Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu pernah terbaca satu fakta mengenai rambut, kalau rambut kita gugur tak lebih daripada 100 helai sehari tu normal. 100 helai? Banyak tu...Bila fikir balik macam auta le pulak. Eh rajin ke nak kira sehelai-sehelai rambut kome...

Wuu sekarang ni rambut aku sedang hadapi masalah keguguran yang pada aku melampau walaupun tak la sampai tahap botak. Tapi cuak gak sebab rambut jenis tak berapa nak tebal. Kalau ikut fakta macam kat atas memang normal lagi la, tapi bila setiap kali sikat rambut, mandi, buka tudung ada rambut yang terkorban, rasa tak best. Tak boleh nak lepas rambut sesuka hati macam dulu dah. Kalau lepas, jenuh la kena sapu or kutip rambut kat lantai.

Kalau dulu sikat rambut best je setakat dua tiga helai rambut je terkorban. Sekarang? Nak sikat rambut pun tension. Jarang sangat lepas rambut, kecuali masa basah la. Mungkin rambut tak cukup nutrien sebab dah makin panjang. Tapi sayang la nak potong rambut sebab dah bertahun simpan. Dah mencecah bontot. Takde masalah kelemumur, hujung rambut bercabang, rambut berbuah. Cuma masalahnya gugur.

So sebagai inisiatifnya aku beli syampu kat bawah sebab terpengaruh dengan testimoni kat TV untuk tangani keguguran rambut... See kuatnya pengaruh promotion kat media. Melayang RM50 untuk dua benda ni. Syampu ngan krim.


Nak bagi testimoni kena tunggu guna lama sikit baru tahu berkesan ke tak dengan rambut aku. Ye la kadang-kadang orang guna okey tapi sampai turn kita tak okey. Moga berkesan la, kalau tak kena pendekkan rambut gak la kot, senang nak urus. Jangan la sayang rambut aku.

Petua-petua memang tak rajinlah nak praktikkan. Kalau kat kampung tu mungkin rajin jugak. Santan kelapa, daun bunga raya, daun durian semua tu boleh sihatkan rambut.

************
Teringat dulu ada sorang coursemate yang rambut dia panjang sampai cecah lantai. Hahaa pernah terpijak rambut dia sebab panjang sangat pun. Syampu cepat habis, nak sikat pun take time. Tapi bila berambut panjang rasa macam satu kepuasan je bagi aku.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative