Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Cinta perasaan normal yang wujud dalam diri setiap insan bergelar manusia. Sejahat mana pun orang tersebut, mesti ada sekelumit perasaan cinta. Cinta terlalu luas...tidak terbatas cinta kepada manusia sahaja. Topik kali ni pasangan lelaki lebih muda.

Cinta tak mengenal usia. Walaupun berbeza umur, pasangan yang bercinta akan berkomitmen untuk mengakhiri percintaan dengan sebuah ikatan perkahwinan. Bagi lelaki, tidaklah janggal jika pasangan mereka jauh lebih muda berbanding umur mereka.

Tetapi  bagi wanita, pasangan yang jauh lebih muda berbanding diri kadang kala menjadi buah mulut orang. Pelbagai andaian terbit dari mulut orang berkaitan perkahwinan tersebut.

Tidak dinafikan, zaman sekarang lebih terbuka. Ada lelaki yang tidak kisah berpasangan dengan perempuan lebih tua, ada perempuan yang tidak kisah berpasangan dengan lelaki lebih muda. Pandangan masyarakat pun semakin jernih. Maklum seperti menjadi trend berkahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda.

Sebenarnya bukan trend, tapi sebab ramai yang kahwin dengan pasangan lelaki yang lebih muda sekarang, tu  yang nampak macam satu trend. Selebriti terkenal juga ada yang berkahwin dengan pasangan lebih muda dan tua. Antaranya Tomok, Ella, Didie Alias dan ramai lagi.

Dan hujah yang selalu diperdebatkan ialah Rasullullah s.a.w. sendiri berkahwin dengan wanita yang lebih berusia daripada dirinya iaitu Siti Khadijah.

Lelaki muda? Daripada kajian yang telah dibuat lelaki ni lambat matang dari segi pemikiran. Teringat ayat seorang lecture dulu yang membahasakan teman sekuliah lelaki sebagai anak kucing. Punya dia nak tekan kat situ lelaki lambat matang berbanding perempuan. Ada juga kebenarannya jika diperhalusi.

Tapi rasanya kematangan seseorang itu tidak kira lelaki ataupun perempuan bergantung kepada individu itu sendiri. Persekitaran, gaya hidup, orang sekeliling mungkin menjadi faktor yang mempengaruhi tahap kematangan seseorang.

Aku sebagai seorang perempuan memang kalau boleh tak nak jodoh yang lebih muda daripada diri sendiri. Sebabnya? Banyak yang bermain di fikiran. Faktor kematangan, faktor usia dan sebagainya.

Sedaya mungkin diri akan cuba mengelak tapi jika sudah tersurat berjodoh dengan lelaki yang lebih muda usianya hati redha. Hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Diri masih berfikir apa perasaan lelaki yang berkahwin dengan perempuan lebih berusia dari diri dia. Ikhlas ke? Mungkin akan berubah perasaaan tu seiring dengan berjalannya waktu macam kisah seseorang yang aku kenal. Bila dah beranak pinak terbit perasaan menyesal. Mula berjinak mencari kekasih gelap yang muda.

Tapi ramai juga yang bahagia seperti kisah seseorang yang aku kenal juga. Apa pendapat sahabat blogger sekalian? Buntu...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative