Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Masa raya puasa hari tu jari terkena mata pisau...terkopek kulit nampak isi. Parut masih bersisa. Raya haji ni pulak jari terkena api lak. Melecur... pedih la jugak tapi buat-buat tak reti je. Ala apa sangat satu jari je yang melecur (ayat kena la berlagak sket..haha).

Nampak lagi kembung akibat melecur tu walaupun beberapa hari telah berlalu. Yang bahagian terkopek kulit dah mengering. Cuma bahagian kulit kembung tu masih nampak warna terbakar. Dah letak minyak gamat cepat je kering... Huhuu..Huduh sungguh.

Tengok la parut kena mata pisau masa bersisa. Bakal parut kat jari sebelah je.. berjiran la kome nanti..

Al kisahnya aku balik kampung, biasalah kampung girl kan. Pelekat api, bakar segala benda yang tak sepatutnya. Huhuu sekali api menyala, konon-konon nak marakkan lagi, terjatuh sisa bahan bakar atas jari ku yang runcing. Hambik kau rasa nak jerit je tapi tak terjerit pun. Senyap-senyap je tahan sakit sendiri. Mujur satu jari je yang kena. Haish ni  macam dah kes bakar jari sendiri dah ni.

Moral of story berhati-hatilah, jangan bermain dengan api.heheh...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative