Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Soal jodoh lambat selalunya lebih dikaitkan dengan perempuan sebab kalau kawen lambat perempuan yang lebih akan dinilai oleh orang. Tapi bila dengar lelaki yang mengeluh soal jodoh macam2 rasa timbul.

Ada la seseorang ni yang asyik mengeluh soal jodoh dia. Kadang2 dia macam redha dan pasrah, kadang2 dia salahkan diri, dan kadang2 dia marah kat kaum perempuan. Semua mengenai rasa bosan, putus asa, marah, kecewa terzahir melalui status facebook.

Dia salahkan diri tak hensem, tak pandai bergaya, tak pandai pikat perempuan, keje biasa2 je dan ntah apa2 lagilah.

Tak hensem? Orang lain yang jauh lebih tak hensem pun kawen je, dapat bini lawa pulak tu. Buka mata luas2, tengok orang sekeliling. Hey lebih ramai lagi yang tak hensem. Lagipun hensem tukan subjektif, pandangan mata setiap orang tak sama. Biarlah hati kau, iman kau hensem.

Tak pandai bergaya? Apalah yang ada pada gaya, cukuplah tak selekeh dan sedap mata nak pandang. Lelaki yang bergaya lebih pun susah, nanti duit banyak habis untuk bergaya je.

Tak pandai pikat perempuan? Aku rasa cara kau mendekati pompuan yang tak betul, bukan terus pikat tapi berkawanlah dulu. Aku memberi diri peluang berkawan dengan kau sekejap. From my mata hati, kau lelaki pendesak, kau lelaki yang tiada sifat kepimpinan, kau lelaki yang mudah memberi, kau lelaki yang harus dijauhi. Aku perlukan seorang lelaki yang boleh memimpin aku, membetulkan hatiku yang bengkok, bukan mengikut segala kataku.

Keje biasa2 je? Sekarang cikgu pun kawen dengan penoreh getah, executive kawen dengan orang kerja kampung, semua tu soal jodoh. Asalkan kau seorang lelaki yang bertanggungjawab rasanya tak timbul soal tu. Kau ingat aku ni mata duitan ke?

Suatu ketika dulu status kau memang sentap hati. Status berbunyi, ''perempuan semua sial!!!''. Mungkin kau cuba melepaskan rasa dalam hati dan diri tapi sedar ke tak  bahawa mak kau pun seorang perempuan. Perempuan yang telah melahirkan engkau ke dunia ni. Kau tulis status macam tu ingat perempuan suka ke.

Status kau yang bercakap mengenai bosan tiada teman wanita. Banyak lagi perkara berfaedah yang boleh kau lakukan daripada berfikir mengenai perempuan.

Status kau yang menyalahkan perempuan yang terlalu memilih, sombong. Kau ingat apa? Soal kahwin bagi seorang perempuan  macam aku dan seangkatan dengan aku ialah soal yang sangat penting. Bukannya setakat bermain kata, satu komitmen yang padu diperlukan, menyerahkan diri dan kehidupan untuk seorang lelaki bernama suami.

Kau mungkin bukan seteruk apa yang aku bayangkan. Manusia boleh berubah untuk kebaikan diri. Harapan aku semoga kau jumpa tulang rusuk kau yang hilang tu. Kalau aku tulang rusuk kau yang hilang, aku yakin Dia akan satukan kita dalam keadaan yang lebih baik.

Sekian nukilan rasa menjawab keluhan seorang lelaki. Be gentle...don't be terdesak oke.

p/s: sila jangan anggap aku tu merujuk kepada tuan punya blog..
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...



Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai rawatan hospital yang memerlukan sampel darah diambil daripada pesakit yang sedang berpuasa.

Bulan puasa ni pun mesti ramai yang ada temujanji doktor. Kadang-kadang doktor suruh pegi amek darah, mulalah fikir puasa aku ni batak batal ke tak.

Untuk pengetahuan bersama, dibolehkan untuk mengambil darah semasa berpuasa dan itu tidak menyebabkan puasa pesakit batal. Hukum mengambil darah semasa berpuasa ialah makruh.

So jangan susah hati ye...boleh amek darah.

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Bazar Ramadhan...tempat yang disukai ramai sebab variety of food tersedia kat sana. Macam2 ada tinggal nak pilih mana yang berkenan kat hati dan hulur duit je untuk bayar.

Senang, cepat dan mudah bagi yang berkerjaya sebab balik tak payah kelam kabut nak bersilat kat dapur lak dah. Cuma hidangkan je apa yang telah dibeli. Tu kebaikan Bazar Ramadhan.

Tapi kontranya Bazar Ramadhan juga ada keburukan, maklumlah banyak sangat pilihan, kalau aku pun rambang mata tengok. Semua makanan rasa macam teringin je, sudahnya beli itu sikit ini sikit. Lama2 sikit2 membukit makanan yang dibeli. Kadang2 tak terhabis dan dibuang begitu sahaja. Itu sudah dikira melakukan pembaziran.

Sedangkan seelok-eloknya pembaziran dielakkan semasa Bulan Ramadhan. Eh kalau tak Ramadhan boleh membazir la ye. Sama je Ramadhan ke tak Ramadhan elakkan membazir. Bersederhana sudah.

Bazar Ramadhan juga menjadi lubuk rezeki untuk peniaga2 yang ingin menambah pendapatan mereka dan keluarga. Perniagaan yang tak pernah rugi kalau kena caranya ialah makanan, ada je permintaan kalau makanan ni. Dapatlah duit lebih untuk keperluan beraya nanti sedikit sebanyak.

Hee cerita pasal Bazar Ramadhan setakat hari ni aku tak pernah menjejak kaki ke Bazar Ramadhan lagi. Mungkinkah rekod tahun lepas akan kekal. Tahun lepas memang tak pergi Bazar Ramadhan walaupun sekali. Bukan sebab keburukan atau kebaikan bazar ramadhan, tapi tak rasa nak pergi.

Mungkin juga sebab aku tak suka tempat yang crowded kot. Tapi alasan tak kukuh tu. Alasan paling kukuh tak nak rambang mata, baik masak sendiri. Hehee

Semalam try buat nasi kerabu dengan my sis, memang puas makan bila masak sendiri ni. Rasa lebih kurang je kot kalau beli pun. Yang penting kebersihan terjamin, kita tahu apa yang kita masukkan dalam makanan tu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai penggunaan inhaler untuk pesakit asma semasa bulan puasa. Mak aku sendiri pengguna inhaler.

Batal atau tidak puasa jika guna ubat inhaler atau nebulizer semasa berpuasa. Jawapan yang diberikan ialah batal puasa bagi pesakit asma/lelah yang menggunakan inhaler atau nebulizer semasa berpuasa.

So masa bersahur tu gunalah inhaler siap2 dan masa berbuka pun gunalah inhaler supaya takde la kena semput. Insyaallah semoga dipermudahkan puasa semua.

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sekarang pun mesti orang dah mula mencari keperluan untuk raya nanti. Untuk yang dah berkeluarga tu mesti nak cari bekas untuk letak hidangan ketika Aidilfitri nanti. Maklumlah mesti ada tetamu yang bertandang ke rumah untuk beraya. Tak pun ada yang berhasrat nak buat open house.

Kalau tengok pinggan mangkuk, bekas makanan melamine memang lawa jugak. Sekarang ni kat pasaran pelbagai bentuk dan pelbagai corak. Rambang mata bila tengok corak yang lawa tu. Dok fikir ni kalau letak rendang sesuai ni, yang ni boleh letak ketupat dan macam2 la dok bayangkan.

Tapi tiba2 teringat ada orang cakap tak elok beli produk berunsur melamine ni untuk letak makanan. Kata dia ada kesan sampingan yang tak elok untuk kesihatan. Sebab unsur bahan melamine tak stabil dan boleh memudaratkan kesihatan. Tak tahu le pulak betul ke tak sebab tak pernah amek tahu pun kandungan melamine. Tahu beli aje..

Nak senang, sebarang benda yang meragukan tu, eloklah tak beli. Banyak lagi pilihan lainkan. Boleh beli bekas makanan kaca ke, tapi kalau jatuh berkecai aku tak tahu. Huhuu.... Mungkin harga lebih mahal sikit tapi asalkan hati puas dan tak ragu2 dah le. Betul tak?

Banyak woo produk2 melamine ni kat pasar raya glemer. Tadi pun dok belek2 katalog Mydin jumpa set Melamine, tu yang terus wat entry ni. Hehee

Eh jap rasanya produk susu yang tercemar kat China tu dicampur Melamine kan....yang hot dan menjadi isu tu la..

************

Korang dah shopping barang raya ke?
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tadi dapat tag untuk join segmen, so nyinggah la tengok entry tersebut sambil follow sekali. Terkejut bila tiba2 muncul profiles lama blogger kat follower blog tu. Zaman aku tak aktif berblog tu. Zaman tok kaduk punya profile sekitar tahun 2009/2010. Masa tu memang silent reader je, pegi blog orang tak follow, tak say hi.

Aku dah ubah kot, nama dah bertukar banyak kali dan gambar pun dah bertukar banyak kali. Dulu aku guna nama cik aisha pastu bertukar ke aishah jahirah (cik aisha) pastu terus fix dengan nama sekarang Aishah Jahirah, my own name haruslah dikekalkan. Arisyah jahirah tu masa memula dulu je sebab nak samakan dengan URL blog, konon2 la. Tu nama terawal yang digunakan. Sebenarnya aku nak letak url blog aishahjahirah.blogspot.com tapi tak diapprove, bila taip arisyahjahirah.blogspot.com lepas le pulak. Proceed aje la...layan.

Dah cerita pasal asal usul nama URL aku lak dah.hehee... Korang tengok la print screen yang sempat aku amek tadi.. Camne profile lama aku boleh sesat ni...


Sistem sedang demam gamaknya... Cuak juga tapi buat2 cool, aku try unfollow blog tu dan follow semula, Alhamdulillah muncul profile baru. Bikin terkejut je blogger ni...takpe la dia nak bagi aku print screen wat kenangan la tu kan...;p

Ni baru profile yang terbaru. Tapi.....sepatutnya sites I've joined dengan link Testing tu tak wujud sebab kat profiles aku dah un tick... Musykil ni...kenapa blogger reveal benda yang kita tak tick. Ke ada kaitan dengan google+ ke apa ke.

Ataupun technical issues antara new dengan old blogger interface. Sebab sampai sekarang aku tak guna new blogger interface masa edit entry, kalau guna new habis lari format, dah la tu nak login blogger pun kemain lama sekarang ni.

Kalau komen kat blog orang pulak selalu muncul conflict editing... Tak pun komen terpublish dua kali...selalu gak jadi. Dan perasan komen kat blog aku pun ada yang jadi macam tu.

Aku ke blogger yang bermasalah ni...Apa2 jelah....

*************

Sape nak pendrive free...cepat2 join segmen ni-----> Segmen Aku Terjah Aku Follow Apakah Itu. Tuan blog ni pemalas yang amat sekarang nak menjoinkan diri. Perangai....
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Sempena Ramadhan yang mulia ni nak share persoalan mengenai rawatan pergigian semasa bulan Ramadhan yakni semasa berpuasa.

Maklumlah mesti ada yang tertanya2 apa hukum membuat rawatan gigi semasa puasa ni. Hukum menampal, mencabut atau scalling gigi pada siang hari bulan Ramadhan adalah makruh. Tetapi boleh membatalkan puasa jika kita tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

Kalau ada perasaan was-was tu seeloknya dapatkan la rawatan pergigian selepas berbuka puasa atau selepas Ramadhan. Kecualilah bagi kes yang tak dapat dielakkan dah sakit sangat atau teruk sangat yang memerlukan rawatan segera tu.

Sumber Rujukan: IslamGrid
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Perdana Menteri mengumumkan bonus raya untuk penjawat awam pada tahun ni sebanyak setengah bulan gaji ataupun minimum RM500. Durian runtuh...kome yang koje kerajaan boleh la blanje aku.. hihi

Untuk pesara kerajaan pun akan dapat gak bayaran khas iaitu sebanyak RM500. Apa lagi bodek2 la sikit sedara mara yang dah berpencen tu. muahehe.

Pembayaran bonus dan bayaran khas ni akan dibayar kepada mereka yang terlibat pada 9hb Ogos 2012 ni.

************************
Mok cik tak kayo sebab tak keje kerajaan.
Gary lagi laju kot...hehee
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memandu terlalu slow pun masalah juga. Aku tahu sesetengah orang ada sebab yang kukuh untuk memandu terlalu slow. Dulu pernah terbaca kat blog seorang kawan blogger, adik dia sakit yang sensitif. Terhentak sikit pun sudah memberi impak yang besar iaitu kesakitan. So mak dia memang akan bawa kereta slow2.

Tapi...ramai juga yang sengaja bawa santai-santai. Sekitar 40-50 km/j drive. Ada yang mencari jalan, ada yang sengaja nak santai2. Aku tak kisah pun sebab tu hak masing2kan.

Cuma tadi nyaris accident sebab aku nak masuk susur. Aku memang tengah pecut dengan jayanya sebab tengah2 panas ni nak cepat sampai je tempat ditujui. Pecut2 aku tu ada la dalam 80km/j je. Dari jauh memang dah bagi signal. Sekali nak tercium bontot wira. Dari mana wira datang aku memang tak perasan.

Mujur sempat brek mengejut tapi semua barang dalam kereta memang terpelanting la. Spontan tangan tekan hon. Pastu dok fikir balik pehal aku hon dia, aku pun tak sure dia datang dari mana. Kalau dia datang dari susur memang patut pun kena hon, sebab bagi laluan. Dia bawa slow teramat weh. Kereta family rasanya. Mungkin gak cari jalan.

Tak ke haru kalau tercium bontot wira. Sebab setaw aku kalau berlaku accident selalunya kereta yang mencium bontot tu yang akan dipersalahkan kecualilah boleh dibuktikan sebaliknya. Sebab ikut teori mesti kereta belakang tu ikut terlalu rapat.

Terlalu slow pun masalah juga... Terlalu laju jangan dok buat la. Sedang2 dan ikut had laju sudah... Alhamdulillah takde apa yang berlaku... Syukran Ya Allah.

Tapi selalunya yang dok drive slow ni kereta orang tengah bercinta. Maklumlah nak lama2 bersama kekasih hati pengarang jantung, bawa la slow2. Yang tak boleh blah bawa ke tepi ke tengah pun ada, tak sedar diri dok lorong laju pun ada. Opps stop...dok kata lebih2 kang diri sendiri yang buat. Ke anak2 buah aku sendiri yang buat. Minta dijauhkan....

Sory aku baru terhegeh2 nak BW ni... Tadi ada hal sikit.

Semalam, 24/07/2012 genap 17 tahun pemergian ayah tercinta. al- Fatihah untuk arwah.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kadang-kadang perangai manusia ni pelik. Mungkin juga perangai kita sendiri nampak pelik di mata orang.

Sifat dan sikap manusia berbeza-beza. Ada yang jenis agresif, ada yang pasif, ada yang shy2 cat, ada yang tak tahu malu dan macam2 peel lagilah.

Kadang-kadang apa yang kita buat tu, orang lain akan nilai itulah peribadi kita walaupun mungkin itu bukan diri kita.

Perangai pelik seorang manusia, dia akan like status facebook dia menggunakan facebook kekasih hati. Segalanya kat wall dia termasuklah status, gambar, post yang dia post akan dikomen. Konon2 kekasih hati yang komen le tu.

Apa motif tak tahulah, rasa seronok kot sendiri post sendiri balas dengan ayat yang sendiri nak dengar. Nak tunggu buah hati komen lambat or tak la gamaknya. Takpun nak meriahkan wall sendiri.

Dah macam sakit jiwa pun ada macam tu... takkan syok sendiri sampai buat macam tu. Jangan ingat tak wujud orang macam tu. Dalam dunia ni takde apa yang mustahil cuma akan nampak pelik je.

Bukan mengata sapa-sapa pun. Tapi cuma nak berkongsi kewujudan perkara macam tu je dan ianya secara general sahaja. Jangan ada yang terasa sudah la ye.... Hehee selamat berpuasa. Jangan sakit jiwa syok sendiri ye.
Assalamualaikum dan 1Malaysia...

Petang semalam berkesempatan menjenguk kedai kain rakyat 1 Malaysia kat Hulu Langat. Tak pernah2 lagi sampai area belah sana, kira first time la semalam. Tu pun follow abang ipar, hee takde la kesesatan bila follow.

Boleh tahan juga jalan kat sana, agak sibuk. Masa sampai kedai tu dah dekat pukul 5 petang, sebab sebelum tu singgah rumah kawan kakak. Tak banyak picture sebab segan nak snap beria orang ramai.

Kat bahagian bawah kedai, ada jual kain pasang, tudung, baju kurung, sejadah, kemeja lelaki, etc
Kaunter bayaran tingkat bawah. Masa ni lengang lagi kaunter bayaran.
Kemeja lelaki ..
Tangga naik ke tingkat atas...
Bahagian atas, ada jual kain untuk buat langsir. Banyak juga pilihan yang ada . Pilihlah mana yang berkenan. Kualiti aku tak tahu sebab aku tak pernah beli kain langsir pun...
Apa nama dia? Untuk ikat langsir tu la...;p
Ni pun kain langsir...banyak pilihan..pilih mak cik jangan tak pilih...
Bahagian atas pun ada baju kurung siap dan kain pasang, ada baju melayu. Baju kurung harga dia serendah RM25 sepasang. Belakang sekali tu kain Lycra ye. Sape yang nak buat tudung sendiri tu boleh la beli.
Kain pasang dan baju melayu.
Ada fitting room dan surau. Tak sure customer boleh tumpang solat or  untuk staff je surau tu.
Time ni pukul 5.40, dia da tarik grill nak tutup dah la. Tak sure pukul bape tutup.
Staff kedai ni ramai sangatlah. Mungkin sebab customer memang ramai kot tiap2 hari so tak menang tangan la kalau staff sikit. Tapi kaunter bayaran tak banyak le pulak, kena beratur panjang gak masa nak membayar (peak hour).

Saiz baju kurung siap, agak besar juga saiz dia daripada biasa dok beli. Kalau selalu amek saiz M aku rasa saiz S pun muat. Saiz paling kecik SS. Kualiti...pada pendapat aku sepadan la dengan harga. Nak kualiti yang okey belilah yang mahal sikit.

Apa yang kurang puas ati, staff sendiri yang banyak beli barang. So kaunter bayaran macam dikonker oleh diaorang. Dah la masa tu peak hour customer nak buat pembayaran sebab kedai dah nak tutup. So muka pun kelat je la dok beratur, puasa2 jangan mengeluh. Huhuu

Lokasi Kedai kain rakyat 1Malaysia ni kat Batu 14, Hulu Langat, Selangor.

****************
Tak sempat nak BW, ni pun kat luar. Insyaallah nanti BW. Selamat berpuasa dan selamat berhujung minggu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Daripada segi ekonomi individu akan mempunyai masalah kekurangan wang ataupun pendapatan yang menyebabkan individu perlu membuat pilihan yang terbaik yang boleh memaksimakan tahap kepuasan dan melepaskan pilihan kedua terbaik yang dipanggil kos lepas.

Kekurangan sentiasa wujud dalam kehidupan kita ni. Kekurangan skill, kekurangan ilmu, kekurangan harta, kekurangan kuasa, kekurangan self estem dan macam2 kekurangan lagilah. Kekurangan2 ini bukanlah bersifat kekal, ianya bersifat pemboleh ubah.

Kekurangan menyebabkan diri perlu membuat pilihan yang terbaik di antara yang terbaik. Pilihan yang boleh memaksimakan kepuasan diri, yang membawa keuntungan kepada diri, yang membawa kebaikan kepada diri dan segala yang bersifat positif. Segala pilihan yang berunsurkan negatif memang akan tertolak ke tepi.

Kena buat pilihan kerja yang terbaik, kena buat pilihan jodoh yang terbaik, kena buat keputusan membeli aset yang terbaik dan macam2 lagi pilihan lain dalam kehidupan kita.

Bila memilih yang terbaik di antara yang terbaik, sesuatu perlu dilepaskan kerana kekurangan tersebut. Tak boleh bersikap tamak.

Memang kena dengan konsep ekonomi, kehidupan seharian kita pun ada kekurangan, pilihan dan kos lepas. Semua tu terpulang kepada diri kita untuk memilih apa yang terbaik.

Topup kekurangan yang ada, buat pilihan yang memaksimakan keuntungan dunia dan akhirat (seimbangkan), lepaskan segala yang merugikan diri. SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK untuk semua blogger dan pembaca yang beragama ISLAM. Salah dan silap, terasa hati, terkecil hati, tersalah komen harap dimaafkan. Semua kekhilafan berpunca daripada kelemahan diri. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua, Insyaallah...

************

Tiba-tiba recall balik subjek ekonomi masa sekolah...hee
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Just for fun. Ini bukan entry lucah. Jumpa kat fb rasa cam kelakar seram aje untuk disharekan. Mesti dah ramai yang pernah tengok tapi saje je nak share gak.

sumber foto:facebook

Mula2 pandang tergoda le tuh.. Sekali bontot budak daa yang pakai bra..muahehee terus berubah air muka kau...Gelak untuk tak mentensionkan diri...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...
Derma darah boleh gemukkan badan? Fakta mana la tu agaknya. Aku takde pengalaman sebab tak layak menderma. Ni pengalaman orang sekeliling aku yang rajin menderma darah.

Mengikut kata diaorang fakta yang menyatakan derma darah menggemukkan tak boleh pakai, auta je tu. Sebabnya tak semua orang akan alami kenaikan berat selepas menderma darah.

Sebenarnya semua tu bergantung pada tubuh badan seseorang. Mengikut kata seorang kawan, selepas menderma darah memang akan rasa lapar je. Mungkin sebab tu berat badan naik kalau tak kawal makan la. Tapi...tak semua orang akan alami simptom macam tu.

Seorang lagi kawan cakap sejak derma darah berat badan dia memang maintain dan ideal tak macam sebelumnya yang obes. Tu yang buat dia menjadi penderma darah tegar.

Seorang lagi pulak cakap derma darah boleh cuci darah kotor dalam badan dia. Dia cakap lepas derma darah badan rasa segar dan ringan je. Kalau tak derma darah rasa macam banyak toksin je dalam badan. Macam manalah perasaan tu agaknya.

So, kesimpulan yang boleh dibuat ialah derma darah tak semestinya menyebabkan gemuk. Setiap individu berbeza-beza. Jangan takut ye nak derma darah pasni, tak semestinya akan gemuk lepas derma darah tu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Hari tu masa nak buat kek terfikir apa beza mentega dan marjerin. Ikut kepala otak aku macam lebih kurang je dua benda ni.

Cumanya orang cakap kalau nak buat kek or biskut raya elok guna mentega sebab lebih gebu adunan tu. Hahaa tataw le gebu tahap mana tu, tak pernah pula bereksperimen. Dah la aku ni anak dara yang fail membuat kek dan kuih. Hehee... Takde bakat semulajadi, kena keep trying baru ada skill

So apa sebenarnya perbezaan antara mentega dan marjerin ni...
  • Daripada segi packaging mentega selalu bentuk segi empat yang seketul tu, marjerin selalu dalam bekas/kampit plastik dan tak sepekat mentega.
  • Bahan pulak mentega diperbuat daripada susu lembu manakala marjerin daripada minyak kelapa sawit.
  • Kalau perbandingan harga, mentega ni lebih mahal berbanding marjerin.
  • Daripada segi rasa memang takde banyak perbezaan rasa kalau dah masak tu kecuali orang tu betul2 arif dalam merasa masakan. Tapi menurut mereka yang arif makanan yang diletak mentega lebih sedap banding marjerin.
Kalau sapu kat roti, selalu kita akan guna marjerin. Sebabnya marjerin senang untuk diratakan kat roti berbanding mentega yang melekit dan agak susah untuk disapu rata pada roti.

Puasa nanti mesti pakat2 buat kuih raya dah, mesti nak guna mentega atau marjerinkan. Kot ada yang nak share lagi perbezaan mentega dengan marjerin, dipersilakan.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Bio Aura aku baru je jahanam Filter A dia, macam susah je nak cari supplier alat ganti. Ada tiga filter yang kena tukar setiap tahun, dua filter tukar setiap tiga tahun dan satu lagi filter tukar setiap lima tahun. Buat pengetahuan semua aku memang slamber je tak tukar sejak mula2 guna tahun 2010 lagi.

Memang padan la kot pecah Filter dia, dah sampai masa ditukar baru tapi tak tukar2. Aku ingat nak bertukar ke Filter air jenama lain lak la. Hai O punya renyah la. Ada tak filter air yang tak renyah macam Hai O punya? Kalau cuci seminggu sekali aku masih sanggup tapi nak tukar tiga filter setahun sekali macam renyah je. Dah la nak cari alat ganti susah, belum tentu ori dan belum expired lagi lak tu. Silap2 tertipu.

So korang ada apa-apa cadangan tak...yang murah dan memudahkan serta menjimatkan.... Mana ada benda murah dah sekarang tapi yang mampu milik la maksud aku. Cosway punya ok ke? Kedai Cosway merata tempat ada...

Sakit hati je tengok filter bio aura yang pecah...



*******************

Semalam masa balik KL semula dari Perak, hujan lebat mengikut sepanjang perjalanan. Terbau benda hangit, dah risau kot2 enjin kereta sendiri yang keluarkan bau macam tu. Rupa2nya ada accident, Toyota Avanza, terbabas kot. Terbakar rasanya tapi sebab hujan takde la nampak api cuma berasap2 depan dia. Alhamdulillah selamat sampai lewat petang semalam .
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kelebihan kalau orang tu tangannya kecil/kecik. Ada je orang kurus rangka besar tetap besar jugak tangankan. Ni kes tangan kecil nak seluk sana sini senang. Jangan tiru. Hehee...

Tak payah buka dengan kunci peti surat...seluk aje...muahehe

Kerja cuci mencuci botol yang sederhana jadi mudah, tak payah nak guna berus, seluk aje dengan tangan...

Masa untuk cuci filter hai o....seluk aje cuci kekotoran yang melekat.
Tu la kelebihan orang yang tangan kecil.. Keje seluk menyeluk menjadi mudah. Jangan jadi penyeluk saku udah la ye.

****************
Rindu kat blog, rasa macam lama je tak online. Aku ada je, tak ke mana pun cuma tak dapat online. Esok pun balik kampung. Online jap je ni untuk lepas rindu.....

Nak ucapkan terima kasih kepada sahabat yang sudi tag untuk segmen. Bukan tak sudi nak join dan tak support taw. Nak join tapi sudahnya tak join.... Terima kasih juga untuk sahabat2 lain yang selalu berkunjung.

Dulu blogger C'Jai yang tag-jangan segan2 pegi blog dia sebab banyak manfaatnya boleh dapat untuk menambah pengetahuan dan peringatan diri. Berinformasi....

Dan blogger Remy pun ada tag juga baru2 ni-pun jangan segan2 pergi blog dia. Boleh cuci mata sambil berangan2 dapat makan makanan best2. Hehee banyak sampling makanan yang comel2 kat blog dia. Terliur...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Gambar sekitar floria tahun ni. Gambar tak memuaskan sebab guna henpon (tak canggih) + malas nak edit. Kamera rosak... Perangai....Huhuu



















Sesuai bergambar

Sesuai bergambar

Perbadanan Putrajaya
Cantik landskap perbadanan putrajaya.suka sangat sebab ada air yang mengalir..bunga...tumbuh-tumbuhan lain.

boleh manja2 dengan rabbit tapi ada bayaran masuklah.gamba tu tak leh open.lupa lak bape.







***********************

Gambar banyak...tapi format gambar ada yang berubah.bila transfer ke laptop tak boleh open..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative