Assalamualaikum....

Kebanyakan orang yang melepasi umur 25 tahun dah tumbuh semua gigi geraham bongsu. Tapi ada juga segelintir yang gigi geraham bongsunya lambat tumbuh. Hingga hampir mencecah 40 an pun masih ada tapi jarang-jarang la. Ada yang umur  akhir belasan pun dah tumbuh semua gigi geraham bongsu. Terpulang kat individu dan faktor pemakanan mungkin juga mempengaruhi.

Bercerita pasal gigi geraham bongsu nak tumbuh ni.... Macam-macam cerita boleh keluar. Ada yang demam, ada yang tak boleh nak makan, ada yang rasa nak lempang orang pun ada dan macam-macam lagilah pengalaman yang berbeza-beza.

Kebanyakan orang pernah merasa kesakitan bila gigi tu nak munculkan, bila daging kat geraham ditolak oleh gigi. Sentuh dengan lidah boleh terasa ada daging yang menonjol. Derdenyut-denyut rasa nak penampar orang pun ada. Rasa macam dah senget je sebelah pipi, bengkak. Macam nak demam je. Tido malam pun tak lena, kejap2 terjaga dek penangan denyutan si geraham bongsu ni.

Sedikit tips untuk kurangkan kesakitan masa proses gigi tu nak tumbuh sepenuhnya:

  • Jagalah kesihatan mulut secara maksimum. Berus gigi setiap kali lepas makan or at least berkumur-kumur dengan listerine (takkan nak bawa berus gigi ke opis or kolej lakkan). Malam dan pagi wajib berus gigi dengan cara yang betul. 
  • Untuk yang alah dengan listerine macam aku ni, boleh berkumur-kumur dengan air garam. Tak pun nak berus gigi, letak sedikit garam atas berus gigi dan berus macam biasa.
  • Pergilah jumpa dentist untuk dapatkan nasihat. Kalau sakit dia akan bagi ubat tahan sakit dan ubat kumur. Dan dentist akan cek mana tahu gigi geraham bongsu tu memang bermasalah. Kadang-kadang dia tumbuh menyongsang, takpun rahang tak cukup lebar so memang gigi tu tak ada ruang nak tumbuh dengan sempurna.
Apa yang aku tahu, gigi geraham bongsu ni sebenarnya takde fungsi sangat pun. Dia merupakan gigi paling hujung yang tumbuh kat geraham. Kebanyakan kes, gigi geraham bongsu tu terlindung dan susah untuk diberus sehingga mengumpulkan sisa makanan dan menyebabkan gigi berlubang. Sebab tu kalau bermasalah memang dentist suggest suruh remove je kalau takde apa2 komplikasi lainlah. 

************
Gigi geraham bongsu sebelah bawah kanan tengah nak tumbuh ni. Sakit wooo....dah dua tiga ari tak lena nak tido pun. Nak buat apapun serba tak kena.

Entry lain yang berkaitan:
Gigi Geraham Bongsu Berlubang (2013-berlubang gigi bongsu akhirnya)
Surgery Geraham Bongsu (September 2013-minor surgery untuk remove geraham bongsu)
Assalamualaikum.....

Kerana sebatang skru je meresap angin tayar kereta. Tak tahulah skru celah mana yang dah tersasar mencucuk kat tayar kereta. Padahal skru tu takde la panjang mana pun.

Semalam keluar dengan tayar belakang sebelah kiri yang tak berangin. Dah la time tu hujan, bawak je la slow2. Kakak aku dah perasan sejak jumaat tayar tu angin dia meresap. Masa pam angin yang tinggal 40 je. Tapi dia boleh lagi buat takde apa.

Dalam hati dah syak mesti kena paku ni. Singgah stesyen minyak semalam masa pam tengok angin tinggal 10. Tayar betul-betul leper tak berangin. Masa pam tu dengar bunyi angin keluar sebab kebetulan masa tu lepas hujan, tayar basah lg. Raba punya raba teraba la kat kepala satu objek macam paku.

Aisey tak boleh jadi, so tawakal je la pegi kedai tayar untuk mintak ditampalkan. Aku dan kakak sebenarnya tak suka nak pergi bengkel tanpa orang lelaki sebab bab-bab kereta ni kurang pengetahuan. Tapi bersandarkan pengalaman sebelum-sebelum ni pergi jugaklah.

Kos tampal yang kedai ni amek RM5 je. Tak sampai 5 minit dah siap pun proses menampal tu. Lega selesai satu masalah, Alhamdulillah. Isnin nanti takde la kelam kabut dah.

Dulu pun pernah jugak alami masalah angin meresap ni. Masa mula-mula dapat kereta, tiap2 hari kena pam angin. Tapi tahap meresap dia tak la melampau macam yang kena semalam. Sampailah satu hari aku punyalah dok usha tayar tu ternampak satu objek warna putih. Erm sah la terkena paku la tu.

Masa tu kedai yang kitaorang pergi tu charge dia kenakan RM8. Bengkel besar dan ramai bekerja sebab tu lebih kot kos dia. Kedai yang pegi semalam rasanya tokey dia sendiri yang buatkan.

Dua-dua pengalaman-bukan paku yang mencucuk tayar kereta tapi skru. Ni ha pic skru yang dah berjaya dicabut semalam. Sampai bengkok skru tu. Mungkin skru lubang yang aku terlanggar masa hari khamis tu kot.

Peliknya jalan kat Malaysia ni banyak lubang taik(tak tahu nak panggil lubang apa,sory bahasa kurang senonoh). Ala lubang yang tak disimen dengan sempurna tu. Yang ada besi kat tengah-tengah jalan tu. Walaupun aku dah hafal setiap lubang(banyak woo kena hafal), tapi kadang2 terlanggar jugak. Hahaa
*************
Setikit tips: Seperti yang semua dah sedia maklum, kalau tayar kena paku or skru macam aku kena jangan terlebih rajin pulak nak cabut paku tu siap-siap. Kalau bengkel agak jauh, pegilah isi angin dulu pastu bawak slow-slow ke bengkel. Diaorang yang akan cabutkan ye. Kalau cabut siap-siap leper seleper2nya la tayar tu. Daripada elok2 boleh tampal kang tak pasal2 kena tukar lak. Hehee.
Assalamualaikum....

Laptop ataupun pc tanpa apa-apa antivirus agak berisiko. Tapi semenjak lappy hang masa install antivirus AVG free version punya ari tu, lappy aku guna tidak beranti virus dah.

Sibuk dok online, pegi sana sini lupa laptop ni takde antivirus la. Percubaan demi percubaan nak install menemui jalan buntu ari tu. Terus terlupa nak try cara lain atau install antivirus lain.

Korang guna antivirus apa? Aku sejak pakai lappy sekitar tahun 2005, setahun aku guna Norton. Pastu bila dah tamat license dia, aku bertukar ke kaspersky, Norton, Panda. Macam2 la try. Tapi macam tak best sebab masa tu internet connection takde.

Mana la ada wifi free macam student sekarang ni kan. Nak guna internet kena pegi CC or Labcom. Dan kebetulan ada sistem wifi tapi tak free weh, berbayar. Kena register dan bayar kalau nak guna wifi tu. Zaman dulu takde lagi software hack ni. Kalau ada mungkin aku tak bermoral akan guna kot. Hehee

So aku pun gunalah AVG sebab masa sekitar tahun 2006 tu kita boleh download virus definition AVG kat dalam pendrive je. Pastu cucuk kat lappy update. Sampailah hari tu sebelum installation bermasalah aku kekal dengan AVG free.

Selama aku guna AVG ni, Alhamdulillah lappy memang tak pernah format lagi angkara virus or spyware durjana. Kalau rasa lappy semacam je, cepat2 cari abang lab masa belajar dululah. Dia akan tolong scan dan remove kalau ada virus.

Sape ingat lagi dulu virus surat cinta tu? Wuu memang glame (tapi lupa nama dia apa). Yang lawak kawan aku boleh slamber je baca tanpa rasa bersalah. Padahal tu virus. Isi kandungan "surat cinta" tu meluahkan rasa kesal dia kat kekasih dia. Erm putus cinta buat virus ek...Bijak2.

Sekarang tak tahu nak guna antivirus apa. Ada apa2 cadangan x? Ada yang suh beli kaspersky je.
Assalamualaikum....

Berbicara soal hati sampai bila pun takkan ada kesudahan. Pepatah, "ikut hati mati, ikut rasa binasa". Hati juga menjadi isu utama.

Terlalu ikut kata hati melayan godaan syaitan yang berbisik-bisik kat telinga memang mati. Mana taknya, terlalu ikut hati hingga sanggup mengambil keputusan yang bukan-bukan. Keputusan drastik yang mengundang malapetaka untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Urm cubaan membunuh diri tu tak drastik ke? Pendapat aku drastik tindakan macam tu. Mengikut agama Islam membunuh diri tu berdosa besar. Kita bukan malaikat maut nak mencabut nyawa sendiri.... Kita manusia biasa je.

Dari segi moral pun memang dipandang serong oleh masyarakat. Dah bunuh diri, confirm mati ke? Dibuatnya terseksa dulu sebelum maut menjemput, baru nak menyesal. Kalau betul-betul mati pun, keluarga mesti terkesan dengan perkara yang berlaku. Tak fikir ke perasaan keluarga?

Semua tu soal hati....jangan terlalu melayan perasaan negatif yang melanda diri. Rungkailah dengan cara yang berhemah; jumpa kaunselor, berbincang dengan keluarga atau kawan-kawan rapat, dekatkan diri dengan Tuhan.

Kenapa tiba-tiba dah lama tak online blog ni, nak persoalkan soal hati lak? Erm sebab selama tak online macam-macam kes yang jadi. Semua bermula dari hati.
**************
Last online blog 21hb. Hari ni dah 25hb... Betul2 sambut chinese new year aku ni...
Assalamualaikum

Selamat malam. Masih ada ke yang tidur peluk bantak busuk?

Kecik-kecik dulu mungkin la kot, dah besar panjang ni kalau masih cari bantal busuk memang agak melampaulah.

Bantal busuk dan budak kecik  tak dapat dipisahkan. Tapi tak semua budak ada bantal busuk. Gamaknya la kan bau bantal tu dah sebati dan menjadi terapi untuk tidur kot.

Anak buah aku ada sorang masa kecik-kecik dulu dok usung sana sini bantal busuk dia. Kalau tertinggal, mak ayah kena patah balik untuk dapatkan. Kalau tak, mengamuklah dia masa nak tidur nanti. Mahu satu kampung dengar dia melalak nanti... Hoho...

Dah la tu bantal busuk dia dah tak rupa bantal. Mak aih semacam aje warna, mujur tak bau masam ke, hapak ke. Mana taknya dah la usung ke hulu ke hilir, pastu tak bagi sarungkan lak tu.

Susah jugak kalau yang terbiasa dengan bantal busuk tu. Erk sekarang dah tukar kot, bear busuk...Hahaha
*************
Aha...sat lagi tidur jangan cari bantal busuk lak... Eh korang dulu ada bantal busuk ke? Aku rasanya takde bantal busuk..:)
Assalamualaikum....

Memaafkan dan melupakan adalah dua perkara yang berbeza. Memaafkan...semudah ucapan, "saya minta maaf" ataupun bahasa lagi mudah, "sorry ye".

Tapi orang yang telah disakiti, dimalukan dan sewaktu dengannya tu bukan semua berhati kristal, sentiasa memaafkan segala perbuatan orang lain terhadap diri.

Walaupun sudah dimaafkan...tapi bolehkah apa yang berlaku dilupakan? Mungkin boleh....tapi bukan seratus peratus. Mulut je cakap, "takpe.saya dah lupakan.anggap je tak pernah berlaku".

Tapi....jauh disudut hati, jauh di minda paling hujung, selagi tak hilang ingatan memang takkan lupa.

Sikap pemaaf tu memang sikap terpuji. Manusia mana yang begitu sempurna hingga tak berhak dimaafkan. Kata-kata manusia yang selalu didengari, "sedangkan Nabi maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia"

Kata-kata balasan yang selalu didengari, "aku bukan Nabi yang begitu mulia nak maafkan orang semudah tu je"

Erm... Setiap orang ada kisah tersendiri yang mungkin tak sama tahap penerimaannya dengan orang lain. Kadang-kadang bila kita maafkan orang, terasa lepas beban yang begitu berat. Urusan dengan manusia ni membingungkan, dosa dengan manusia ni membebankan. Apatah lagi dosa denganNya...
*************
Terima kasih kepada yang sudi singgah dalam dua tiga hari ni walaupun aku tak aktif. Aku tak berapa sihat, punya amalkan segala tips mengelak daripada jatuh sakit, tapi bila dah nak sakit tu tetap terkena. Sakit tu lumrah kehidupan manusiakan.
Assalamualaikum

Lama tak bagi tips dah kan. Haha bajet macam banyak je tips dah bagi. Kali ni nak share sedikit tips untuk memilih jeans mengikut bentuk tubuh.

Pinggang Besar

  • Untuk orang yang memiliki bentuk pinggang yang agak lebar, bolehlah memilih potongan jeans  yang agak besar di bahagian bawahnya (wide-leg-cut)
  • Elakkan daripada memilih jeans yang berpotongan tinggi, ketat dan 'baggy'.


Bertubuh Montok

  • Untuk yang bertubuh begini, korang memang bertuah sebab tak banyak masalah dalam memilih potongan jeans yang sesuai.
  • Untuk kelihatan lebih langsing, korang bolehlah memilih jeans berpotongan lurus (straight cut).
  • Kalau nak pakai jeans bercorak, pilihlah jeans bercorak seperti garisan menegak kerana ia akan menampakkan bentuk badan korang yang lebih langsing.


Bertubuh Atlet

  • Pilihlah potongan jeans yang lebar di bahagian bawah (boot-leg-cut) dan berpinggang rendah (low-waisted). Korang juga boleh memilih jeans yang berpotongan lurus (straight-cut).
  • Sebaliknya korang harus mengelak daripada memakai jeans yang berpotongan longgar.


Berpunggung Besar

  • Poket jeans dan jahitan ketara di bahagian punggung seluar jeans boleh membantu memperlihatkan punggung supaya kelihatan lebih kecil.
  • Sebaiknya pilihlah jeans yang bergaris di bahagian pinggul (low-rise-cut) dan berpotongan lebar di bahagian bawah agar tubuh kamu nampak lebih ramping.


Peha Besar

  • Seeloknya pilihlah jeans yang berpotongan lurus dan longgar. Elakkan daripada memakai jeans yang berpotongan 'baggy' atau jeans yang mempunyai garisan lurus dan ketat.
  • Korang juga boleh memakai jeans yang berpotongan 'boot-leg'. 
  • Untuk mengalihkan pandangan pada bahagian peha, bolehlah memakai aksesori di bahagian pinggang atau memilih seluar yang mempunyai sedikit corak di bahagian bawah.

**************
Pasni pakat-pakat beli jeans baru lak...Hehee
Assalamualaikum....

Banyak benda dalam hidup yang kita rasa tak mungkin terjadi (impossible). Tapi dengan izin-Nya benda yang impossible tu akan jadi possible.

Short entry je ni. Jom bermain dengan perkataan....

IMPOSSIBLE = I M POSSIBLE = I'M POSSIBLE

So segalanya mungkin...:)
Assalamualaikum...

Perempuan dan kereta besar. Ada yang cekap tu okeylah tapi yang tak berapa cekap tu ko... Terutama kalau time jam kena mencilok-cilok(mencelah-celah).

Over confident, salah mencelah dah accident. Aku pun perempuan, bawak kereta kecik je, tu pun bukan selalu drive. Bila ada keperluan aje, dan tak cekap mana pun, bolehlah nak survive kat KL-Selangor.

Masalah dengan orang yang bawak kereta besar ni, diaorang tak suka bagi signal, pastu nak menang je bila menyusur keluar tu. Ada je yang bawak kereta besar bersopan santun dan baik hati tapi selalu jumpa yang cerdik sombong.

Bajet semua orang peka bila diaorang nak tukar lorong, bajet orang sempat brek, bajet muat je kereta besar sebijik tu. Ramai aku jumpa lelakilah yang kekurangan ajaran tu.

Eh macam perempuan baik lakkan. Taklah perempuan sekarang pun ramai yang kurang ajar kat jalan. Lelaki ke perempuan ke bukan pointnye. Point utama ATTITUDE... Dah dasar cerdik sombong macam tulah.

Nak kata tak sekolah, pergi je sekolahnya. Dapat lesen lagi, dapat beli kereta.

**************
Semalam ada accident kat susur keluar taman ke jalan besar. Perempuan tu bawak kereta besar (Avanza) dengan confident je mencilok-cilok. Biasalah kat situ dua lorong jadi 4/5 lorong bila jam sebab susur keluar lagi.

Mentang-mentang kereta dia besar, kereta viva kat tepi pun dia nak langgar. Cepat-cepat kakak aku mengelak lari daripada perempuan tu. Nauzubillah la kena langgar dengan perempuan tu. Kat depan dia pi langgar sebuah kereta lain lak.

Yang menjadi misteri dia langgar kat side dia, kot la kat belah penumpang tak dapat nak bajet. Mujur takde pape dan slow je momentum accident, kalau tak kemek kereta. Moral of story sesetengah hal jangan over confident.
Ramai ke yang dah bertukar kepada facebook timeline? Aku secara tak sengaja dah tertukar facebook timeline tahun lepas lagi. Dalam masa tujuh hari dia akan auto publish profile lama ke profile timeline suka atau tidak, nak atau tak nak.

So delete/hide la apa-apa yang patut tu sebelum diauto publishkan. Sebab susunan dia secara kronologi memudahkan orang nak godek-godek. 

Aku dulu gila main game, so setakat publish game tu lantaklah. Akulah antara manusia yang tak suka update status kat facebook, so tak perlu risau memang takde status pun orang boleh baca..hehehe.

Dengar rumors cakap facebook timeline ni akan diaplikasikan kat semua facebook user gak nanti. So get ready la sape-sape yang tak pernah terlintas nak tukar ke facebook timeline tu. Kemungkinan semua kena bertukar ke facebook timeline secara paksa suka tu ada.

Satu-satunya benda yang aku suka kat facebook timeline ni dia punya cover. Rasa macam header blog lak. Mulalah rasa nak design header untuk facebook lak.

Yang aku tak suka....serabut dan berterabur susunan segala-galanya kat timeline tu. Kadang-kadang sakit mata menengoknya. Dah cuba susun tapi aku rasa buang masa je. Baik aku berblog daripada hadap timeline facebook.
*************
Hai...timeline kat blog boleh ubah, timeline kat facebook tak boleh. Tapi dua-dua offer timeline. Dua-dua pun free...
Assalamualaikum....

Mesti ada pernah dengar perempuan merungut cakap dia gemuk, berisi dan sewaktu dengannya. Nampak macam tak bersyukur pun ada.

Dan buat orang menyampah pun iye jugak sebab di mata orang lain diri kita tak seperti yang mulut kita gambarkan. Mestilah meluat dengarkan. Macam perah santan (perasan) sendiri lak dah jadinya.

Salah satu faktor yang sebabkan perempuan rasa diri gemuk sebab dia memang gemuk kat tempat tertentu pun. Sebagai contoh badan bentuk pear, berisi kat peha dan punggung. Kalau badan jenis epal lak berisi kat pinggang. Nak tahu badan korang jenis apa leh cek kat sini-----Bentuk Badan Wanita.

Tapi hanya tuan empunya diri yang tahu...kat mana lemak naik dengan jayanya...Hehehe...

Ada juga perempuan yang menghidap anaroksia/bulimia tanpa mereka sedari. Yang mana mereka ni mengalami gangguan makan disebabkan terlalu takut akan menjadi gemuk. Itu akan mempengaruhi psikologi mereka. Golongan ini selalu perasan diri gemuk. So kalau perasan diri gemuk tapi sebenarnya tak, mungkin anaroksia kecil-kecilan la tu...Jaga-jaga....

Apa pun untuk sesiapa yang rasa diri gemuk tapi sebenarnya tak gemuk, tingkatkan lagi keyakinan diri dan ambil kira pandangan orang lain untuk kebaikan diri. Pakaian yang sesuai pun dapat meningkatkan keyakinan diri di khalayak ramai.
*************
Ada sedikit info nak kongsi, pernah terbaca kat sebuah Majalah (tak ingat majalah apa) bahawa roti boleh menyebabkan peha besar menurut satu kajian yang dijalankan. Erk masa belajar dulu aku pulun makan roti gardenia apa...

**bz sikit arini...:)
Haish tadik bukak facebook tetiba terkeluar picture tak senonoh kat depan mata. Bukan kawan-kawan punya picture tapi dia like picture tu. Maka terkeluarlah kat home post.

Kalau korang jumpa picture tak senonoh kat facebook korang buat apa? Hide story ke? Ni cara aku, memang la kejam tapi memang patut untuk picture yang tak senonoh.

Cara aku....pegi kat picture tersebut, pastu tekan report this Photo seperti nombor 1.

And then kotak macam picture kedua akan keluar. Korang pilihlah mana yang berkenan di hati. Dah picture tu lucah, kalau aku klik kat Nudity or pornography. Pastu klik je continue.

Akan keluar kotak macam picture ketiga. Pilih gak mana korang nak. Kalau baik hati mesej la kawan tu bagi nasihat untuk remove picture or unlike picture tak senonoh tu (kalau kawan rapat mungkin aku akan nasihatkan). Kalau rasa tanak kawan terus sebab picture tak senonoh tu boleh klik unfriend. Kalau rasa dah tak nak jumpa kat facebook langsung, kliklah kat block tu. Pilihan aku? Aku tak pilih pape pun cuma tick report to Facebook je and then klik continue....

Dah selesai....pastu pegi home semula...gambar tu still adakan....
Klik untuk bagi kotak macam dalam picture muncul. Terpulang gak nak pilih yang mana. Tapi aku klik report story or spam je....setel...dah hilang dari pandangan.
**************
Picture apa aku tertengok tu? Picture seorang gadis yang tak pakai baju. Yang like tu mestilah kawan lelaki. Pemilik picture pun lelaki gak.

Agak-agaklah nak like apapun kat facebook tu. Dah la tak privatekan, semua orang taw. Kantoi....
Assalamualaikum....

Setiap orang takkan terpinggir daripada mendapat masalah. Daripada sekecil-kecil hinggalah sebesar-besar masalah.

Masalah tu berupa pelbagai bentuk ujian untuk kita. Ada ke orang hidup bebas masalah? Kalau yang jawab ada, memang aku terpinga-pinga. Mungkin orang tu fikirannya positif dan anggap semua masalah sahabat sejati dia.

Semua masalah kalau kita nilaikan memang ada jalan keluarnya, memang ada jalan penyelesaiaannya. Sama ada senang atau tak berapa senang je jalan keluarnya, jalan penyelesaiannya.

Dan cara menghadapi masalah untuk setiap orang tu tak sama. Setiap orang ada cara yang tersendiri.

Penerimaan setiap orang terhadap masalah juga tak sama. Ada orang yang terlalu redha dengan segala-galanya. Ada orang yang terlalu obses sampai gila. Ada orang yang tengah-tengah je, redha tapi tak obses.

*************
Tadi baru bermasalah dengan kereta, lepas ni tataw la apa lagi masalah. Kalau seorang diri memang tak mampu nak hadapi, Alhamdulillah masih ada yang sudi ambil peduli walaupun orang yang sepatutnya peduli tak rapat.

Ini bukan entry mengeluh tapi ini entry positifkan diri. Kadang-kadang bila hadapi masalah kita akan terfikir peristiwa-peristiwa lalu.
Assalamualaikum....

Enjin kereta tak boleh start... Uwaaa...
Blinking2 benda dalam bulatan tu... Status gear unknown-tak keluar.
Status enjin pun tak keluar...
Tetiba dah muncul status, cuba start tetap tak hidup,  minyak lak tetiba drop blinking-blinking macam dah nak habis. Malas nak amek picture dah.

Selalu kalau jadi macam tu, mesti masalah baterikan.... Viva auto tak boleh start enjin. Menurut orang-orang yang berpengalaman, nak masuk tahun kedua memang kena stand by untuk tukar bateri untuk kereta kelauran perodua.

Memang betullah kot, kereta ni dah berumur 2 tahun lebih sikit. Aku ni kurang ilmu pasal kereta, tahu tekan minyak bawak je.. muahaha

Mood terus lari... abang ipar aku tengah tolong tukar bateri tu.. Mujur tak mati tengah jalan ke enjin.
Assalamualaikum...

Ada tak di antara korang semua yang tak pernah menangis? Kalau jawab ye, memang sah-sah le kome ni penipu besor. Haruslah pernah menangis, takkan le kecik-kecik dulu kome tak nangis kan. Baik sangat la kome kalau gitu gayenye tak penah nangis time jadi baby.

Apasal la air mata murah sangat ha? Tersentuh sikit je perasaan, da berkaca-kaca mata. Terdengar kisah sedih, da meluncur-luncur macam main ski tu pulak. Kena maki hamun or marah lagi la macam empangan pecah je meluru-luru keluar air mata.

Bila terlalu gembira pun keluar jugak air matanye... Adoi sensitif ye jiwa kamu? Asyik nak nangis je.

Menangis pun ada kebaikannya jugak sebab ianya mampu membersihkan mata disamping mengekalkan kelembapan mata. Ate kome ingat yang tak baguih  aje.

Buruk ke bila menangis? Tapi bagi aku sendiri seorang perempuan, menangis itu adalah satu kepuasan. Tak semua masalah kita boleh kongsi dengan orang, tak semua orang boleh faham kita. Dan tak setiap masa kita menangis sebab nak menagih perhatian, kebanyakan masa hanya untuk melegakan perasaan sendiri. Bila da nangis dapat rasa terlepas satu beban yang berat dalam hati. Pendek punyo cito...lega la haih rasanye.

Menangis sebab kekasih hati sesetengah orang akan cakap 'kau ni membazir air mata je. Simpan air mata tu gak'. Mungkin ada betulnya jugak, buat penat je nangis untuk orang yang tak hargai kita. Tapi kadang2 tu salah kita sendiri, kita yang lukakan perasaan orang. Tipulah kalau aku cakap tak pernah nangis sebab lelaki. Dalam hal ni terpulang kepada individu itu sendiri.

Menangis sebab kesusahan hidup. Dalam menangis tu pun perlu sedar sesusah mana pun kita, pasti ada orang lain yang lebih susah. Sila pandang ke bawah sama, jangan pandang ke depan dan ke atas semata-mata.

Menangis sebab berada dalam kesakitan. Rasanya kalau terseliuh ke apa ke mau menangis jugak kot sebab tak tahan menanggung kesakitan. Tapi bagi aku sakit di hati lebih membuatkan air mata mengalir berbanding sakit lain.

Menangis sebab takutkan pencipta kita adalah tangisan yang terbaik. Menginsafi segala yang telah terjadi dan menyesali perbuatan yang keji. Air mata bukanlah penghapus dosa, tapi ianya medium menginsafi diri dan membuka hati untuk berubah. Murah air mata denganNya memang tak rugi.

So kesimpulannya menangislah kalau tangisan tu boleh meredakan perasaan marah atau menghilangkan sedikit kesedihan kita. Tetapi harus diingat biarlah berpada-pada.
Kejadian berlaku kat sebuah pasar raya. Masa tu ramai la jugak makhluk yang dok bershopping barangan keperluan dan kehendak masing-masing. Aku antara makhluk yang sedang berjalan-jalan sambil membelek barang.

Tiba-tiba dengar laungan, "sarung tetek...sarung tetek.... ". Itulah ayat yang disebut berkali-kali oleh seorang budak. Budak tu kecik lagi, ada la dalam umur 2-3 tahun camtu. Dok dalam troli mak dia tolak.

Tengok muka mak dia macam segan aje. Mana taknya anak dia laung sekuat hati dengan muka teruja tengok bra yang bergantungan. Aku nak senyum pun tak sampai hati sebab kesian lak tengok muka ketat mak dia. Lagipun orang ramai dok pandang termasuk la aku. Heheh.

Erm ni mesti masa kat rumah time lipat baju or jemur baju anak dia dok usha pastu si mak or ayah or abang or kakak mengajar sebut..... sarung tetek.

Kat khalayak ramai malu pun buat tak malu je la. Anak sendiri takkan sampai hati nak marah.

**************
Morale of story....jangan ajar benda or perkataan pelik kat anak-anak. Tapi budak2 ni kadang-kadang hantar pengasuh jaga, pengasuh or anak2 pengasuh lak yang dok ngaja benda pelik2... Huhuu
Assalamualaikum...

Hari ni jom bersuka ria menengok personaliti berdasarkan haribulan korang dilahirkan.

Contoh: Hari lahir aku pada 21hb Ogos. So aku tengok nombor 21 lah, korang tengok masing-masing punya hari bulan lahir la ye...
  1. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian. 
  2. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.  
  3. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.  
  4. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah. 
  5. Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi. 
  6. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
  7. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronok. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu seoarang yang sangat memilih.
  8. Kamu seorang yang romantis. Beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja.
  9. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" memanjang. Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga. 
  10. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir.
  11. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan.
  12. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya. 
  13. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan. Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan. 
  14. Bagi kamu, karier atau pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu. 
  15. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.  
  16. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit. 
  17. Kamu lebih suka menjaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu. 
  18. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
  19. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.  
  20. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia.
  21. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.  
  22. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.  
  23. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan si dia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.  
  24. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat mengongkong si dia.  
  25. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?  
  26. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja.
  27. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik berprasangka.
  28. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai di kalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan si dia tanpa disedari.  
  29. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.  
  30. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah. 
  31. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia.
Sumber: Email masa zaman diploma dulu.
***************
Jangan terlalu percaya sangat kajian hari lahir ni, ianya memang kajian yang dijalankan selama beratus-ratus tahun. Tetapi ianya hanyalah sekadar kajian semata2, setiap orang kan boleh berubah.*_*
Assalamualaikum.....

Hari ni pegi mana? Aku kat Ampang sekarang ni. Tengah menunggu giliran buat treatment terapi.

Hehee benda percuma kena la cuba kalau bagus untuk kesihatan. Ni baru kali kedua mencuba.

Terapi ni guna batu jade dan banyak kebaikannya untuk kesihatan. Ala-ala kerusi urut tu jugak tapi fungsi dia lain sikit la.

Nak cite lebih-lebih pun aku baru lagi mencuba. Nanti la dah lama dan jika ada kesan yang baik daripada segi kesihatan, bolehlah sharing. Sebab aku ni berpenyakit jugak walaupun nampak macam sihat.

Okey la selamat berhujung minggu semua.
Jom kenali jenis-jenis tisu untuk digunakan kat muka:

Tisu minyak

  • Untuk menyerap lebihan minyak pada wajah. 
  • Lekatkan tisu minyak di muka tapi jangan di kesat pula. 
  • Dahulukan kawasan zon T, kemudian gunakan tisu baru untuk bahagian pipi dan dagu. 
  • Sapukan krim pelindung suria sesudah menggunakan tisu minyak terutama bila melakukan aktiviti luar.

Tisu Bedak

  • Berfungsi sebagai bedak dan menyerap minyak pada wajah. 
  • Kulit yang sensitif-pilih yang mengandungi zat-zat semulajadi seperti rice paper, corn starch, dan kaolin. 
  • Jangan gunakan bila ada luka di wajah untuk menghindar iritasi.

Tisu Basah

  • Tisu bayi dapat digunakan untk menyeka kotoran dan debu yang melekat pada wajah. 
  • Tisu colognette tidak disarankan untuk disapukan pada wajah kerana ia akan menimbulkan iritasi akibat perfume dan zat pengawetnya.

*************
Tambahan:

Tisu Toilet

  • Untuk guna kat toilet le.
  • Jangan guna kat dapur, tak sesuai sebab tahap kebersihan tak terjamin.

Tisu Dapur

  • Lapik makanan bergoreng.
  • Untuk serap minyak pada makanan.
  • Elak guna suratkhabar sebagai lapik makanan terutama selepas digoreng. Karbon pada suratkhabar nanti melekat kat makanan.
Assalamualaikum.....

Tak dapat online sebab netbook buat hal. Windows tak start up bila switch on. Tension daripada petang semalam lagi bermasalah. Ni semua gara-gara install antivirus baru.

Tengah malam semalam dapat penyelesaian dengan undo system restore. Pastu install antivirus semula. Okey pastu tido dengan lena. Pagi nak open lappy terus windows tak start up. Kalau petang semalam still start up tapi hang satu lappy tak boleh buat apa hingga terpaksa swith off secara paksa, tapi kali ni langsung tak muncul windows.

So terpaksa start up windows dalam versi safe mood dan buat kembali system restore. Mujur keluar windows kat safe mood, kalau tak anta kedai la jawabnye. Tak tahulah apa masalah lappy ni. Naya je kalau pasni terus tak leh on.

Baru nak bersuka ria dengan broadband 1 malaysia yang dibeli daripada kawan Ira semalam.... So far okey aje, nanti akak cite kat entry lain ye Ira...

Hehee meroyan sekejap dengan lappy ni. Dah tengah ari dah ni, sat g nak p makan lak. Balas jejak tak start lagi...adeh...
Mulai bulan Mei ni sesiapa yang nak ambil lesen memandu dah ada dua pilihan. Pilihan pertama belajar memandu dengan kereta automatik untuk dapatkan lesen memandu kereta automatik sahaja dan pilihan kedua ialah belajar memandu dengan kereta manual untuk dapatkan lesen memandu kedua-kua jenis iaitu automatik dan manual.

So lepas ni kalau rasa bawa kereta manual tu susah bolehlah amek ujian memandu kereta automatik terus je. Nanti mesti nak beli kereta automatik gakkan.

Kelebihan kereta automatik ni, nanti masa ujian takde dah la nak mati-mati enjin tengah jalan atau kat trafik light masa belajar atau ujian JPJ. Tak payah nak tukar-tukar gear macam kereta manual dah. Tak payah bermain dengan clutch dah.

Tapi yang tak bestnya in case terdesak, kalau ada kereta manual je masa tu dan kalau bawa gak pastu kena tahan dengan polis memang naya la.

Agak-agak harga belajar kereta manual dan automatik sama ke lain ye? Kita tunggu nanti....

*************
Serius....kalau orang suruh bawak kereta manual sekarang, mesti aku terpinga-pinga. Last bawak kereta manual masa JPJ test akhir tahun 2008. First ujian JPJ aku gagal serta merta (GSM) kat jalan raya. Haha bila ingat balik kelakar je. Best pak cik JPJ yang drive...Hehee

Tapi insyaallah rasanya kalau memang guna kereta manual boleh cekap. Dah kalau tiap-tiap ari bawak mesti akan terbiasakan. Tapi kena berfikiran jauh sebab kak KL jem aje, legalah sikit tak payah bermain dengan gear dan clutch. 

Automatik or manual terpulang kat korang. Yang pasti aku sah untuk bawak dua-dua walaupun manual dah tak ingat..Kui3
Kome semua nak haruman kekal harum di tubuh sepanjang hari tak? Jom lakukan tips di bawah:
  • Bolehlah semburkan wangian pada rambut ketika masih basah, lalu keringkan rambut secara semulajadi atau dengan pengering rambut macam biasa.
  • Gunakan pelembab/lotion tubuh yang aromanya sama dengan perfume. Kiranya satu setlah. Contoh Produk Enchanteur ada keluarkan perfume, bedak, lotion dan mandian sekali.
  • Semburkan wangi-wangian ke udara, lalu berpusinglah di bawah titisan wangian yang berjatuhan. Cara ini akan mendatangkan aroma yang lembut dan harumnya tercium samar2 bila kita bergerak.
  • Sembur wangian kat nadi dan tempat tertentu seperti leher, bawah pelipat lengan dan kat nadi lengan tu tenyeh-tenyeh sikit bagi sekata.
*************
Semua cara tu pernah diamalkan dulu-dulu. Cara ketiga tu sampai ada yang tegur, ang ni wat rugi ja perfume tu macam tak kena ja kat badan hang. Huhuu

Masa untuk tido, nak p keja or keluar nanti  pakat-pakat sembur perfume na tapi jangan over sangat nanti tengik lak nak hidu perfume kome je. Lagipun perempuan tak digalakkan menggunakan perfume terutama secara berlebihan dalam Islam.
FONETIK ABJAD YANG DIGUNAKAN OLEH PENGGUNA2 RADIO AMATUR DI SELURUH DUNIA


A-ALFA

B-BRAVO

C-CHARLIE

D-DELTA

E-ECHO

F-FOXTROT

G-GOLF

H-HOTEL

I-INDIA

J-JULIETT

K-KILO

L-LIMA

M-MIKE

N-NOVEMBER

0-OSCAR

P-PAPA

Q-QUBEC

R-ROMEO

S-SIERRA

T-TANGO

U-UNIFORM

V-VICTOR

W-WHISKEY

X-X-RAY

Y-YANKEE

Z-ZULU
************
Selama ni aku ingat depa men sebut aje sesuka hati. Ada kod abjad yang perlu dihafal rupanye..hehee roger and out...
Assalamualaikum...

Kaum Adam selalu cakap kaum Hawa ni suka membelek barang. Tapi hari tu aku jumpa kaum Adam yang membelek barang kat bahagian produk penjagaan diri kemain lagi kusyuk. Jarang kot nampak situasi macam tu (rugi lak tak snap picture).

Pastu pandang my sis dan spontan terkeluar ayat, "owh lelaki metroseksual ni.menjaga penampilan dan mesti beli produk terbaik untuk penjagaan diri.kalah kitakan". Sambil tersenyum-senyum...kih2.

Kadang-kadang bila tengok lelaki metroseksual ni tergelak pun ada. Mana tidaknya mereka lebih advance dalam menjaga kecantikan dan lebih cerewet daripada perempuan dalam menjaga penampilan diri. Rutin harian menjaga penampilan pun berdisiplin aje.

Secara umum maksud lelaki metroseksul adalah seorang lelaki yang menjaga penampilan diri daripada segala aspek. Gaya hidup mereka nampak macam mewah je dan sanggup berhabis duit untuk diri sendiri. Macam pompuan yang suka jaga penampilan dan kecantikan tulah. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki semua nak jaga.

*************
Mesti ada antara korang (blogger lelaki) yang metroseksual ni, cepat ngaku. Takpun orang tersayang (blogger wanita) yang metroseksual. Bagi aku tak salahpun lelaki tu nak jadi metroseksual, cuma berpada-padalah. Dah kalau semua duit dilabur untuk penampilan, makan pasir lak anak bini kalau yang dah kawen tu. Ye dak...Huhuu
Setiap kali ada nak lawat blog orang menda alah ni muncul. Setiap kali aku preview post aku sendiri pun benda alah ni muncul. Jenuh haih kalau setiap kali nak kena masukkan  word verification. 

Kome tahu tak kenapa jadi macam ni? Malicious sesat dari mana lak dah yang buatkan jadi macam ni? Ni pertama kali jadi macam ni. Aku dah clearkan segala history termasuk cookies tapi tetap muncul menda alat ni. Serabut toi...

Wuu lappy aku dah tercemar ke apa aku pun tak berapa berpengetahuan. Sape2 yang tahu tolong la bagi suggestion.
Assalamualaikum...

Istilah kawan makan kawan selalu disebut bila seorang kawan mengkhianati kawan sendiri. Tak kisah la kawan baik ataupun kawan tak berapa nak baik. Point utama menjatuhkan kawan sendiri.

Kalau kawan tak berapa nak baik  yang jatuhkan kita pun, kita dah rasa sakit yang teramat, inikan pula kalau sahabat baik sendiri yang menjatuhkan kita. So kalau korang dapat kesan sahabat baik sendiri jenis suka makan kawan sendiri, seelok-eloknya jauhkan diri daripada dia.

Bukan nak mengada-ngada memilih kawan. Tapi kenapa nak risikokan diri sendiri untuk kawan yang memang sah-sah nak 'makan' kita, telan hidup-hidup lak tu. No point la.

Ada kes kawan sendiri kenakan kawan sampai kawan baik terseret ke lembah maksiat. Nak lari dah terjebak, sudahnya merana diri menyesal tak sudah. So berjaga-jagalah dengan jenis kawan yang makan kawan ni.

**************
Alhamdulillah setakat ni walau seteruk mana pun kawan yang aku kenal, takde la sampai nak jebak aku sekali jadi macam dia.
Assalamualaikum...

Nak tanya yang dah ada pengalaman, kalau dah review alexa selalu amek masa berapa lama untuk dipublishkan kat bahagian review ye?

Untuk segmen kak diana aku baru review kumpulan pertama pada 6 Januari 2012 dan kumpulan kedua 9 Januari 2012. Try cek semula kumpulan pertama tu tapi review tak muncul pun lagi.

Tetiba konpius betul ke tak step aku review ni. Nak review kumpulan ketiga hold dululah. Tengok beberapa hari lagi muncul ke tak apa yang dah direview tu.

Bila diusha ada je review bertarikh 9 Januari pun dah muncul.. Konpius2...

Mungkin apa yang aku review tak memuaskan hati tuan blog, tapi semua aku bagi 5 star ye. Eh aku tulis camni bukan nak suruh orang bagi aku 5 star gak, tu hak masing-masing dan terpulanglah berapa nak bagi pun.
Assalamualaikum...

Tengok gambar kat atas, duduk macam tu dipanggil apa selain istilah menyilang kaki? Kalau mak aku dia panggil duduk silang panggung. Ramai yang suka duduk macam tu walaupun orang tua-tua selalu dok tegur tak sopan dok macam tu, gaya orang kayalah dan macam-macam lagi.

Tak senonoh tu satu hal, daripada segi kesihatan pun tak elok sebenarnya duduk dengan kaki menyilang ni, di mana ianya akan mengurangkan peredaran darah ke kaki korang. Ye la duduk bersilang-silang ni kaki yang kat bawah akan terbeban dengan kaki lagi satu, memang tak balance dan kesan dia untuk jangka masa panjang kaki terbeban tu mungkin akan mengalami kesakitan saraf.

Jadi kalau tak nak terjejas kecantikan dan kesihatan kaki, silalah luruskan kaki setiap kali korang menyedari korang duduk menyilangkan kaki.

Cara yang terbaik untuk duduk adalah dengan meletakkan kedua-dua kaki bersama-sama pada lantai untuk mengimbangi berat badan.

Kalau korang rasa nak ubah kedudukan ketika duduk, daripada menyilangkan kaki, lebih elok gerakkan kedua-dua kaki bersama ke arah yang sama. Ataupun korang juga boleh menyilangkan kaki secara longgar di buku lali. Cara ni lebih elok untuk kurangkan segala kemungkinan yang tak elok.
*************
Kalau menghadiri temuduga duduk menyilang kaki macam ni, sah-sah akan di'fail'kan sebab tak sopan.

Semalam dah review kumpulan kedua untuk segmen jom tingkatkan ranking alexa. Tinggal lagi dua kumpulan. Slow-slow cari mood dan masa.
Assalamualaikum...

Sedu atau dalam bahasa omputehnya hiccup amat menyeksakan dan meletihkan bila terkena. Rasa macam tak boleh bernyawa (melampau je ayat) je bila terkena sedu ni. Nak bercakap pun rasa terganggu dengan sedu, sudahnya termengah-mengah.

Banyak tips atau cara merawat sedu yang boleh dipratikkan. Tapi aku nak share salah satu cara mudah untuk merawat sedu dan insyaallah berkesan. Mesti ramai yang dah tahu, tapi nak share gak.

Caranya ialah tarik nafas panjang2 sambil tekankan jari tengah korang di bahagian belakang cuping telinga korang selama kira-kira tiga minit.

Selamat mencuba bila terkena sedu nanti....

*************
Semenjak dua menjak ni aku BW macam berterabur je-hati tak tenang semua kucar kacir.
Akan cuba review kumpulan ke dua segmen ranking alexa. Moga dapat habiskan kumpulan ke dua ari ni....Chaiyok2...
Assalamualaikum...

Awas!! Seperti barang-barang lain, alat mekap pun akan tamat tempoh gak. So silalah recheck dan ingat-ingat kembali bila korang beli alat mekap korang. Tengok-tengok sama tarikh manufacturer alat mekap mekap tu bila. Sebab banyak alat mekap yang takde tarikh luput kat pek dia.

Aku tak amek kisah sangat pun sebab aku mana ada koleksi alat mekap pun. Haha setakat bedak compact dengan lip liner je pun. Info ni pernah dibaca dalam majalah Remaja semasa aku muda remaja lagi.

Bedak Asas
  • tahan selama dua tahun
  • jika ia semakin nipis dan mula pecah-pecah, eloklah tukar dengan yang baru.

Bedak dan Pemerah Pipi
  • sekurang-kurangnya tahan selama dua tahun

Pembayang Mata
  • dalam bentuk krim tahan selama dua tahun dan serbuk sehingga tiga tahun.

Celak Mata
  • tahan tiga hingga enam bulan sahaja 
***************
Tapi aku slamber je simpan mascara bertahun-tahun sebab aku jarang guna so lambatlah habis. Guna time ada dinner or presentation je masa belajar dulu. Okey je lagi kot lepas habis belajar pun dan alhamdulillah tak gugur la bulu mata. Hahaa pastu tak beli-beli dah mascara dan yang sewaktu dengannya sebab memang tak guna pun. Lama-lama rasa dah tak elok buang je kot.

Bedak yang takde expired date bedak Ronasutra. Ni bedak mineral, tapi dengan muka aku tak berapa menjadi, bila pakai gatal-gatal je dan tak glow macam orang lain pakaipun....
Assalamualaikum....

Buat watermark baru untuk gambar sebab dah bosan asyik guna perkataan biasa je. Lagi pun, tengok blog Nens guna watermark cantik, nak jugak ada watermark cantik. Hehee boleh pulak macam tu ye.

Tadaa....ni hasil air tangan aku sendiri (macam memasak lak) dengan menggunakan adobe photoshop CS3 dan photoscape. Belasah je la labi-labu, asal ada bunga-bunga cinta sikit, nampak ceria. Yang penting warna merah dan pink/ungu tetap ada.
Kalau nak buat sebagai signature pun boleh ni.... Kiranya 2 in 1 la..
**************
Tak tahu kenapa semenjak dua menjak ni hati asyik terlekat je nak pilih warna pink. Daripada pakaian sampai le blog kalau takde pink, at least ungu ala-ala pink pun takpe la. Rasa macam pink dan ungu tu feminim aje. Padahal aku bukan penggemar pink or ungu yang tegar. Haish

Assalamualaikum...

Gambar ni sepatutnya dipublishkan dalam entry pada tahun 2011. Tetapi disebabkan kesibukan ke sana ke mari dan bercuti panjang (tak la panjang sangat pun) maka terperamlah gambar ni kat dalam simpanan seketika. Mujur tak jadi pekasam terus.

Kebetulan masa tu bilangan follower 555-syukran kepada semua follower yang sudi memfollow. Kalau ada di antara kalian yang belum difollow semula silalah maklumkan. Kadang-kadang aku terlepas pandang dan terskip. Jangan kecik hati ye dan jangan takut-takut nak bagitahu aku. Sekarang aku kurang jenguk shoutbox dah.

Kebetulan jumlah entry aku secara keseluruhan pada tahun 2011 ketika tu 222-nampak sangat malas nak update. Orang lain beribu-ribu entry setahun. Hehee takpe mungkin tahun ni akan jadi beribu-ribu (tak boleh confident sangat sebab awal tahun pun dah asyik terskip pos entry).

Kebetulan entry untuk bulan november December pada masa dan ketika tu berjumlah 33-orang lain sebulan dekat ratus-ratus or memang ratus-ratus. Aku setakat 30++ je kot paling banyak entry pun sebulan.

Semua tu hanya kebetulan tapi kena masa dan waktunya maka aku printscreenkan untuk simpanan sendiri dan jadikan entry.

**************
Baru review Kumpulan pertama (kumpulan aku la tu) untuk segmen jom tingkatkan ranking alexa. Untuk kumpulan yang lain insyaallah akan direview secara berperingkat. Ada tiga lagi kumpulan.
Assalamualaikum...

Mengikut kamus DBP berani bererti tabah menghadapi bahaya, kesulitan dan lain-lain. Sifat berani mendorong seseorang melakukan tindakan yang mungkin membahayakan dirinya sendiri. Berani mempertahankan kebenaran sifat tertinggi yang dituntut oleh ajaran Islam. Islam dari awal lagi mendidik umatnya bersifat berani. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud: Berkata benarlah walaupun kebenaran itu pahit.

Keberanian Masitah:
Masitah ialah tukang sisir rambut Puteri Firaun. Beliau berani mengatakan kebenaran mengenai kewujudan Allah. Akibat daripada keberaniaannya itu beliau dan keluarga dihukum bunuh dengan dimasukkan ke dalam kawah mendidih. Oleh kerana kebenaran Masitah, Allah telah memberi kemuliaan iaitu kuburnya berbau harum.

Ciri orang yang memiliki sifat berani:
  • Bertanggungjawab dalam perkara kebaikan.
  • Tidak gentar atau takut terhadap sebarang ancaman musuh.
  • Tabah hati menghadapi sesuatu keadaan.
Pada masa kini, berapa ramai yang berani kerana benar mempertahankan Islam? Kadang-kadang kesilapan orang lain di depan mata pun aku (kita) tak berani nak tegur. Tak nak dianggap sebagai penyibuk dan menjaga tepi kain orang lain. Selepas ni mungkin patut mengubah diri ke arah yang lebih baik, Insyaallah.

**************
Agak sibuk dengan kehidupan, baru dapat ruang berblog. Sedang mulakan mission mereview alexa. Kalau sempat habiskan hari ni lagi bagus. Pertama review alexa penganjur segmen dulu, kedua ahli group aku dan kemudian baru group2 yang lain.
Pada zaman dahulu kala terdapat sebuah pulau di mana semua perasaan tinggal bersama dalam keadaan yang harmoni.

Walau bagaimanapun, pada suatu hari ribut telah melanda lautan dan menyebabkan air laut naik dan pulau tersebut menunjukkan tanda akan tenggelam.

Semua perasaan sangat takut, tetapi perasaan Cinta telah membina sebuah kapal untuk menyelamatkan semua perasaan.

Semua perasaan menaiki bot tersebut kecuali satu je perasaan yang tidak berbuat demikian.

Perasaan Cinta pergi melihat siapakah dia....

Dialah perasaan EGO...

Perasaan Cinta mencuba dan terus mencuba memujuk perasaan Ego menaiki kapal tetapi perasaan Ego tetap berdegil walaupun air laut semakin naik.

Semua perasaan yang lain meminta perasaan Cinta meninggalkan perasaan Ego, tetapi perasaan Cinta sifatnya untuk menyintai.

Akhirnya semua perasaan terselamat kecuali perasaan Cinta yang telah mati bersama perasaan Ego di pulau tersebut...

Cinta mati kerana Ego...

Aku: Kadang-kadang kita perlu tundukkan ego kita demi orang yang kita sayang.
**Diceritakan semula dengan versi aku sendiri.
Assalamualaikum....

Bersiap sedialah membayar saman had haju selepas balik dari kampung. Setakat ni cek memang clear lagi, tapi baru lagikan. Sape nak cek boleh cek kat MYEG- saman JPJ, saman PDRM semua boleh semak menerusi MYEG secara online. Tapi kalau yang malas nak daftar tu boleh la semak satu-satu-semak saman JPJ dan semak saman PDRM(ni pun kena daftar).

Seperti yang semua sedia maklum dari Tapah ke Rawang tu memang ramai incik polis yang suka dok main nyorok-nyorok belakang tiang bawah flyover dengan kamera had laju dia. Selalu nampak bila dah lepas ke depan menerusi side mirror. Nak peace pun dah tak sempat kat incik polis.

Apa nak dikatakan bila kaki dah sedap pijak pedal minyak, memang syok sendiri je la konon2 tak melebihi had haju. Tapi berjaga-jaga jugaklah, selalu sangat lebih had laju bankrap lak membayar saman je.

Aku: Try semak menerusi SMS tapi tak terima apa-apa respon pun lagi.
Assalamualaikum....

Selamat tahun baru untuk semua. Baru ada kesempatan online blog. Bercakap pasal online, kat kampung melayang kredit gara-gara keinginan nak mencuba punya pasal, nak online dengan laju.

Biasalah kat kampung celcom broadband mana ada 3G/3.5G, setakat 2.5G dapatlah, tu pun lambat yang amat. Disebabkan kat kampung line maxis ada 3G maka mulalah nak mencuba. Mula-mula nak subscribe maxis prepaid, tapi tak jadi so slamber je keluarkan simkad maxis daripada handphone dan masukkan dalam broadband, kemudian connect.

Haha dua minit dua puluh lima saat melayang RM26 something. Senyum aje la....nak buat apa lagi. Padahal dulu pernah ada sejarah dengan celcom buat macam tu tapi masih nak mencuba gak. Salah sendiri tak beringat dan nak mencuba. Sejarah sentiasa berulang disebabkan keinginan nak mencuba yang menebal.

Setiap internet provider ada kelebihan dan kekurangan  tersendiri tetapi misi utama tetap berlandaskan keuntungankan. Jangan guna pay per use macam aku buat ye....:)

Aku: Orang dah sebuk dengan 4G... tapi GPRS pun belum tentu ada sesetengah kawasan tu, 3G pun suam2 kuku aje, macam mana tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative