Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Tengok picture kat atas, ni perkara biasa kat KL. Suasana sesak yang menyesakkan. Tapi hari tu sesaknya bertambah menyesakkan. Mungkin sebab sekolah baru bercuti. Gambar ni diambil sabtu lepas, em nak update blog pun terhegeh-hegeh. Mood tuan blog tengah kucar kacir camtu la jadi. Blog terpaksa ditinggalkan, takut nanti tertulis something yang terlalu personal.

Oke la off story pasal mood. Sesak yang menyesakkan, situasi yang tidak disukai. Mood elok pun akan bertukar kepada mood geram bila ada yang kurang ajar. Sopan santun tu pun penting di jalan raya, baru sejuk hati orang lain.

ATTITUDE di jalan raya amatlah mengecewakan. Pentingkan diri sendiri dan tidak bertolak ansur perangai yang selalu dipraktikkan oleh ramai orang. Semalam cuti, so jalan-jalan le.

Tengah elok-elok memandu dengan tenang, tiba-tiba driver dan co driver menjerit. Gamat kereta, siap mengelak ke sebelah kiri sikit. Mujur takde kereta lain kat sebelah kiri. Nak tahu kenapa aku menjerit sakan?

Ada la mat rempit tegar ni, dua orang naik motor ala-ala superman nak mampos. Dia dari jalan menghala ke Kajang, aku lak menuju Semenyih. Ada ke patut dia 'curi' jalan kitaorang, tepat menghala ke arah kereta kitaorang. Dah la laju bawak motor. Nak brek memang tak sempat la. Mujur sempat elak. Eh ni sape nak langgar sape la pulak dah. Kena sekolahkan semula kot, dah la dengan tak pakai helmetnya. Berdesup macam tak takut mati je. STUPIDO betoi la.

Kita dah berhati-hati tapi kadang-kadang tu terkena jugak. Minta dijauhkan daripada perkara tak elok. Terbang sekejap semangat bila berhadapan situasi macam semalam tu.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative