Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Terdapat lima jenis lesen memandu yang utama kat Malaysia ni...

i) Lesen Memandu Pelajar (LDL)
  • Untuk kereta, lesen tersebut hanya membenarkan pemegang lesen mengendalikan kereta yang memaparkan plat L yang dimiliki oleh sekolah memandu di bawah pengawasan guru sekolah memandu. So jangan pandai-pandai tampal L kat kereta dan drove drive kat jalan pulak.
  • Untuk motosikal, pemegang lesen L boleh menunggang motosikal tanpa pembonceng. Lesen boleh diperbaharui setiap 3 atau 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. Selepas tempoh tamat 2 tahun, pemegang lesen perlu mengulangi semula prosedur pelajaran memandu dari mula. Dan jangan lupa tampal sticker L kat motor. Ingat jangan bawak orang lak, boleh bawa diri sendiri je.

ii) Lesen Memandu Percubaan (PDL)
  • Setelah lulus kesemua prosedur pelajran dan ujian memandu (JPJ test) pemandu baru akan dapat lesen P.
  • Kena ingat mata demerit untuk pemegang lesen P ialah 10 mata KEJARA, mata akan ditolak mengikut jenis kesalahan trafik yang dilakukan. So jaga-jaga ye jangan sampai mata KEJARA ditolak, nanti tak pasal-pasal lesen dibatalkan kalau dah mengumpul 10 mata demerit.
  • Korang wajib lekatkan sticker P kat kenderaaan yang nak dibawa tu. Pelekat P tu pun kena la ikut saiz yang JPJ luluskan, lekatkan kat bahagian belakang dan depan kenderaan.
  • Lesen percubaan (P) ni tempoh dia 2 tahun, selepas 2 tahun korang boleh la tukar ke lesen kompeten. Dalam tempoh setahun selepas cukup 2 tahun, korang wajib renew lesen P ke kompeten. Kalau tak nanti kena ulang semula prosedur belajar memandu. Tak pasal-pasal je....

iii) Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Lepas dua tahun, korang renew lesen, dapatlah lesen kompeten ni. Dah takde P dah. Bolehlah nak tanggalkan sticker P kat kenderaan dah. 
  • Perlu diingat, pemegang lesen CDL juga tertakluk kepada sistem mata demerit 15 mata KEJARA sebelum lesen mereta digantung atau dibatalkan
  • Lesen memandu boleh diperbaharui setiap 1, 2, 3 atau 5 tahun. Aku punya 5 tahun terus renew. Semangat dah kompeten. Setahun RM30. Untuk renew lesen P ke kompeten, wajib renew kat JPJ. Tak kisah la korang minta tolong orang buatkan pun. Cuma kena bawa picture sekeping untuk lekatkan kat lesen baru nanti, bawa lesen P, bawa duit secukupnya.
  • Tempoh selang selama tiga tahun diberikan untuk memperbaharui lesen sebelum pemegang lesen perlu mengulangi semula kesemua prosedur pelajaran memandu.

iv) Lesen Memandu Vokasional (VDL) atau Lesen Memandu Komersial
  • Lesen memandu khas untuk pemandu kenderaan perdagangan seperti bas dan lori.
  • Dikeluarkan bersama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

v) Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  • Lesen memandu antarabangsa untuk membolehkan pemandu Malaysia memandu di luar negara.

Sumber Rujukan: Jabatan Penerangan.
**********************
Rasa macam nak amek lesen VDL je...kah3 mengarut je. Bawa motor pun terhuyung-hayang.... Saje je gurau-gurau...
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pada suatu hari seorang seekor keldai telah terjatuh ke dalam perigi. Keldai itu kepunyaan seorang petani.

Si keldai pun menangis berjam-jam memikirkan nasibnya sementara petani memikirkan penyelesaian terbaik. Setelah lama berfikir, akhirnya petani membuat satu keputusan yang nekad. Oleh kerana keldai itu sudah berusia dan kebetulan pula perigi tersebut memang perlu dikambus, petani memutuskan tidak akan menolong keldai itu keluar.

Petani meminta pertolongan daripada jiran-jirannya untuk menolong dia menimbus perigi tersebut bersama si keldai tua di dalamnya. Mereka mula menyodok tanah dan mencampakkannya ke dalam perigi.

Si keldai sedar apa yang sedang berlaku dan menangis semahunya. Tetapi kemudian keldai mengambil keputusan mendiamkan diri.

Setelah beberapa ketika menyodok tanah dan mencampak ke dalam perigi, petani melihat ke dalam perigi. Sesuatu yang di luar jangkaannya telah berlaku, setiap kali tanah yang dicampak ke dalam perigi dan mengenai badan si keldai, si keldai telah mengambil langkah bijak dengan mengibas2kan badannya supaya tanah tersebut jatuh ke kakinya. Si keldai membuat pergerakan dan memastikan dia berada di atas tanah yang dicampak kepadanya.

Si petani dan jiran-jirannya meneruskan mencampak tanah ke dalam perigi, setiap kali itu juga si keldai membuat pergerakan supaya dia berada di atas tanah yang dicampak. Tidak lama kemudian setelah hampir penuh perigi dengan tanah, semua orang kagum melihat si keldai melompat keluar dari perigi yang hampir dipenuhi tanah tersebut.

Si keldai meluru ke arah petani dan menggigit petani lalu melarikan diri. Si petani akhirnya meninggal dunia kerana kesan gigitan itu yang dijangkiti kuman. Meninggallah petani dalam keadaan yang menyakitkan.

Moral daripada cerita ni, jangan cepat berputus asa dan mengalah walaupun di saat genting seperti si keldai alami. Dan jangan jadi seperti petani yang tidak mengenang budi sedangkan selama ini si keldai tua itulah yang telah banyak membantunya.

****************
Eh keldai gigit orang ke? Hahaa wateve la ni kan cerita rekaan semata-mata, tak logik pun asal ada moralnya.
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Yuhuu...nak kongsi resepi dengan korang semua. Resepi ni dimasak menggunakan pemanggang ajaib. Jom try buat sate ayam guna pemanggang ajaib. Tak yah susah-susah guna je pemanggang ajaib untuk bakar sate tu.

Bahan-bahan:
1kg isi ayam (dipotong kecil)
4 biji limau kasturi

Bahan perap sate:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5 cm halia
2 sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar

Bahan perasa:
10 sudu besar gula (kalau tak suka manis, kurangkan kuantiti gula sebab aku rasa macam manis semacam je)
200 gram gula merah
2 sudu besar garam
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan-bahan perap sehingga halus. Masukkan bahan-bahan perap dan isi ayam ke dalam beg plastik.
  • Masukkan bahan perasa dan tutup plastik. Goncangkan supaya bahan-bahan tadi campur sekata. Buka plastik semula dan perah asam limau. Kemudian seal semula plastik tadi. Goncangkan semula supaya semua bahan meresap sekata dalam ayam. Perap dalam freezer selama 1 hari (tapi aku perap dua jam je).

  • Masukkan ayam ke dalam Pemanggang Ajaib dan tutup. Masak dengan api yang sederhana. Balik-balikkan Pemanggang Ajaib dan masak sehingga garing (aku tak guna minyak pun). 


  • Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi impit..

Pstt...kalau korang nak rasa feel makan sate macam kat kedai tu, cucuk la kat lidi buluh sate. Takde keje aku nak cucuk2 ni...hehee. Oke sekian perkongsiaan resepi menggunakan pemanggang ajaib.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Boleh meroyan bila sink aka singki rumah tersumbat. Mana taknya kerja membasuh dan memasak menjadi semakin sukar. Kena basuh kat bilik air lak pinggan mangkuk periuk belanga sudahnya.

Sink rumah sewa pernah tergendala hampir sebulan. Memula aku jolok dengan getah paip dari saluran sink tu tapi air tetap tak jalan. Tersiksa tapi takut nak panggil plumber sebab risau kos yang diaorang kenakan tinggi. Sepanjang tempoh tu macam2 usaha dilakukan. Semua petua aku try.

Antaranya:
  • Campur garam, cuka dan air panas kemudian jirus kat dalam saluran tu dengan susah payahnya. Biarkan seketika.
  • Letak sabun serbuk daia dalam saluran dengan susah payah then kemudian letak air sikit dengan harapan kotoran tu akan bergerak lancar.
  • Beli clog remover. Susah payah masukkan serbuk dalam saluran tu, pastu cuak bila nampak berasap-asap dalam saluran tu. Cepat-cepat masukkan air.
Setelah semua usaha tu, masih tak berjalan air. Kakak aku cakap saluran sink tu menghala ke saluran dalam toilet. Mulalah amek inisiatif jolok saluran tu dari toilet lak. Jolok punya jolok, sambil jolok salurkan air dalam saluran tu dengan getah paip, hambik kau berketul-ketul keluar kotoran yang dah tepu dan keras.

Setelah konpiden segala kekotoran dah clear, pasang semula segalanya dan Alhamdulillah air bergerak dengan lancarnya. Yang paling best sink kat bawah tu tak payah bergam2 macam penyewa sebelum ni  buat.

Kesimpulannya mencegah lebih baik dari membaiki. Kalau nak baiki silalah cari punca sebenarnya dan jangan sekadar nak selesaikan masalah dengan cara yang mudah tapi ke depan menyusahkan. Harap je lelaki tapi kerja plumber pun tataw. Ada ke main gam macam tu je padahal kalau smooth tak payah gam pun takpe. Haip buat aku membebel je.

Sebenarnya ada niat nak beli satu benda alah ni.....senang nak suruh dia tolak sisa2 kotoran yang menyumbatkan air. Nama dia aku tak pasti mana satu. Ada yang panggil snake drain sink, snake remover la, plumbing snake. Apa-apa je la yang aku tahu kegunaannya untuk mudah kerja plumbing melibatkan sink tersumbat. Maklumlah sink tukan saluran dia bukan lurus pun, senang la guna menda alah ni. Nak tahu rupa dia silalah google....

Eh petua ke aku bagi ni? Ni lebih kepada maintenance kot....
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kali ni nak share cara deactivate akaun twitter merangkap delete akaun twitter.
  • Pastikan dah sign in akaun twitter masing-masing-----> twitter.com untuk deactive atau delete akaun twitter.
  • Kemudian klik kat sini-----> Account Setting. Scroll sampai bawah sekali, klik kat Deactive my account
  • Akan kuar kotak macam bawah ni....

  • Pastu akan kuar kotak ni pulak

  • Okey dah selesai....kalau menyesal, silalah login macam biasa dalam tempoh 30 hari, kalau tak korang buat je la akaun baru. Oke sekian cara deactive atau delete akaun twitter.

************
Tak delete pun akaun twitter aku tu....masih wujud...cuma tak aktif bertweet je... Huhuu. 
(autopublish)
Lagu Tema Darjat - Memandang Awan – Sharifah Zarina
Lirik Memandang Awan – Sharifah Zarina

Pada sang mentari
Yang sering menjadi saksi
Akan segala rahsia cinta

Malam yang berbintang
Yang beralih sendiri
Menanti dinihari kembali

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

**Ku akan terus berlari
Mengejar awan yang pergi
Di selangit seribu mimpi
Saat ini...bertemu diriku

Hujankan diriku
Dengan sentuhan jiwa
Biar menjadi kasih abadi

Bagai arus yang mencari
Penghujung buat ku pasti
Hamba yang menyerah cinta
Kepada yang ingin dicinta

Ulang **

Hey.....sering kali ku terleka
Wajah indah di depan mata
Lidah kelu untuk bicara

Kini bila kau tiada
Tak terungkap rasa kecewa
Nafas ku bergetar memandang ke awan

Ulang **2X

Bertemu diriku(2X)

********************
Terlayan lagu ni le pulak....rupanya ni lagu tema slot azalea kat TV3...hehee
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang ituItu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Aku: Soal hati dan perasaan ni bukan perkara yang mudah. Perkahwinan bukan satu permainan yang kita boleh biarkan hingga game over. Kita tak boleh jangka apa yang bakal berlaku ke depan hari, tetapi diri sentiasa berharap semua yang terbaik dalam sebuah perkahwinan kelak.

(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lesen memandu pun ada kelas jugak, bukan amek satu kelas je boleh bawak semua jenis kenderaan. Ala benda alah kelas lesen memandu ni kat belakang lesen kita tu pun ada. Saje je nak share kat sini jugak...

Kelas-kelas lesen memandu:-
  • A - Kenderaan orang cacat
  • B - Motosikal melebihi 500 cc
    • B1 - Motosikal tidak melebihi 500 cc
    • B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • C - Motosikal roda tiga
  • D - Motokar dengan berat tanpa muatan (BTM) tidak melebihi 3000 kg
  • E - Motokar berat dengan BTM melebihi 7500 kg
    • E1 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 7500 kg
    • E2 - Motokar berat dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • F - Traktor / Jentera bermotor ringan (beroda) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • G - Traktor / Jentera bermotor ringan (berantai) dengan BTM tidak melebihi 5000 kg
  • H - Traktor / Jentera bermotor berat (beroda) dengan BTM melebihi 5000 kg
  • I - Traktor / Jentera bermotor berat (berantai) dengan BTM tidak 5000 kg
Aku ada lesen B2 dengan D je. Masa sekolah dulu, suka tengok Erra Fazira naik motor berkuasa tinggi. Tapi bila amek lesen B2 baru sedar aku ni pendek, bawak motor B2 tu pun dah jenuh. Memang la motor yang bawak kita tapi sampai lebam kaki aku bawak motor. Huhuu. Tak kesampaian le impian nan satu tu.
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nak ucapkan salam aidiladha in advance untuk semua sahabat maya dan tak maya. Takdan (tak sempat) nak BW pun dua tiga hari ni. Start hari ni entry pun dah autopublish, publish je la apa yang ada dalam draft tu. Dah nak balik kampung, saje menyibukkan diri yang tak sibuk. Huhuu

Selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung bagi yang balik tu. Berhati-hati ye drive untuk yang drive. Doakan selamat perjalanan kita semua. Insyaallah panjang umur kita jumpa lagi...

Nak BW...tapi alahai broadband dah bertukar jadi beruk, lambat gila nak loading sebijik blog pun. Grrr... Tak semua blog sempat jejak kembali...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lalang dan Ulat Biru Putih...
buat muka kiut
geram...peluk dia ketat2
owh nak tumpang peluk ulat biru putih..
feelnya...
hoyey ulat ni lalang yang punya...dush2....
(autopublish)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pelik kenapa hidup ni mesti nak fikirkan perasaan orang lain. Perjalanan hidup setiap orang tak sama, tahap ketahanan diri setiap orang tak sama, kepercayaan setiap orang tak sama, banyak benda yang tak sama untuk setiap orang. 

Sebab tulah ada orang miskin, ada orang kaya. Ada orang pemalu ada orang tak tahu malu. Ada orang pasif ada orang aktif.

Tapi...semua tu boleh berubah, sebab manusia hidup mesti mencuba berubah untuk menjadi sebaik yang mungkin. Bukanlah  nak suruh redha je dan takde inisiatif, tapi kadang kala keadaan tak menginginkan apa yang diri hajati.

Persekitaran mempengaruhi diri sedikit sebanyak menjadikan siapa diri sendiri sekarang. Orang sekeliling turut terlibat dalam mencorak diri sedikit sebanyak. Kadang-kadang diri ingin menjadi sebaliknya tetapi tak berdaya mengubah corak yang sedia terpalit.

Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung. Bila kekecewaan sudah sebati dalam diri, tidak bererti diri sudah mengalah. Dalam banyak-banyak kekecewaan, hati sangat terhempas dengan sikap orang terdekat tiba-tiba menjadi pendesak dan tidak memahami. Sedih bersisa di hati walaupun di wajah ceria menghiasi.

Mungkin ujian ini tidak sebesar mana, tapi ianya buat diri lebih memahami perasaan orang lain, kesusahan orang lain. Apa yang ditafsir oleh si mata tak semestinya betul, bahagia di mata tak semestinya si hati merasa bahagia.

Kesusahan diri...untuk apa dipertontonkan. Hidup tetap perlu diteruskan agar nampak sempurna di mata orang sedangkan cacat di suatu sudut. Air mata peneman setia, apa yang ada di sudut hati tetap berada disudut hati. Biarlah hanya Dia yang memahami.

Biarkan mereka dengan pandangan mereka, mereka manusia pelik. Kau pun manusia pelik. Semua manusia memang pelik?

Hanya Sekadar Nukilan Rasa...tidak ada kena mengena dengan sesiapa.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aktiviti semalam punya ni... Semalam balik rumah pun dah malam, ngantuk terus tido. Hari ni baru edit dan upload picture, buat entry.

Semalam ada majlis demo pemanggang ajaib kat Chow Kit. Hee aku bukan biasa pun pergi sana, my sis yang bawak, dia yang drive. Hee so aku oke je la. Kitaorang beli pemanggang ajaib dengan my sis je dulu. Alang-alang turun KL dan ada pulak majlis ni, follow je la.

Layan picture yang sempat di'snap'.....


pemanggang ajaib hujung tu dia tengah masak nasi goreng
ni ikan jaket bakar bersambal.sedap jugak sambal dia...
tengah tunggu makanan masak..aku berkenan dengan portable gas tu.senang kan kalau nak picnic, blh masak makanan.
kipas ni kacau je... xdapat snap full
ni dah start demo ayam panggang/bakar
ni roti john yang di masak guna pemanggang ajaib
nak amek makanan dalam pemanggang ajaib ni, pastikan guna senduk or peralatan yang sesuai supaya tak calar dalam tu....basuh pun guna span lembut.
ayam yang hampir masak dan roti john yang sedang dipotong untuk bagi orang rasa. sedap weh roti john ni...
ni la kampeni dia kat Chow Kit tu....
Terlepas demo buat kek coklat...Tak pe resepi ni sebenarnya kita sendiri boleh try and error. Pemanggang ajaib ni memang tak rugi kalau beli sebab multipurpose. Cuma kena rajin mencuba la. 

Nak bersihkan pun senang...sebab memang makanan tak lekat langsung. Memudahkan kerja. Nak masak guna dapur gas je, tak payah guna oven ke apa ke. Lain la kalau nak masak beriakan.

Sebab sendiri dah guna, tu berani cakap. Setakat ni puas hati la guna pemanggang ni. Coming soon tak tahu le... Huhuu mana tahukan ke depan hari.
*****************
Line internet lambat le hari ni...line celcom memang tak penuh bar dia... Kejap merah kejap hijau...adeh geram pulak rasa. Even GPRS pun tak dapat..Ada kaitan dengan hujan ke.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Blogger noraauliyya dan Sanji Ngatmi ada tanya yang dalam picture atas ni kucing ke. 

Masa kat tempat ni, sebenarnya aku pun konpius ni kucing ke bukan kucing. Sebab ada la sorang mamat tu cakap tu anjing (memang ada rupa anjing pun). Memang dia buat aku serba salah sebab aku punya selak(semangat) nak pegang meow ni ikot jaring tu le. Tapi aku pegang je jugak. Aish saje je mamat tu nak buat aku rasa serba salahkan.

Kucing ni tak berbulu. Kulit dia elastic je rasa, sape pernah pegang baby rabbit? Baby rabbit yang kecik lagi takde bulu tu. Ha camtu la rasa kulit si meow ni.

Kucing ni asal usul dia dari Rusia. Kat Rusia nama dia Don Sphynx. Tapi kat Canada pun ada dikenali sebagai Canadian Cat. Tah le aku tengok hampir sama je. Yang penting keturunan Sphynx le. Mungkin yang dah dibreed (mutasi genetik) kot. Dia sama ada jenis yang berbulu sikit dan langsung tak berbulu. Bulu diaorang ni pun ada pelbagai warna macam kucing lain jugak...

Layan picture geng Sphynx yang tak berbulu ni..Aku direct URL dari google images je... 






Ekor dia macam tikus le....macam anjing pun ada.  Erm tengok baby meow ni macam patung pun ada. Geram je rasa nak penyek-penyek je.

Apa rasanya kalau peluk meow tak berbulu ni?  Owh macam tak best je... Lebih syok peluk meow kampung yang pernah aku bela dulu kot.

Nak info pasal meow ni leh la google....banyak info pak cik google boleh bagi.. Antara info aku jumpa pasal kucing Don Sphynx yang berwajah monster. Bila baca artikel tu, wajah monster tu sebab rupa Don Sphynx yang mirip makhluk angkasa lepas dalam cerita Hollywood. Macam ET dengan Gremlin. So memang tak comel la berbanding meow lain. Eh cian dia, aku tengok comel je jugak....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semalam buat entry semua BE bulan September dah jadi ME. Hari ni login Nuffnang, tengok ada BE baru melekat. Ni BE ke dua bulan October-----> Kempen Digi Samsung Galaxy Note.

Alhamdulillah....rezeki. BE pertama bulan October masih on going. Harap lamalah dua BE ni bertapak kat blog.

*******************
Tak sempat BW...dah nak kuar rumah jap lagi..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sebelum ni tulis nak rajin update pasal Nuffnang. Janji ditepati, eh janji ke? Takde la sampai berjanji kan. Untuk kenangan sendiri....


BE bulan september  yang tiga tu dah lama jadi ME... Libresse tu hari ni kot credited, sebab rasanya semalam on going lagi.  So semua BE bulan September dah selamat jadi ME. Tamat...tataa.. Nak pegi makan, lapar...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama nak buat entry ni tapi asyik tak terbuat. Memang dasar suka berlengah tuan blog ni.


Kak Bui, saya pun nak join jugak bloglist Kak Bui.... Sape nak tahu lebih lanjut boleh klik banner kat atas tu.

Sekian...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Lelaki terkenal dengan egonya. Ye ke? Terpulang kat diri individu tu sendiri gak rasanya. Sebenarnya perasaan ego tu normal dan ada dalam diri setiap manusia tak kira jantina. Yang membezakan ialah tahap keegoan tersebut. Lelaki kesayangan korang ego tak? Cara nak tangani lelaki ego ni tak susah pun sebenarnya (orang yang lebih berpengalaman cakap macam tu).

Ego bertempat tak pe gak, ni ego tak bertempat, kadang-kadang segan jugak kat orangkan. Nak tangani ego lelaki ni, caranya jangan lawan habis-habisan apa yang dia suruh buat atau cakap walaupun benda tu tak berkenan di hati kita dan salah pada pandangan mata kita. Orang yang egonya tinggi ni lagi kita dok tentang lagi naik la ego dia, maklumlah rasa tercabar kot.

Nak tangani ego lelaki ni, kena bijak bertindak ikut keadaan. Kadang-kadang lebih elok diam saja dan iyakan je apa yang lelaki ego katakan. Ye la api kalau disimbah api, tak ke lagi marak jadinya. Dalam situasi tersebut seorang haruslah menjadi air, bukannya api yang lagi berapi.

Tu dia berfalsafah le pulak aku, hehee aku selalu tumpang dengar nasihat seorang ibu kepada anak yang mana menantunya spesies lelaki ego.

Si ibu pesan kat anak dia, "Jangan menjawab bila suami cakap terutama kalau dia tengah marah. Jangan apikan lagi kemarahan suami ".

Pesan si ibu lagi, "Tak puas hati macam mana sekali pun, jangan abaikan keperluan suami. Hidangkan makanan macam biasa, suami ni lagi lapar lagi dia marah nanti".

Lagi pesan si ibu,"Depan orang jangan tidakkan apa suami cakap (jangan jatuhkan air muka suami le) terutama semasa bersama keluarga sebelah sendiri".

Betoi jugakkan apa yang si ibu tu pesan kat si anak. Tu la orang tua ni lebih makan garam (pengalaman banyak) daripada kita yang muda, lebih cool hadapi masalah. So tak salah kalau minta pandangan daripada mereka yang lebih makan garam untuk kebaikan diri dan keluarga jugak. Tapi mesti berpada-pada jugak, ye lah tak semua yang baik. Ada jugak yang kaki cucuk mencucuk sampai bercerai berai anak menantu. Ada wujud manusia macam tu.

Simpan pesanan si ibu tadi, mana le taw nanti aku kahwin dapat laki egois ke. Hurm minta dijauhkan la egois terlampau ni. Egois+egois sama macam magnet yang menolak je nanti...

Maklum aku pun perempuan spesies egois jugak...
Lirik Lagu Tema OST Runtun Qalbu-Noktah-Hazama

Telahku lalui telahku lukai
Dibuai mimpi-mimpi
Mengasyikkan imrahku

Semua yang sempurna hanyalah di mata
Tangis selalu berbisik ku sendiri
Izinkan diriku lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya melupakan segalanya

Kini ku sendiri hilang segala cinta
Sebuah realiti bernoktah di sini

Semua yang sempurna hanyalah di mata
Dibuai mimpi-mimpi mengasyikkan imrahku
Izinkan diriku lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya melupakan segalanya

Kini ku sendiri hilang segala cinta
Sebuah realiti bernoktah di sini

**************
Perhatian: Lirik ni ditulis berdasarkan apa yang aku dengar....ada sebutan yang kurang jelas...
Download lagu ni kat 4shared.com tapi kualiti audio dia tak best sangat. Download kat lain pun sama... wink2...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tak sangka malam ni last episode drama bersiri Citra Juwita. Ingatkan minggu depan ke minggu lagi satu ke baru tamat. Episod akhir mesti nak tengok walaupun tengok celup-celup je.

Episod akhir Citra Juwita, happyy ending le. Juju Cafe dapat diselamatkan setelah team futsal Ilham dengan Juwita menang.

Rupanya Wanna Bake tu mak kepada si Puteri, so Puteri terpaksa la bermain futsal bagi pihak mak dia. Tapi  bukan mak kandung dia pun, cuma mak tiri. So persahabatan antara Puteri, Ilham dan Juwita tetap terjalin.

Arjuna still nak kat Juwita tapi Juwita kan sayangkan Ilham. Mestilah Juwita akan pilih Ilhamkan. Juwita suruh Arjuna bertanggungjawab kat adik Puteri yang tengah pregnant anak Arjuna.

Citra dengan Wira buat keputusan berkawan je walaupun mereka saling menyayangi. Citra nak yang terbaik untuk Juwita. Wira pun sama. Mereka sanggup berkorban untuk kebahagiaan anak-anak mereka. So mereka jadi kawan baik.

Kui3 tak reti nak story mory dah. Conclusionnya.....happy ending la.

****************
Tapi kenapa Citra dengan Wira tak kawen je, si Ilham tu bukan anak kandung Wira pun. Kan2....huhuu
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Picture ni dah lama... Masa hari belia hari tu lagi. Lama tu terperam... Huhuu saje je nak upload picture diaorang ni, wat kenangan dalam blog.
cian dia sejuk....
Ingat entry Wordless Wednesday semalam----> Wordless Wednesday: Eh Hampir Sama le. Corak baju tu sama dengan buaian meow ni le. Kebetulan dia dok dekat buai memang snap je la. Huhuu

aloh-aloh....manjanya dia..
tak sudi tengok orang
pstt...meow tengok la kamera...
malu-malu meow...
sombong ye....
ni pun mesra...suka manja-manja...
kembangnya bulu
tak sudi berkenalan...
geram tengok kelincahan dia....
muka tak redha je.hehee muka dia memang camtu le...
Mmuah-mmuah kat semua meow-meow ni.... Ada yang sombong, tunjuk bontot je kat aku. Tak kira la daku jolok dengan jari bontot diaorang... muahahaa

***************
Selamat hari lahir untuk blogger NUYUI A.K.A MISS YUI. Semoga dirahmatiNYA dan segalanya dipermudahkanNYA untuk Yui dan family...

Tahniah untuk blogger diana (senyum-senyum). Tahniah Kak Diana dapat boboi boy, eh baby boy la. Semoga Mikhail jadi anak yang soleh....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative