Tuesday, December 4

Permulaan Hidup Bukan Pengakhiran

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Perjalanan hidup setiap manusia berbeza-beza. Ada yang lancar sedari kecil hinggalah dewasa. Ada yang dugaan hidupnya besar, tak selancar orang lain. Dan bermacam-macam lagi rencah hidup manusia.

Dugaan...suatu yang subjektif. Ada yang boleh menerima dugaan dengan hati terbuka. Ada yang menyalahkan takdir. Ada yang terlalu pasrah hingga tidak mahu berganjak dari kisah duka.

Takdir...selalu takdir dipersalahkan untuk semua musibah yang berlaku dalam kehidupan. Kadang-kadang bila kepasrahan tertonjol, akan ada kata-kata nista yang tidak sedap didengari telinga. Siapalah kita untuk mengubah takdir yang ditetapkanNYA, tetapi haruslah seiring dengan usaha dan doa kepadaNYA. DIA berkuasa mengubah segalanya. Hanya DIA yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Perubahan...siapa yang tidak mahu berubah menjadi yang terbaik. Hanya mereka yang dungu sahaja berperasaan tidak mahu berubah. Perubahan kerana culture shock haruslah dielakkan kerana selalunya culture shock itu sifatnya negatif (ada yang positif).

Usaha...selagi masih bernafas selagi itu perjuangan belum selesai. Kadang-kadang di mata orang (kita), usaha itu bagaikan belum cukup. Padahal berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Mungkin perkara itu bukan titik permulaan untuk orang lain, tapi harap ianya menjadi tidak permulaan untuk diri sendiri. Permulaan yang agak terlambat untuk diri, tapi ianya begitu dihargai. Permulaan ini moga membuka ruang dan peluang kepada permulaan yang lain.

Setiap permulaan pasti akan berakhir dengan pengakhiran. Semoga pengakhiran kepada permulaan ini akan menjadi sesuatu yang indah dan manis dalam kehidupan diri.
Ya Rahman, Ya Rahim, permudahkan segalanya untuk suatu permulaan ini. Sesungguhnya aku tidak tahu apa yang bakal terjadi ke hadapan hari, kau kuatkan diriku untuk menghadapi segalanya. Aku tahu setiap kesulitan yang kau titipkan, kau sediakan jalan keluar untuknya juga.

21 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

toi tu kak.. setuju sgt...

Tihara said...

as salam

hidup memang satu medan perjuangan kan..in shaa Allah harap tak lupa pada setiap kali memulakan sesuatu dengan bismillah..moga jadi ibadah dan moga mati dalam husnul khotimah..

Ujie said...

sdg melalui satu permulaan dlm fasa hidup ke?

hidup kalau sentiasa lancar, pasti hilang nikmatnya. Halangan/kesulitan itulah membuat kita kenal kemanisan hidup!

Kancil 8349 said...

setuju sangat dengan entri nie...terbaik...

Nur-nba said...

Moga Allah memberi kekuatan pada kita untuk lalui hari2 mendatang yang penuh ujian..

Qhaifa Nur said...

hidup macam roda..berpusing...

HeNRieTTa JoSe said...

Think positive.......

wahida said...

dugaan itu mematangkan kita...

Nizam.Ariff said...

Aminnn...

Aku aminkan doa tu..

Kakzakie said...

Walau apa pun juga setiap yg bermula pasti akan berakhir. Tiada yg kekal melainkah Allah yg Khaliq.

Ujian biasalah pada setiap manusia - kena cari jalan utk mengatasinya.

syiela said...

moga ada jalan bagi setiap permasalahan yg melanda kita

ieda said...

setuju dik
semoga allah sentiasa permudahkan urusan kita dunia dan akhirat .. aminnn ;)

Nur farahiza said...

dalam hidup mmg kena sentiase kuat !
hati kena kuat , fikirang kena kuat , dan tabah tapi tetap beruahsa

Remy hazza said...

kena sentiasa positif........ baru hidup aman.....

jaakechik said...

semoga kita semua lebih tabah dalam menghadapai dugaan hidup...aminnn...

puteri kasih said...

setuju..selagi kita bernafas..selagi itulah kita perlu terus berjuang

Mohd Shafwan said...

singgah satt

E'in said...

akak ade problem ke nie?

nie laa namenye percaturan hidup kan kak..

aku HaniAsyira said...

kalau lah dugaan tu objektif jenuh jugak nak fikir tu kan..

takdir itu Allah tentukan.. mmg dia lah selayaknya menentukan pun.. =)

apa2 pun yupp,, sokong semuanya

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Setuju sgt

C'Jai said...

Moga hidup kita dipermudahkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...