Assalamualaikum....

Seorang budak lelaki bertanya kepada ibunya, "kenapa ibu menangis?"

Si ibu menjawap, "kerana ibu seorang wanita"

"Saya masih tidak faham ibu," si anak menjawap sambil memandang ibunya.

Si ibu tersenyum terus memeluk budak lelaki seraya berkata, "kamu akan faham suatu hari nanti."

Kemudian budak lelaki tersebut bertanya pula kepada ayahnya, "kenapa ibu menangis tanpa sebarang sebab?"

"Semua wanita menangis tanpa sebarang sebab," jawab si ayah dengan tenang.

Budak lelaki tersebut membesar dan masih tertanya-tanya kenapa perempuan menangis.

Namun semakin matang semakin dia memahami bahawa perempuan sangat istimewa. Di sebalik tangisan seorang wanita tersebut;

Seorang wanita mampu menggongcang dunia.

Seorang wanita mampu melahirkan anak dan mampu memaafkan serta menerima anaknya walaupun anak tersebut banyak menyakitkan hatinya.

Seorang wanita dengan cekal akan menjaga keluarganya sebaik mungkin tanpa mengeluh.

Seorang wanita diberi kekuatan untuk mengharungi saat-saat susah bersama suami tersayang dan menjadi pendorong serta penyokong kuat disebalik kejayaan suami.

Kenapa perempuan menangis. Tiada sebab yang khusus kenapa seorang perempuan menangis. Wanita dan air mata tak dapat dipisahkan. Nampak seperti lembut tetapi cekal di hati. Air mata bukan penunjuk kelemahan tetapi itulah sumber kekuatan diri.

***************

Tetiba rasa nak nangis... *_*
Assalamualaikum....

Potassium merupakan bahan mineral yang sangat penting untuk fungsi semua sel-sel, tisu dan organ-organ di dalam tubuh manusia. Apa yang aku tahu kekurangan potassium boleh menyebabkan muscle badan menjadi lemah.

Daripada pengalaman orang terdekat yang mengalami kekurangan potassium, memang kaki seolah2 lumpuh dan tak mampu berdiri apatah lagi berjalan. Puncanya menurut doktor disebabkan penggunaan in healer untuk penyakit asma/lelah yang menyebabkan tahap potassium menurun. Macam kekurangan mineral dalam badan la kot. Hee aku bukan dalam bidang medic so ada term yang aku memang tak berapa nak faham.

So nasihat doktor gantikan potassium yang hilang tu dengan memakan makanan yang kaya dengan potassium. Antara makanan yang dicadangkan ialah pisang dan betik. Hari2 makan pisang mahu bosan kot.

So aku google la untuk mengetahui apa lagi sumber potassium selain pisang dan betik. Antara sumber makanan lain yang kaya dengan potassium termasuklah ubi keledek, jus oren, beet green (tak sure in Malay panggil apa tapi rasanya species salad), kentang, kacang putih, kurma, yogurt, tomato, kismis dan kerangan.

Takde la asyik nak makan pisang je pasni. Bolehlah tukar-tukar menu.
Assalamualaikum...

Antara perkara yang boleh buat kesabaran hilang ialah menunggu. Mood elok pun boleh jadi kelam macam isnin yang biru. Boleh bertahan lagi sebenarnya kalau menunggu dan segalanya berjalan lancar. Tapi bila tiba-tiba ada perkara yang tak smooth, rasa nak melenting je. Perasaan nak marah orang tu amatlah tinggi.

Ditambah pula dengan kepenatan berkejar ke sana ke mari, dicampak ke sana sini orang orang2 tertentu, tak selesai jugak urusan. Lepas tu kebuluran sebab menunggu terlalu lama lagi, tiba-tiba orang yang baru datang masuk dulu, lagilah berapi perasaan marah tu.

Selalu bila dah marah memang susah sangatlah nak senyum, muka masam mencuka. Mulut mulalah takde insurans melepaskan kata-kata yang pedas dan berbisa. Hilang sekejap kewarasan bila bercakap dengan orang, segala yang dicakapkan walaupun masih lembut suara tetapi tetap bernada sinis.

Segala kesalahan pihak tersebut walaupun kecil dan remeh nampak besar dan berat di mata hati. Sungguh tak adil tapi itulah hakikatnya.

Antara tempat yang menyakitkan hati bila terlalu lama menunggu ialah klinik, hospital, pejabat pos, bank, KWSP dan banyak lagilah tempat2 lain. Kalau semua ikut flow tak pe jugak, ni ada yang last came, first serve. Rasa cam nak lempang je. Grrr.

Korang ada pengalaman tak best tak masa menunggu kat mana2 jelah....
Assalamualaikum...

Tadi masa kat hospital tengok Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik (Menteri Belia dan Sukan) ada kat hospital tengah dikerumuni oleh wartawan. Curious je dalam hati apa yang berlaku sampai press dan menteri datang kat hospital hari Ahad ni. Mesti ada sesuatu yang dah berlaku.

So mulalah menyelidiki apa yang berlaku sampai menteri datang hospital hari ahad. Rupa-rupanya ada kemalangan yang melibatkan penonton perlumbaan untuk hari belia yang berakhir hari ni. Seramai 17 orang penonton terbabit dalam kemalangan tersebut dan menurut sumber 4 daripadanya cedera parah.

Kiranya Menteri datang ziarah penonton yang tercedera dan keluarga mereka la kat hospital. Terjawab sudah persoalan.

Kemalangan berlaku tengah malam/awal tadi di presint 19, Putrajaya. Kalau nak info lanjut korang bacalah kat sini.------> TERKINI Shabeery Chik Lawat Mangsa Kemalangan Perlumbaan Drag dan
17 penonton perlumbaan drag cedera. Maklumlah benda macam ni mengelirukan faktanya. Takpun tunggu jelah keluar kat TV nanti sebab Menteri dah bagi statement. 

Wartawan dari pelbagai agensi surat khabar aku tengok cuba dapatkan maklumat dalaman daripada kakitangan hospital, tapi for sure lah diaorang takkan bagi sembarangan maklumat.

Kenapa aku tetiba muncul kat hospital Putrajaya. Aku ada la urusan tadi kat sana kejap. Bukan sebab kemalangan hari belia negara tu ye.
Assalamualaikum....

Seperti semua sedia maklum, salam wajib dijawab dan berdosa hukumnya jika tidak menjawab salam. Walau bagaimanapun terdapat empat keadaan salam tidak perlu dijawab.

Empat keadaan tersebut ialah:

  • Jika salam diberi oleh orang yang bukan beragama Islam.
  • Orang2 dalam solat berjemaah. Ucapan salam Imam tak perlu dijawab sebab ucapan tersebut untuk malaikat2 bukannya untuk makmum. 
  • Salam yang diberi selepas habis berucap. Dalam satu habis Rasullulah s.a.w. dinyatakan bahawa jangan jawab salam orang tu jika dia mengakhiri ucapannya dengan salam (cari hadis tak jumpa). Benda ni kalau perasan orang debate dan ahli politik selalu buat, bagi salam ketika akhir ucapan. Aku baru tahu tak perlu jawab rupanya ucapan salam tu.
  • Bila salam dipermainkan. Kita yakin salam dipermainkan. Sebagai contoh lelaki nak mengorat perempuan. Lelaki tu cakap, 'Assalamualaikummm......tak jawab berdosa'. Tak perlulah jawab salam yang sedemikian.
Dalam semua keadaan tu salam tak perlu dijawab.

Rujukan: Dato' Hasan Din
Assalamualaikum...

Kalau geli jangan tengok...nanti menyesal. Kalau tengah makan lagilah jangan tengok.



Picture tak clear la.....itulah Mr Pacat... Perkara biasalah pacat kalau dok kat kampung. Geli memang la geli tapi dah terbiasa. Sesekali balik kampung derma darah kat pacat. Tapi bila dah lama tak balik, kena gigit dengan pacat, mulalah berbekas tinggal parut. Kulit dah sensitif sejak jadi budak bandar ni....Adeh...

Assalamualaikum...

Hari ni make upkan blog... Motif sebab dah bosan tengok header lama, sidebar lama, ada la perubahan sikit. Tak cantik pun tapi biarlah asalkan nampak berubah walaupun warna je.

Dah lama nak ubah tapi asyik tertangguh je, makanya hari ni buat je la yang simple2, nak tunggu idea nak buat yang lawa idea kering. Ala setakat ubah sikit2 je, al maklumlah daku tak pandai nak bermain dengan html bagai ni. Guna apa yang blogspot sediakan je. Pastu tu touch up skit2 ikut suka hati.

Apa yang berubah? Header dah berubah. Header tu aku buat guna PhotoScape pastu untuk transparent kan dia aku guna GIMP. Try guna adobe photoshop CS3 (orang lain dah guna CS lagi tinggi) tak menjadi, nampak sangat tak reti guna.

Sidebar pun dah bertukar wajah. Sidebar tu aku guna PhotoScape semata2. Shoutbox tu satu pakej dengan sidebar la.

Background blog pun aku ubah, cari warna pink tapi tak berapa nak pink. Macam purple slow pun ada bila usha lama2.

Sebelum terlupa. Ada tambahan bloglist untuk blogshop. Tapi baru satu blog dalam list. Suka pulak rasa nak letak.

Make up ke make over...apa2 je la. Okey full stop.... Nak berjalan2 lak kat blog lain.

Assalamualaikum...

Mesti ramai yang dah sedia maklum, Fasha Sandha bunting pelamin. Alhamdulillah.... Berita gembira, awal rezeki Fasha dan Jejai untuk timang cahaya mata.

Tapi ada la pulak desus desas daripada orang yang tak berapa best. Kat opis pun orang boleh bercerita pasal ni. Antara ayatnya:

"Aku tak percaya la si Fasha tu bunting pelamin, ntah2 dah peknan sebelum nikah"

"Baru dua minggu dia dah tahu mengandung. Awal2 selalunya susah nak taw mengandung. Aku tahu la aku dah lama kawen dan anak dah besar". Ni opismate X lelaki yang cakap. Hamboi tak sayang mulut betul.

Dan macam2 ayat negatif la pasal kehamilan Fasha. Kehamilan Fasha dipersoal....

Apasal nak kecoh2... Kita tak tahu so dok diam2 je la. Syak wasangka tu buang jauh2, berfikiran positif sudah. Tak nak percaya pun dok diam2 dah la.


************************

Dah jadi macam gosip pulak dah dok menidakkan statement Fasha bunting pelamin... Tak amek port pun sangat pasal artis. Tapi kadang2 berbulu telinga bila dengar macam2 andaian.

Suka tengok picture kahwin Fasha, cantik..
Assalamualaikum...

Seorang budak berumur enam tahun telah dimasukkan ke tadika oleh ibu dan ayahnya. Pada suatu hari tu, si anak bertanya kepada ibunya.

'Ibu, sex tu apa bu?', tanya si anak dengan muka polos.

Si ibu terkedu mendengar pertanyaan si anak. Terfikir di kepala si ibu betapa terbukanya di zaman moden ni berbanding zaman si ibu tadi.

Kebetulan ketika itu pendidikan seks memang sedang hangat diperdebatkan, maka si ibu pun mulalah memikirkan jawapan yang sesuai untuk anaknya.

Si ibu mula menerangkan tentang perasaan cinta terhadap insan berlainan jantina bila si anak sudah dewasa nanti, perkahwinan disebabkan cinta seperti si ibu dan si ayah, pembentukan bayi dalam kandungan  dan kelahiran si anak.

Si anak tidak memberi sebarang respon, terkebil2 memandang antara wajah ibunya dan buku di hadapannya. Si anak kemudian menangis teresak2.

Si ibu tercengang dan bertanya kepada si anak kenapa menangis.

Si anak menjawab,'jawapan yang ibu bagi panjang sangat, macam mana nak tulis' sambil teresak2 dan menghulur buku kepada ibunya.

Erk....si ibu tak terkata sebabnya kat depan buku tu tertulis:

Name:
Sex:
Title:

***************************************

Cerita rekaan semata2. Pernah dengar orang cerita, diceritakan semula ikut suka hati aku dan versi aku...saje nak release tension petang2 macam ni....
Assalamualaikum....

Hari Belia Negara (HBN) tahun ni akan berlangsung mulai 23hb Mei sampailah 27hb Mei nanti. Hari ni dah start dah la. Bukan nak cerita pasal tentatif hari belia tapi pasal jalan ditutup. Mak aih sesak bila banyak jalan yang dah ditutup.

Start hari Jumaat minggu lepas lagi jalan ditutup tapi tak semua lagilah masa tu, beransur2 tutup. Erm kelam kabut semua kakitangan kerajaan nak pergi kerja.

Semalam pun seorang kawan terperangkap kat basement parking hampir sejam. Kelakar pun ada, orang terperangkap sebab jem kat atas jalan raya, tapi ni terperangkap kat parking opis.

Hari ni sampai Jumaat kata dia tak nak drive, nak suruh orang ambilkan. Takpun naik bas aje la. Sakit kaki nak tekan brek, kalau sape kereta manual tu memang lagi sakitlah. Ke ada yang seronok sesekali terperangkap dalam jem. Hehee

Kata kawan tu lagi, bagilah cuti khas kat kakitangan kat Putrajaya dah nak tutup jalan. Maklumlah time macam tu jalan sehala pun jadi dua hala sebab orang nak mengelak bersesak2. Sanggup ambil risiko asalkan tak terperangkap. Bahaya tu sebab masing2 nak cepat, masing2 dah penat balik nak rest.

*************************

Plan nak pergi hari belia tapi tak tahulah jadi ke tak, tempat ramai manusia berkumpul ni pening sikit. Macam2 peel boleh tengok. Macam tahun lepas, kena rempuh dengan budak2 sekolah yang kurang ajaran. Sabar aje la. Macam2 gejala tak elok jumpa hari belia tahun lepas. Moga tahun ni lebih baik dan kurang benda tak elok.

**maaf aku dah tak dapat nak jengah blog selalu.nanti aku BW.
Assalamualaikum....

Hari tu ada saudara yang minta tolong carikan alamat dan nombor telefon pusat perawatan Islam. Saudara ni dah lama jugak tak sihat dan sudah merata tempat berubat. Daripada cerita dia, ianya berkaitan dengan jin. Wallahualam...

So alang-alang dah cari baik aku share kat blog apa yang aku dapat cari...

Ustaz Sharhan Shafie
Facebook
Sinar Zamdurrani

Ustaz Ismail Kamus
Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Tuan Guru Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi

Dato' Hj. Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku)

Ustaz Mohamad Suhaimi bin Rozali

Ustaz Hayat anNaqsyabandi

Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid

Ustaz Mohd Syakir Mohd Ezmi

Ustaz Alfian Al - Azhari

Dan Banyak lagi pusat perubatan Islam yang tak dinyatakan. Semuanya ada kelebihan tersendiri. Cuma berhati-hati juga sebab ada orang yang suka ambil kesempatan dengan menipu sekarang ni. Mengaku pandai dalam perubatan Islam tapi ilmu apapun tak ada ataupun mengaku menggunakan perubatan Islam tapi ada perantara lain. Siasat dulu sebelum berubat pun.
Assalamualaikum...


MASA ITU percuma tetapi ianya berharga. 

Kita tak boleh memilikinya tetapi kita boleh menggunakannya.

Kita tak boleh menyimpannya tetapi kita boleh menghabiskannya. 

Sekali kita kehilangannya, kita takkan dapatnya kembali...

*************************

Sakit kepala, sakit badan....sesema tak hilang lagi walaupun demam dah baik... Semoga terhapus segala dosa2ku.. Amin
Assalamualaikum...

Hari ni masa untuk bereksperimen. First time subscribe daily internet prepaid. RM5/24hours. Memang nak guna bil semula tapi belum ada masa nak register dan yang paling penting masih berfikir nak guna khidmat internet provider yang mana satu dan pakej apa yang sesuai.

Memang kalau ikut hati nak je amek unifi terus, tapi tak boleh nak mobile lak dah. Bagi yang nomad macam aku ni, tak berbaloi pulak nanti.

So dok usha la antara Digi, Celcom dengan Maxis. Tengok pengalaman kakak aku guna Maxis, bila dah cukup quota langsung tak boleh online. Macam kejam sangat je. Tapi kelajuan dia uncapped tu. Berpinar mata nengok.

Celcom aku sendiri berpengalaman, banyak duka jugaklah, rasa macam nak curang je. Cumanya kalau dah sampai limit tu masih boleh online walaupun ala2 siput sedut tak cukup makan. hehee

Digi....sape yang guna digi tu bagi la komen. Okey ke tak? Kalau dah cukup quota jadi macam maxis ke? Ke sedikit baik hati macam celcom yang throttled kelajuan je.

P1 Wimax pun ada broadband punyakan.... Susahnya nak decide...
Assalamualaikum....

Tu dia lama tak online blog. Last online 25hb April 2012, hari ni dah 15hb Mei 2012. Wuu dah masuk bulan baru tu, entry selepas 25hb tu autopublish ye sebab masa tu aku kat kampung. Celah mana nak berinternet, sibuk manjang.

Rindu kat blog, rindu nak baca entry orang, rindu nak melawat blog orang. Bukan nak jadi blogger bermusim, adalah sebab musabah (hal peribadi) yang berlaku yang menyebabkan blog ditinggal2. Masalah internet hanyalah serpihan kecil penyebab.

Sekarang pun internet bukan OK sangat, tapi masih gagah nak online. Hari ni last day dapat online dengan prepaid ni, esok2 tataw lagi apa cerita.

Terima kasih kepada yang sudi singgah sepanjang tuan blog JK (jiwa kacau?) tak masuk blog. InsyaAllah blog kalian akan dikunjungi secara perlahan2, maklumlah internet aku pun slow...hehee. Kalau tak lepas nak masuk tu, aku bookmark dulu dan lawat kendian nanti. Jangan kecik hati na...

Tajuk missing again tak kena tajuk la. Kena tambah again and again and again. Suka hati je.

***************************************

Tiga BE sedang bertapak. Alhamdulillah rezeki walaupun jumlah earning sikit.. Sikit2 lama2 jadilah bukit...ye dak.. TQ Mr. Nuffnang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative