Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Apa perasaan korang bila korang nak search something, tapi bila klik kat blog tu maklumat yang korang nak tu takde pun.

Bukan takde apa, kat entry tu cuma ditulis pelbagai jenis ayat SEO untuk menarik orang masuk website dia. Aku cukup geram website macam tu, agak-agak la kot ye pun. Tulis tajuk entry pastu list beberapa perkataan (keyword) yang orang selalu search. Tu je semata-mata.

Nampak sangat pentingkan trakfik je, kebanyakan entry dia hanya dilistkan keyword-keyword yang penting je. Kat search engine nampak macam ada sesuatu tapi sebenarnya kosong, zero, nothing. Bahasa kesat sikit useless. Kalau tiap-tiap hari orang masuk blog dia sumpah seranah, lama-lama jadi doa pulak kang.

Kalau nak bermain dengan SEO pun, apa salahnya taip la entry dan buat la info pasal keyword tersebut. Tak banyak, sikit pun jadilah. Ni betul-betul baris ayat SEO tu je dia letak.

Mungkin la kot, blog dia suka ati dia lakan....tapi aku tetap geram. Sorry la terlepas jugak entry geram ni daripada draft...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative