Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Dah lama tak bagi tips kan. Kali ni nak kongsi tips supaya dapat tidur dengan tenang. Sekurang-kurangnya mencubakan. Maklumlah kehidupan seharian kita kadang2 buat otak serabut dan penat. Meh cuba tips ni (lebih kepada amalan sebenarnya):

  • Seelok-eloknya pastikan dah berus gigi, cuci muka, basuh kaki. Dan yang terbaik berwuduk sekali.
  • Pastikan tempat tidur bersih. Ketuk2 la bantal tu dan kibas2 tilam, mana taw ada habuk ke serangga sesat ke.
  • Mengucap dua kalimah syahadah dan kemudian baca doa tido.
  • Biasakan diri amal baca Bismillah 21 kali. (Kalau kat hostel dulu siap buat pagar nak elak gangguan makhluk halus)
  • Berniat dalam hati memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap kita. Berdoa apa2 yang kita nak dalam hidup dan berdoa dipermudahkan segala urusan pada keesokan harinya.
  • Ketika minda separa sedar tu cuba kosongkan fikiran dan bayangkan perkara2 yang baik pada keesokan harinya. Kira macam set minda la.

Insyaallah selalunya kalau tension pun, pagi esoknya mesti bangun dengan semangat baru untuk meneruskan hidup yang mencabar ni..:)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative