Friday, November 23

Cara Dapatkan Semula Fail yang dipadam

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Nak berkongsi dengan yang tak tahu lagi, kalau dah tahu pergi main jauh-jauh ye. Nak berkongsi cara dapatkan balik maklumat fail, folder, gambar dan apa sahaja yang dah didelete daripada komputer secara kekal. Ayat senang cara dapatkan semula permanently deleted folder daripada komputer. Sebab hari tu aku tak sengaja terdelete fail penting. Delete pulak tu bukan masuk Recycle Bin, so memang sah-sah tak boleh recover kat Recycle Bin.

Untuk pengetahuan bersama, kalau tekan delete biasa tu fail yang didelete akan masuk ke Recycle Bin (kebanyakan komputer macam tu, tapi sebenarnya boleh setting). Tapi kalau tak nak fail tu masuk Recycle Bin  korang boleh tekan shift + delete kat keyboard. Fail tu takkan masuk kat Recycle Bin dah. Aku jenis manusia yang suka tekan shift+delete terus.

Dan untuk pengetahuan bersama lagi, fail yang didelete takkan terus terdelete daripada komputer. Kecuali la kalau banyak sangat korang delete, kalau space untuk simpan memory fail yang didelete tu full memang la akan diganti dengan fail terbaru yang didelete. Ataupun untuk tempoh masa terlalu lama baru korang nak recover balik fail tu, mungkin dah tak dapat diselamatkan. Tempoh masa tu aku pun tak pasti berapa lama sebab aku bukan budak komputer. Hahaa mungkin ada yang tahu boleh tinggalkan komen nanti.

Cara nak recover fail tu senang je, korang download je software yang berkaitan. Banyak software yang ada untuk korang pilih. Macam aku, aku guna Pandora Recovery. Taip je kat google search Pandora Recovery, aku pilih softpedia sebagai medium untuk download. Lepas tu setup la dalam komputer/laptop masing-masing.

Dengan software ni korang boleh dapatkan semula apa sahaja fail penting yang tak sengaja terdelete bukan kat hard disk je, tapi kalau terdelete daripada pen drive, usb flash pun boleh. Tapi ada juga yang komen sesetengah fail tu jadi corrupted. Tak tahu la yang jadi macam tu tapi aku punya oke je dia recover setakat ni.

Masa recover tu seeloknya pilih la save kat hard disk lain daripada asal fail tu. Macam aku terdelete fail yang aku save kat D. Masa recovery proses tu aku pilih C. Dah recover baru pindah ke D semula.

Senangkan? Jangan susah hati dah ye kalau terdelete fail lepas ni..Chill...

******************
p/s: Dah tak boleh online blog tiap-tiap hari sekarang ni. Sekali online kena pulun la. Sorry sangat-sangat.;(

56 comments:

Nens Collection said...

senangnyer..dulu2 nape xde software camni ek kak..sy ms blaja dulu last minit tarikh antar assingment ilang..dh la byk page buat..mmg giler pulun sehari semalam buat balik..huhu..

skang fail x bape penting sgt sbb dh ade sistem bg bahagian akaun la..jd bekerja ngn sistem..tp kene th jgak ni..kalo jd further stady harus tauu ni..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

cmtu ea. yui tak pernh try lg..hihi

Ujie said...

Oh..gitu ya! Thanks bebanyak..sbb saya tak tau pun. Patutla mcm terer je org dpt fail yg dh permanant delete, guna software je.

*sunyila dunia blog mcm ni..awak kn blogger aktif. :(

Ujie said...

Thanks byk2! Baru tau. patut la terer je org boleh recover. ^__^

*sunyi sikitla dunia blog..aishah kn blogger aktif. Tapi takpelah, yg utama perlu didahulukn.

ieda said...

Tq dik
tipss yg sgt2 bagus ... ;)

MRS Rongoks said...

nnt bg je ek alamat tu tp make sure bg hari nie jugak. sbb ika nak print out nama & alamat tu .

Wak Gelas™ said...

wak pon kekadang nak cari file yg dah terdilit jugakkk...Uhuuuus

Tihara said...

as salam
bagus jugak tips ni...temkiu:)

Nur farahiza said...

thanks for sharing ye

Nisah Idham said...

oo baru akak tau yang delete2 permanent tu bole dpt balik ye, ingatkan dah delete tu dah kire abis dah. thanks sharing :)

Nafira usof said...

waahhh.. ilmu baru neh.. thanks yer~

puteri kasih said...

nice sharing..boleh digunakan sekiranya terdelete fail :)

Kakzakie said...

oh... seriously kakak baru tahu Sya. Kalau kakak tahu kakak panggil budak IT tolong mesti dia pun tahu hal macam ini sebab pernah terjadi pada kakak jenuh dibuatnya.

Kesuma Angsana said...

tq share ni ye gd one!

C'Jai said...

Tu la cik aisha...baru je memulakan kunjungan kat umah member2 ni...penat mendaki tak abis lagi...heheeee..

btw n3 ni sangat berguna dan berinformasi...TERBAEK..

Juliet_iRa~" said...

yeke kak?haha

ira sll xpnh plak cari file y dah delete..sll mmg kalo nak delete mmg nak delete terus hihihi..

gtu ye..kalo terdelete blh la cari software tu hihi tq kak!~

Sham Fiza said...

Klu history yg dah delete leh dapat balik x?

Sham Fiza said...

Klu history yg dah delete blh dapat balik x?

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

thanx sgt2,sbb kdg terdelete,,thanx ye,hehehe

Bui Junaidi said...

WOW..MMG BEST..NAK JUGAK TRY

widiea azira said...

wushhhhh baru tahu ni. .okey nak try!!

Aishah Jahirah said...

@Nens Collection
dulu pun dah ada rasanya nini...tp skang lagi banyak pilihan software mcm ni.

Aishah Jahirah said...

@nuyui a.k.a miss YUI
blh la try kalau perlu..:)

Aishah Jahirah said...

@Ujie
tu la rahsianya....
em rindu juga blog n kwn2 blog tinggal lama2...heheh

Aishah Jahirah said...

@ieda
welkem.heheh..:)

Aishah Jahirah said...

@MRS Rongoks
thnks ika..:)

Aishah Jahirah said...

@Wak Gelas™
blh la cari dgn jayanya pasni wak...hihi

Aishah Jahirah said...

@Tihara
welkem....:)

Aishah Jahirah said...

@Nur farahiza
sama2...sharing is caring...:)

Aishah Jahirah said...

@Nisah Idham
boleh dptkan tp tgk keadaan juga la...:)

Aishah Jahirah said...

@Nafira usof
ilmu bersama...welkem...:)

Aishah Jahirah said...

@puteri kasih
sama2 manfaatkan..:)

Aishah Jahirah said...

@Kakzakie
xpe kak...lepas ni kalau terdelete blh dptkan smula sbb dah tahu caranya.:)

Aishah Jahirah said...

@Kesuma Angsana
welkem KA...:)

Aishah Jahirah said...

@C'Jai
mesti mood CH lagi ni...heheh
tq kak...:)

Aishah Jahirah said...

@Juliet_iRa~"
haha nama pun delete mesti xperlukan dah...tp tu la kdg2 terselit juga fail yg penting masa delete tu...heheh akak la selalu mcm tu.

Aishah Jahirah said...

@Sham Fiza
history kat mana ye?kalau internet history rasanya xblh dptkan dah if dah clear browsing.

Aishah Jahirah said...

@NORSHAHFEZA HAMSAN
sama2....:)

Remy hazza said...

trhanks for sharing.....
berguna nie...remy selalu cuai..kekadang terdelete jugak fail2 penting....

Aishah Jahirah said...

@Bui Junaidi
try jgn xtry kak Bui...hehee

Aishah Jahirah said...

@ widiea azira
hee try le nanti...:)

cikji said...

next time blh mai rujuk sini.tq dear

hnahdy said...

kena da sofware tu dlu bru bleh dapatkan file yang delete?

Nelly Strange said...

wah , tq !!!

:)

-meeSUPERGIRL- said...

igtkan setakat yg duk rcycle bin je boleh amek balik. yg hapus terus pun boleh amek . haha cangih3

Yaya Azura said...

kita sepesen..suka tekan shift delete..
tapi akak keje guna sistem akaun..microsoft office tu guna jugak la..

syiela said...

thanks share.. baru tau boleh dapat balik ni...

nn lylyn said...

pernah ade software ni dulu.tp dh format pc dah xde..

ummiross said...

lama ummi tak singgah.
Thank you ye Aishah berkongsi ilmu.

Marya Yusof said...

As salam Aisyah,

Lama tak jln2 sini, dtg arini dpt tips menarik & sgt2 sgt berguna! Thank you2... akak mmg suka delete mendelete ni lepas tu menyesal....huhuu Thanks again :))

Eiqa Almond said...

Lama x nampak awokkk T_T

Ann Ishak said...

bagus info ni, saya pun suka kalau delete mesti nak tekan shift sekali

L said...

thx.. L selalu sgt terdelete benda penting.. haha..

Juliet_iRa~" said...

hihihi bahaya akk ni..tp xpe dah ada software ni heee :p

akk bz ek skg?

psss : mmg pn kalo nk buat sesuatu kena tunggu mood rajin kalo x semua terbengkalai ahahah

Lia Irdelia said...

tak pernah tau pun ada software camtuh..
hahhhaha..
boley try pasni...

p/s : lama mghilang?.. hhee

Anonymous said...

Tq 4 infomation...pandora tu ade licence key x...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...