Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Ni la header pertama blog ni, masa tu nama blog pun lain. 100% guna PhotoScape dan belajar sendiri. Asalnya suka edit picture pastu terfikir nak buat header pulak.

Terasa rajin nak buat tutorial cara nak buat header blog sendiri. Cuma kena ada software PhotoScape je... Guna Paint pun boleh sebenarnya.... Tapi tuto ni berdasar PhotoScape le. Ni cara aku la, setiap orang mesti ada cara sendirikan.....

Mula2 korang kena tahu berapa height dan weight yang sesuai untuk header blog korang. Selama ni aku try and error je. Tapi sebagai penanda aras pergi kat template, pilih customize, klik kat adjust widths. Tengoklah entire blog korang berapa px. Macam aku punya blog 940px.

So jom buat apa lagi...

Muncul la kotak macam kat bawah ni. Letaklah height dan weight yang sesuai dan pilihlah warna yang korang nak sebagai latar. Selalu aku letak height 900 dan weight 350. Tapi dalam contoh ni aku letak 850x270. Sebab nak letak frame nanti. Boleh adjust size kemudian tapi saje je.

Next step pilih frame, kalau nak le. Tak nak pun takpe....

Memula klik kat Object, lupa nak print screen bahagian yang ni.  Pastu ikut macam picture kat bawah ni...

Aku suka picture kasut ni....so aku pilih yang ni...

Picture tu kita boleh besar or kecikkan dan bawak ke mana kita suka dengan cara drag guna mouse. Pastu jom masukkan icon sedia ada pulak....

Ni icon/picture sedia ada dalam photoscape...banyak jugak yang sesuai untuk hias blog. So pilih la mana yang berkenan.

Aku pilih love. Ni memang icon kesukaan aku sejak dulu. Pastu next jom buat text pulak.

Pilih la jenis tulisan, warna dan apa2 yang sesuai ikut citarasa masing2... Pastu tekan la ok..

Ni la hasilnya. Korang boleh ubah lagi kalau nak....

Ni untuk ballon, suka ati jugak nak letak ke tak. Saje je nak letak...



Okey kalau dah puas hati boleh la save

Boleh pilih nak save as type apa, GIF ke, JPEG ke terpulang la. Selalu aku guna JPEG...

Pilih kualiti... Seelok2nya 90 ke atas. Tapi aku selalu pilih low sebab tak nak saiz header terlalu besar, nanti loading lambat pulak blog. Seeloknya lepas save preview la dulu picture tu, kalau rasa macam tak oke, pilih la kualiti yang lebih tinggi.

Done....boleh diupload sebagai header.

Nota Tambahan:
  • Boleh guna undo dan redo untuk mudah urusan mengedit header.
  • Boleh explore kat Filter, banyak function yang mungkin berkenan untuk cantikkan header.
  • Kalau dah masuk frame height dan weight header akan berubah, korang boleh save dulu kemudian open dan resize ikut height dan weight yang sesuai. Tapi aku tak suka sebab nanti nampak kembang. Heee so aku suka try and error. 
Dah dapat asas dia, rajin explore, lama2 mesti lagi improve. Selamat mencuba...

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative