Assalamualaikum....

Dok baca kat blog kawan-kawan ramai yang dah dapat BE untuk tahun 2012, tapi time tu bila cek Nuffnang aku takde pun BE yang sangkut. Hehee tumpang gembira kawan-kawan blog je la baca entry diaorang.

Aku cuma blogger separa tegar...traffik pun seciput aje so tak dapat BE tak boleh nak kecik hatilah sangat. Hik2.

Alhamdulillah bila login Nuffnang tengok ada la BE daripada Nokia NwNp dengan Maxis Internet Facebook Data. Dua BE pertama untuk tahun ni. Bertambah la sikit lagi total pendapatan nuffnang nanti...:)
******************

Untuk Yana...free nanti akak jawab soklan yang telah ditag tu ye.....:)
Assalamualaikum..... Ni keyword terpanjang setakat ni yang daku perasan kat blog aku pada hari Isnin bersamaan 27 Februari 2012... Pasal PTPTPUN...
Putus cinta boleh menyebabkan seseorang mengalami kedukaan. Lebih teruk kalau orang tersebut tidak cekap mengubati kedukaan yang dialaminya. Macam-macam perkara negatif yang boleh berlaku.

Sedikit tips yang boleh diikuti ketika sedang berduka....
  • Luangkan masa untuk diri sendiri. Tak perlu menjaga penampilan diri, kunci diri dalam bilik dan duduk bersendirian. Menangislah jika rasa nak menangis kerana ia akan memberi kelegaan pada diri dan membantu diri lebih tenang.
  • Pergilah ke gelanggang gusti ataupun gimnasium. Cari punch bag dan tendang sekuat hati seolah2 itu ialah bekas kekasih kita.
  • Bergaya daripada hari biasa supaya menampakkan kita berbeza daripada hari2 sebelumnya supaya dapat menaikkan keyakinan diri. Pergi ke tempat yang sesuai untuk dilawati dan habiskan masa seharian di situ. Lupakan segala yang pernah berlaku.
  • Jangan khuatir kerana patah hati Menurut seorang pakar psikologi, Profesor Petruscka Clarkson, "semakin sakit perasaan kita disaat putus cinta, semakin kuat cinta terhadap bekas kekasih". Moral of story, jangan terlalu sakit hati sangat.
  • Ucap berkali2 kata2 yang boleh menaikkan semangat. Contohnya "saya boleh hidup tanpa kamu" atau "saya tak perlukan lelaki/perempuan seperti kamu dalam hidup saya". Lebih mujarab kalau ianya diucapkan masa kita bangun pagi.
  • Cari buku2 psikologi yang berupaya membantu menyelesaikan masalah dan mengembalikan ketenangan jiwa.
  • Kucing antara haiwan yang dikatakan amat memahami perasaan kita terutama ketika kita bersedih. Sifat kucing yang jinak dan manja dapat memberi ketenangan jiwa dan menimbulkan mood yang ceria. Siapa suka kucing tu bolehlah 'bermanja' dengan kucing.
  • Buang segala barangan yang berkaitan dengan bekas kekasih walupun hanya sekeping gambar. Tak usah menyimpannya kerana takut luka berdarah kembali jika terimbau detik2 bersama. Block facebook bekas kekasih kita...:)
  • Yang paling penting percayalah pada TAKDIR. Tak semua yang kita rancang akan berakhir seperti yang kita ingini. Ada masa kita perlu pasrah dengan ketentuanNya kerana hanya Dia yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita. Hadapinya dengan tabah dan berlapang dada dan insyaallah kita akan menjumpai hikmah disebaliknya.
**************

Kadang-kadang rasa biarlah terluka di luaran yang nampak parutnya daripada terluka di hati yang tak nampak parutnya. Apapun setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Aku bagi tips macam ni tak bermakna aku putus cinta hokey.....
Meh kita tengok sedikit tatacara ketika bermekap......

  • Ketika bersolek terutamanya siang hari, pastikan anda menggunakan cahaya yang cukup. Seelok-eloknya dapatkan cahaya semula jadi.
  • Gunakan cermin kecil yang boleh dipegang. Ini memudahkan anda melihat dengan lebih dekat dan ianya mudah dialih2. Ye la takkan nak angkat almari solek sebab takde cahaya kot.
  • Beli alat solek yang bermutu untuk hasil yang baik. Belilah ikut kemampuan dan keperluan. Alat solek lebih berkesan daripada menggunakan kapas dan jari sendiri.
  • Gunakan pemerah pipi hanya untuk pipi dan bahagian tertentu bukannya untuk dijadikan bedak untuk keseleruhan wajah.


*************

Agak fail bermekap sebab memang kurang berkenan nak make up bagai....ikut mood...:)
Assalamualaikum....

Pernah block orang tak kat facebook? Aku ngaku dulu pernah la jugak block orang, tapi bersebab lah. Dah flirt orang lebih2 haruslah kena blockkan...setakat gaduh sikit-sikit pastu nak block orang melampau jugak tu.

Antara sebab yang kukuh nak block orang ialah:

  • Kawan facebook kita tu menggatal semacam je. Cakap merapu je. Kadang2 merapu sampai 18SX. So better la block aje, kang dia post apa-apa yang tak sepatutnya kat wall kita, kita gak yang haru biru.
  • Bekas pakwe/makwe. Heee kan orang kata, buang segala pemberian, mesej, gambar ex kita tu. So kalau kat facebook, setakat unfriend kang tetiba muncul lak kat tepi facebook suggest friend. So jalan terbaik block ajelah. Terus tak jumpa dah....
  • Orang yang tak dikenali dan nampak macam spammer je. So better block je.
  • Lain-lain sebab yang korang rasa patut dan perlu tindakan memblock orang.
**********************
Aku pernah diblock. Sebabnya orang tu pernah bagitahu aku ni terlalu berahsia, gambar pun takde, profile picture pun private. Padahal sebelum ni dia yang add aku sebagai friend. Cuma disebabkan aku buka akaun baru, dia tak puas hati. Sudahnya dua-dua akaun dia block (aku de satu je facebook, satu lagi dah delete...)

Aku boleh perasan dia block aku sebab link nama kat mesej dah jadi tak berlink. Pastu jumpa dia kat facebook kakak aku. Pelikkan bila lelaki rasa tak secured. Ehem2 takut terkantoi ke bang? Takut ada orang nyamar jadi your loved ke? Mula2 sakit hati, lama-lama geli hati. Hahaa senyum....
Assalamualaikum....

Alhamdulillah hari ni sempat ke Ekspo Buku Islam yang bertempat Dewan Cempaka Sari di Presint 3 Putrajaya. Wow...memang menarik sebab pelbagai jenis bahan bacaan ilmiah ada kat ekspo ni. Pilih je mana yang berkenan.

Dan yang lebih menarik lagi kebanyakan gerai memberi diskaun untuk pembelian buku atau novel dibawah syarikat mereka.

Aku mencari gerai Karangkraf dan Alaf 21 je. Buku-buku bawah Alaf 21 ni diskaunnya 20% dan untuk majalah terbitan Karangkraf pulak diskaunnya 5%. Kat PTS lak diskaun 10%.. Lain2 tak pasti tapi mesti harga lebih rendah sikit daripada biasa la kan.

Memang berbaloi-baloi kalau nak borong buku time ekspo macam ni. Bagi aku buku terbitan Alaf 21 harganya lebih berpatutan dan mampu milik. Tapi masih beli juga buku terbitan syarikat lain pun kalau kandungannya bermanfaat dan menarik.

Tada.....ni la antara buku yang diborong pada hari ni....

So kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan datang tu, masih ada lagi peluang korang sebab ekspo ni berlangsung sampai 4Mac 2012, Ahad minggu depan nun.

Kalau nak jumpa Dr. HM Tuah, datanglah esok ye. Mengikut tentatif Alaf 21 esok Dr HM Tuah akan berada digerai Alaf 21 dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.

Nak jadual penuh penulis2 kesayangan korang....boleh rujuk kat bawah ye....mana taw ada jodoh dapat jumpa kan...:)
Assalamualaikum....

Kome sedar ke tak bahawasanya tahun ni adalah tahun lompat? Apa kehalnya panggil tahun lompat ye... Ingat katak ke nak lompat-lompat.

Cilok ayat daripada wikipedia "Tahun lompat merupakan tahun yang mengandungi lebih satu hari daripada tahun biasa bagi menyamakannya dengan tahun astronomi ataupun tahun yang bermusim. Peristiwa musim dan astronomi tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan.
Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari ataupun 1 Mac."
Sumber-----wikipedia

Yup tahun ni bulan februari ada 29 hari berbanding tahun2 biasa. Setiap empat tahun bulan februari akan ada 29 hari berbanding tahun2 biasa 28 hari sahaja. So tahun ni memang tahun melompat ye adik-adik.

Maka tahun ni bolehlah sesiapa yang menyambut hari lahir pada tanggal 29 Februari menyambut dengan jayanya. Maklumlah empat tahun sekali tu. Bukan macam yang lahir hari lain, tiap-tiap tahun dalam kalender ada.

*************

Menunggu 29 Februari sebab nak wish besday kat seorang kawan masa belajar dulu. Memang tak boleh lupalah besday dia sebab empat tahun sekali. Hehee
Assalamualaikum....

Taraa....menjoinkan diri. Sebelum ni nak join tapi asyik dok postpone je...sudahnya tamat dah... Ni sebelum tamat elok la join siap2.


Sape2 nak join bolehlah klik banner kat atas... Semua syarat ada dinyatakan kat situ....termasuklah hadiah2nya... :) Rasanya dah penuhi semua syarat...so bolehlah publish ni..Hahaa

Tarikh tutupnya macam dinyatakan kat dalam banner- 17 Mac 2012....
Assalamualaikum....

Tu dia pagi tadi hangin betul dengan celcom. Dah tak dapat internet macam biasa, mulalah cari alternatif dengan call celcom careline kat 1111 tu. Ye la nak dapatkan penjelasan daripada pihak yang sepatutnya.

Hurm cik yang assist tu cakap celcom broadband 1Malaysia aku guna dah expired dah validity dia. Memula tak faham jugak apa yang dia maksudkan tu. Punyalah dok fikir pastu baru dapat tangkap yang dia nak cakap prepaid broadband ni validity dia macam simkad prepaid biasa tu.

Maksudnya kalau topup RM10 bertahanlah 7 hari, kalau topup RM30 bertahanlah sebulan. So topup RM10 dua kali dengan RM5 sekali  kalau ikut tarikh luput kredit aku memang 19 Februari 2012. Dah beberapa hari yang lepas, tapi aku ignored je sebab sampai mesej prepaid broadband tamat bulan 3 nanti.

Sebelum guna prepaid broadband ni sebenarnya aku pun buat jugak sedikit research. Bukan membuta tuli je beli dan guna. Daripada forum2 dan blog orang aku amek tahu cara nak register, nak topup dan sebagainya.

Cuma satu je aku terlepas nak amek tahu, prepaid broadband ni didaftarkan atas nama sape. Sebab masa call customer service tadi, nyaris terkantoi sebab memang bukan atas nama aku.

So berbalik kepada masalah dengan celcom broadband 1Malaysia, kalau ikut cik tu memang kena topup lah kalau nak surf internet (walaupun aku dah bagitahu dia aku dapat mesej berbunyi: Your service is now activated. Fee:RM25, expires on 14/03/2012 16:03). Tapi aku berat hati betul nak topup sebab daripada pembacaan kat forum RM25 tu memang untuk sebulan.

Benda yang buat aku confius kalaulah prepaid broadband ni sama macam prepaid biasa....

  1. Kalau topup RM30 memanglah valid untuk sebulan. Tapi fee untuk prepaid SKMM ni hanya RM25 je. So balance RM5 memang carry forward kata cik celcom tu la.
  2. Kalau balance RM5 tu carry forward, 5 kali topup cukuplah RM25 semula (kalau topup RM30 sebulanlah). Tapi yang tak logiknya kalaulah ikut validity prepaid biasa, walaupun balance dia terkumpul, tetap kena topup untuk aktifkan validity dia. Yang terkumpul tu still tak valid tempoh sahnya kalau ikut prepaid biasa sebab hanya terkumpul nilai bukan validity. Betol tak kalau ikut logik la...

Nampak tak apa yang aku nak bagitahu? Cekik darahnya celcom kalau betul macam tu. Baik tak payah guna celcom broadband 1Malaysia ni, tak mendatangkan kebaikan pun, menyusahkan ada lagi. Tak menjimatkan kalau macam tu. Prepaid ni data only pulak tu, tak boleh call, tak boleh nak share kredit(kalau tak salahlah). Rugi macam tu je kalau betul macam cik celcom tu cakap la. (Actually aku baru terfikir after dah habis cakap dengan dia. Kalau tak memang aku gasak habis-habisan).

So lepas pukul 9 pagi tu keluar la rumah jugak setelkan semua urusan yang sepatutnya. "Lantak kaulah prepaid 1Malaysia. Balik nanti aku setel masalah dengan kau.... Malas bawak kau sebab kau tengah bermasalah". Hahaa tu antara monolog dalam hati aku.

Petang balik try guna okey je... Tip top je lagi... Dalam hati....mujur aku tak topup macam cik celcom tu suruh buat. Cik celcom ni betul ke idak penjelasan dia tu, macam tak berapa nak tepat je. Tapi salute la dia confident gila meyakinkan aku itu penyebab broadband aku tak boleh connect UMTS/HSDPA.

Hurm.....pagi tadi memang line celcom mengong(bengong) kot... Sebabnya kak aku cakap dia nak request balance pun tak boleh. Tapi cik tu tak tanya pun kat kawasan mana aku dok macam yang selalu customer service lain akan tanya bila cakap internet buat hal...

Celcom customer service punya worker pun tak semua yang tahu pasal semua produk bawah celcom. Kadang2 diaorang ni pandai bercakap je lebih sedangkan info yang diaorang bagi bukan tepat pun. Huhuu sabar aje lah.

*************

Masih menilai celcom broadband 1Malaysia ni dari masa ke semasa....

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)
Assalamualaikum....

Hari ni punya la bersemangat nak online blog awal sebab sat gi ada hal nak kena uruskan. Tapi.....sungguh mengecewakan bila tak boleh connect. Terpaksa tukar setting broadband ke GPRS/EDGE.

Aiyoyo memang siput sedut yang akan menang la. Nak loading kemain slow lagi, asyik kena refresh berkali-kali aje.

Tak tahu la celcom memang bermasalah ataupun prepaid 1Malaysia ni buat hal....  Takde masa nak analisis masalah2 yang timbul ni.

Korang yang guna celcom broadband tu okey ke tak? Kalau ko memang celcom tengah ada masalah problem la. Kalau ok, maknanya something wrong somewhere dah ni dengan broadband aku guna.
Assalamualaikum....

Yana ataupun kat blog dikenali sebagai Prettywrite buat lucky draw untuk pengomen blog beliau... Blog kesayangan ku ini tercalon dalam senarai lucky draw tersebut. Dan Alhamdulillah aku antara yang lucky apabila terpilih dan tersenarai dalam keputusan lucky draw Prettywrite.

Tapi disebabkan kesibukan aku terlupa aku bagi kat Yana alamat rumah lama. Haha maklumlah time tu sibuk dok pindah barang. Tetiba teringat bila bukak email...(hehee aku jarang cek email). So hantar email kat Yana tanya Yana itu ini....hahaa.

Esoknya tu jugak terus ke rumah lama tengok surat-surat yang sampai. Fuh masih ada dan selamat surat Yana tu kat dalam peti surat. Hampir dua minggu terperam kat dalam peti surat tu, sabar ajelah....

Jeng3......ni lah surat cinta dari Yana...

Dan isinya......
FM....tertulis Kelantan Darul Naim...Tak pergi kelantan pun dapat...:)
Juga sekeping note dari Yana....:)

Buat Yana terima kasih.....suka sangat....boleh simpan wat koleksi.... Semoga terus sukses dalam dunia blog... Sape tak follow Yana lagi, jom follow Yana - http://prettywrite.blogspot.com/.....

**************

FM....teringat kat blogger Nafiraa yang suka mengumpul FM dan adik dia blogger Nini yang suka kumpul keychain...:)
Ramai yang bekerja sebagai promoter sales yang memerlukan mencari customer untuk mendapat gaji ataupun komisyen tambahan.

Tapi ada segelintir mereka ini yang tidak beretika. Pernah berbincang dengan seorang kawan. Ada antara mereka yang bekerja di bidang itu memang lakukan perkara yang tak sepatutnya untuk mencari pelanggan.

Setakat nak influence dan persuade dengan cara halus dan cakap elok-elok tu takpe lagi. Tapi bila orang menolak dengan cara baik, ada yang tak reti bahasa memaksa dan terus memaksa. Kadang-kadang sampai orang naik menyampah pulak.

Antara kata-kata kawan aku, "diaorang ni melampau la, dah la paksa orang pastu nak pegang-pegang dan cuit-cuit bahu orang pulak".

Ye memang betul ada antara promoter yang menunggu di tangga atau pintu masuk komplek membeli belah cuba menarik minat orang yang lalu lalang dengan mencuit bahu orang. Bagi aku tu tak sepatutnya, sesuka hati nak cuit-cuit bahu orang. Kes dengan promoter ni banyak termasuk la kes masa membelek losyen dulu.

Aku pernah hampir bergaduh dengan seorang promoter sales dulu. Takde niat memperkecilkan orang bekerja sebagai promoter sales ni sebab dulu pun aku pernah kerja sales juga. Tapi cara tu biarlah kena tempat.

***************

Cara terbaik untuk elak daripada promoter ialah buat je muka takde perasaan. Tapi selalunya kalau yang jenis cakap elok-elok aku layan je, siap ucap terima kasih lagi sebab diaorang dah explain something. Kita kena hargai dan hormati kerjaya mereka juga. Cuma yang jenis tak faham bahasa tu je buat meluat.
Assalamualaikum....

Ada yang panggil simpack SKMM je, ada yang panggil prepaid SKMM, broadband 1Malaysia la dan macam2 lagilah. Tak kisahlah sebab simkad prepaid ni memang line Celcom pun, cuma programnya di bawah SKMM(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Kenalah dengan konsep 1Malaysia yang negara kita amalkan, tu nama dia 1Malaysia kot.

Aku start guna prepaid broadband ni pada 12 Januari 2012 yang lalu. Bulan pertama memang free lepas dah aktifkan. 10 Februari 2012 aku dapat mesej daripada celcom yang menyatakan service akan tamat pada 11 Februari 2012. Daripada pembacaan aku, selagi boleh connect guna je walaupun dah lebih daripada tarikh sepatutnya expired. Kalau dah tak boleh connect tu baru topup dan aktifkan.

12 Februari try connect dah tak boleh. Maknanya dah kena topuplah tu. Tapi disebabkan kemalasan nak cari topup biarkan je dulu. 13 Februari baru rajinkan diri singgah kedai runcit cari topup. Aku beli topup celcom RM10 dua keping dan RM5 sekeping.

Keluarkan simkad daripada modem masukkan dalam henpon dan topup macam biasa je. Sape tak ingat nak topup celcom macam mana meh nak ajar. Tekan *111*masukkan 14 digit no topup#. Contoh: *111*3452348901243245#.  Kalau nak taip sms pun boleh tapi time aku buat sampai mesej arahan tidak sah. Senang cite masuk dalam henpon jelah.

Lepas tu pindah semula ke modem dan taip BROADBAND SKMM hantar kat 28882. Akan dapat mesej " Enjoy 30days of unlimited usage @ only RM25.To confirm yr subscription, type Broadband Yes & send to 28882.RM25 will be charged to yr account upon confirmation"

Lepas dapat mesej tu taip BROADBAND YES dan hantar ke 28882. Pastu akan dapat mesej macam ni "Your service is now activated. Fee:RM25, expires on 14/03/2012 16:03. To check status, type Broadband Status & send to 28882"

Apa lagi connect jelah macam biasa....:)

Entry Berkaitan:
Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)

Gambar ni dalam simpanan arwah ayah aku. Mat Kilau Bin Imam Rasul(Tok Gajah)
Assalamualaikum....

Bila aku yang dah berumur ni dikatakan budak lepasan SPM, dalam hati, "da lama kot aku amek SPM".  Mula-mula kecik jugak hati.

Tapi bila fikirkan semula tergelak dalam hati pulak, ada rupa budak lepasan SPM ke? Erm budak-budak sekarang yang makin matang sebenarnya.

Mana taknya, daripada segi make up dan pakaian mereka memang advance. Umur baru 15 dah nampak mcam 20 an. Sudahnya aku yang tak advance ni pulak dikatakan budak-budak.

Pendapat peribadi aku, tak semua yang nampak matang secara fizikal tu matang sebenarnya daripada segi pemikiran atau psikologi. Yang tak nampak matang secara fizikal tu pun tak semestinya tak matang daripada segi pemikiran dan psikologi.

Senang cerita tengok luaran je matang tapi dalaman still childish (kebudak-budakan). Nampak childish tapi matang je sebenarnya pun ada.

Korang matang tak? Hehee

************
Masa karnival RTC Gopeng tu, daku sempat jalan-jalan mengumpul free gift, lalu depan booth salah satu IPTA...ada seorang kakitangan dia yang assist daku dan tanya, 'dik baru lepas SPM ye'. Daku menggeleng. Dia tanya lagi,  'tengah amek sijil ke diploma ye'. Daku  geleng lagi. Sambil tersenyum daku jawab dah lepas degree.

Lepas tu pergi booth lain orang tanya lepas SPM ye? Daku angguk je... Hahaa. Sesekali nak merasa jadi muda semula.
Assalamualaikum...

Entry ni patut dipublishkan semalam. Tapi kekangan masa menyebabkan entry ni masih berada dalam draft sampailah saat sekarang baru dipublishkan.

Layan je la aksi santai mereka-mereka yang comel ni.....

Aksi gedik Mr dan Mrs Bekbek
Lembu tenusu n kerbau... Besaq depa ni.
Berat gila...kalau kena hempap confirm patah riuk....
Gambar bawah....anak n ibu...so sweet
Sesi bermesra dengan bebek..
Sekian....malas nak masuk gambar dah...Huhuu
Assalamualaikum....

Badan tak larat balik dari Gopeng, aku ni cepat terasa dengan perubahan cuaca. Kat sana panas elok je mula2 tu. Alih2 hari yang Perdana Menteri datang nak rasmi tu hujan turun selebat-lebatnya. Pastu start la panas+hujan.

Layan je la picture sekitar RTC Gopeng yang sempat aku snap guna henpon cap ayam... Tak semua picture aku letak...sebab nanti aku sendiri muntah tengok picture banyak2...

Buah kekondong a.k.a buah amra. Tempat aku panggil amra.
Cameron pear kaler purple....Serius aku jakun. Macam terung je....
Buah kegemaran aku....Buah ciku. Rasa macam nak petik je tapi agak2lah...Lagi pun belum tua lagi rasanya.
Sentuhlah kalau berani..;p
Tanaman fertigasi....dah makin glame sekarang.
Pelbagai jenis salad
Pokok lemon yang dah ada buah...Aku jakun 1st time tengok pokok lemon...haha
Assalamualaikum....

Moh ramai-ramai pergi RTC Gopeng... terdapat pelbagai pameran yang diatur sempena perasmian RTC berkaitan agensi awam, peluang kerjaya, demonstrasi produk dan perkhidmatan akan dijalankan oleh pelbagai agensi. . Aku tak sempat explore pun lagi.

Tadi pergi sekejap aje hantar kakak aku bertugas pastu balik umah kawan aku semula. Aku memfollow kakak aku outstation, kebetulan ada kawan dok area dekat sini, tumpang rumah dia sekali. Dah lama tak jumpa pun.

Walaupun aku orang Perak, tapi tak pernah lagi menjejak kaki ke daerah belah Gopeng, Batu Gajah ni. Kira first time la ni. Mengikut kata kawan aku, dulu tempat tu dikenali dengan nama lain (tak ingat le pulak nama apa), kini dah jadi RTC.

Tadi tengok macam luas jugak kawasan RTC Gopeng tu. Memang sesuai sangat nak anjur pelbagai pameran dan event lain. Parking tak tahu ada masalah ke tak sebab daku tak parking pun tadi. Haha petang nanti amek semula kakak aku.

Kemuncak event ni nanti ialah perasmian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 18 Feb. Time tu confirm sesak punyalah, mesti ramai yang menghadirkan diri.

Nak cari RTC ni pun senang je, kalau aku dari Kuala Lumpur exit ikut persimpangan Gopeng, after tol ada trafik light amek ke kanan. Terus je akan jumpa RTC tu di sebelah kanan. Daripada jauh dah nampak tulis RTC kat bangunan dia.

Apa lagi sape yang dekat tu datanglah, yang jauh pun boleh datang.
************
Line internet kat rumah kawan aku ni dapat UMTS/HSDPA tapi line takde bar pun dan selalu tetiba merah Haish sabar-sabar.
Assalamualaikum...

Ni bukan nak cerita pasal kekasih hati yang berkulit tak berapa nak cerah a.k.a gelap. Kekasih gelap yang dimaksudkan ialah hubungan percintaan yang sorok2 camtu sebab si kekasih hati dah ada komitmen dengan 'kekasih hati' dia sendiri tapi masih nak menggatal gaya ulat bulu.

Mesti ada antara sahabat-sahabat yang pernah mengalami keadaan berkasih dengan kekasih gelap ni. Takpun sedara mara ke, sahabat taulan ke yang pernah berkekasih gelap.

Bila dah sayang semuanya sanggupkan, kekasih orang, tunang orang, suami/isteri orang dah tak kisah. Jadi kekasih gelap pun tak mengapa asalkan masih berhubung, masih ada ayat2 cinta.

Yang tak bestnya berkekasih gelap ni, semuanya rahsia. Nak share dengan kawan-kawan rapat sendiri pun tak boleh sebab takut terkantoi. So apa2 hal memang sendiri2 jelah.

Payah weh nak menjaga rahsia macam tu. So hubungan pun tak ke mana...Alhamdulillah jugakkan, kalau tak dah jadi perampas hak orang lain pulak. Seeloknya elakkan dari berkekasih gelap ni.
**************
Aku nak kekasih yang cerah supaya clear segalanya. Cerah bukan bermaksud putih ye... Hehee

Kerana sebuah kereta, rugi parking untuk dua buah kereta. Dah la tempat paling ramai orang nak cari parking-Pasar Malam.
Assalamualaikum....

Disebabkan dah lama tak berblog dengan jayanya...maka aku nak ubahsuai la sikit blog kesayangan aku ni. Antara benda yang aku dah ubahsuai dan bakal ubahsuai:

  • Header

Bertukar kepada header yang lebih simple
  • Sidebar

Rupa baru sidebar. Sebenarnya ni sidebar lama, cuma ubah font je. Hehee

  • Watermark Gambar

Watermark baru... Lebih simple bagi aku la.
  • Remove fibox.... Dah lama nak buang sebenarnya sejak terbaca fibox bermasalah kat blog Yui (link entrynye aku malas nak cari semula). Tapi benda paling senang tu la tak terbuat. Sabar je la.
  • Nak ubah semula senarai bloglist aku. Yang dah join dulu akan dikekalkan. Tapi akan dirombak semula la senarai-senarainya... Yang ni belum buat lagi, tengah dalam proses lagi.
  • Lain-lain perubahan yang difikirkan perlu akan diubah.


Assalamualaikum....

Pejam celik, pejam celik dah sebulan lebih daku guna prepaid broadband 1Malaysia yang bawah SKMM punya tu. Ingat nak guna lama cikit baru bagi testi pasal broadband 1Malaysia ni. Ye la guna sekejap je tak berani la nak cerita lebih-lebih.

Dah cukup sebulan ni, nak share la experience menggunakan prepaid broadband ni. Kelajuan dia sama je dengan pakai bil. Kadang-kadang aku rasa macam lebih okey daripada pakai bil. Biasalah bila pakai bil, hujung bulan bila dah cecah limit usage, speed dia akan teramat slow. Tapi prepaid SKMM ni sebulan pertama aku guna memang tak sedar pun dah cukup sebulan (bulan seterusnya tak tahu la pulakkan).

Kelebihan lain ialah memang menjimatkan. Sebelum ni daku pakai bil celcom yang RM68 sebulan tu. Tapi dengan prepaid broadband SKMM ni sebulan baru RM25. Meh kita main calculation.... RM68-RM25=RM43. Save RM43 sebulan. Kalau dua bulan baru RM50. Jimat tu bagi aku....

Nak topup pun tak ada masalah sebab boleh topup macam nombor celcom biasa. So beli topup kat kedai runcit pun boleh, tak ada masalah. Yang bermasalah ialah tak boleh nak topup online bila prepaid dah tamat tempoh sebab tak boleh online dah. Tu je....tapi bagi aku masalah kecik je tu. Banyak lagi cara lain nak topupkan.

Keburukan setakat ni daku tak nampak dan alami lagi.....mungkin bulan-bulan ke depan sape taw kan. Setakat ni Alhamdulillah okey.... Broadband line memang tak fix...perkara biasa kalau tetiba lost connection sekali sekala tu.

Benda alah ni daku beli kat kawan Ira... Ira la yang jadi orang tengah deal. Terima kasih ye Cikgu Ira. Sape berminat boleh la usha kat website ni.... http://broadband1malaysia.blogspot.com/ (ni blog kawan ira tu ye-aku pun tak sure stok dia ada ke tak,dia jual lagi ke tak.apa2 boleh emel tanya la dulu). Sebab dulu aku beli memang Ira jadi perantara...:)

Entry Berkaitan:
Cara Topup Celcom Broadband 1Malaysia
Celcom Broadband 1Malaysia Cekik Darah?
Celcom Broadband 1Malaysia(1)
Kejap OK Kejap KO
Terus KO
Celcom Broadband 1Malaysia(2)
Assalamualaikum....

Lama rasanya tak online blog. Macam-macam hal yang berlaku sepanjang tak berblog ni. Sebenarnya sibuk berpindah rumah. Banyak benda kena uruskan. Angkut barang pun bertrip-trip. Sampaikan charger laptop pun tak tahu kat mana sumbat.

Dah masuk rumah sewa baru, bawak mak balik kampung dulu. Selesaikan apa urusan yang sempat diselesaikan kat kampung lak. Kena jadi superwoman je rasa tapi aku hanyalah wanita biasa. Huhuuu

Balik kampung sekejap je sebab barang2 kat rumah sewa tak habis kemas lagi dan rumah sewa ni bermasalah. Bayangkan bila buka je mana2 paip, semua paip akan terbuka. Tak pun tengah dok relaks2 tetiba bunyi air mencurah2. Tak boleh stopkan pulak tu, kena bergegas tutup kat meter dia. Tekanan air dia memang problem.

Tadi dah mengadu ke pihak pengurusan, diaorang dah hantar maintenance. Pun tak selesai....diaorang suggest tukar paip shower dan sinki dalam toilet tu. Malas berfikiran tak elok kat tuan rumah. Sebab dia cakap tak pernah duduk rumah ni, terus sewakan. Mungkin penyewa sebelum ni tak peka ataupun tak kisah macam aku ni yang ala-ala perfectionist.

Masih berhutang entry pasal broandband 1Malaysia dan memang tak BW kat blog orang langsung sepanjang tak berblog ni. Insyaallah ada kelapangan rumah anda akan diterjah...:)
Assalamualaikum....

Ni semalam punya cerita. Tapi hari ni baru ada masa nak story. Semalam dah dapat bungkusan pos laju cheese powder daripada Pen Biru. Terima kasih Pen Biru. Sape tak pernah tengok cheese powder meh aku tunjuk.
Ada dua kat dalam tu....hehee nanti nak try la cheese powder ni...

Bungkusan pun amek pic..Hehee wat kenangan...:)

Macam mana aku boleh dapat cheese powder free ye? Begini ceritanya, aku telah meneka harga jam tangan casio kat entry PERADUAN TEKA HARGA-2 kat blog Pen Biru. Tekaan aku tu tak tepat pun. Tapi disebabkan takde jawapan yang betul-betul tepat, Pen Biru telah memilih jawapan yang paling hampir. Alhamdulillah cheese powder bernilai RM30 menjadi milikku.... : )

Terharu weh sebab aku ni bab-bab meneka, cabutan bertuah-------dari dulu tak pernah bertuah. Kiranya ni first time lah dapat. Melalui blog pulak tu. Memang touching jugaklah...

Dah semalam takde orang kat rumah, orang pos laju call tanya takde orang ke kat rumah. Dia suh amek kat pejabat pos hari ni, nanti dia tinggalkan notis. Adeh macam leceh je pulakkan. So setelah nego dengan dia, dia setuju tinggalkan dalam peti surat. Tu pun setelah pastikan keselamatan barang tu betul2 terjamin selamat (ye la in case apa2 dia yang kena nanti if barang hilang ke). Insyaallah selamat taman perumahan aku dok ni. Lagi pun peti surat tu bertutup dan muat cheese powder tu masuk.

Malam baru sampai rumah, lepas bukak kunci pintu pagar je serbu peti surat dulu. Ngeh3..

Okeylah jom pakat-pakat follow Pen Biru jom. Mana tahu kot pasni Pen Biru anjurkan peraduan apa2 korang pulak yang bertuah boleh menang. Tak gitu...
**************
Entry ni patutnya dipublishkan petang/malam semalam. Tapi semalam ke hospital, tengah malam baru sampai rumah. Hari ni pulak hampir seharian diluar. So baru ada kesempatan nak publishkan.... Adoyai....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative