Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dulu pernah buat entry berkenaan kemungkinan kenaikan gaji ditarik sebab pihak pentadbiran tak peka. So kira ni nak updated la kisah selanjutnya apa yang jadi. Memang diaorang kena bayar semula gaji yang kerajaan dah terlebih bayar tu. Tapi without any notis potongan gaji terus dibuat ke atas gaji terakhir mereka pada tahun ni (mungkin gak ada notis tapi tak sampai ke tangan orang yang sepatutnya). Sebab kontak diaorang ni sampai tahun ni je dan tak tahulah tahun depan ada peruntukan untuk sambung ataupun tidak.

Makanya dapat bonus pun macam tak dapat bonus le. Malah lebih kurang daripada gaji asal. Mengeluh memang la mengeluh sebab dah la tahun depan kena cari kerja baru, komitmen bulan ni pun belum tentu dapat dilunaskan sepenuhnya ekoran potongan tersebut. Plan awal duit bonus tu dapatlah menampung belanja tahun hadapan sekiranya kontrak tak sambung, tapi jadi sebaliknya. Owh kena pinjam Ahlong kot next year.

Pendapat aku, sepatutnya bulan berikutnya (bila pentadbiran dapat kesan kesilapan) gaji yang dibayar perlulah mengikut gaji yang sepatutnya mereka dapat. Bukan gaji yang tak sepatutnya tu. Sebab hanya pihak pentadbiran boleh sahkan gaji mereka berapa sebenarnya. Kenapa perlu tunggu sampai akhir tahun dan menyusahkan orang. Mereka pula berharap memang kenaikan gaji tersebut betul, dan tiada potongan. Impaknya sangat besar bagi mereka ni terutama yang telah berkeluarga.

Apapun menurut pemilik slip gaji ni, dia redha dan bersyukur sebab masih tetap dapat juga gaji walaupun tak penuh. Dia berfikiran positif, rezeki Allah ada di mana-mana. Tolong doakan murah rezeki dia, dapat kerja tetap ye.

Daripada slip gaji ni, terbuktilah gaji mereka memang kena potong.

p/s: Best jadi orang yang ada pangkat dan kedudukan nikan, tahu arahkan je. Bila berlaku kesilapan, orang bawahan juga yang kena. Sungguh tidak adil tapi itulah lumrah kehidupan. Semoga terhindar daripada menjadi mangsa korban kerakusan pihak atasan. Moga terlindung daripada perbuatan khianat orang yang mencari seseorang untuk dipersalahkan. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative