Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Entry wordless Wednesday semalam----> Wordless Wednesday: Terung. Terung ni lebih dikenali sebagai terung pipit. Nama lain terung ni terung rembang. Tapi kalau aku kat kampung dulu aku lebih suka panggil terung cawing. Nama lain yang sahabat blogger bagitahu ialah terung belanda--->Blogger Remy. Kalau dalam bahasa jawa dipanggil cepokak--->Blogger Kakzakie.

Macam-macam resepi boleh buat menggunakan terung pipit ni. Dulu selalu masak sambal tumis ikan bilis dengan terung pipit. Terung ni pokok dia tumbuh sendiri, merata tempat kat kampung tu. Percuma banyak mana nak, amek la. Tak payah susah payah nak tanam pun.

Masak lemak pun boleh campur terung ni, masak gulai keladi pun boleh campur. Tengok komen-komen sahabat blogger tinggalkan....macam-macam boleh masak guna terung ni.

Satu lagi menu yang selalu buat guna terung pipit ni masa kat kampung dulu ialah sambal terung pipit. Cara senang je. Rebus terung pipit sampai empuk/lembut. Masuk dalam bekas, penyek-penyek terung pipit sampai terkeluar biji dia/hancur. Letak isi ikan rebus/goreng yang dah dihancurkan. Campak cili kecik, asam, garam, belacan. Gaul rata. Selalu makan dengan pucuk2 dan ulaman yang direbus. Sedap!!

Terung ni kalau makan mentah pun sedap. Rangup...kalau nak makan mentah cari la terung pipit yang masih lembut tu. Makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng sedapnya. Kalau makan dengan ikan kering or masin or pekasam lagi la heaven. Selera kampung....

Ha betul tu selain masak, boleh guna untuk buat peluru. Ala masa kecik-kecik dulu biasalah budak-budak jadikan peluru. Tapi aku tak buat pun, budak lain yang main.heheh

Ni komen daripada Blogger Tihara. Mungkin jugak betul berdasarkan kajian yang dijalankan. Alamak takut jugak la. Tapi terung ni memang makanan utama orang-orang kampung masa dulu dan sekarang pun jugak.

Thanks kepada semua blogger yang sudi berkongsi info mengenai terung ni....

Update (baru baca komen ni)
Komen daripada Blogger Adry.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative