Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tadi jalan-jalan kat Putrajaya, nampak macam meriah je kat Presint 2 tu. So saje je nyinggah tengok ada apa yang meriah sangat tu. Rupa-rupanya ada karnival jualan buah-buahan tempatan. Usha kejap je sebab tu bukan tujuan utama pun.



Untuk penggemar buah-buahan tempatan yang berdekatan dengan Putrajaya bolehlah datang sebab benda ni sampai 11hb, hari selasa nanti. Ada durian party kat situ, bayaran masuk kanak-kanak RM5, dewasa RM15, warga emas RM10. Aku rasa boleh makan banyak mana nak le kot kat situ. Dalam tu ada tiga jenis buah je-Durian, Manggis dan Rambutan. Aku tak masuk sebab tak hadap nak pulun makan kat situ gak.

Boleh beli macam-macam buah-buahan tempatan lain seperti limau dalam gamba, nangka, manggis, durian, cempedak, langsat dan lain-lain.



Selain tu ada ada la juga jual pokok-pokok, bunga orkid, gerai makanan sikit, pameran sikit. Tak besar mana pun karnival ni tapaknya. Hehee. Ada lagi gamba tapi tak larat nak edit letak watermark dan resize dah. Ngantok dah...huhuu

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative