Posts

Showing posts from August, 2012

Cara Menjaga Hati dari Terluka...

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Tak nak hati terluka? Semua orang kalau boleh tak hatinya terluka dan dilukai. So cara menjaga hati dari terluka silalah jangan terlalu berharap, jangan meminta simpati, jangan cepat buat andaian sendiri.

Tahu had serta batas bersama si dia, tahu di mana kita berpijak-jangan hidup dalam dunia fantasi semata2, tahu peranan kita dalam perhubungan tersebut.

Dan tolong jangan mudah terpengaruh dengan orang dan keadaan sekeliling, jangan cemburu buta, jangan paranoid-tunggu sesuatu dengan sabar.

Ikut keadaan semasa dan hiduplah dengan gembira. Sentiasa positifkan diri, redha dengan ketentuan Ilahi, percaya kepada qada dan qadar serta yakin ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku.

Dengan cara macam tu kemungkinan untuk hati terluka teruk boleh dikurangkan.

**************************
Tapi....jika sudah ditakdirkan untuk merasai perasaan kecewa tu, terpaksalah hadapi dengan tabah. 
SALAM KEMERDEKAAN UNTUK SEMUA  SAHABAT BLOGGER DAN RAKYAT MALAYSIA....

Adapter Laptop Terbakar

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Semalam adapter aka charger laptop netbook terbakar. Sadis sungguh bila tengok adapter berasap, berapi. Cepat-cepat tutup suiz. Bahaya betulkan, agaknya kalau tinggal laptop tengah cas dan tak sedar boleh menyebabkan kebakaran kot.

Makanya nak online pun susah le tanpa laptop netbook comel tu. Semua jadi tergendala. Dulu skrin yang rosak, sekarang giliran adapter pulak dah. Biasalah tu benda kita guna hari-hari cepatlah rosak. Hee mungkin jugak tuan yang guna tu ganas kot. Aku le tuh.

So sementara nak mendapatkan adapter baru untuk netbook, tunggang langgang la hidup tak dapat nak online dengan jayanya. Agak-agak berapa eh harga adapter netbook? Ke boleh baiki/tukar apa yang patut?Melayang RM....

Bila tah nak cari adapter baru. Malasnya nak turun Low Yat....tapi kat situlah banyak pilihan kedai dan harga pun.

Adapter, adapter masa ni la nak terbakar pun.... Nak tips tukar skrin Laptop----> Proses Mencari Screen termurah

Nak tahu harga adapt…

Doa Lupakan Cinta

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bila menyesal masih bersisa di hati, tak salah kalau kita ikhtiar sesuatu asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama dan tidak menyakiti orang lain.

Salah satu ikhtiar supaya hati dapat melupakan dan melepaskan cinta tersebut ialah dengan mengamalkan doa. Kat sini aku nak share doa untuk lupakan cinta.


Aku jumpa masa search kat google. Tapi diolah semula untuk diletak kat blog ni. Selain daripada doa ni, dekatkan diri denganNya, buatlah solat hajat dan sebagainya. Semoga hati lebih tenang dan redha. Insyaallah...

Kumur ke Minum?

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tersenyum bila baca keyword yang dicari orang... Hukum minum listerine bulan puasa. Erm mungkin dia tersalah taip kot. Kalau tak puasa pun, orang tak minumnye listerine tu. Minum tu dia maksudkan kumur la tu.
Jangan marah ye...takde niat apa2 cuma tersenyum sendiri bila baca keyword tu tadi. Aku pun kadang2 tersalah taip jugak, tak berhak nak gelakkan orang. Kesilapan tu perkara biasa la. Tapi ni kalau minum listerine lain kes pulak dah, batal puasa pun iye jugak tu.

Hukum berkumur dengan listerine masa puasa klik sini ------> Berkumur Listerine Ketika Puasa

Layan picture baby ni minum susu.... Tu bukan mak dia, mak angkat dia je.


**entry sedia ada dalam draft.ari tu tak sempat publish..

Menyesal?

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sesetengah perkara yang berlaku dalam hidup kita, tak semua seperti yang kita rancangkan. Kadang2 sesetengah keputusan yang kita buat membuatkan kita berfikir dan terus berfikir betul atau tidak keputusan tersebut. Kadang2 terbit sisa2 penyesalan kerana memutuskan keputusan tersebut.

Kadang2 kita lepaskan orang yang kita sayang sebab kita nak dia dapat orang yang lebih baik daripada kita. Tapi dalam diam hati memberontak sebab sayang yang timbul bukan mudah untuk dikikis. Tapi sampai satu saat semuanya sudah terlambat, dia sudah jumpa orang yang lebih baik seperti yang kita harapkan.

Hati menangis, rasa macam tak redha. Cuba lepaskan perasaan tu tapi tak mampu sepenuhnya. Bukan senang dan mudah untuk menerima dan menyayangi orang lain dalam hidup, sesukar itu juga untuk melupakan orang tersebut. Perasaan apakah itu?

Mungkin itu hikmah supaya diri lebih dekat kepadaNya, mohon petunjuk supaya hati yang gelisah redha dan tenang. Dan moga diri dapat …

Istimewanya Ogos

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bulan Ogos bulan yang istimewa sebab bulan kelahiran ibu tersayang dan juga diri sendiri. Cuma mak aku lahir awal bulan lapan. Aku pulak antara tengah nak ke akhir bulan dah.

21 Ogos bertambah lagi usia.... Syukur masih diberi peluang olehNya untuk terus bernafas. Dan sangat berharap kepada diri sendiri supaya berubah menjadi lebih baik. Ye kadang2 terasa diri makin jahat bukan makin baik. Moga ada perubahan yang semakin baik bukan semakin tak baik.

Apa yang istimewanya pasal kelahiran diri. Aku tak dilahirkan kat hospital macam kakak-kakak aku. Aku dilahirkan di rumah, rumah sewa kampung. Sebab masa tu mak ayah menyewa rumah orang lain. Dilahirkan tepat jam 12 tengah malam ikut jam bidan tu la kot. Hehee

Seorang yang degil, keras hati, keras kepala, ego, tak pandai tunjuk perasaan sendiri, garang tapi bertempat la, perahsia. Tak pandai amek hati orang. Sejak dari kecil tak suka senyum, suka buat muka. Ye la kot sebab tengok gambo masa kecik ceng…

Selamat Hari Raya, Diari Raya

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Separa terlambat tapi masih boleh ucapkan, kan? Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua sahabat blogger dan pembaca. Maaf zahir dan batin, salah silap menulis, mengomen yang buat korang terasa hati, dengan rendah hati saya memohon kemaafan. Lama tak mencoret di blog angkara demam dan balik beraya di kampung halaman.

15hb Ogos 2012
Dah mula rasa tak sihat, tapi masih mampu ke perodua untuk servis kereta. Tayar kereta botak, kena tukar tapi disebabkan charge kat Perodua mahal, tak buat.

16hb Ogos 2012
Dah mula demam, sesema, sakit kepala. Tapi masih mampu gagahkan diri drive ke rumah kakak, abang ipar tolong bawa kereta ke kedai untuk servis bahagian tayar. Tukar 3 tayar sekaligus sebab tayar botak dan makan sebelah. Timbang tayar, wat alignment dan balancing, betulkan chamber.... Tambah2 semua habis RM500 untuk tayar sahaja. Plan nak balik kampung hari Khamis hancus. Balik demam tak larat nak bangun. Diskaun tol pun melayang....

17hb dan 18hb Ogos 2…

Tutorial Pasang Kotak Iklan

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Tutorial pasang kotak iklan ni versi edited oleh aku, tapi sikit je editnye. Nasuha apa yang akak faham Nasuha maksudkan kotak iklan churp2 tu kan... Harap akak tak salah faham la. Kalau salah pun apa mahu dikata..hehee

So godek2 la semula, seingat aku iklan tu aku dah ubah sikit daripada tutorial asal, tutorial asal kat mana aku amek aku sendiri tak ingat.

Ni la kod HTML yang aku guna untuk kotak iklan macam tu... Caranya untuk blogspot, Pergi ke Design, Page Elements, Klik Add a Gadget, pilih HTML/JavaScript. Copy kod kat bawah ni kemudian paste la kat HTML tu. Ubah la dulu apa yang perlu diubah... Save.

<center><fieldset><legend><img src="http://2.bp.blogspot.com/-vBZoWkgpu5U/Thf6Ldtf3YI/AAAAAAAAHXI/uJRegcHYVMQ/s1600/Untitled-2.png" /></legend>

<a class="linkopacity" href="http://www.churpchurp.com/jahirah/share/churpchurp-invite" target="_blank" title="Join Churp-c…

Servis Kereta, Punca Kemalangan

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Persiapan balik kampung? Belum siapkan apa2 pun lagi. Kereta pun tak servis lagi. Perancangan asal tak beraya kat kampung, beraya kat KL je. Dah hujung2 raya baru nak balik kampung. Tapi rasa tak sampai hati bila salah seorang kakak beria nak beraya sama2 kat kampung.

So last minit punya plan la ni. Hari ni baru booking servis kereta kat Perodua, mujur berjaya dapatkan tarikh sebelum balik kampung. Kalau penuh terpaksa cari back up plan le. Sebenarnya masih ada 1000km lagi sebelum next servis. Cukup sangat perjalanan pergi dan balik kampung dan beraya dari rumah ke rumah masa kat kampung. Tapi perjalanan jauh, tak nak amek risiko, bawak pun dah tak sedap. Tekan pedal minyak macam tak nak jalan je. Alang2 servis teruslah sekali.

Maklumlah pemilik kereta perempuan, tahu basic2 je pun pasal kereta. Kesian tak de siapa yang nak tolong tengokkan, pandai2 le sendiri. Kalau urgent tu selalu my BIL le selalu jadi rujukan. Basic2 pun dia la ajarkan. Bila …

Pantun Kad Raya

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Teringat semula kenangan berkad raya masa kecik2 dulu. Zaman sekolah dolu2 la. Kalau antar kad raya je mesti nak selit dengan pantun yang memang rata2 digunakan setiap orang sebagai penyeri kad hari raya pada masa tu. Masa sekolah dululah rajin menulis pantun macam tu.

Antara pantun yang masih segar di ingatan ialah:

Pecah kaca, Pecah gelas, Dah baca, Harap balas.
Pecah kaca, Pecah tong, Dah baca, Silalah gantung.
Pecah kaca, Pecah sampan, Dah baca, Tolong simpan.
Pantun yang last sekali tu selalu guna bila dah masuk sekolah menengah. Sebab rasa macam tak sopan nak suruh orang balas kad raya, macam tak ikhlas je pulak kan. Pastu fikir logik takkan nak paksa suruh orang gantung kad raya kita lak dah, ish tak sopan. Tolong simpan takpe la. Suka hati dia nak simpan ke tak, bukan kita tahu punkan..hehee

Dah lama tak berkad raya ni. Last berkad raya tiga empat tahun lepas kot. Seronok sebenarnya budaya berkad raya ni. Cuma tahun ni masih belum ambil inisiat…

Baik Buruk MLM

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Multi Level Marketing ataupun lebih glamer dipanggil MLM ni sangatlah popular kat Malaysia. Banyak  produk yang bernaung di bawah kategori MLM. Produk MLM ni ada kualiti tersendiri, cumanya bila sebut MLM aku memang akan takde perasaan.

Dulu pernah la ikut my sis pergi perjumpaan MLM kat Mines masa tu. Sekali tu je pegi. Pergi pun untuk jaga hati my sis yang beria-ria ajak. Sebab aku ni bab-bab MLM yang cari downline memang aku dingin membeku. MLM apa biarlah rahsia, tapi aku sendiri ada guna produk dia (mesti korang boleh agak).

Masa tu memang meriah la sangat dengan kata-kata motivasi, semangat dan pengalaman upline yang dah kaya raya. Masing2 bawa kereta Mercedes dengan plat nombor yang ditempah khas untuk membuktikan kejayaan mereka. Dari Sabah Sarawak pun ada datang. Kebabom kau...grand sangat.

So aku turut dipengaruhi untuk menjoinkan diri sebab masa tu baru abeh study. Aku pulak dengan slamber fight dan keluarkan hujah keburukan MLM ni. He…

Malas Cek e-mail

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku ada lapan akaun e-mail tapi aku ni pemalas yang teramat nak cek akaun e-mail. Login blog rajin le jugak tapi nak klik kat e-mail kemain susah lagi. Liat semacam je.

Lima akaun dengan yahoo dan tiga lagi dengan gmail. Kenapa banyak sangat e-mail aku ada ni? Hahaa untuk facebook satu, e-mail peribadi satu, untuk blog satu, e-mail rasmi blog satu, e-mail untuk shopping online satu, e-mail YM satu, lagi dua tu backup nak register kat mana2.

Selalu aku tak ingat password bila ada rasa keinsafan nak jenguk e-mail. Kalau yahoo mudah sikit dia bagi security question untuk claim email. Tapi gmail agak susah kalau tak masukkan phone number, proses dia makan masa tu. Tetambah bila dah try banyak kali dan salah, kena block. Huhuu

Password pulak haruslah berbeza untuk setiap e-mail, setiap akaun laman sosial pun berbeza password. Ting tong kepala otak nak ingat semua. Kalau tulis takut tercicir pulak nanti.

Bukan tamak tapi tak nak campur aduk antara semu…

Nuffnang Berwajah Baru

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Wow....Nuffnang berwajah baru. Sejak bila ni. Aku ketinggalan ke. Ingatkan salah taip address nuffnang tadi. Hahaa rupa2nya Nuffnang dah bertukar wajah.

Dok explore lagi Nuffnang baru ni. Nampak lebih menarik daripada yang terdahulu. Tetiba rasa teruja lak dah. Teruja tapi baru lagi rasa canggung sikit la. Benda baru macam tu lakan. Ambil masa kita nak rasa biasa.

Macam new blogger interface tu jugak la. Jakun @ perak mula2 tu, tapi sekarang dah terbiasa. Rasa seronok pulak cuma blogger ni ada cacat sikit la tang nak edit entry kat new interface------>Edit Draft Entry

Cool la wajah baru Nuffnang....  Dah  tak BE dah... Ramai dapat BE Ramadhan...daku tak dapat pun...huhuuu

Siapa Bos?

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Topik hari ni siapa bos. Story mory pasal kerja la pulak. Maklumlah kadang-kadang kita ni buat kerja tak setimpal dengan gaji yang kita dapat. Kalau terlebih tu takpe, tapi kalau terkurang tak ke terfikir gaji tu gaji buta dan boleh jadi haram.

Ni bukan kes memang takde kerja tapi kes ada kerja tapi malas nak buat, banyak alasan, suka rilek dan buat kerja yang senang je. Tak hormat pihak atasan, pentingkan diri sendiri dan otak hanya fikir nak untung tanpa fikir halal ke haram duit tersebut dengan cara yang digunakan.

Kalau outstation, buat claim laju je tapi kalau suruh buat kerja sikit banyak betol alasan yang diberi. Sibuklah....ada hal lainlah dan seribu satu alasan sampai orang dah malas nak suruh dia buat kerjapun. Akhirnya kerja tu pihak atasan sendiri yang buat. Dia sedap je berinternet, bergosip. Perangai tak matang walaupun dah jadi bapak orang, mak orang.

Tak fikir ke duit gaji yang dapat tiap2 bulan tu halal ke tidak jadinya kalau dah…

Duit Baru Dah Habis

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Hari ni lambat bersiaran, kesibukan sebentar. Pagi tadi pergi bank, alang2 ingat nak tukar la duit raya siap-siap. Sonang nanti tak payah keluar dah. Lagi pulak ada yang cakap takut duit untuk tukar habis nanti kalau lambat.

Kat CIMB-kata Cik Puan CS tu untuk tukar duit raya belum boleh lagi. 8hb ni baru boleh mula tukar. Owh oke aku salah date rupanya. Pergi BSN pulak, kata incik tu boleh mula tukar duit raya 9hb nanti kat BSN. Owh lagi lambat rupanya. Apasal salah date je ari ni.

Takpe la. So pergi bank Islam pulak, maklumlah banyak bankkan. Kata incik CS tu, boleh tukar tapi notes baru dah habis. Wah cepatnya habis... Tapi ada aku kesah duit baru ke lama? Nak bagi orang kot. So ambillah nombor giliran.

Bila giliran dipanggil, incik kaunter tu inform duit baru memang dah takde. Okey tak kisah asal dapat tukar je, jawapan slamber. Huhuu. Tapi dia cakap yang tinggal duit lama singgit je, tu pun dah nak habis. Alahai...penat aku tunggu. Amek je la …

Berkumur Listerine Ketika Puasa

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...



Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai hukum berkumur dengan listerine atau penyegar mulut pada siang hari di bulan Ramadhan.

Hukum berkumur dengan listerine atau penyegar mulut sebelum gelincir matahari pada siang hari ramadhan adalah Harus. Namun selepas gelincir matahari hukumnya menjadi makruh.

Kumur je ye...jangan tertelan lak listerine tu. Huhuu

Sumber Rujukan: IslamGrid

*******************
S.O.S.....ada sesiapa yang tahu tak hukum putihkan gigi? Boleh ke tak boleh buat ye? Tu dikira mengubah kejadian gak ke?

Untuk yang sukakan Widget cute

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Dah lama sebenarnya entry ni, kang kalau publish entry pasal ni kang orang cakap mengada-ngada pulak, bajet best je. Nak tegur secara direct risau ada yang kecik hati. Tapi hari ni nak publish gak.

Blog kita memang suka hati kitalah nak design macam mana pun kan. Aku pun setuju gak macam tu. Tapi korang sedar ataupun tak, sesetengah widget tu tak mesra pengunjung. Menyusahkan para pengunjung blog yang berniat nak mengomen entry atau meninggalkan jejak kat shoutmix/chatbox.

Mana taknya widget dia terlalu meriah sangat effect dia sampai terkena kotak komen ataupun shoutmix. Asal nak tekan komen je kuar new tab widget tu. Asal nak klik kat shoutmix je keluar new tab widget tu.

Mungkin sebab aku guna netbook, so view terhad, so aku ambillah inisiatif menekan ctrl plus - untuk kecikkan pages blog tu (takde kaitan pun, guna komputer rumah pun sama sebenarnya). Tapi tetap tak boleh elak tempias widget yang terlalu meriah tu. Line pulak bengong-bengong …

Broadband Casing Guna Felt

Image
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ni aktiviti hujung minggu yang lalu. Menyiapkan casing broadband yang terbiar sekian lama. Dah lama potong kain dan jahit tapi jahit separuh jalan sebelum ni. So hujung minggu ari tu siapkan apa yang patut.

Belasah je la jahit asalkan ada rupa casing yang boleh masukkan broadband kat dalam. Idea tetiba datang nak letak butang untuk penutup. Hee sekian lama kot tak jahit butang, kih3 cucuk aje la jarum dan benang tu asalkan lekat butang.

Jahitan pun tak berapa kemas dan nampak serabut. Masih belajar nak matikan jahitan tanpa benang jadi tebal kat hujung jahitan. Benda ni kena rajin mencuba kot, lama2 kita akan jumpa rentak dia.

Inilah rupa casing broadband aku yang tak seberapa...




Dah tamat. Kalau sempat jap g nak wat entry pasal kotak tisu daripada kain felt lak. Hehee selamat berpuasa.