Assalamualaikum....

Moh join sama-sama segmen ni, tak rugi apapun. Kalau ada rezeki terpilih untung lagi tu blog kita akan direview.


Untuk syarat penyertaan dan maklumat lanjut bolehlah klik banner kat atas tu.... Jom join sebelum tamat, tarikh tutupnya pada 4hb April 2012.

*************************************

Semalam lagi dah usha segmen ni, cari masa sesuai je nak buat entry. Kena buat cepat2 kalau tak terlupa terus tak join. Huhuu
Assalamualaikum...

Agak-agakkan berapa nilai hantaran yang patut diletakkan kalau pihak lelaki bertanya masa sekarang ni? RM10 ribu? Wah soklan straight to the point je ni.

Kalau letak tinggi sangat kang dicakap nak jual anak a.k.a. demand pulak. Kalau letak rendah sangat, semua pakai duit sekarang ni.

Ataupun biar depa (pihak lelaki) yang letak banyak mana depa mampu dan ikhlas hati nak bagi sebagai hantaran?

Nak ikut tahap pendidikan jugak ke letak hantaran pun?

Ada seseorang bertanya pendapat aku pasal ni, jawapan aku berbincang dulu dengan lelaki tu sebelum family dia datang merisik dan sebagainya. Masalahnya pulak depa ni tak kenal sangat, orang yang matchkan, takkan nak bincang pulak dah. Lainlah kalau dah lama kenal dan bercintakan.


*********************************

Baca komen-komen sahabat semua kat entry Berblog Buang Masa..... Respect la sahabat semua yang pandai bahagi masa antara blog dan kehidupan seharian. Heee kena belajar disiplin diri dan bahagi masa dengan betul pasni. Chaiyok2....

Assalamualaikum....

Berblog ni buang masa ke pada pendapat korang semua? Ye la sesetengah orang menghabiskan masa kat blog je, hadap blog je, tak buat benda lain dah. Ada yang macam tu jangan tak caya.

Hehee aku pun kadang-kadang macam tu jugak, tak payah nak cakap orang la. Berblog ni ada pro dan kontranya. Ye la disebalik kebaikan mesti dan keburukan, ye dak. Cumanya kita ambil la yang baik tu.

Memang buang masa kalau sampai kehidupan seharian pun terabai. Mandi tidak, makan ntah ke mana, kerja lain pun ntah buat ntah tidak-asyik hadap blog aje kejar trafik punya pasal. Blog, blog juga tapi hidup kena la teratur. Aku percaya ramai yang masih teratur hidupnya walaupun berblog.

Budak-budak sekarang ni pun ramai yang ada blog sendiri. Eloklah jugak daripada depa keluar lepak dengan kawan-kawan yang ntah apa-apa tu, eloklah blogwalking aje. Tapi bahaya jugak sekarang ni banyak website lucah, jangan BW ke blog tak senonoh sudah la ye.

Yang bestnya blog ni, aku dapat tahu macam-macam pengetahuan baru daripada blog yang dilawati tu, dapat baca pengalaman hidup kawan-kawan maya, dapat ilmu daripada info yang diaorang kongsi. Terasa diri knowledgeable aje (bajet....huhuuu)

So berblog ni buang masa ke? Tak kalau kena caranya malah dapat tambah pengetahuan dan dapat side income lagi.

************************************

Nak lawat semua blog aku tak mampu weh. So jangan la kecik hati kalau aku terskip singgah blog kome. Tetiba lak rasa bersalah ni...huhuu
Assalamualaikum.....

Aku ada bagitahu hujung minggu aku balik Perak. Balik menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Pesara Kemas Malaysia peringkat Negeri Perak yang berlangsung pada 25hb Mac 2012 bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak.

Lebih daripada 700 bekas pengajar KEMAS seluruh negeri Perak menghadiri majlis ni. Majlis ni dah kira macam jejak kasih pun ada sebab terjumpa semula kawan-kawan yang pernah sama-sama berkhidmat masa muda dulu dan yang lama dah tak jumpa tu. Masing-masing dah berumur.

Majlis dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak. Sumbangan berupa baucer tunai berjumlah RM3000, pen dan mug sebagai cenderahati disampaikan kepada bekas-bekas pesara kemas ataupun mereka yang pernah berkhidmat dengan kemas.

aku snap dari kejauhan je.....
Baucer tunai KEMAS hanya boleh ditunaikan kat BSN je. Bank-bank lain tak boleh ye. Rezeki mereka yang dah bersara ataupun pernah berkhidmat dengan KEMAS dapat durian runtuh. RM3000 banyak tu.

Antara yang hadir

Sesi bergambar bersama MB Perak...

Sekian..... 

*******************************

Aku tak pernah drive kat Ipoh, tak biasa dengan Ipoh pun. So sesat la kat Ipoh yang banyak jalan sehala tu walaupun aku orang Perak. Tanya orang, mujur orang tu sudi tunjuk jalan walaupun separuh je. Alhamdulillah selamat jugak sampai.

Aku nak mengiyakan apa yang kawan aku cakap, orang kat Ipoh ni memang suka hon-hon. Salah or lambat sikit kena hon, kat KL pun rasanya tak macam tu. So masuk Ipoh jangan segan-segan tekan hon ye. Huhuuu.
Assalamualaikum....

Lama betul tak online dan semuanya gara-gara terbang ke Sabah. Benda tak rancang macam tulah jadinya, blog ditinggal tanpa pesan. Aisey macam sedih je ayat.

Bukan aku yang terbang ke Sabah tapi broadband je. Minggu lepas broadband terbang ke Sabah sebab outstation ke sana. Bukan aku ye. Hari minggu pulak balik Perak. Memang tak online la.

Picture kat Sabah... Buat syarat aje...hehee
Rumah Terbalik... Snap dari luar. Kejar masa tak sempat nak masuk (kata2 org yg pergi tu)
Gunung Kinabalu dari kejauhan......

Bunga Loceng....kat semenanjung ada kot tapi tak pernah jumpa pun. 

Kalau nak tahu...ikan2 ni jinak. Depa akan pergi kat kaki kita kalau kita masuk dalam air. Memang tak takut manusia la. Macam geli pulak tengok banyak2 pastu menggesel kat kaki kita dalam air.huhuu...

*************************************************

Sory erk...aku akan jejak balik semua slow2....
Assalamualaikum...

Sekarang dah masuk bulan ketiga guna prepaid broadband SKMM. Sebulan guna secara percuma, ni dah kali kedua topup prepaid broadband ni.

Nak buat sedikit review la lepas dah sebulan guna lepas topup buat kali pertama. So far okey kecuali masalah  salah faham dan penerangan cik celcom careline yang tak tepat tu.

Masa mula-mula topup tu benda macam kat bawah ni yang asyik keluar masa mula-mula connect tu.

Tapi bagi aku tak mengganggu pun, sebab kalau jadi macam tu cuma disconnect je dan connect  balik, selalunya okey je.  (Lepas topup kali kedua ni tak pernah keluar lagi la macam kali pertama dulu). Kalau dibandingkan dengan masa pakai bil dulu, ada masa lebih kronik sebab langsung tak boleh connect langsung.

Quota dia, ni tak tepat sangatlah. Tapi masa mula2 topup bulan lepas tu aku sempat download Vanilla Coklat sampai Episod 5. Pastu aku stop download sebab takde masa. Setakat bulan lepas tu loading dia kira stabil la. Nak main games kat facebook pun boleh. Cuma nak tengok video memang semput la loading dia.

Siapa guna bil mesti tahu azabnye kalau dah capai limit tu, tetambah kalau tengah bulan. Speed slow teramat dan nak masuk blog pun kadang2 tak lepas terutama kalau blog tu sarat dengan widget. Nak main games kat facebook pun belum tentu lepas. Nak berkomen-komen kat facebook pun asyik ketinggalan.

Kalau orang tanya antara bil dengan prepaid ni mana yang okey, buat masa sekarang aku akan pilih prepaid SKMM ni sebab jimat dan tahap dia sama (lebih baik) daripada pakai bil. Ke depan tak tahu la mungkin ada masalah yang kita tak jangka.

Next topup bulan depan. Validity dia akan tamat pada 13/04/2012 jam 9.32 malam. Jangan tak caya ngam2 je pukul 9.32 tu nanti memang dah tak boleh connect. Memang punctual la.
So next month Insyaallah aku review lagi. Kiranya time tu nanti cukup la dua bulan guna secara bertopup.

***********************************

BE dah terbang.... Banyak hari tak online blog ni. Hujung minggu langsung tak hadap. Ish3..

Sabtu hari tu pergi kenduri kahwin. Sakit perut daku akibat makan kenduri. Mujur tak kena CB, setakat sakit je. Moral of story, pergi kenduri jangan mencekik macam aku buat. Hahaa

Sedih tak sempat pergi pesta belon, takde rezeki..... Insyaallah next year ada lagi kita pergi ye (pujuk hati sendiri).

Entry Berkaitan:
Assalamualaikum....

Jangan berprasangka buruk terhadap orang lain apatah lagi pencipta kita. Kadang-kadang apa yang kita 'sangka' tak seperti yang kita 'sangka'kan. Mendalam maksudnya.

Dengan manusia pun kita disarankan berprasangka yang elok-elok sahaja. Jangan membuat penilaian berdasarkan satu kekurangan yang kita nampak. Contohnya la, tengah jalan-jalan tiba-tiba terserempak orang gila. Mulalah kita membuat andaian yang pelbagai. Mungkin antaranya; orang ni mesti banyak dosa, orang ni mesti keturunan gila, ni mesti pembalasan dari Tuhan.

Hati kecil kita kadang-kadang cepat membuat telahan yang belum tentu lagi kebenarannya. Kadang-kadang hati kecil bersifat penghasut menghasut, orang tu mesti tak suka kat kau. kau jangan kawan dengan dia. dia berpura-pura je tu baik. 

Tak kira di dunia nyata mahupun maya, kadang-kadang kita suka berprasangka buruk. Aku sendiri pun tak terkecuali sebagai manusia biasa, tapi cepat2 tepis perasaan negatif tu. Tak mendatangkan kebaikan buat apa dilayan, bersorak girang la si syaitan durjana.

Salam Jumaat, sama2 kita buangkan perasaan buruk sangka. Bersangka yang elok2 je. Pinjam kata2 Ustazah Siti Nor Bahyah, "Anda buat, anda dapat".
Assalamualaikum....

Hari ni cek Nuffnang, tengok ada empat BE yang sedang bertapak. Tersenyum sebab ni kali pertama aku dapat empat BE sekaligus. Sebelum ni satu je setiap kali.

Tapi yang ruginya trafik blog aku slow sebab tuan blognya takde masa nak BW, tak reti bermain dengan SEO, nak post entry pun tak terpost. Trafik slow=nilai BE seciput.

Apapun tetap bersyukur, Alhamdulillah. Ada jugak daripada takde. BE yang sedang bertapak tu ialah Nokia NwNp, Maxis Internet Facebook Data, SCA Drypers Master dan Magnum Fashion Royale.
Assalamualaikum...

Ni senarai terbaru yang telah dikeluarkan untuk senarai universiti terbaik kat Malaysia mengikut ranking. Macam tahun lepas jugak senarai ni berdasarkan; Size, Visibility, Research papers & Scholars. 45 universiti tersenarai:
  1. 428 Universiti Putra Malaysia 
  2. 437 Universiti Teknologi Malaysia 
  3. 464 Universiti Sains Malaysia 
  4. 596 University of Malaya 
  5. 626 Universiti Teknologi MARA 
  6. 891 Multimedia University 
  7. 1222 Universiti Malaysia Sabah 
  8. 1341 Universiti Malaysia Perlis 
  9. 1411 International Islamic University of Malaysia (UIA) 
  10. 1598 Universiti Teknologi Petronas 
  11. 1687 Universiti Tenaga Nasional 
  12. 1734 Universiti Utara Malaysia 
  13. 1777 Universiti Tunku Abdul Rahman 
  14. 1838 Universiti Malaysia Terengganu 
  15. 1842 Universiti Malaysia Sarawak 
  16. 2127 Universiti Malaysia Pahang 
  17. 2185 Universiti Sains Islam Malaysia 
  18. 2439 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
  19. 2726 Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  20. 2922 Open University Malaysia 
  21. 3980 Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  22. 4083 International Medical University 
  23. 4232 Taylor’s University College 
  24. 4481 Tunku Abdul Rahman College 
  25. 4566 National Defence University of Malaysia 
  26. 4644 University of Nottingham Malaysia 
  27. 4852 UCSI University 
  28. 4977 Monash University Malaysia 
  29. 5012 Malaysia Theological Seminary 
  30. 5074 Universiti Kuala Lumpur 
  31. 5931 Curtin University of Technology Sarawak Campus 
  32. 5931 Universiti Industri Selangor 
  33. 6045 Selangor International Islamic University College 
  34. 6075 Al Madinah International University 
  35. 6163 Wawasan Open University 
  36. 6343 Universiti Tun Abdul Razak 
  37. 6482 KDU College 
  38. 6607 Universiti Malaysia Kelantan 
  39. 6642 Asia Pacific Institute of Information Technology 
  40. 6978 Help University College 
  41. 7018 Sunway University College 
  42. 7031 INSANIAH University College 
  43. 7320 Universiti Sultan Zainal Abidin (Universiti Darul Iman Malaysia) 
  44. 7361 Segi College 
  45. 8058 Malaysian Institute of Management
Sumber: Berita Semasa

**********************************

Universiti mana pun kita belajar, tu tempat kita menimba ilmu. Kalau tak masuk U sekalipun, apa yang kita buat dan lalui seharian tetap menjadi ilmu yang berguna.
Assalamualaikum...

Ada pertanyaan daripada blogger MaryaYusuf macam mana nak add google+ badge. Harap tutorial ni dapat membantu. Cara buat Google plus (google+) badge:

Sebelum tu dapatkan dulu google+ ID. Caranya masuk ke Google+ akaun. Ataupun kalau daripada akaun blogger, tekan je My Account kat sebelah Dashboard tu. Pastu klik kat Profile and privacy macam kat gambar di bawah. Google+ ID ialah nombor kat hujung dalam petak merah tu.


Cara Pertama
Untuk cara pertama klik sini------ >widgetplus.... Lepas tu tekan Get Widget. Akan keluar macam picture bawah.
Untuk setting tu pandai2  la ubah apa yang suka. Kalau dah puas hati klik Get code. Copy kod yang diberi. Pastu pergi ke design, add a gadget, HTML/Java Script. Paste kod tadi dan save. Selesai....

Cara Kedua
Untuk cara kedua klik------ > google developer.
Masukkan Google+ ID, copy kod. Pastu pergi ke design, add a gadget, HTML/Java Script. Paste kod tadi dan save. Selesai....
** width dengan height boleh ubah dekat kod ikut kesesuaian blog.

**************************************

Mungkin blogger lain ada cara lain, tapi ni la cara aku guna. Terpulang nak guna yang mana satu. Aku guna cara yang pertama, tetiba rasa nak bertukar ke cara kedua.

update:sekarang guna cara kedua lak...:)
Assalamualaikum.... 

Ni boleh dikira sebagai ww ke? Haha hantam saja la labu, labi....

**berkaitan zakat pendapatan tu, minta maaf tertinggal satu note berkaitan nilai nisab. bagi aku lebih mudah kira ikut cara yang kedua daripada cara pertama.
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tamat sudah drama Vanilla Coklat yang bersiaran di TV3 setiap hari selasa. Siapa yang terlepas tengok boleh cari untuk download.

Ending Vanilla Coklat ialah happy ending. Ayah Zara akhirnya tahu semua tu hanyalah rancangan jahat Kamal dan Liyana untuk merosakkan hubungan Zara dan Aamir. Kamal akhirnya mengaku segalanya kat ayah Zara sebab tak nak masa depan dia terjejas(siap merayu supaya takde tindakan undang2 diambil).

Padan muka si Liyana tu sebabnya semua rancangan jahat dia tak berjaya dan kawan-kawan dia pun dah mula tak suka kat dia. Part paling best bila Kamal pun dah tak nak bersekongkol dengan rancangan jahat dia tu.

Aamir macam biasa sembunyi2 jumpa dengan Zara tanpa pengetahuan papa Zara. Kebetulan masa hari papa Zara tahu kebenarannya, Aamir baru je nak balik dan terserempak papa Zara. Papa Zara minta maaf kat Zara dan Aamir sebab terlalu percaya cerita orang.

Zara dan Aamir berpakat untuk mendamaikan papa dan daddy diaorang. Masa jumpa daddy Aamir untuk minta maafkan papa dia, Zara tiba2 pengsan.

Masa kat hospital akhirnya papa dan daddy diaorang berbaik semula. Semua orang risaukan kandungan Zara, tapi sebenarnya Zara tak mengandung pun. Zara mengalami gastrik je. Huhuu tertipu aku selama ni ingatkan Zara betul2 pregnant.

Zara dan Aamir hidup gembira sebagai pasangan suami isteri.... Family diaorang pun happy Pendek cerita Happy Ending....
Assalamualaikum...
(Updated)
Kadang-kadang kita accident kecil-kecilan;kereta kemek kena keluarkan duit untuk baiki, kadang-kadang duit kita tercicir, kadang-kadang ada je benda yang memerlukan kita mengeluarkan duit. Walaupun kadang-kadang, kita pernah terfikir tak sesuatu? 

Orang tua selalu cakap mesti ada sesuatu yang kita tak jelas lagi, yang mungkin kepunyaan orang lain tapi tapi kita tak tunaikankan. Ini lebih merujuk kepada zakat.  

Pernah terbaca pengalaman orang yang terlupa tanggungjawab berzakat. Suatu hari dia accident dan terpaksa keluarkan sejumlah wang untuk baiki kerosakan kereta yang dialami. Bila dah accident baru dia teringat dia tak bayar zakat pendapatan. Jadi dia pun mengira jumlah zakat yang sepatutnya ditunaikan. Erm jumlah tersebut sama dengan jumlah yang dibayar kepada bengkel kereta. Kuasa Allah S.W.T...

Bulan satu ke bulan lepas, sempat ke pusat pungutan zakat (PPZ) untuk mengetahui cara yang betul untuk mengira zakat pendapatan. Bolehlah rujuk rajah kat bawah:
Sila tekan CTRL dan klik untuk besarkan (Sumber: PPZ)
Ada dua cara pengiraan, terpulang nak guna mana satu. Tapi masa diterangkan aku lebih jelas dengan cara kedua. Kalau cara kedua tu, pendapatan dah tolak semua perbelanjaan yang sepatutnya, kalau ada baki itulah jumlah yang perlu dizakatkan.

nota mengenai nisab untuk cara pengiraan pertama:
Sila lihat nota 1. Nota 2. sila abaikan sebab tu untuk zakat emas. 
Zakat ni boleh dikira secara tahunan ataupun bulanan, terpulang. Sebab ada orang mula masuk bekerja pertengahan tahun, akhir tahun-untuk memudahkan mesti la nak kira dari bulan Januari sampai Disember.

Tanya jugak kat orang PPZ tu, kat siapa lagi boleh bagi zakat sebab kalau nak cari golongan fakir dan miskin kat Malaysia ni, susah nak jumpa. Lagipun kita tak pandai nak menilaikan fakir dan miskin tu macam mana yang sebenarnya.

Cadangan yang dia bagi, boleh serahkan kat PPZ sebab mereka ada saluran untuk mengagihkan kepada orang yang berkenaan, boleh bagi dekat pelajar yang susah sebab kategori belajar ni fi sabilillah (macam pergi berperang).

Dan cara yang paling selamat bagi kat muallaf, sebabnya walaupun muallaf tu kaya raya macam mana pun mereka masih layak menerima zakat.

Itu apa yang aku faham. Wallahualam... Sila jumpa orang yang lebih arif untuk kepastian
.
****************************

Zakat fitrah jarang orang nak lupa kot, tapi zakat pendapatan ni tak semua yang tahu rasanya. 
Assalamualaikum...

Kosong...
Tanpa sebarang informasi

Kosong...
Tanpa jejak menjejaki

Kosong...
Tanpa kasih sayang abadi

Kosong...
Tanpa Dia disisi

Kosong....
Tanpa Dia dihati


**********************

Blog ni Kosong.......
Tanpa entry baru...
Assalamualaikum...

Dulu aku ambil MUET sebagai calon persendirian kat sekolah. Fuh menakutkan bila amek bersama dengan orang yang dah berkerjaya ni, cikgu Bahasa Inggeris lagi tu. Apapun Alhamdulillah selamat sudah ambil.

Ni jadual MUET untuk tahun ni, Jadual MUET untuk tahun 2012. Semoga berjaya untuk semua.




*********************************

Entry aku pasal Jangan Pergi Genting tu nampaknya menjadi isu. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing ye.... Aku cuma teringat kata-kata ustazah aku, tu je... Di sebalik kebaikan mesti ada keburukan dan vice versa (sebaliknya). Walluhualam...

*Sory tak sempat BW/jejak kembali...
Assalamualaikum...

Genting Highland? Mesti ramai yang dah pernah pergi sanakan. Apa yang bestnye kat Genting tu sampai ramai yang suka bertandang ke sana. Apa yang menarik minat semua ke sana?

Kat sana tempat bersuka ria. Dapat main games puas-puas. Ada theme park yang menarik. Itu antara alasan untuk menjejak kaki ke Genting, alasan aku tu.

Sudah terang lagi bersuluh Genting tu satu-satunya tempat kat Malaysia ni yang membenarkan aktiviti Kasino secara sah. Aktiviti gambling ataupun perjudian ni memang punca pendapatan Genting yang terbesar.

Dan ramai juga kapel-kapel yang suka dating kat Genting ni. Pergi berdua, duduk sebilik lagi. Ehem no komen la, tak jadi apa-apa kot duduk sebilik.

Aku tak pernah sampai kat puncak Genting pun, setakat skyway kat bawah tu je pernah sampai, kat Gohtong Raya. Tu pun sebab ada kursus. Huhuu sebenarnya dalam hati ada niat jugak nak pergi naik Genting tu.

Tapi.....sekarang tetiba teringat kata-kata ustazah aku masa Diploma dulu. Beliau amat bertegas supaya jangan pergi ke Genting, elakkan pergi Genting. Antara hujah ustazah yang masih melekat kat ingatan dan hati aku, Genting tu tempat tak elok, tempat berjudi, tempat bersuka ria, tempat memabukkan diri. Apa yang dapat hanya keseronakan dunia.

Masa tu aku muda remaja lagi, dalam hati membantah jugak, ala pergi untuk main games je pastu baliklah tak payah tidur sana pun takpe. Takpun nanti dah kahwin boleh ajak hubby pergi Genting sama-sama. Takkan la tupun tak boleh kot.

Tapi kata-kata ustazah yang buat aku berfikir dan terus berfikir sampai sekarang ialah, 'kalau ditakdirkan kamu meninggal masa kat Genting, kat tempat yang banyak berlaku maksiat, rugi.sedangkan banyak lagi tempat-tempat lain yang boleh dikunjungi dan lebih elok.'

Mati memang kita tak tahu bila dan kat mana dan macam mana cara kita mati. Ada kebenarannya juga kalaulah kita meninggal kat tempat macam tu sedangkan itu pilihan kita sendiri yang nak pergi. Lainlah kalau ada urusan kerja yang kita terpaksa tu.

Motif tulis entry ni bukan nak halang sape2 pergi Genting (aku pun masih ada niat nak pergi, cuma asyik terhalang). Cuma nak sama-sama berfikir sebab sejak kes kemalangan bas kat genting yang melibatkan pelancong dari negara India 5 mac yang lepas, tiba-tiba teringat balik kata-kata ustazah.

Wallahualam....
Assalamualaikum....

Akhirnya....Fasha Sandha mengakui bakal menamatkan zaman bujang pada penghujung April depan. Walaupun tak bagi tarikh tapi terjawablah segala persoalan yang selama ini bermain-main di minda peminat, wartawan.

Bakal suami Fasha siapa lagi kalau bukan Jejai atau nama sebenarnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli. Ingatkan tak jadi dengan Jejai, ye la sebelum ni keluar kat media cakap dah putus la, mama Fasha tak restulah, tak ada jodoh la, Nora Danish jadi punca la dan macam-macam lagi la.

Erm mungkin dah jodoh diaorang.... Mengikut perancangan Fasha mereka akan bernikah di Ampang, di rumah baru pemberian Jejai kepada Fasha. Untungnya dah dapat rumah tu sebelum kahwin lagi.

No gosip, no dengki2. Tak kisah la Jejai tu bekas suami siapapun. Dah orang nak dirikan masjid, eloklah kita doakan yang terbaik sahaja buat Fasha dan Jejai.

Sumber----->murai
*********************************

Bukan peminat Fasha pun. Benci pun tak. Natural...huhuu
Assalamualaikum....

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya berkuatkuasa pada 1 Januari yang lalu batal. Walau bagaimanapun Skim Saraan Malaysia (SSM) akan ditambah  baik.

Kenaikan 13% mengikut SSM melibatkan kakitangan pengurusan dan profesional bergred 1 hingga gred 54. Untuk Jusa bergred A, B dan C kenaikan adalah sebanyak 9%, kenaikan 8% untuk kakitangan gred 2 dan 3 dan 7% untuk kakitangan gred 1 dan Ketua Setiausaha Negara (KSN).

Untuk Bantuan Sara Hidup/Cost of Living Allowance (COLA) PM mengumumkan kenaikan daripada RM200 kepada RM250 untuk kawasan B, sementara untuk kawasan C COLA akan dinaikkan daripada RM100 kepada Rm150.

Untuk mengetahui lebih terperinci bolehlah rujuk berita semasa, bernama dan lain2 sumber yang lebih details.

**********************************
SBPA=Skim Bodek Pegawai Atasan. Terkekeh2 aku gelak bila ada orang cakap macam tu. Erm macam2kan. SSM ke SBPA ke aku tak terlibat pun lagi setakat ni.... Amek tahu untuk general knowledge aje la....:)
Assalamualaikum....

Selamat hari Wanita untuk semua yang bergelar wanita. 
Assalamualaikum....

Setelah sekian lama tak dapat tengok Vanilla Coklat sebab takde TV, hari ni akhirnya dapat jugak tengok. Ingatkan dah habis tapi belum lagi rupanya.

Owh sungguh ketinggalan jauh... Zara dan Aamir dah berbaik rupanya. Dan dah ada misunderstanding lak dah dalam hubungan diaorang. Papa Zara ni apesal la suka si Kamal tu pulak dah.

One more things Zara preggy rupanya... ni memang ketinggalan flight betul.

Ariana Mikail...I guess last episode malam ni. Dah dalam iklan tertera minggu terakhir. Aisey dua drama ni tertindih sedikit siarannya. Sejak bila la layan drama  ni cik sha oi....semenjak dua menjak ni.

Selamat berdrama.....

*******************************

Jejak sambil tengok drama....2 in 1....^_@
Assalamualaikum....

Dah lama sebenarnya aku tak melayan majalah Ujang terbitan Moy Publications Sdn. Bhd. Kalau dulu zaman sekolah menengah rendah  masa form 1-form 3 akulah antara pembaca setia majalah Ujang.

Aku tak beli pun tapi best friend aku masa sekolah yang beli, so kami pun bertukar-tukar majalah atau bukulah. Best melayan Ujang dulu. Tapi tu tak jejaskan pun karangan Bahasa Melayu aku. Still score A masa PMR-Alhamdulillah.

Sape cakap baca Ujang tak bermanfaat? Ada juga kebaikan disebalik keburukan tu. Jadi pilihlah yang baik dan jangan pulak pilih yang buruk tu.

Kartun-kartun animasi dia banyak jugak yang berkisahkan pengajaran serta ada nilai tersendiri. Di samping tu, ada jugak info-info selingan termasuk fakta, agama untuk tatapan pembaca. Bukan sekadar nak bagi orang gelak tapi nak bagi orang berfikir dan ambil pengajaran jugak.

Semalam sempat ke ekspo buku islam sebelum ekspo tersebut melabuhkan tirai. Menambah koleksi buku-buku motivasi untuk santapan minda. Sekali singgah gerai Moy Publications dan belek2 majalah Ujang. Dia jual RM5 untuk dua buah majalah yang stok tak habis (Ujang dan Apo) dan bagi free satu paper bag besar. So aku pun rembat la dua majalah Ujang edisi tahun lepas punya dan dapatlah satu paper bag free.

Bila baca majalah Ujang terkekek-kekek aku gelak dengan lawak antarabangsa dia. Tu kebaikannya dapat buat orang gelak. Dah lama kot aku tak gelak bila membaca. Sesekali tak salahkan sebagai selingan baca Ujang. Terkenang pulak zaman aku dan majalah Ujang suatu ketika dulu.

Ada lagi siri Mat Despatch dengan bos dia tu yang glamer dengan dua ringgit.... Wah layan...

Ehem ada yang tak kenal majalah Ujang ke?

****************************

BW mana yang sempat aje....rasa tak fair tapi apakan daya....
Assalamualaikum...

Dua benda ni sering mengasak minda terutamanya untuk adik-adik yang masih belajar. Yang mana satu akan menjadi priority jika terpaksa memilih antara keduanya? Kalau dulu aku akan pilih cita-cita, tapi sekarang akan kupilih kedua-duanya. Ewah2... Tamaknye....

Cinta.... Satu perasaan yang sangat luhur yang memang semua manusia normal akan merasainya. Cinta terhadap manusia, alam sekeliling dan cinta paling utama terhadap Allah SWT. Berbicara mengenai cinta terhadap manusia yang berlainan jantina, pastinya banyak hujah-hujah yang akan dilemparkan. Kebaikan serta keburukan semuanya akan terhujah.

Cita-cita.... Setiap manusia pasti memasang angan-angan yakni cita-cita untuk masa hadapan yang lebih sempurna. Manusia yang memiliki cita-cita selalunya pasti berusaha sedaya upaya untuk memastikan cita-citanya tercapai ataupun sekurang-kurangnya berusaha sedaya mungkin ke arah cita-citanya.

Pendapat peribadi aku, cinta dan cita-cita dua perkara yang berbeza. Tak salah bercinta dan dalam masa yang sama mengejar cita-cita.

Walaupun sesetengah orang mengutarakan bahawa cinta dan cita-cita tak boleh seiring seperti pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

Cita-cita yang dikejar tak dapat, cinta yang dikendong pulak berciciran. Ataupun cinta yang dikejar tak dapat, cita-cita yang dikendong berciciran. Erm semua tu ada penjelasannya dan bergantung pada individu itu sendiri . Ada sahaja yang dikejar dapat dan yang dikendong tetap kemas malah bertambah utuh dikendongan.

Buktinya ramai yang sedia memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri malah sebagai ibu/bapa ketika masih mengejar cita-cita. Dan kebanyakan mereka lebih berjaya.

Sebabnya mereka sudah nampak apa yang mereka perjuangkan, mereka sudah lebih bertanggungjawab untuk keluarga dan mahu yang terbaik untuk keluarga. Mereka mahu cita-cita yang dikejar menjadi sesuatu yang berbaloi untuk cinta mereka, untuk diri mereka. Matlamat hidup mereka sudah lebih nyata.

Cinta dan cita-cita.....kena caranya maka seiring dan sejalanlah kedua-duanya tanpa sebarang kerumitan yang serius. Apapun setiap individu punyai penjelasan dan alasan berbeza. Kalau korang?

***************
Meminjam kata-kata pensyarah aku dulu. "Kalau anak-anak nak kahwin walaupun masih belajar bagi je lah. Kalau tak nanti mulalah buat kes;bawak perut la,tangkap khalwatlah. Tak pasal-pasal kena buang U. Budak-budak zaman sekarang makin halang makin buat perangai."


Aku: Kahwin muda macam orang-orang zaman dulu? Datuk aku kahwin masa umur 18 dengan opah aku yang masa tu umur 14 tahun.
Keputusan STPM 2011 bakal diumumkan pada hari Rabu nanti bersamaan 7 Mac 2012. Mesti berdebar-debar calon STPM 2011 kan. Calon-calon boleh mula menyemak keputusan secara online, SMS ataupun di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari 7 Mac tersebut.

Bagi calon yang ingin menyemak secara online bolehlah melayari laman sesawang MPM (Majlis Peperiksaan Malaysia)

Untuk menyemak menggunakan SMS taip STPM Result dan hantar ke 15888. Contoh STPM Result 901208024466 dan hantar ke 15888.


Bagi calon persendirian keputusan peperiksaan akan dipos ke alamat masing-masing...


Semoga berjaya mendapat keputusan yang diinginkan ye adik-adik semua. Kalau tak berjaya tu, jangan putus asa. Tak berjaya dalam akademik tak semestinya tak berjaya dalam hidup.
Assalamualaikum....

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan atau tiga orang saudara perempuan atau dua orang anak perempuan atau dua orang saudara perempuan lalu dia menjaga mereka dengan baik dan menjauhi kemurkaan Allah sepanjang menjaga mereka ini nescaya dia akan beroleh syurga.” Riwayat al-Tirmizi. (sumber----Wanita Islam)

Sesiapa yang ada anak perempuan, saudara perempuan jagalah mereka sebaiknya. Besar ganjaran yang korang akan dapat kat dunia lagi satu.

Tapi...sekarang ramai yang tak ambil peduli, kadang-kadang mata mereka buta tak nampak ganjaran yang abadi, yang mereka nampak hanyalah beban duniawi.

Adik perempuan dua orang yang sepatutnya di bawah tanggungjawab mereka selepas bapa meninggal dunia tak diambil peduli. Susah senang mereka sendiri yang rasa. 

Kalau tak mampu daripada segi harta, mungkin boleh bertanya khabar dan memberi sokongan moral semampu yang boleh. Asalkan saudara perempuan tersebut rasa diri disayangi dan rasa masih ada yang sudi ambil peduli. Bukan wang ringgit semata-mata menjadi keutamaan.

Dan yang lebih pelik, orang lain yang tak berkaitan berlumba-lumba membantu dan mencari pahala. Alhamdulillah walaupun bukan saudara sendiri, tapi mungkin menagih simpati orang lebih mudah daripada saudara sendiri...

Kepada sahabat semua...terutama lelaki jalankan tanggungjawab korang. Jangan lupa korang pemimpin, jangan sia-siakan apa yang telah dipertanggungjawabkan.  Sekadar peringatan dan cetusan rasa.
Assalamualaikum....

Semalam Yana telah mengetag aku untuk menjawab soalan-soalan yang sungguh mencabar yang di'create' sendiri olehnya... Fuh akhirnya terjawab jugak. Baik jawab siap2 nanti aku terus lupa....

1. Apa maksud nama blog kamu?
Sebelum ni namanya "bila hati berkata-kata". Tapi rupanya dah ada yang letak nama blog camgitu. So bertukar kepada "bila hati bersoal jawab". Ni semua pasal hati la konon-konon..menjawab soklan tak.Huuuu.... Sebenarnya dalam pertimbangan nak tukar nama blog lagi....:) any suggestion?

2. Paling suka makan apa?
Hantu laksa.... tapi tak boleh kalau tak jumpa nasi sebab perutku perut jelapang padi.

3. Paling teror masak apa?
Tak teror sangat masak memasak ni....bolehlah sekadar nak kenyangkan perut..ngeh2

4. Mandi berapa kali sehari?
Kalau keluar/keje biasa la pagi n ptg/malam je la. Kalau dok umah tengok cuaca la, kalau panas berkali2 kot mandi. Kalau tak, cukup la dua/tiga kalikan....buat pe nak bazir air.ye dak...hak2

5.Suka makan aiskrim tak?aiskrim fevret?
Suka.....aiskrim perisa coklat....yummy2...

6. Kalau stress biasa buat macamana?
Masa study dulu, kalau stress mesti akan makan coklat. Tak kisah la aiskrim coklat n kek coklat pun takpe asalkan coklat. Pastu mandi bawah shower sambil nangis....lega la jugak buat macam tu dulu.sekarang?ratu nangis kot...huuu

7. pernah accident tak?kongsi cerita..
Orang langgar kereta masa dok dalam kereta (kat surau petronas, masa tu tunggu my mum n my sis solat maghrib), orang tu reverse tapi dia tak perasan kereta parking kat belakang dia dan terus damm. Terkejut gila masa tu. Takde apa2 pun cuma kereta aje la kemek. Tak sampai hati nak mintak ganti rugi walaupun orang cakap nak ketuk balik beratus-ratus. Lain2 accident kecil-kecilan macam terlanggar divider dan nyaris accident selalu la. Nauzubillah min zalik minta dijauhkan segala musibah....

8. brapa kali putus cinta?hik hik..
putus kapel 2 kali.putus cinta sekali...;p

9. dah daftar pemilih?rasa2 pilihanraya kali ni macamana situasinya?
Pilihanraya lepas dah pernah mengundi....kali ni masih menilai...pilihanraya kali ni guna dakwat kekal, mesti ramai yg teruja (sebenarnya aku yang teruja kot)....wink2.

10. destinasi impian nak pergi ke mana?
Makkah....Insyaallah...:) Berniat jugak nak mengembara ke negara orang menambah pengalaman....huhuu tapi angan2 mat jenin je dulu...

11. Apa pendapat kau orang tentang pemilik blog prettywite ni?
Tak sombong, mesra alam (friendly), appreciate punya orang la.(buat masa ni la-ke depan tak tahu lagi.tapi insyaallah tetap Yana yang samakan..)

********************

Done....mujur Yana tak suruh tag sape2.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative