Sama-sama Bantu Kucing-kucing ni

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cuma nak share ni dengan korang semua. Kalau tak suka just ignore tapi jangan kutuk-kutuk ye. Mereka pun makhluk Allah walaupun mereka hanyalah kucing, InsyaAllah ramai lagi di luar sana yang sudi membantu.

*****************

Assalamualaikum dan Salam Pencinta Haiwan..

PER : SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENGELUARKAN KUCING2 YANG BAKAL DILUPUSKAN DI PUSAT KURUNGAN HAIWAN DBKL SETAPAK

Pada hari yang sama Pertubuhan Aktivis Haiwan diluluskan, kami telah pun berjaya mengeluarkan lebih byk kucing2 yang menunggu masa akhir di Pusat Kurungan Haiwan DBKL ( ini adalah batch kedua telah berjaya dikeluarkan )....Sejak dari minggu lepas hingga ke minggu ini, ubat suntikan maut masih tersimpan rapi di dalam stor perubatan DBKL ( tiada PTS dilakukan )....Kesemua kucing tersebut kini berada di vet Dr Azlan untuk dimandulkan sebelum tindakan susulan dilakukan...Masih ada berbaki berpuluh ekor yang perlu dipindahkan kerana proses pemindahan mereka perlu dilakukan secara berperingkat ( mengikut protokol pihak DBKL )...

Untuk makluman, Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini telah bekerjasama erat di dalam usaha ini....

Nota PH : Sangkar2 kucing yang berada di dalam bilik stor adalah untuk menempatkan kucing2 yg baru ditangkap dan mereka cuma ada masa 7 hari sahaja utk hidup...Gambar di bawah / di sebelah kiri ini adalah menunjukkan sangkarnya berada di luar bilik stor yakni menunggu giliran untuk dilupuskan satu demi satu...

PH sedang di dalam proses utk membuka akaun bank NGO HERO bagi memulakan sumbangan derma ikhlas dari kalian semua untuk menampung kos pemindahan mereka ( termasuk kos pemandulan )..

Namun begitu, PH mengumumkan bahawa kutipan derma kilat bagi membantu Team Hero utk mengeluarkan kucing2 yg bakal dilupuskan ini DIBUKA SEKARANG..

Buat masa ini, PH mewakilkan Saudara Uuncle Angah (https://www.facebook.com/uuncle.angah ) utk menjadi pembantu PH di dalam usaha mengutip derma..Sekiranya ingin menderma IKHLAS, silalah salurkan bantuan kewangan anda kepada Team Hero melalui :

MAYBANK 151017035612 Mohd Firdaus B Abdullah

Team HERO akan bertindak tegas kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalang / mensabotaj usaha menyelamat ini...

Team HERO juga akan pergi ke Pusat Kurungan Haiwan DBKL Setapak pada setiap hari Khamis bagi mengeluarkan kucing2 yang bakal dilupuskan...PH amat mengalu2kan kepada orang awam agar turut serta menyertai misi ini setiap minggu....

Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO ) juga berikrar akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan / memindahkan kucing2 yang sedang berada di ambang maut ini secara berterusan...

"JANGAN FOKUS KEPADA SI PENANGKAP KUCING, TETAPI FOKUSLAH DI MANA SIKAP TANGGUNGJAWAB PEMILIK ASAL KUCING2 INI...???

KALAU ANDA MEMBUANG KUCING, INILAH NASIB PENGAKHIRAN MEREKA...JANGAN INGAT LEPAS BUANG MEREKA DAPAT CARI MAKAN SENDIRI DAN HIDUP SENANG LENANG...

TIDAK SAMA SEKALI...!!!

KEHADIRAN MEREKA DI PASAR2 DAN TEPI JALAN AKAN DIREPOT OLEH MASYARAKAT YANG BENCI KUCING DAN KEMUDIAN MEREKA AKAN DITANGKAP UNTUK DILUPUSKAN KERANA MEREKA TELAH DILABEL DI BAWAH AKTA KACAU GANGGU.....

KALAU TAK MAMPU BELA KUCING BYK2, TOLONG MANDULKAN KUCING ANDA...."

*** lagi gambar kucing DBKL yang berjaya dikeluarkan bakal menyusul... ***

Papa Hero
Presiden Pertubuhan Aktivis Haiwan ( HERO )

Comments

Kakzakie said…
Baru semalam Sya masa kakak nak pergi kerja ada seekor anak kucing kebingungan di traffic light. Banyak kereta yg mengelak dan akhirnya ada satu wanita singh berhentikan kereta ambil dan masukkan dlm kereta dia baru smooth jalan. Kakak memang geli/takut dgn kucing.

Hairan kenapa buang di tengah jalan.
Remy hazza said…
nice entry... kalau tak suka jgn bela......kucing juga punya perasaan..... kasihan kat kucing2 tu.....
Niesa said…
huh?kucing dilupuskan? :( kesian kucing2 tu..xkan la tak ada cara lain lagi nak buat selain "melupuskan"?? ~_~
Tihara said…
as salam

thanks sharing..memang penah baca diorang bunuh kucing n anjing yg berkeliaran..sian kan..in shaa Allah sama-sama kita derma
Ujie said…
alahai..siannya!
rasa mcm salah pulak bunuh membunuh ni. diorang pun ada hak utk hidup. Takde idea lg bernas ke selain mematikan mereka.

binatang tak tau apa..kita manusia la yg salah.
E'in said…
walaupun ein xsuke kucing, tp nape kucing2 nie sume nak dihapuskan? x berperikamusiaan tol laa...
as salam..

walapunsaya ni geli dengan kucing, tapi kesian kan kalau dilupuskan..nanti tak dak kucing dah la kat negara kita ni
azizah :) said…
ya Allah kesiannnya kalau kucin terbiar tu...mereka pon makhluk Allah.. kesayangan Nabi lagi tu..
Koding said…
Dalam usaha menyelamatkan kucing-kucing ini..
Sesiapa yang berminat dengan kucing..
Boleh lah mengambilnya untuk diperlihara di rumah...
C'Jai said…
aduiii..takleh baca la kisah2 menyayat ati mcm ni....siannya..inshaALLAH sama2 kita bantu ye...
MC said…
Saya baru sahaja menerima NOTIS MENGHENDAKI KACAUGANGGU DIHAPUSKAN.
Disebabkan ada kucing yang berkeliaran di kawasan rumah saya...saya pun berikan makanan & minuman utk kucing-kucing nie..lama-kelamaan..kucing-kucing tersebut sudah biasa dgn keadaan rumah saya dan selalu berada di kawasan rumah saya..
Akhirnya, saya pun bela kucing-kucing nie..skrg da masuk generasi ketiga da pun..
Tapi, sayangnya...kucing yg bnyk menyebabkn sisa pembuangan kucing semakin bnyk dan busuk..
Aiii...ade satu rumah jiran tu pun laporkn hal nie kepada pihak majlis perbandaran...
Saya berasa sedikit kesal..
Sekiranya saya mau buang kucing tu..
Nanti salah di sisi undang-undang..
Klu nak 'put to sleep' semua kucing tu..saya tak sanggup pulak..
Cuma ada 14 hari utk saya selesaikn masalah ini...
Saya sudah tiada cara lagi utk selesaikn masalah ini..
yg baik orang tak nampak..yg buruk orang nampak..
Semua kucing itu kucing yg sakit..yg patah kaki..mata buta..
sbb itu saya rasa kesian...
Bela la semua kucing2 tu...
Klu nak besarkn isu ini..saya tetap salah..sbb tak jaga kebersihan kucing-kucing ini...
Sedihnya....

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing