Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Festival Bunga & Taman Putrajaya 2012 ataupun lebih dikenali sebagai Floria kembali lagi...Floria 2012 kali ni bertemakan bougainvillea ataupun bahasa melayunya bunga kertas. Bunga yang mak aku suka tanam tu. Temanya berbunyi Bunga Kertas-Tetap menawan.

Nak tahu sejauh mana menawannya bunga kertas, silalah hadirkan diri ke Floria 2012 yang akan diadakan di pesisiran Tasik Putrajaya, Presint 2, Putrajaya (tempat yang sama dengan tahun lepas). Bukan bunga kertas je, bunga-bunga lain yang menawan pun mesti ada. Kali ni mesti lagi cantik, lagi unik landskap dari tahun lepaskan.

Festival ni akan berlangsung bermula 30hb Jun 2012 sehinggalah 8hb Julai 2012. So ada masa lagi kalau yang jauh tu nak plan datang Putrajaya. Kalau hari Isnin sampai Khamis festival ni dibuka pada pukul 9 pagi sehinggalah 10 malam. Untuk hari Jumaat sehingga Ahad lak bermula 9 pagi hinggalah 12 tengah malam.

Ringkasan supaya senang nak tengok:

Tempat : 
Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tarikh : 
30hb Jun - 8hb Julai
Masa : 
9 pagi - 10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi - 12 tengah malam (Jumaat-Ahad)

Apa yang penting masuk percuma, nak bergambar pun boleh cuma biasalah masing2 nak tangkap gambar, kena tunggu turn la kalau ramai sangat tu.

************

Bz tak sempat BW...Sorry...;(
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Jumaat lepas aku balik Perak. Bertolak pun dah lewat petang, dekat nak pukul 6. Mak aih jam panjang, dah masuk susur ke Ipoh/Sg Buloh baru smooth. Mujur bergerak jugakkan walaupun macam semut. Wrong time la bertolak balik.

Pukul tujuh lebih tu tak keluar dari Selangor lagi, hari makin gelap. Ingat nak singgah makan dulu kat mana2 R n R tapi kejar masa, putuskan tak singgah mana2 la. Kebuluran sebentar.

Malam pemandu masing2 kejar masa terutama bas dan lori. Bas dan lori konker lorong paling laju. What the bengang. Aku pun cool je la kat lorong paling slow (masa dua lorong). Bila ada peluang baru potong lori kat depan. Kalau tak follow je la dulu.

Tapi malam tu boleh naik geram dengan sebuah bas express yang drivernya kurang sivik-MARA LINER. Bila bas yang besar tu himpit kereta yang comel, memang la kena hon sebagai amaran jangan dok himpit tak boleh ke, aku nak lari mana,depan belakang lori, tepi divider silap2 ada penunggang motosikal.

Memang tak boleh terima la so aku ke lorong paling laju bila dia masuk depan aku. Tapi agaknya driver dia rasa tercabar ke apa tah dok main himpit2 lagi dengan sengajanya. Bila aku nak mengalah dok lorong paling kiri boleh dia datang himpit daripada tepi nak dok depan aku padahal depan aku lori. Jarak memang tak muat untuk sebijik bas besar macam dia tu. Sure la dia himpit dari tepi dan aku terpaksa brek untuk bagi dia masuk.

Antara takut dan marah memang pecut dan melarikan diri sejauh mungkin dari MARA LINER yang besar tu. Kecut bila memecut laju sebab selama ni drive malam bawa santai2 je. Petang tu pulak baru lepas baca ondscene tengok gambar accident. Tak sedap hati betul.

Tapi malam tu sebab bas tu aku bengang, aku berani mati la drift dengan si MARA LINER. Adegan kejar mengejar berlaku berlaku antara kereta comel dengan MARA LINER. Tataw la apa yang dia tak puas hati.

Hilang kesabaran beb. Memang mencilok2 antara lori, bas, kereta-perkara yang tak biasa buat tapi terbuat malam tu untuk larikan diri dari dikejar. Akhirnya  MARA LINER terperangkap sebab kereta belakang dia lagi laju, dia terpaksa mengalah. So malam tu pecah rekod drive laju waktu malam.

Kebanyakan bas express/lori bawak laju mencecah 140 km/j or lebih pun ada. Yang tak boleh diterima diaorang ni membahayakan pengguna jalan raya yang lain, nak potong pun ada caranya, jangan dok main himpit2 orang tak boleh ke. Siap bagi lampu bagai konon lambat sangatlah kenderaan yang ikut had laju. Tension beb bila highway jadi dua lorong, lagi susah nak kekal had laju.

Jangka pukul 10/11 malam sampai Batu Gajah, tapi disebabkan adegan drift tu tercepat sampai. Pukul 9 malam dah sampai. Hebat...

************************


  • Tak nak balik malam dah kalau takde hal penting. Ngeri....Kecut...
  • Dari dulu tak berkenan dengan bas express MARA LINER. Belajar dulu selalu jugak naik bas ni.
  • Patutnya ada lorong khas untuk lori dan bas, biar depa potong sesama depa je. Besar sama besar....
  • Nak amek no plat bas tu tapi tak nampak sebab gelap. Nak je report kat bahagian yang sepatutnya...selamat kau pemandu bas...
  • Malam tu mengucap siap2 dah, risau sesuatu yang buruk jadi.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Isteri nombor dua selalunya akan dipandang serong oleh sebilangan orang yang merasakan mereka tu perosak rumah tangga orang lain, perampas kebahagian orang dan macam-macam lagilah tanggapan negatif yang kadang-kadang sangat keterlaluan.

Tak semua kes isteri kedua tu teruk sangat. Ramai isteri kedua yang sedar diri dan pandai bawa diri serta sedar status mereka. Ramai yang berkorban perasaan untuk memastikan isteri pertama tidak terabai. Mereka sedar mereka berkongsi kasih dengan orang lain yang juga berhak.

Hina sangat ke jadi isteri kedua?  Perempuan mana yang sanggup bermadu. Madu itu  manis tapi bermadu itu pahit bagai hempedu. Tapi mungkin sudah jodoh mereka, mengelak macam mana pun tetap berakhir dengan perkahwinan yang sah.

Berhak ke kita menghukum orang tu dengan menyakiti hati dia hanya kerana dia isteri kedua? Pendapat peribadi aku, kita tak bolehlah menghukum orang sesuka hati kita hanya kerana orang tersebut berstatus isteri kedua.

Dunia ni macam roda, selalunya apa yang kita sangat benci tu mungkin akan berpusing kembali ke arah kita atau orang terdekat yang kita sayang. Kita mungkin akan diuji dengan benda yang tidak tak suka. Mungkin masa tu baru akan terfikir perasaan orang-orang yang telah disakiti dengan sengaja.

**********************

Sangat berharap takkan terjebak dengan cinta suami orang. Minta dijauhkan. Tapi untuk yang dah terlanjur kahwin, takkan kita nak nasihatkan suruh cerai. Bagi aku nasihat terbaik, cubalah jaga rumah tangga sebaiknya mungkin dan bersabar sebanyak2nya serta beralahlah dengan madu dan anak2 tiri. Jadi isteri kedua ni besar pengorbanan yang perlu dibuat.

Tapi ramai juga isteri kedua yang tak nak mengalah dan nak lebih semua kat dia jekan. Suami perlu bijak mainkan peranan dan adil dalam tangani isteri2 tersayang. Kahwin lebih tanggungjawab pun haruslah lebih.
Assalamualaikum...


Motif amek picture ni sebab nak amek gambo burung gembala kerbau tu. Kepala dia botak da... Kebetulan ada gambo tong sampah tertutup rapat lagi.


Tak sempat nak snap masa si gagak bukak tong sampah. Cepat je dia dah bawak bungkusan polistren keluar dari tong sampah tu dengan paruh dia.

Kelakar pun ada, takjub pun ada masa tengok si gagak cuba buka polistren makanan. Bila terbuka ada la bape biji sisa nasi dalam tu, rezeki dia takde kot.

Si gagak kecewa takde banyak sisa makanan.

Tanpa putus asa terbang lagi ke tong sampah. 

Kali ni dia jatuhkan terus penutup tong sampah. Senang kot dia nak usha apa yang dia nak amek.

Mana gagak? Kat dalam tong sampah menggeledah.


*****************************

Dalam kehidupan tak semua burung seberani si gagak, macam tu juga manusia, tak semua manusia berani hadapi hidup mencabar ni terutama tanpa sokongan orang2 yang penting yang memahami. 
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu aku pernah tulis pasal kad bonus link yang rosak. Kalau nak tahu boleh klik sini---->Bonus Link Rosak

Kad dah sampai sebenarnya tapi tak berambil kat rumah my sis. Untuk urusan penting guna alamat rumah dia lebih terjamin. Dah tak pegi rumah dia camne nak ambil. Ingat hari ni la nak ambil, susah betul bila tak boleh guna ni maklumlah tak semua shell pekerja dia tahu nak handle kes macam aku.

Minggu ni aku isi minyak, macam biasa hulur kad dan bagitahu kad tak boleh guna. Diaorang pun dah cam rasanya. Adik tu swiped sekali boleh guna dah. Eh? Betul ke ni dah okey... Rasa macam tak percaya lak dah.

Dok belek2 kad tu, kesan garisan terkepak kad tu dah tak nampak la. Rupanya kad tu sembuh dengan sendirinya.

Alhamdulillah la dah okey. Maknanya ada dua kad bonus link la sekarang ni. Mana2 kad pun boleh guna.

************************
Wordless Wednesday---->Sukan Komanwel 1998, masa tu aku sekolah lagi. Pergi dengan rombongan di bawah tajaan UEM (United Engineering Malaysia). Kiranya jadi UEM Kids la. Takde gambar kenangan sebab masa tu mana la mampu beli kamera pun. Cuma tiket2 je la yang tersimpan rapi untuk kenang-kenangan.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Libresse? Apa benda tu? Kaum hawa (wanita) mesti tahu apa benda Libresse tu. Ala kalau dah masuk iklan dalam TV tu semua golongan pun tahu kot.

Libresse salah satu jenama tuala wanita yang aku rasa glamer la jugak sekarang ni. Dan aku pun salah seorang pengguna jenama Libresse. Dah curang dengan Laurier sejak jatuh hati dengan Libresse.

Sejak sekolah sampai dah habis belajar aku merupakan pengguna setia Laurier. Aku ni jenis yang loyal dengan sesuatu produk tu kalau dah rasa best, selesa dan mampu milik. Pernah cuba Kotex tapi tak serasi bersama.

Kalau tak silap tahun 2010 masa karnival kerjaya kat Mid Valley, Libresse sediakan door gift untuk pengunjung. Sebelum tu Libresse tak de la kuarkan iklan kat TV macam sekarang ni. Mula2 tengok pengunjung lain bawa beg tu, tertanya2 dalam ati Libresse tu apa, lawa design paper bag diaorang dapat.

Bila sendiri dah dapat baru tahu pad rupanya. Masa tu Libresse bagi pad biasa, yang ada wings, night punya dengan panty liner. Bila dah try rasa serasi bersama lak dah, terus curang dengan Laurier. Lagipun harga dia berpatutan.

Syok juga kumpul free gift bila beli Libresse. Dapat tempat untuk isi pad.

Kumpul Kotak ni. Ada macam2 gambar untuk wat koleksi. Sebenarnya untuk isi pad, tapi aku isi syiling la, kerongsang la dan mcam2 lagi.


Tiba-tiba cerita pasal pad lak dah, bukan apa bukak Nuffnang tengok ada BE daripada Libresse. Tu yang laju taip entry pasal Libresse ni. Gambar pun ada dalam laptop. Alhamdulillah dapat BE lagi. Tahun ni aku perasan  ramai yang dapat BE compare dengan last year. Betul tak?

**************************

Pasal Kenaikan Gaji Ditarik tu...betul jugakkan patutnya diaorang stop bagi gaji baru kalau berniat nak tarik semula. Ni gaji baru still dapat tiap2 bulan. Apapun berlaku insyaallah nanti aku update kisahnya-tarik ke tak tarik.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ni bukan kisah aku, tapi ada la kisah seseorang. Pasal kenaikan gaji.

Seseorang ni bekerja di sektor kerajaan tapi bukanlah kakitangan tetap, hanya berstatus kontrak sahaja. Aku namakan X jelah. Baru2 ni kerajaan (PM) umumkan kenaikan gaji untuk kakitangan kerajaankan. Tapi X taklah berharap sangat gaji dia akan naik sebab dia pun sedar dia hanya berstatus kontrak.

Masa bulan empat hari tu dia tengok kat payslip gaji diaorang naik, so gaji daripada bulan satu sampai tiga diberi tunggakan gaji dan bulan tu dia dapatlah merasa gaji baru. Dia dan kawan2 pun dah bertanya ke pihak pentadbiran pasal gaji baru tu, maklumlah risau jika berlaku kesilapan. Tiada yang tak kena masa tu.

X sangat bersyukur sekurang2nya dapat mengurangkan beban kewangan dia, maklumlah selama ni hanya cukup2 makan je dengan gaji sedia ada. Dengan kenaikan gaji, adalah lebihan sikit untuk simpanan diri sendiri dan rezeki tambahan untuk keluarga.

Tapi...ada seorang rakan sekerja (baru masuk kerja) yang mengadu gaji dia tak naik pun, so sebab tak puas hati dan rasa perlu dapatkan hak dia, bertanyalah hamba Allah tu kat pihak pentadbiran kenapa gaji dia tak sama macam orang lain.

Bermulalah selidik menyelidiki berlaku, pihak pentadbiran maklumkan sepatutnya gaji diaorang tak naik dan ikut gaji lama. Walaupun belum dapat dipastikan dan belum ada surat hitam putih dikeluarkan, mereka yang terlibat (tak semua) merasa terkilan. Sebab jawapan pihak pentadbiran menjurus kepada diaorang kena bayar semula duit yang dah terbagi tu. Dah macam mereka berhutang dengan kerajaan lak.

Kalaulah dah disahkan nanti (harap sebaliknyalah), X kena bayar semualah lebihan gaji yang tak sepatutnya diaorang terima tu. Tekanan hidup makin meningkat.

Tak ke buruk siku dah bagi tapi nak balik. Lepas tu bagi harapan palsu kat orang, padahal sebaliknya. Mulalah segala pekeliling diaorang nak semak. Dalam kes ni nak salahkan siapa?

Orang yang kat atas takkan rasa apa yang kita rasa. Apa yang berlaku di bawah pentadbiran dia tak semua dia akan nampak apa yang tak kena, akan ada orang2 tertentu yang akan nampakkan semua perkara okey.  Padahal orang bawahan tertindas dan ditindas, terpaksa survive untuk meneruskan hidup.

Ye la orang tak penting punkan siapalah nak pertahankan hak. Dah la kemungkinan untuk disambung kontrak tu tipis, so hidup la dalam kerisauan disamping cuba mendapatkan pekerjaan lain yang lebih kukuh. Tapi bukan mudah nak dapat kerja yang bersesuaian pun.

Kalau dah bukan hak diaorang, dah bukan rezeki diaorang nak buat macam mana. Cumanya kalau memang tak patut naik, janganlah bagi naik. Teraniaya orang yang terlibat.

Mungkin pihak kat atas tu patut lebih peka dengan perkara macam ni supaya ianya tak berulang dan kepercayaan orang tak terjejas.

Betullah cakap orang2 lama,'kalau dah bukan rezeki tu masuk mulut pun boleh keluar balik'.

**ni bukan entry nak kondem siapa2, cuma nak berkongsi kisah realiti kehidupan yang tak semua orang rasa.dah lama taip entry ni tapi berfikir banyak kali untuk publish.ye la isu sensitif.tapi tak salahkan aku tulis secara general je.
Lirik Lagu 1, 2, 3, 4 - Aris Ariwatan

Satu... 
Kasih nan abadi
Tiada tandingi 
Dia yang satu

Dua... 
Sayang berpanjangan
Membawa ke syurga 
Kasihnya ibu

Tiga... 
Lapar dan dahaga
Rela berpayahan 
Setianya ayah

Empat... 
Mudah kau ketemu
Perhati selalu 
Beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu ku ingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

**********************
Antara lagu yang menyentuh perasaan suatu ketika dulu. Al-Fatihah untuk arwah ayah tersayang. Selamat hari bapa untuk semua yang bergelar bapa, tak kisah la bapa sedara ke, bapa orang ke. Jangan bapa ayam sudahlah ye....:)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kalau jumpa orang yang meminta-minta yakni peminta sedekah korang ada perasaan simpati tak? Haruslah ada selaku manusia normal yang punya hati dan perasaankan. Terutama kalau si peminta sedekah tu kanak-kanak dan orang yang cacat anggotanya.

Teringat dulu masa selalu naik bas kat Butterworth, ada la peminta sedekah ni yang terdiri daripada kumpulan kanak-kanak perempuan dan lelaki. Rasanya diaorang ni bukan warganegara Malaysia sebab bukan pandai cakap Bahasa Malaysia sangat pun.

Diaorang akan bawa keychain, surah Yasin kecik or something la. Pastu akan pergi kat setiap orang dengan harapan orang akan bagi duit untuk barang diaorang bawa, macam juallah. Tak kiralah siapa pun diaorang akan datang hunjuk barang diaorang bawa tu dan tadah tangan minta duit.

Dalam bas pun diaorang akan naik dan yang tak bestnya, masa naik laju je dia letak barang dia bawa kat atas riba setiap orang sampai ke belakang kemudian kutip duit. Macam paksa kita bagi duit lak dah. Masa pertama kali memang aku kesian dan hulur duit tanpa mengambil apa-apa barang.

Tapi...bila Butterworth menjadi persinggahan tetap aku untuk balik ke kampung, aku semakin rimas dengan mereka. Kalau tiap-tiap minggu balik kampung tiap-tiap minggu la kena hulur kat mereka.Bukan nak berkira tapi terasa tak selesa bila dipaksa dan muka yang sama je setiap minggu. Kalau tengok muka macam adik beradik semua. Kakak dia siap dukung adik yang masih kecil tengah-tengah panas tu untuk meraih simpati.

Kalau tengok kulit diaorang pun memang kesian, kering dan hitam akibat setiap hari terdedah dengan cuaca yang panas dan persekitaran yang kotor dan berminyak kat stesen bas Butterworth tu.

Pengalaman tak bagus masa dalam bas dengan seorang kawan, datang la budak ni letak atas riba tak salah yasin kecik kot. Kawan aku macam tepis dan bertegas jangan letak atas riba dia. Boleh budak tu menyinga siap cakap BABI dalam tak reti berbahasa Malaysia. Lepas tu aku memang mengelak daripada jatuh simpati.

Antara simpati dan Sakit Hati....rasanya simpati memang kena tolak tepi. Pihak berwajib mungkin kena pantau sebab tu mungkin sindiket. Dari gaya cakap macam Myanmar pun ada. Wallahualam... Tak tahu la sekarang ada ke tak lagi mereka-mereka tu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Sebab deactivate facebook banyak. Antaranya termasuk nak berehat seketika dari laman sosial, nak bagi tumpuan kepada study dan banyak lagi sebab lain. Aku deactivate facebook kalau lama tak dapat online. Maklumlah sepanjang tak online sebarang aktiviti berlaku kat wall tak dipantau. Walaupun dah buat private, tapi sistem ni tak boleh percaya jugak. Setiap benda yang manusia create mesti ada kelemahan. So elok deactivate je seketika. Cara nak deactivate akaun facebook:

Memula pergi kat account settings

Pastu follow je la step macam dalam gambar kat bawah

Korang wajib tick reason kenapa nak tinggalkan facebook, aku selalu tick macam kat bawah sebab memang sementara je. Email opt out tu kalau tak nak terima sebarang email berkaitan aktiviti kat facebook tick la. Tapi aku selalu tak tick pun...;p

Masuk password akaun facebook korang...

Taip perkataan diaorang bagi tu....

Selesai sudah....

Bila-bila masa rasa nak activate semula....login je macam biasa. Takde masalah cuma take time kejap untuk sistem fully recover. Deactivate dan delete tak sama ye. Kalau nak delete terus akaun facebook tekan sini----->Cara Delete Akaun Facebook

Kalau nak delete akaun twitter lak tekan sini----->Cara Deactivate Twitter
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Terpengaruh dengan iklan kat TV, kalau pergi kedai je dok usha perisa kari punya dah ada ke belum. Hari tu masa usha nampak dah sampai stok perisa baru kat kedai tu, so beli jelah dengan terujanya.

Bagi tekak aku, tak boleh lawan Maggi. Bolehlah rasa dia tapi Mee Maggi perisa kari lagi kaw. Lain orang lain tekak, so mungkin tak sama testimoni. Hehee. Mi Sedaap Perisa Kari...jom try..

****************

Cuba kurang makan makanan segera dan terproses. Sistem badan macam tak berapa boleh terima. Sekali sekala makan takpe la dah teringin sangat. Kang kempunan lak. Selalu makan, diri sendiri juga yang rasa tak selesa.
Lirik Lagu Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheret ku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tangan ku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambut ku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malam mu mencari kasih ku 
Ooo....

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu 
Ooo....

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita 

Hati ku..
Meratap setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar impian hidup kita
Selamanya

*********************

Sejak tengok cerita seindah sakura jatuh suka dengan lagu ni. Semalam tak sempat tengok episod akhir seindah sakura sebab petang tu ke LCCT hantar kawan kakak. Sampai umah ngam-ngam dah tamat. Apa mahu dikata.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa hari belia hari tu sempat mendaftar kat booth Jabatan Alam Sekitar. Ingatkan sekadar daftar jelah, cek email dapat mesej yang bagitaw kad akan di hantar ke alamat.

Ada kad rupanya. Sudah...masa isi alamat aku main belasah je sebab tak ingat alamat umah sewa baru, dan tak pernah guna pun untuk urusan surat menyurat. Isi pun sekadar buat syarat je dan dapat free gift beg alam sekitar.

Tadi buka peti surat terkejut tengok ada surat tertulis nama aku. Ye lah seingat aku, tak pernah bagi alamat rumah sewa untuk tujuan surat menyurat. Belek-belek kat sampul Jabatan Alam Sekitar rupanya, teringat semula alamat yang suka ati main isi tu. Mujur sampai jugak dengan poskod takde, nama tempat pun sipi-sipi je. Ingatkan memang tak sampai dah la.

xclear snap guna henpon cap ayam camtu la....;p

************************

Dah bertahun mendaftar dengan RELA tapi kad ahli sampai sekarang tak dapat-dapat. Sedangkan janji nak pos ke rumah, kot la janji kita kena pergi amek tu lain kira la. Yang tak boleh blah siap amek gambar bagai masa mendaftar tu. RELA tempat aku la, tempat lain okey kot.

Nampak tak antara yang cekap dengan tak cekap.  Jadilah Rakan Alam Sekitar.. Hooyey...
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Mandi fajar ialah amalan yang bagus kerana orang yang mengamalkannya boleh mendapat banyak manfaat untuk tubuh badan. Sebelum tu, korang tahu ke mandi fajar tu apa?

Mandi fajar merupakan amalan mandi di waktu awal pagi iaitu sekitar pukul 4 pagi (sebelum waktu subuh). Jika dijadikan sebagai amalan kita dapat merasai kebaikannya. Antara kelebihan mandi fajar termasuklah:
  • Elakkan daripada terkena asma
  • Terhindar dari angkara jahat seperti sihir sama ada daripada jin atau manusia
  • Mendapat manfaat tubuh badan yang sihat
  • Wajah bercahaya
  • Insyaallah doa mudah dimakbulkan Allah
  • Wajah akan kelihatan muda (awet muda)
  • Tidak mudah terkena rabun
Terjumpa pamplet masa belajar dulu pasal mandi fajar ni. Masa study dulu adalah jugak mandi fajar sebab tidur pun lambat. Kadang-kadang lepas subuh baru tidur, so mandi fajar dulu alang-alang. Memang fresh la.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Baru merungut sebab semua BE dah jadi ME. Tu la masa BE tengah running blog asyik ditinggalkan, bukan sengaja pun, keadaan tak mengizinkan nak menjadi seorang blogger yang berjaya. Ada je benda yang menghalang daripada mengadap blog.

Kenalah pentingkan yang lagi penting. Blog pun penting tapi ada lagi benda lain yang lebih penting selain blog iaitu family. Apapun blog, kawan2 bllogger tetap di hati.

Sehari dua ni luangkan masa untuk lawat blog yang aku follow. Memang tak dapat la nak klik semua, mana yang sempat aku klik aku klik la. Satu kepuasan sebenarnya bila lawat blog orang lain, baca blog orang, komen blog orang. Tapi semuanya terhad la, tu yang jadi tak best.

Aku bukan nak membebel pasal blog, tapi nak story pasal BE bulan ni-BE Bulan Jun. Setelah semua BE bertukar jadi ME, dalam hati merungut jugak tak dapat BE baru ke.

Alhamdulillah satu lagi BE bertapak sekarang. Tak tahu la sehari dua hari,seminggu dua minggu, sebulan BE kali ni bertapak. Harap lamalah bertapak. Boleh topup sikit2 earning yang tak seberapa tu.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Kad bonus link daku guna rosak hasil keganasan diri sendiri. Letak dalam poket, sekali macam terkepak tapi tak patah. Yang sadisnya tak boleh nak swap. So terpaksa la key in manual je untuk menambahkan mata bonus link yang tak seberapa tu sementara menunggu kad ganti.

Hari isnin (4 Jun 2012) hari tu dah request replacement kad tapi belum sampai2 lagi kad barunya.

Minggu lepas aku balik kampung, sebelum bertolak isi minyak RM50, tak penuh tangki pun. Nak cerita la pasal Shell kat R & R Tapah ni, menghala ke Utara. Berhenti kat situ sebab nak topup minyak.

Shell kat R&R Tapah memang besar dan luas la jugak compare dengan shell yang selalu aku isi. So dalam kepala mesti boleh kalau nak key in manual bonus link punya nombor tu. Sekali masuk dia suh isi dulu sebab aku nak isi penuh. So tinggal bonus link dan RM50 kat kaunter.

Pergilah isi minyak dulu, lepas tu masuk semula minta balance dan tanya dah key in ke bonus link. Boleh pulak pas sesama diaorang, last2 dia bagi balance. Tapi bila minta resit, mulalah gelabah cakap tak boleh key in kat kaunter, kena key in kat dalam pejabat diaorang. Ada la yang mencatat nombor bonus link kat buku diaorang tu. Gamaknya kalau aku tak tanya diaorang tak catat kot.

Kebetulan masa tu customer lain pun bengang sebab service yang mengalahkan siput sedut. Sampai ada customer datang kaunter sebab tunggu lama sangat kat pam (dia lambat set la tu). Mungkin kecoh sebab kes aku ke memang diaorang lembabp tak tahulah.

Aku tetap minta resit, nak print resit pun tersedut-sedut, macam tak pandai guna machine tu je Takkan semua pekerja orang baru kot. Ntah dia key in, ntah tak bonus link tu tataw la. Lantak la...

Masa balik semula ke sini, singgah Shell kat R&R Tapah gak, tapi menghala ke Selatan. Okey servis diaorang. Customer lagi ramai tapi steady je. Takde la tersedut-sedut.

Lepas ni kalau tak terdesak tak nak dah singgah Shell tu. Sekali dah terkena terkesan di hati. Semoga servis diaorang bertambah baiklah.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memotong kenderaan lain dihadapan kita pun ada peraturannya. Bukan boleh potong macam tu je. Tak semua orang faham intention kita kalau kita tak bagi isyarat yang sepatutnya. Sikap cerdik sombong kita tu kadang-kadang boleh mengundang padah.

Pemerhatian aku berdasarkan pengalaman sendiri, pemandu sekarang ni tak mementingkan keselamtan semasa memotong. Buktinya masa balik kampung hari tu, banyak kali dihimpit semasa kenderaan lain memotong kenderaan. Padahal aku bawa ikut had laju je 110km/j. Kot lambat macam kura2 orang bengang sengaja la himpit.

Antara sikap pemandu yang boleh menyusahkan pemandu lain ketika memotong ni:
  • Tak bagi signal semasa memotong dan masuk dihadapan kita. Kita mana la tahu niat mereka kalau tak bagi isyarat.
  • Potong kita tapi  bukan masuk depan kita, dok himpit tepi kita dulu sampai terpaksa mengelak pastu terus ke depan. Buta ke?
  • Potong kenderaan kat depan tapi rupanya dia bawak lagi slow dari kenderaan yang dipotong. Rasa nak lempang je.
  • Masuk depan kita pastu dok brek-brek...Dah la jarak tak selamat dan kita tengah memecut dengan jayanya. Mahu kena maki hamun, dia dapat hon free kita lak dapat dosa kering free la time tu.
Dan banyak lagi yang malas nak listkan kesemuanya. Sendiri mahu ingatlah, benda ni pratikal bukan teori semata-mata. Jom praktikkan 10 peraturan memotong yang selamat:
  1. Berada di belakang kenderaan.
  2. Memeriksa dan melihat ke hadapan dalam 12 saat atau 100 meter.
  3. Memeriksa dan melihat ke belakang menggunakan cermin sisi kiri dan kanan serta cermin pandang belakang untuk memeriksa kawasan "Blindspot" atau terlindung daripada pandangan mata.
  4. Memberi isyarat ke kanan.
  5. Bergerak ke kanan.
  6. Melajukan kenderaan tetapi jangan melebihi had laju yang ditetapkan.
  7. Berkomunikasi menggunakan lampu atau hon.
  8. Memberi isyarat ke kiri.
  9. Bergerak ke masuk ke kiri dengan melihat cermin pandang belakang dan nampak depan kenderaan yang dipotong terlebih dahulu sebelum bergerak masuk semula ke dalam laluan asal.
  10. Menyambung kelajuan dan meneruskan perjalanan.
Peraturan nombor 9 tu ramai yang tak amalkan, tak semua orang guna cermin pandang belakang. Kalau tengok ada sesetengah kereta belakang memang fully tutup, sah2 la cermin pandang belakang tak berfungsi. Main redah je....bertukar lane pun atas consideration pemandu yang tak selfish. Korang boleh rujuk sini untuk peraturan memotong kenderaan yang lengkap----->Peraturan Memotong Kenderaan. 10 peraturan tu pun aku amek kat situ.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Sekarang ni nak topup senang je...guna online banking pun dah boleh topup, tak payah susah payah cari topup kat kedai. Selagi ada akses internet, ada duit dalam akaun, clik je.

Hari tu aku tersalah topup. Mamai apa tah, nak topup nombor maxis tapi terpilih telco celcom. Sah-sah la tak masuk topupnya. Ada dua nombor macam tulah, kadang-kadang salah masuk nombor, salah pilih telco.

Walaupun RM10 tapi rasa rugi jugak. Maklumlah bukan jenis rajin topup pun, RM10 tu boleh tahan sebulan or lebih. Plan maxis Youth, setakat mesej dengan kawan-kawan berapa sangatlah.

Disebabkan rasa rugi dan ingin mencuba dapatkan semula topup tu, kakak aku call la customer service celcom mula2 tu, sebab celcom kan free je. Diaorang suruh call pihak cimb cliks. So call la dan bagi details yang diaorang minta, disebabkan duit tu tak ke mana2 sebab tak valid pun phone nombor maxis untuk akaun celcom bolehlah dapat semula dalam tempoh 24 jam.

Walaupun dah ada reminder berbunyi:  "Please ensure you have entered the correct details. No refunds will be given due to invalid mobile numbers or incorrect/mistaken purchases".

Topup tu dipindahkan masuk ke nombor celcom untuk mudahkan urusan sebab dah terpilih telco celcom. Bergayut dengan customer service dia habislah dekat RM2. Okeylah tu kan RM10-RM2 ada lagi RM8 daripada hilang terus RM10 tu.

So...hati-hati ye pasni nak topup online terutama kalau guna favourite number tu sebab dah tak perlu minta TAC. Cepat je jari clik mouse confirmkan.
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...

Pembuka entry di bulan Jun 2012... Jom cerita pasal ujian Mantoux. Mantoux test merupakan kaedah yang boleh dilakukan untuk mengesan jangkitan kuman tibi dengan memberikan suntikan cecair Mantoux pada lengan kiri pesakit. Tindak balas suntikan ini boleh dibaca selepas tiga hari dengan melihat kesan pembengkakan pada tempat suntikan.

Apa kes bercerita pasal tibi. Sebab sejak seminggu dua lepas berulang ke klinik dan hospital. Mula2 kat hospital ingatkan asma, sekali x-ray diaorang tengok something wrong somewhere dengan x-ray tu. So pihak hospital refer ke klinik untuk next step nak kenal pasti betul atau tak terkena penyakit tibi. Diaorang suspek kena tibi.

Refer kat klinik, diaorang minta buat x-ray semula. Tapi menolak sebab kerap sangat buat x-ray, so ke hospital untuk dapatkan hardcopy x-ray untuk rujukan pihak klinik pulak. Okey takpe asalkan rasa secure sikit takpelah walaupun bengang. Prosedur yang banyak memuakkan..

Dekat klinik doktor suruh ke bahagian makmal, amek botol untuk isi sampel kahak. Setiap hari selama tiga hari kena hantar ke lab sebelum pukul 9 pagi. Dan dalam masa yang sama disuruh buat ujian mantoux. Sory la nak sebut tergeliat lidah aku, dah doktor/nurse tulis aku tak paham (tulisan lawa sangat). Mahu kena gelak.... MANTOUX.... sebut betul2.

Hari tu masa amek result mantoux tu, diaorang bagi date lain suruh jumpa doktor. Hangin...tak pulak diaorang bagitahu suruh bawa result mantoux yang dicop kat belakang kad tu. Mujur tak buang, so terpaksa datang semula dengan x-ray, result mantoux next day tu.

Alhamdulillah result tu negatif tapi....yang tak bestnya doktor masih tak dapat nak kenal pasti kenapa x-ray bahagian paru2 nampak tak okey. Macam ada benda asing lebih kurang macam tu la. Huh angguk antara paham tak paham jelah masa doktor explain.

Bila dah jadi macam tu....diaorang diskus sesama diaorang, doktor suruh buat CT Scan untuk bahagian chest. So akan direfer back to hospital untuk dapatkan tarikh appointment.

So menunggu panggilan appointment dengan sabarnya....ni bukan kisah aku tapi kisah orang paling dekat. Tu la kisah mantoux test, sebelum ni tak pernah tahu pun. Jadi memang tak online beberapa minggu ni disebabkan sibuk ke sana ke mari.

**Abaikan apa yang aku bebelkan... Banyak perkataan so....tak elok betol.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative