Ada orang cakap sakit senggugut tu 1/3 daripada sakit nak bersalin. Tak dapat nak sahkan. Apapun senggugut memang menyeksakan. Kalau sape yang senggugut teruk tu mahu bergulung macam tenggiling je kat atas katil sampai nak bangun pun tak daya dah.

Sedikit tips menghadapi senggugut:

1) Kalau kat hostel selalu buat. Panaskan air pastu cari botol mineral letak air yang panas tadi (campur la air sejuk gak, nanti kemek botol tu) kat dalam botol mineral tersebut. Amek botol mineral yang suam2 tu tuam la kat perut. Insyaallah dapat mengurangkan sedikit rasa nyeri dan sakit. Tak pun panaskan iron sekejap, pastu tutup la suis, amek kain lapik dan tuam la guna iron tu.

2) Ni kawan aku punya cara sebab dia kalau tujuh hari period, tujuh hari la sengsara senggugut. Dia makan nenas sebab nak cepatkan proses period tu. Tapi ada yang cakap tak elok makan nenas time period sebab nenas sifatnya tajam (asid). Kalau takde nenas dia belasah air coke/pepsi. Tak disarankan.

3) Cara ni memang selalu dipraktikkan iaitu tidur. Tidur adalah cara alami untuk menghilangkan senggugut yang biasa2 je. Biarkan rasa sakit tu sampai tertidur dengan sendirinya, insyaallah lepas bangun akan berkurang kesakitan tersebut. Sangat disarankan.

4) Cara ni tak digalakkan sebab tak elok bergantung dengan ubat. Boleh amek panadol menstrual yang kaler pink tu.

5) Jumpa doktor gerenti kena cocok punye kalau cakap tak leh tahan sakit. Selalu jumpa dokte mesti buat muka kesian nak MC je tapi tak nak kena cocok. Bila dokte tak nak bagi MC rasa nak karate je...dush2.

6) Elakkan minum minuman berais, lebihkan minum air suam atau air kosong.

7) Pastikan badan sentiasa hangat. Sapu minyak kat kaki, betis sebab selalu time period memang akan kejang kaki dan betis. Pakai stoking untuk pastikan kaki hangat.

8) Minum air rebusan halia supaya darah berjalan lancar dan badan hangat. Air rebusan halia juga dapat menghindarkan bau yang tak best masa period (jangan lebih2 lak minum mau panas terlampau nanti).

9) Beberapa hari sebelum period aktifkan diri dengan bersenam ke.

Itu antara tips yang dapat dikongsikan untuk menghadapi senggugut. Mungkin sahabat2 lain ada tips lain untuk ditambah dan dikongsi bersama....:)

**********************

Sejak amalkan bidadari beberapa tahun lepas alhamdulillah dah memang susah nak kena senggugut walaupun amek bidadari tu 2 botol je. Pastu dah tak amalkan dah.
Assalamualaikum....

Dulu aku rajin beli madu sebagai makanan tambahan. Tapi beli yang kat pasar raya tu je. Sah2 la memang tak asli madu tu dan dah dicampur dengan bahan lain. Kalau kat kampung lak, ada la pakcik yang jual madu dalam botol yang telah dibersihkan tu. Yang tu mungkin asli dan mungkin jugak tak. Mungkin berkualiti dan mungkin tak----sebab lebahkan ada banyak jenis.

So macam mana nak tahu madu kita beli tu berkualiti ke tak ye? Madu yang berkualiti biasanya boleh diuji kualitinya dengan cara-cara seperti kat bawah:
  • Biarkan botol madu terbuka beberapa lama. Jika ada semut yang datang mengerumuni, itu bermakna madu tersebut tidak berkualiti dan tidak asli.
  • Titiskan sedikit madu di atas kertas. Jika madu itu cepat meresap, ini bermakna kadar air yang terkandung di dalam madu terlalu tinggi.
  • Ambil sebatang anak mancis, masukkan ke dalam madu dan nyalakan. Jika ia menyala, ini bermakna madu itu asli.
  • Goncangkan madu beberapa kali. Madu yang baik tidak akan menghasilkan banyak buih.

***************

Aku pernah beli madu khaula dulu. Cik semut datang je berkerumun kat botol madu khaula tu. Siap ada yang suicide(bunuh diri) lagi kat dalam madu tu. Aku tak ingat pula ramuan madu khaula tu, mungkin dia dah campur dengan herba2 lain kot, tu semut berani datang. Ataupun madu khaula aku beli tu bukan ori punya. 
Ada orang suka henjut perlahan, slow2 je. Macam berirama gitu. Tapi ada orang suka nak henjut dengan kasar, laju-laju lak tu. Henjut ganas la senang cite. Aku lak suka2 ati aku je tapi tak la melampau.

Tapi...kenalah fikirkan dan utamakan soal keselamatan. Suka ati je nak henjut buai baby laju2 ape ke halnye. Baby tu apalah yang diaorang tahu? Menangis aje la diaorang. Henjut slow2 dah la, sekurang2nya keselamatan lebih terjamin.

Ni henjut ganas sangat sampai tercampak baby keluar dari buai tu. Terjatuh dari buaian dan tercedera si baby tersebut. Dah banyak berlaku kes seumpama ni terutama kat rumah pengasuh. Kadang2 pengasuh ni dia suh anak2 dia yang tak berapa nak cerdik lagi tolong henjut buai baby. Budak seronok dok henjut buai baby macam main2 lak pi henjut la laju2, sudahnya tercampak baby yang tak tahu apa lagi tu.

Kalau setakat tergeliat or terluka sikit tu pun dah tak puas ati. Inikan pulak kalau patah riuk, lebam2, cedera parah baby yang masih kecik tu. Yang lebih sadis ada kes yang baby dia sampai ada pendarahan dalam otak. Baby tu dari seorang yang normal ketika dilahirkan tak pasal2 menjadi cacat seumur hidup. Ada yang sampai membawa kepada kematian baby tersebut.

Hati mak ayah mana yang tak sedih melihat anak sendiri yang lahir normal jadi begitu hanya disebabkan terjatuh dari buai yang dihenjut laju. Mungkin sudah ditakdirkan untuk dia menjadi begitu tetapi selagi termampu sentiasalah berhati2 supaya tidak berulang benda yang sama. Kalau berhati2 tapi terkena jugak tu, kita siapa untuk menolak takdir Allah SWT? Mungkin itu ujian yang diberi untuk menguji diri.

Apapun henjut buai janganlah ganas sangat dan laju, slow2 sudah.

******************************

Ada kawan bagitaw baby dia retak tulang kaki. Kejadian berlaku kat salah sebuah nursery kat Putrajaya. Bila dipersoalkan pihak nursery boleh cakap tak tahu menahu. Dah lama kes ni, sekarang dia hantar rumah orang dan tak hantar nursery dah.
Assalamualaikum....

Layan je la picture makanan kat bawah ni...

Ni hidangan untuk raja sehari...dah bertahun kendurinya...;p.... Daun betik pun boleh jadi lapik...

Hidangan raja sehari....buah tembikai siap buat bentuk lagi.

udang tu sebenarnya dicucuk kat buah nenas.jadi la bentuk macam tu...:)

Untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang turut serta. Udang dan telur tengoklah berhias dan bercorak...

semua makanan dihias dan disusun agar nampak menarik....dalam gambar ada ikan pekasam,  ayam, daging, jelatah.

***************************

Dah lama kendurinye...tah tetiba rasa nak share picture masakan pengantin untuk makan beradap. Ni sepupu aku yang lelaki tu punya majlis, kiranya kenduri sambut menantu la. Semua hiasan makanan tu kaum kerabat aku yang buat sendiri.
Assalamualaikum...

Seorang guru menyuruh setiap murid di dalam kelasnya membawa beg pastik yang berisi kentang. Bilangan kentang di dalam beg plastik pula bergantung kepada bilangan orang yang dibenci setiap murid. Setiap kentang itu akan dinamakan berdasarkan nama orang yang dibenci.

Apabila tiba harinya, masing2 membawa kentang di dalam plastik yang bertanda nama orang yang mereka benci. Ada yang bawa dua kentang, ada yang bawak tiga malah yang bawa lima kentang pun ada.

Guru menetapkan kepada murid2nya untuk membawa kentang di dalam beg plastik tu ke mana sahaja mereka pergi termasuklah jika mereka mahu ke tandas selama seminggu.

Sehari demi sehari berlalu, murid2 mula mengadu akibat bau yang kurang menyenangkan yang terhasil daripada kentang yang membusuk di dalam beg plastik. Di samping itu, murid yang mempunyai lima kentang terpaksa membawa beg yang berat daripada biasa.

Selepas genap seminggu, semua murid lega kerana tempoh seminggu telah tamat akhirnya.

Cikgu pun bertanya kepada muridnya semua, "Apa perasaan anda semua bila membawa kentang bersama ke mana sahaja selama seminggu?"

Murid masing2 meluahkan apa yang mereka rasakan dan mula mengadu mengenai kesusahan yang terpaksa mereka harungi sepanjang membawa kentang yang berat dan berbau busuk ke mana sahaja mereka pergi.

Kemudian guru menjelaskan kepada murid2nya makna yang tersirat di sebalik semua itu. Terang guru tersebut, "Begitulah keadaannya apabila kamu membawa kebencian terhadap orang lain di dalam hati kamu"

*********************************

Bau busuk kebencian akan mencemari hati kita dan kita akan membawa bersama-sama kita ke mana sahaja kita pergi. Jika kita tidak boleh bertolak ansur dengan bau kentang busuk hanya untuk seminggu, cubalah kita bayangkan apa rasanya bila membawa bau busuk kebencian itu selama-lamanya.

Hapuskan kebencian yang keterlaluan terhadap orang lain. Takde untung pun kebencian keterlaluan selain merugikan diri sendiri.
Assalamualaikum...

Aku percaya ramai yang ada pengalaman tersendiri kat tol. Meh kita baca antara pengalaman tak syok kat tol. Ni pengalaman sendiri dan orang sekeliling.

Peristiwa 1
Kad Touch n Go tak boleh detect. Meroyan touch berkali2 palang tak mau naik. Tekan intercom, tak berfungsi (intercom tu tinggal besi ja, bogel..huh). So dengan selamba keluar dari kereta ketuk tingkap jurutol kat lorong tunai. Bila dia tolong touch naik pulak palang tu. Hampeh je tapi balance tak kuar. T n G lane tu bengong kot. Bukan ke konsesi tol kaya? Takkan tak mampu selenggara kot...intercom bogel...apa da..

Peristiwa 2
Kereta kena hempap dengan palang kat lorong smart tag. Berkecai cermin beb. Tataw apa kes mesin imbas smart tag tu pun dah bengong kot.

Peristiwa 3
Pun kat lane smart tag. Masa tol transit okey je, lepas tu di trace sebagai tak lalu kat transit pertama, maknanya macam tetiba keluar dari celah longkang kot. Agak2 la kereta sebesar tu nak lari dari tol celah mana. So dia forfeit balance dalam kad RM50 padahal tol tak sampai RM2 pun. Memang boleh claim semula, tapi dah jadi keje kena jumpa CS. Refund pun next month bukan on time, so kena topup lain la.

Peristiwa 4
Tersalah masuk lorong T n G padahal nak masuk lorong tunai. Muahaha hat ni lawak sikit la. Pastu kena reverse semula, mujur kereta belakang tak marah. Sory encik salah lane..

Peristiwa 5
Terikut terbuat dua lorong untuk 1 tol. Kat tol mana ada garisankan, so jadi macam tu la terbuat garisan sendiri tanpa disedari. Memang kena hon dengan orang belakang, tapi encik saya tak sengaja pun. Tak hingin  dan tak kuasa nak potong Q. Kereta depan saya yang mengelirukan. Mintak maaf bebanyak la, tapi saya bagi signal elok2 encik bukan redah je.

Peristiwa 6
Nyaris terlanggar palang masa nak bayar tol sebab baru belajar bawa kereta , kereta pulak manual. Gelabah kot masa tu. Muahaha kesian kawan aku, mesti dia fobia nak bawa kereta.

**********************

Tu la antara peristiwa yang berlaku kat aku dan orang sekeliling aku. Peristiwa-peristiwa kat tol ni ada yang lawak bila fikir semula... Hehee. Korang pun mesti ada peristiwa tersendirikan....

**bertolak pagi esok, so sempat la jenjalan kat blog dulu....:)
Assalamualaikum...

Ingat orang berebut kekasih je ke? Parking pun orang selalu berebut taw. Tempat yang orang selalu berebut parking kat pasar malam, kat hospital, maklumlah parking terhad dan masing2 nak cepat.

Cara berebut parking ada banyak, antaranya nampak orang nak keluar sanggup reverse kereta walaupun jauh  untuk kejar tempat kosong tersebut walaupun dah ada orang lain yang tunggu kat situ. Bagi dia sape cepat dia dapat. Bahaya akak2 dan abang2 oi dok main reverse laju2 macam tu. Silap2 terlanggar kereta lain pulak dah.

Satu lagi tanya orang yang tengah jalan menuju ke parking kat mana dia letak kereta dia. Suruh orang tu lengah2kan supaya sempat sampai dan kira macam book la untuk ganti orang yang nak keluar tu. Sedangkan ramai lagi yang sedang menunggu dengan sabar. Cara ni sopan sikit daripada cara kat atas tu. Siap tu ada yang minta maaf elok2.

Memang la sape cepat dia dapat, sape paling dekat dia yang dapat, tapi kalau cara macam tu cepat dan dekat sangat la.

Memang agresif la sesape yang dok berebut parking ni. Cepat, tangkas je gayanya. Kadang2 geram jugak sebab kita menunggu punyalah lama, dia yang masuk dulu parking tu tanpa rasa bersalah. Muka bangga dan takde perasaan bersalah pulak tu.

Orang lain yang menunggu betul2 dekat pun dia buat2 tak nampak je. Buta mata hati ke apa tak tahulah. Tapi berfikiran baik, ada hal urgent la tu memerlukan dia bertindak agresif.

Kadang2 rasa nak buat macam tu je....tapi rasanya belum sampai terdesak lagi nak buat macam tu. Takpe tunggu je dengan sabar, Insyaallah dapat jugak parkingnya. Lantaklah nak berebut sangat, ambillah bukan parking aku pun.

***************************

Akan bercuti sampai hari pekerja nanti. Hari ni pun online sekejap je sebabnya petang or malam nanti dah bertolak ke destinasi yang nak ditujui. Hari macam mendung je, sahabat2 doakan perjalanan saya berjalan lancar dan selamat tiba ke destinasi yang ditujui. Risau jugak ni kalau bertolak malam. Kalau hujan lagilah risau.

#dah set auto publish post sampai 30hb nanti...ye la nanti belum tentu dapat online.
Jom bersuka ria dengan menengok cara tanggalkan baju dan rahsia diri. Ni suka2 je ye... Tepat tak tepat, betul tak betul jangan taksub sangat nak percaya.

Apa lagi silalah nilaikan diri anda dan orang sekeliling anda.... Hehee

Suka Sepahkan Pakaian
Campak je sesuka hati pakaian tu. Ish2....
  • Seorang yang peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
  • Jenis yang gemar berhibur dengan teman-teman tidak kira apa jua aktiviti yang dilakukan.
  • Daripada segi pemikiran, seorang yang bebas mengeluarkan pendapat sendiri tanpa memperdulikan tanggapan orang lain terhadap pendapat peribadi sendiri.
Lakukan dengan Teliti
Setiap kali selepas tanggalkan pakaian, dengan penuh hati2 akan letakkan ia di tempat yang sepatutnya.
  • Seorang yang serius dan gemarkan kehidupan yang aman dan tenteram.
  • Seorang yang tak suka 'cari pasal' dengan orang lain.
  • Selesa mengikut rutin harian yang telah biasa dilakukan.
  • Berpegang pada prinsip bahawa cara terbaik untuk berhadapan dengan sebarang masalah adalah dengan mengelaknya daripada berlaku.
Tanggalkan Barang Perhiasan
Perkara pertama yang dilakukan sebelum menanggalkan pakaian ialah menanggalkan segala aksesori daripada tubuh seperti cincin, gelang, rantai, jam, dan sebagainya.
  • Dikatakan sebagai seorang yang mudah mesra dengan orang lain dan beringat2.
  • Agak sensitif orangnya dan disebabkan itu teman2 perlu berhati2 bila bergurau senda dengan orang jenis ni.
  • Dalam percintaan, dikatakan seorang yang romantis.
Pantas
Laju je bukak pakaian macam super sonic tuh...
  • Seorang yang mengambil berat tentang perihal orang lain terutama yang menjadi kesayangan kamu.
  • Seorang yang sangat mengambil berat tentang keperluan diri sendiri
  • Amat mementingkan keluarga dan gemar sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti dan kerja. Kalau tak dia rasa hidup ini membosankan.
Perlahan-lahan
Berbeza dengan sikap di atas,  mungkin menanggalkan baju/tudung/kain terlebih dahulu dan dalam masa yang sama kamu mungkin sibuk ke sana ke mari atau sekadar berbaring merehatkan badan di atas katil. Beberapa minit kemudian barulah menanggalkan pakaian yang selebihnya.
  • Kelihatan seperti suka berlengah-lengah, tetapi dikatakan seorang yang punya keyakinan diri yang tinggi dan bijak.
  • Gemar berfikir secara mendalam sebelum membuat apa-apa keputusan.
  • Gemar menghabiskan masa lapang untuk diri sendiri dan tak kisah jika berkurung di dalam bilik seorang diri sehari suntuk atau sekadar bersiar2 keseorangan.
Berubah-ubah
Tidak pernah tetap dan sering berubah-ubah, ada ketikanya menanggalkan pakaian dalam keadaan tergopoh-gapah dan nak cepat hingga pakaian berteraburan dan dalam masa yang lain penuh berhati2 dan ambil masa untuk bertukar pakaian.
  • Dikatakan  seorang yang penuh dengan rasa curiga dan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu perkara apatah lagi perkara yang dianggap asing bagi kamu.
  • Juga seorang yang berpenampilan menarik, gemar melakukan pelbagai aktiviti yang mampu mencabar keupayaan diri serta sanggup menanggung risiko.

Sumber: Majalah remaja (zaman aku muda remaja dulu)

**************

Tadaa tamat sudah....itulah Rahsia Diri Berdasarkan cara Tanggalkan Baju, so apa rahsia diri korang... Diam2 suda dan jangan dok skodeng orang tanggalkan baju pulak pasni...Hehehee
Assalamualaikum...

Ni kisah lawak aku dengan kain felt. Sebelum ni aku tak kenal pun kain felt. Memang selalu dengar craft daripada felt tapi kain felt aku tak pernah amek peduli macam mana rupanya.

Suatu hari tu aku pergi kedai dua ringgit nak cari kain microfiber buat lap meja, dapur. Maklumlah kain microfiber ni senang dicuci bila terkena kotoran.  Belek punya belek takde pun kain microfiber yang selalu berlambak tu, habis stok kot.

Tapi tempat selalu microfiber tu tergantung diganti dengan kain lain. Aku yang buta jenis kain ni, selamba jelah rembat kain tu buat pengganti microfiber. Dua ke tiga keping tah (tak ingat) RM2. Akhir tahun lepas peristiwa ni.

Aku pun guna la kain tu untuk lap macam2, termasuk kipas kat dalam bilik yang berhabuk dan hitam legam tu. Sejak Yui aktif berkraf aku perati kain yui guna tu macam pernah nampak je. Dok perati lagi rasa macam lain pulak dah.

Ignore jelah...sampai kakak aku pun cakap tu kain felt la. Hohoo orang buat craft aku buat lap kain tu. Lawak2.... Tapi kain felt ni nipis je...kualiti kureng kot. Kain felt pun mesti ada banyak jenis jugakkan.

Semalam kesengalan aku datang, mulalah mengarut pergi gunting kain felt tu, siap cari jarum benang mak aku lagi. Dah berkurun tak pegang jarum benang untuk menjahit, buang tebiat ke apa tah. Huhuu. Dok trial n error buat jahitan. Kalau jahit sembat biasa, sah2 la buruk.

Nak cari kat internet, lappy kakak aku tengah guna. So sesedap jari aku la mencucuk sambil dok bayang jahitan selalu orang dok buat. Dulu masa amek KHB ERT form 3 terer la jugak nama2 jahitan dan cara nak jahit ni. Lebih daripada sepuluh tahun lepas, memang aku dah tak ingat.

Aku sebenarnya dah lama cari tempat letak henpon (apa nama dia, aku ni sokmo hilang ingatan sekarang ni), henpon aku dah calar balar sebab selalu dok campak dalam beg dengan barang2 lain. Tapi bila pergi kedai aku rasa harga diaorang letak mahal sangat la, design biasa2 je kot. Kosong  nampak bodoh2 je. Yang ada hiasan lak nampak meriah sangat, harga for sure lagi mahal la.

Tara....benda ni la yang terhasil semalam...


Kosong, tak lawa, tapi aku sendiri yang buat....perasaan tu lain.


Tali kuning tu aku rembat tali (ye ke tali) paper bag majlis kenduri kahwin. Shyy diam2 sebab paper bag tu mak aku kumpul, dengan selamba aku rembat. Kih3

*************************

Nak craft felt yang lawa p usha n tempah kat Craft Yui ....hehee

Entry Berkaitan:
Broadband Casing Guna Felt
Assalamualaikum....

Ni review aku selepas kali ketiga topup. Banyak desus desas yang tak best semenjak dua menjak ni berkaitan dengan celcom SKMM yang aku dengar.

Yang pertamanya celcom memang dah keluarkan warning pasal pek SKMM ni la.

Lepas tu desus desas ada menyatakan bahawasanya celcom SKMM dah bukan unlimited start 1 April hari tu. Dan ianya di'limit'kan menjadi 2GB, lepas tu faham2 jelah. Sejauh mana kebenarannya aku tak tahu. Tapi macam betul je.

Sebabnya aku boleh terasa celcom SKMM aku guna kelajuan dia macam dah throttle je ari tu. Dah macam pakai bil pulak kot ada F.U.P. (Fair Usage Policy). Bila dah cecah quota, throttle speed. Ntah-ntah belum cecah quota pun dah bersiput sedut. Throttle ke berapa kbps aku tak sure le pulak, tp memang slow le.

Malas nak calling2 Customer Service dia. Tunggu mood nak call datang time tu, tak datang2, boleh pulak macam tu ye.

Aku baru je topup sehari dua ni, kelajuan so far macam okey walaupun terasa macam dah sedikit terkurang laju banding sebelum ni. Tapi jangan dipuji, bila2 masa je boleh tetiba KO. Nak download apapun rasa was-was, cuba jadi baik setakat bukak facebook, blog, website2 penting.

Penilaian aku, simkad celcom SKMM ni daripada segi kualiti memang kureng, sebabnya simkad baru guna bape bulan dah ting tong tak dapat dibaca. Jenuh aku sumbat tisu kat broadband bagi ketat baru dapat baca. Nak kata casing simkad broadband tu yang loose, cuba masukkan simkad lain okey je. Simkad maxis aku yang dah berumur 7tahun ++ tu pun sihat lagi walaupun rupa dah buruk dan selalu tukar2 henpon. Aiyoyo.

***********************

Benda berbayar yang mahal pun buat hal, ni pulak yang murahkan.

Ramai yang dah berpaling tadah ke Maxis SKMM pulak kot sekarang. Walaupun limit tp boleh bypass limit buat masa sekarang (kena langgan VPN). Celcom sim memang disekat untuk bypass walaupun unlimited. Ehem banyak isu celcom ni, telco lain pun sama kot tapi rasa macam celcom lagi banyak isu.

So rasanya masih berbaloi ke nak guna celcom SKMM? Untuk yang baru bercita2 nak guna tu fikir2 dululah sebab nanti tak balik modal je. Dah la sim dia dah mahal sekarang. Aku punya balik je modal... Kira win2 situation la jugak masa tu. Ni pendapat aku je.

Guna je la apa yang ada dan selagi boleh guna....  Ni berdasarkan pengalaman aku, orang lain mungkin tak alami benda yang serupa.

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Assalamualaikum...

Sebelum ni aku kecoh dengan wajah baru blogger. Tu la kecoh je lebih tapi explore tak habis pun masa tu terus nak buat entry kecoh2. Kodek sana sini pun tak khatam lagi. Siap tulis, "dah tak boleh patah balik le pulak, terpaksa la hadap je". Kebetulan pulak internet pun tak okey masa tu.

Mujur ada sahabat2 tersayang yang tinggalkan komen boleh je balik semula ke blogger lama. So dengan senang hatinya sekarang ni dok main switch antara new dengan old. Kejap new, sat gi old pulak.

Sebab dengan new interface ni, senang nak trace view post. Kalau kita edit entry pekasam kat draft automatik akan tersave kat pages pertama. Kalau yang old punya, entry kat draft tu dok kat pages ke 5, dah edit kat situlah dia.

Tapi kalau nak search entry-entry lama, aku lebih suka guna old punya. Rasa lebih mudah aku nak search guna yang lama punya.

Kalau sape2 rasa macam konpius je kat mana nak tukar ke old interface tu boleh tengok kat sini------> utk aisyah..wajah baru blogger. Terima kasih my best friend, blogger Dieya sebab buat entry untuk lebih jelas.

*********************************

Dua-dua interface ada kelebihan tersendiri. Okey jugak kalau blogger benarkan switch kedua-duanya sampai bila2 pun.

Tak habis lagi bersihkan blog. Dalam draft ada 147 entry. Dalam 147 tu bape kerat je yang betul2 full entry. Tak berapa nak rajinnye...
Assalamualaikum....

Setiap perempuan mesti mendambakan lelaki yang terbaik hadir dalam hidupnya. Selain agama yang sudah semestinya menjadi kriteria utama semasa memilih pasangan hidup, kriteria lain pun kenalah ambil kira juga. Nak berkongsi la kriteria 4 C yang seorang opah pesan kat aku untuk cari lelaki idaman. Pergh ayat tak boleh blah.

Okeylah, C yang pertama opah tu sebut ialah career, C kedua car, C yang ketiga credit card dan C terakhir celebration. Jom huraikan...

Career
Carilah yang berkerjaya dan kalau boleh biarlah kukuh kerjaya tu. Kenapa opah tu bagi ni C yang pertama, sebabnya dengan kerjaya la dapat gaji nak bagi nafkah kat anak bini nanti. Memang tak dinafikan rezeki Allah yang tentukan tapi bila kerjaya terjamin rasa secure hidup. So kerjaya yang kukuh tu penting ye lelaki2 semua menurut opah.

Car
Tak kisahlah beb kereta besar ke kecik, first hand ke second hand. Yang penting memudahkan nak bergerak bila dah berkeluarga nanti. Ye la takkan nak naik bas je pergi mana pun. Takde anak lagi bolehlah merempit sama2, nanti dah beranak pinak takkan nak naik motor beramai2 pulak dah. Sebab tu opah tu letak Car nombor 2 kot.

Credit Card
Aisey opah ni advance la, credit card tu. Yang ni aku tak tahu apa motif. Mungkin masa emergency boleh guna untuk cairkan menjadi wang segera kot. Apapun pandangan peribadi aku, credit card bukan tool yang selamat untuk digunakan. Tersalah guna seumur hidup tak terhabis bayar hutang credit card je.

Celebration
Opah memang memahami....yang ni memang aku sokong. Opah tu pun siap explain lagi. Lelaki tu kalau sukakan kita kenalah tunjukkan keikhlasan dia. Kenalah celebrate kita dan tak kedekut dengan kita. Ni awal2 dah kedekut, dah kahwin nanti pun berkira. Bukanlah nak suruh celebrate sampai membazir tu, tapi hanya ingat apa yang perlu sahaja dan seadanya pun dah mencukupi.


*********************************

Itulah kriteria yang opah sebut untuk memilih pasangan hidup (lelaki).

Setiap orang mesti ada kriteria tersendiri sebagai penanda aras dalam memilih pasangan hidupkan. Tapi tak semua kriteria yang kita nak mesti dan harus menepati apa yang diingini. Itulah jodoh namanya...saling melengkapi dan menerima seadanya. Rezeki Allah yang bagi, susah dahulu tak semestinya kemudianpun susah. Harta sama2 boleh cari.

Opah yang pesan ni dah umur 80 an macam tulah, jumpa masa majlis KEMAS ari tu. Ni namanya opah zaman moden. Suka la dengan opah tu sebab talkative. Tetiba je, "opah takde cucu single ke". Kih3..

Di pondok kecil 
Di pantai ombak
Berbuih putih 
Beralun-alun

Di suatu hari Ayah berkata
Jaga adikmu Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah 
Dahinya kucium
Air mata mengalir hatiku pilu

Diam-diamlah sayang jangan menangis
Doakan Ayah semoga diterima
Diam adikku sayang jangan menangis
Andai Ayah gugur doakan biar syahid

Selamat berjuang Ayah tercinta
Kau pergi dulu Ayah ke medan juang
Ku iringi doa moga berjaya
Beroleh kemenangan demi agama Islam

Wahai abangku ke mana Ayah 
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah 
Wahai abangku ke mana Ayah 
Ku sayang Ayah ku cinta Ayah 

Duhai adikku sayang jangan menangis
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan Ayah 
Berjuang dan berkorban walau di mana jua

Pada Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Berilah rahmat bantulah ia
Untuk menegakkan agama Islam

******************************************

Lagu ni masih mendapat tempat lagi.. Terkenang pulak arwah ayah pernah belikan kaset lagu ni. Masa tu dalam darjah 1 atau 2.... Lagu kenangan... Bila hayati liriknya meleleh jugak air mata.
Assalamualaikum...

Muka dah hensem tapi asyik kena belasah je. Kesian, mesti ada yang dengki sebab hensem sangat kot. Nasib kaulah kena belasah, lain kali lawan la balik. Ish muka hensem tapi skill melawan tak hensem. Apa daa.....

Ada la mamat hensem ni yang asyik kena belasah je. Wanted dia ni. Pagi2 aku dah dapat pahala free sebab kau mamat hensem.

Mana taknya kena belasah sampai terkencing terberak kat depan rumah orang. Sedap2 aku tengah tidur dengar terjerit2. Ingatkan kat tempat lain, rumahnya depan rumah sewa aku. Tak sempat nak selamatkan mamat hensem ni hari ni, kesian dia.

Sebagai imbuhannya subuh lagi dah kena buang najis dia, dah kena sental simen depan rumah yang berterabur najis dia. Pergh bau tak boleh nak cakap la, tercirit tu.

Nak marah memang takde perasaan nak marah. Redha je la..... Mamat hensem ni ntah2 cedera parah kena hentam. Hensem pun kena belasah.... Hensem ke? Ce tengok.....








*************************************

Bukan kucing aku tapi selalu jadi tetamu tak diundang, aku layan je.... So kalau tuan dia nampak ni, aku tak kidnap taw, dia yg selalu datang minta perlindungan kat rumah sewa aku. Sebelum ni pun dah terkencing depan rumah sewa aku kena belasah, tapi aku selamatkan dia. Si Taiko tu aku tunjuk penyapu mencicit2 lari selamatkan diri. Taw takut....
Assalamualaikum...

Ceh tajuk macam la kotor sangat blog aku ni. Nak kasi sapu dan buang la segala yang tak penting. Apa benda la yang aku dok merapu nak bersihkan ni ye.

Aku tetiba rasa serabut kepala plus pening lalat bila tengok entry yang melambak kat draft tu. Ada yang taip separuh idea hilang jadi tertangguh, ada yang dah siap semua tapi terlupa nak publish dah jadi outdated, ada yang tak berani nak publish sebab rasa macam isu sensitif, haish macam2 la sebab entry tu jadi pekasam je kat dalam draft.

So hari ni amek inisiatif nak buang la apa2 yang patut tu supaya takde serabut sangat bila tengok. Nak bersihkan blog daripada entry2 yang masam dan pekasam supaya mood pun ceria untuk berblog.

**********************

Aku BW secara random je sejak semalam. 

Heee suka lak rasa boleh pick picture untuk entry.....big smile.
Assalamualaikum...

Celcom SKMM punya speedtest ari tu. Nak share pun tak keluar....
Assalamualaikum....

Ada orang cakap nak dapat BE kena rajin update, trafik kena tinggi dan stabil. Macam2 la kalau bercakap pasal BE ni.

Cara nak dapatkan BE, mesti ramai yang join Nuffnang nak tahu. Aku dapatlah juga BE walaupun BE aku tak masyuk macam blogger lain. Dan ada juga antara blogger yang langsung tak pernah merasa BE lagi.

Paling rendah BE yang dah jadi ME yang aku pernah dapat RM0.02, bukan 20 sen ye tapi 2 sen. Bila aku bagitahu BE aku 2 sen orang pun tak percaya, sebabnya orang cakap BE ni selalu paling sikit pun ringgit2.

Silalah percaya dah banyak tu yang aku pernah dapat. Seciput sesuai la dengan tahap trafik blog... Hihi

Ciri2 sebuah blog akan dapat BE, secara nyatanya kita pun tak tahu dan tak dapat nak tentukan.

Aku dah lama tak update profile, sejak broaband buat hal blog ditinggal2 tanpa entry, trafik pun seciput. Tapi Alhamdulillah 3 BE tengah running dan walaupun nilainya rendah, tetap BE dan tetap rezekikan....:)
Assalamualaikum....

Tengah mengusha TM punya pakej. Which one yang better? Unifi ke streamyx? Terniat jugak tu nak ada line internet yang stabil connectivity dia, boleh download macam2, boleh streaming what ever yang nak sesuka hati.

Tapikan tak semua kawasan yang dapat nak setup unifi ni. So far respon orang2 yang guna unifi ni positif. Kalau streamyx pulak kebanyakan kawasan boleh setup walaupun ada jugak kawasan yang tak dapat nak setup. Kalau tak salah sorang kawan kat area Perlis pernah inform dia nak langgan streamyx tapi once pergi TM orang kat TM cakap kawasan dia tak boleh streamyx. Sebabnya aku tak bape ingat pulak.

Kalau dulu bayaran bulanan streamyx paling rendah RM60 sebulan, tapi ada setahun kontrak rasanya. Tapi sekarang ada lagi ke pakej RM60 tu? Tak habis mengusha lagi dah pening tengok pakej macam2.

TM pun dah ada broadband internet. Dulu aku dok bayangkan broadband bolehlah mobile. Tapi tak rupanya, wifi rupanya. Ke salah kefahaman lagi ni?

Eloklah amek Unifi je sebab pakej dia kira lengkap la even pakej VIP 5 yang RM149 paling rendah tu. Unifi ni pun ada kontrak setahun gak.

*************************************

Ramai yang suggest langgan TM untuk internet yang lebih stabil, betul jugak tu. Tapi bila difikir pro dan con rasa macam tak berbaloi untuk situasi aku. Bukan 24 jam nak ngadap internet. Dan yang penting kalau mobile tak boleh la berinternet langsung nanti.

Jadi unifi dan streamyx kena tolak tepi dulu sementara ni. Guna je mana yang ada dulu, nanti bila dah meroyan  tahap gaban (lama tak guna ayat ni) mesti automatik akan cari penyelesaian yang sesuai.. Huhuu
Assalamualaikum....

Internet masih slow teramat selepas last entry. Kalau berjaya masuk blog pun selalunya setakat boleh approve komen2. Nak lawat blog orang pun 2 x 5 le jugak. Tapi ni angin baik kot, dapatlah masuk kat new post untuk menaip sesuka hati aku. Lepas geram tak dapat berblog dengan suksesnya.

Tunggu 13hb untuk renew subscription SKMM. Ye la mungkin aku dah over guna internet awal2 hari tu. Nanti la buat entry lain pasal celcom SKMM ni, banyak benda baru tetiba jadi.

Rasa macam nak curang dengan celcom je bila jadi macam ni. Tapi tak nak sebarang komitmen bil dah kalau boleh. Teruskan bersabar dan tengok apa altenatif lain yang boleh diguna pakai nanti.

So far teruskan dengan yang ada je.... Konsep bersyukur seadanya kena dipraktikkan. Huhuu.

Ada yang bertanya dah ok ke internet? Huhuu masih KO, janganlah terus KO. Apapun terima kasih kepada yang masih terus sudi singgah kat blog.

Akan cuba BW kalau lepas la....kalau takde tu maknanya tak lepas ataupun BW separuh jalan sebab menyampah nak tunggu loading yang mengalahkan siput sedut.


Assalamualaikum...

Bukan niat menyepi diri, tak BW dan sebagainya. Tapi lepas berhujung minggu kat Kuala Lumpur hari tu, line internet terus tak okey macam terikut line kat KL tu. Korang pernah jadi macam tu tak?

Aku tak tahu apa masalahnya. Sampaikan nak buat speedtest broadband pun tak lepas, error. Bayangkan punya teruknya. Dah dapat buat speedtest, memang teruk la dapat gred yang tak best.

Ni pun kejap okey kejap tak okey. Ingatkan dah dapat normal internat connection, tapi kang tiba2 lost connection terus upload dan download 0.00. Semalam pun sempat BW kejap je, tupun berjam2 dapat la lawat berapa blog je.

Persoalannya sekarang ni, online kat tempat lain yang line tak okey mempengaruhi ke connection yang sedia ada. Aku perasan ni bukan pertama kali jadi macam ni. Sebelum ni pun pernah jadi siap call celcom customer service, tapi masa tu guna bil la. Take time jugak nak dapat normal internet connection time tu.

Kejap OK, Kejap KO.... Bolehlah tu daripada hari tu KO je sepanjang hari, setakat approve komen2 je. Hampeh.
Assalamualaikum....

Seorang gadis bertanya kepada ibunya......

"ibu, bagaimana saya boleh tahu lelaki itu jodoh saya yang terbaik?"

Ibu gadis tersebut menjawab.....

"lupakan tentang mencari lelaki yang terbaik, tetapi fokuslah untuk menjadi seorang wanita yang terbaik"

Di dalam al-Quran juga ada menyebut......

"perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik"


********************************

Kita manusia yang tidak sempurna, ada kelemahan, kekurangan diri yang tidak sama bagi setiap insan. Terlalu mengharapkan kesempurnaan kadang-kadang membawa kekecewaan yang berpanjangan kerana kesempurnaan yang diharapkan tetapi kekurangan yang nampak di mata.

Menerima diri orang lain seadanya bukan perkara yang mudah, tetapi belajar menerima seadanya bukan juga perkara yang mustahil.

Kita inginkan yang terbaik untuk diri sendiri tetapi diri sendiri bukan juga di kalangan yang terbaik. Kita inginkan orang itu begitu, begini tetapi kita sendiri tidak cuba berubah.

Mencari jodoh yang terlalu sempurna.....sampai bila pun tak akan jumpa. 
Assalamualaikum......

Ter'upgrade' le pulak wajah baru blogger. Jenuh dok kodek-kodek macam mana nak guna blogger baru ni. Cari itu ini, benda baru ni semua confius je di mata. Dulu dok kodek timeline facebook, sekarang kodek blogger lak dah.

Korang dah upgrade ke? Aku terupgrade secara tak sengaja. Dah tak boleh patah balik le pulak, terpaksa la hadap je. Masih terpinga-pinga dengan benda baru ni. Tehegeh-hegeh je nak klik mana-mana pun. Hehee....

**********************************

Berhujung minggu kat KL hari tu, line internet celcom kalau kat KL memang hampeh. Dari masa guna bil sampai bertukar ke prepaid broadband. Kejap-kejap ter'disconnect'. Loading pun macam siput sedut je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative