Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Mood rajin ke dapur. Tapi macam biasa la masak main campak-campak je. Kih3 resepi pun disimplekan ikut cara aku... Guna lak pemanggang ajaib best campak, goncang je. Kali ni try buat ayam goreng kunyit lak guna pemanggang ajaib.

Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecil (gaul dengan garam dan kunyit)
Cili padi dibelah dua(nak pedas campak banyak)
Bawang besar sebiji (dipotong bulat)
Bawang putih dititik(ketuk)
Sayur (aku suka sayur.selalu letak kacang panjang, brokoli,bunga kobis,carrot,jagung muda.mana yang ada la.ikut korang la)

Cara Masak:
Masukkan ayam yang telah digaul garam dan kunyit ke dalam pemanggang ajaib. Balik-balikkan pemanggang ajaib sampai ayam masak dan garing.
Lepas tu keluarkan ayam letak dalam bekas.


Campak bawang putih. Biar layu sikit. Kemudian campak bawang besar, cili padi, balikkan pemanggang  sampai layu bahan tadi.

Kemudian campak sayuran. Balik2 pemanggang, campurkan ayam yang diasingkan tadi. hehee goncang pemanggang sampai semuanya bergaul  sekata. Kalau tak masin boleh tambah garam lagi
Boleh letak sikit gula sebagai ganti aji.
Siap....tu la resepi ayam goreng kunyit guna pemanggang ajaib. Tak payah guna minyak, berkhasiat beb. Kenapa banyak sayur daripada ayam dalam gamba? Aku penggemar sayur, so suka sangat letak sayur banyak-banyak.

Tips:
Nak kekalkan nutrien(vitamin) sayuran, masukkan sayur yang lambat empuk (lembut) dulu. Contoh antara carrot dengan bunga kobis, masukkan carrot dulu, goncang2 baru masukkan bunga kobis. Pastu jangan masak sampai terlalu empuk. Kalau masak dalam kuali, masa masak tutup la, selain cepat empuk boleh memerangkap nutrien yang mungkin hilang dalam wap masakan. So macam tu nutrien dia tak la hilang. Ye la kang suruh makan sayur mentah tak lalu pulak doh.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative