Jawa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
Sherry Merlis (Di Telapak Kaki Bonda)

Videografi Terbaik
Aku Mahu Terbang

Drama Rantaian Terbaik
Jangan Ambil Padang Kami

Drama Komedi Terbaik
Elly & Epit

********************************************************

ANUGERAH KHAS JURI


Anugerah Yasmin Ahmad
Pierre Andre

Anugerah Artis Harapan PANTENE
Puteri Balqis

********************************************************


FILEM


Filem Terbaik
Bunohan

Pengarah Filem Terbaik
Songlap

Lakon Layar Filem Terbaik
Filem Bunohan

Pelakon Lelaki Terbaik Filem
Shaheizy Sam

Pelakon Wanita Terbaik Filem
Maya Karin

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
Shafie Naswip

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem
Lisa Surihani

********************************************************

PENERBITAN DALAMAN

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik
Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)

Rancangan Bual Bicara Terbaik
Bella (Labour Day Special)

Rancangan Hiburan Terbaik
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 (Nurul Huda)

Rancangan Muzikal Terbaik
Anugerah Juara Lagu 26 (Nurul Huda)

Rancangan Realiti Terbaik
Jemputan Umrah (Episod 1)

Laporan khas/Berita Terbaik
Bom Jangka (Berita TV9 )

*****
Sekian....Susah payah ni wat entry Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012. Okey nak tido dah..babai.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Malam ni akan berlangsung Anugerah Skrin 2012 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dari jam 9.00 malam hingga 11.30 malam.

Tema tahun ni ialah Fairy Tale (Selami Dunia Fantasi Kami). Pengacara pula gandingan Awal Ashari dengan Neelofa.

Malam ni kalau berminat nak tengok silalah pacakkan diri depan TV3 pukul 9 malam. Kalau nak tengok online klik sini----> Anugerah Skrin 2012 Online. Kalau takde TV, takde internet boleh dengar radio Hot FM.

Acara karpet merah boleh ditonton menerusi program Hip TV kat TV9 dari jam 8.30 malam - 9.00 malam.

**************
Agak-agak rajin ke tak nanti nak tengok. Huhuu

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...



Kalau berminat nak menjoinkan diri korang, jangan segan silu klik je banner kat atas ni. Due date jam 2012 atau 08.12 malam hari Jumaat 23/11/2012. Nak tahu hadiah dan sebagainya klik banner ye...:)

Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana syaratnya yang simple dan sebagai tanda sokongan kepada yui yang menganjurkan GA ni selain merapatkan lagi ukhwah.

Sekian...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku jumpa pamplet ni masa kat kampung, masa belajar dulu punya ni... Meh kita manfaatkan apa yang terkandung kat dalam pamplet ni.


"Rasulullah s.a.w. melarang makan makanan yang panas kecuali pada kadar yang boleh dimakan (suam)"
  • Sebaik-baiknya tunggulah sehingga sejuk kerana makan makanan yang terlalu panas akan melecurkan lidah.
  • Makanan yang terlalu panas akan mengeraskan lidah dan lidah yang keras susah untuk menyebut ayat-ayat Allah.
  • Menyebabkan gigi menjadi lebam dan cepat reput.
  • Bagi wanita hamil, akan memudaratkan bayi dalam kandungannya dan bayi mudah mendapat sawan serta anak yang lahir kelak susah sangat dibendung (degil).
Apa yang dilarang mesti ada sebab dan hikmahnya kan.....*_^
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Entry wordless Wednesday semalam----> Wordless Wednesday: Terung. Terung ni lebih dikenali sebagai terung pipit. Nama lain terung ni terung rembang. Tapi kalau aku kat kampung dulu aku lebih suka panggil terung cawing. Nama lain yang sahabat blogger bagitahu ialah terung belanda--->Blogger Remy. Kalau dalam bahasa jawa dipanggil cepokak--->Blogger Kakzakie.

Macam-macam resepi boleh buat menggunakan terung pipit ni. Dulu selalu masak sambal tumis ikan bilis dengan terung pipit. Terung ni pokok dia tumbuh sendiri, merata tempat kat kampung tu. Percuma banyak mana nak, amek la. Tak payah susah payah nak tanam pun.

Masak lemak pun boleh campur terung ni, masak gulai keladi pun boleh campur. Tengok komen-komen sahabat blogger tinggalkan....macam-macam boleh masak guna terung ni.

Satu lagi menu yang selalu buat guna terung pipit ni masa kat kampung dulu ialah sambal terung pipit. Cara senang je. Rebus terung pipit sampai empuk/lembut. Masuk dalam bekas, penyek-penyek terung pipit sampai terkeluar biji dia/hancur. Letak isi ikan rebus/goreng yang dah dihancurkan. Campak cili kecik, asam, garam, belacan. Gaul rata. Selalu makan dengan pucuk2 dan ulaman yang direbus. Sedap!!

Terung ni kalau makan mentah pun sedap. Rangup...kalau nak makan mentah cari la terung pipit yang masih lembut tu. Makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng sedapnya. Kalau makan dengan ikan kering or masin or pekasam lagi la heaven. Selera kampung....

Ha betul tu selain masak, boleh guna untuk buat peluru. Ala masa kecik-kecik dulu biasalah budak-budak jadikan peluru. Tapi aku tak buat pun, budak lain yang main.heheh

Ni komen daripada Blogger Tihara. Mungkin jugak betul berdasarkan kajian yang dijalankan. Alamak takut jugak la. Tapi terung ni memang makanan utama orang-orang kampung masa dulu dan sekarang pun jugak.

Thanks kepada semua blogger yang sudi berkongsi info mengenai terung ni....

Update (baru baca komen ni)
Komen daripada Blogger Adry.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

If someone comes in your life
and becomes a part of you
but for some reasons he couldn't stay,
don't cry too much...
Just be glad that your paths crossed and somehow he made you happy even for a while.

Aku: Tak semua yang kita rancang berjalan seperti yang kita ingini. Semua yang ada disekeliling kita hanyalah pinjaman termasuklah orang yang kita sayangi. Bila-bila masa Dia berhak mengambil apa yang dipinjamkan. Jangan menangis melampau sangat. Berpada-padalah menangis. Ingatan untuk diri sendiri yang selalu alpa....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa raya puasa hari tu jari terkena mata pisau...terkopek kulit nampak isi. Parut masih bersisa. Raya haji ni pulak jari terkena api lak. Melecur... pedih la jugak tapi buat-buat tak reti je. Ala apa sangat satu jari je yang melecur (ayat kena la berlagak sket..haha).

Nampak lagi kembung akibat melecur tu walaupun beberapa hari telah berlalu. Yang bahagian terkopek kulit dah mengering. Cuma bahagian kulit kembung tu masih nampak warna terbakar. Dah letak minyak gamat cepat je kering... Huhuu..Huduh sungguh.

Tengok la parut kena mata pisau masa bersisa. Bakal parut kat jari sebelah je.. berjiran la kome nanti..

Al kisahnya aku balik kampung, biasalah kampung girl kan. Pelekat api, bakar segala benda yang tak sepatutnya. Huhuu sekali api menyala, konon-konon nak marakkan lagi, terjatuh sisa bahan bakar atas jari ku yang runcing. Hambik kau rasa nak jerit je tapi tak terjerit pun. Senyap-senyap je tahan sakit sendiri. Mujur satu jari je yang kena. Haish ni  macam dah kes bakar jari sendiri dah ni.

Moral of story berhati-hatilah, jangan bermain dengan api.heheh...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sejak pagi tadi merayau-rayau kat blog kawan-kawan terperasan iklan nuffnang kat semua blog macam tidur je. Takde iklan menari-nari. Ingatkan internet aku yang lambat iklan tak keluar, tapi takkan la kot langsung tak keluar satu pun.

Pelik ni...Nuffnang memang tidur or betul line aku problem ni. Contoh aku sempat print screen kat blog orang camni la Nuffnang tu. Menda pun tak kuar iklan dia...

**************
Thanks atas pandangan mengenai pasangan lelaki lebih muda tu....sangat betul agama tetap menjadi teras utama dalam sesuatu perhubungan tu. Masih samar bayangan...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Cinta perasaan normal yang wujud dalam diri setiap insan bergelar manusia. Sejahat mana pun orang tersebut, mesti ada sekelumit perasaan cinta. Cinta terlalu luas...tidak terbatas cinta kepada manusia sahaja. Topik kali ni pasangan lelaki lebih muda.

Cinta tak mengenal usia. Walaupun berbeza umur, pasangan yang bercinta akan berkomitmen untuk mengakhiri percintaan dengan sebuah ikatan perkahwinan. Bagi lelaki, tidaklah janggal jika pasangan mereka jauh lebih muda berbanding umur mereka.

Tetapi  bagi wanita, pasangan yang jauh lebih muda berbanding diri kadang kala menjadi buah mulut orang. Pelbagai andaian terbit dari mulut orang berkaitan perkahwinan tersebut.

Tidak dinafikan, zaman sekarang lebih terbuka. Ada lelaki yang tidak kisah berpasangan dengan perempuan lebih tua, ada perempuan yang tidak kisah berpasangan dengan lelaki lebih muda. Pandangan masyarakat pun semakin jernih. Maklum seperti menjadi trend berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda.

Sebenarnya bukan trend, tapi sebab ramai yang kahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda sekarang, tu  yang nampak macam satu trend. Selebriti terkenal juga ada yang berkahwin dengan pasangan lebih muda dan tua. Antaranya Tomok, Ella, Didie Alias dan ramai lagi.

Dan hujah yang selalu diperdebatkan ialah Rasullullah s.a.w. sendiri berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripada dirinya iaitu Siti Khadijah.

Lelaki muda? Daripada kajian yang telah dibuat lelaki ni lambat matang dari segi pemikiran. Teringat ayat seorang lecture dulu yang membahasakan teman sekuliah lelaki sebagai anak kucing. Punya dia nak tekan kat situ lelaki lambat matang berbanding perempuan. Ada juga kebenarannya jika diperhalusi.

Tapi rasanya kematangan seseorang itu tidak kira lelaki ataupun perempuan bergantung kepada individu itu sendiri. Persekitaran, gaya hidup, orang sekeliling mungkin menjadi faktor yang mempengaruhi tahap kematangan seseorang.

Aku sebagai seorang perempuan memang kalau boleh tak nak jodoh yang lebih muda daripada diri sendiri. Sebabnya? Banyak yang bermain di fikiran. Faktor kematangan, faktor usia dan sebagainya.

Sedaya mungkin diri akan cuba mengelak tapi jika sudah tersurat berjodoh dengan lelaki yang lebih muda usianya hati redha. Hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Diri masih berfikir apa perasaan lelaki yang berkahwin dengan perempuan lebih berusia dari diri dia. Ikhlas ke? Mungkin akan berubah perasaaan tu seiring dengan berjalannya waktu macam kisah seseorang yang aku kenal. Bila dah beranak pinak terbit perasaan menyesal. Mula berjinak mencari kekasih gelap yang muda.

Tapi ramai juga yang bahagia seperti kisah seseorang yang aku kenal juga. Apa pendapat sahabat blogger sekalian? Buntu...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Start semalam lagi line celcom bermasalah. Hantar mesej je fail, bila cek balance dia suh call centre. Alamak ayat dia aku lupa le pulak sebab nombor my sis yang problem tu. Puas dok on off henpon siap cabut simkad tapi masih tak oke. Mujur masih boleh terima call dan mesej.

Hari ni pulak, dah boleh cek balance tapi bila orang call tak masuk call tu. Operator yang jawab. Cheh jatuh kedit aku.

Petang sikit dapat mesej daripada celcom yang berbunyi....

"Plggn dihargai,kami mohon maaf jika anda mgalami gangguan pkhidmtn. Rangkaian kami kini telah dinaiktaraf & anda akan terus nikmati pkhidmtn yang lebih baik.TK"

Aku taip sejibik (sebijik) macam yang celcom hantar. Owh patutlah line dia bengong je. Cuba bagi tahu awal2... Setakat ni nombor celcom aku okey lagi, naik taraf mesti secara berperingkat, tunggu je la kot bermasalah jugak macam kakak aku kena.

Janganlah....sebab aku guna nombor celcom untuk internet. Tak dapat berblog nanti. Erm tapi start petang tadi sampai malam ni memang line agak lambat jugak la, asyik kena refresh je.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Credited....jadi ME sudah... Tak tahu le bila jadi ME sebab tak online ari tu seminggu lebih kot.


Tinggal satu je lagi BE yang bila-bila masa boleh jadi ME. Harap adalah BE baru yang akan gantikan.

***********
Tengah BW slow2...adeh banyak ketinggalan.



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah masuk bulan sebelas dah pun. Sekejap je masa berlalukan...Macam tahun-tahun sebelum ni, bulan sebelas bulan pelajar-pelajar tingkatan lima berjuang untuk peperiksaan penting iaitu SPM. So kali ni nak share jadual waktu peperiksaan SPM 2012, tahun ni punya le.

Nak tengok jadual lengkap SPM 2012 klik sini-----> Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012. Jadual ni dalam bentuk PDF, bolehlah save untuk rujukan.

Semoga adik-adik semua dapat menjawab soalan dengan tenang setelah berhempas pulas belajar. Jaga keselamatan diri, jaga kesihatan supaya dapat hadir ke dewan peperiksaan dalam keadaan yang sihat walafiat.

First paper hari ni la, 5hb November. Good Luck untuk semua yang menduduki SPM tahun ni. All da best k...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Rindunya kat blog... Sekarang tuan blog masih berada kat kampung halaman. Banyak perkara yang perlu diuruskan dan tak selesai lagi. Pending je semua...:(

So plan nak balik ke KL hari rabu tu batal serta merta la sudahnya. Mungkin hari Ahad baru balik KL semula. Ni pun online kejap je lepas rindu. Internet kat kampung pun kejap dapat kejap tak dapat. Line tak berapa nak stabil. Setakat nak post entry macam ni lepas la.

Memang tak dapat BW la. Apapun terima kasih kepada semua sahabat yang masih sudi singgah kat sini, kunjungan korang tak dapat dibalas buat masa ni. Maaf ye semua... Jangan jawab tiada maaf bagimu pulak ye..

Blog bercuti lagi...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative