Tips kelihatan kurus

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.....

Sedikit perkongsiaan bagi yang ingin kelihatan kurus walaupun badan sedikit berisi.
  • Elakkan memakai pakaian yang licin kainnya. Fabrik licin menyebabkan badan kelihatan lebih besar.
  • Elakkan memakai baju berbelang melintang, pakailah pakaian yang menegak belangnya. Ilusi mampu membuat badan kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah baju yang bercorak bunga kecil supaya akan nampak lebih kurus. Kalau pakai baju yang bercorak/ berbunga besar akan jadi sebaliknya.
  • Jangan pakai pakaian terlalu besar, dan jangan pakai pakaian terlalu sendat. Terlalu besar akan buat diri nampak lebih besar dan terlalu sendat pula akan menampakkan segala lemak pada badan yang mahu disorok.
  • Kalau jenis badan yang berisi kat peha tu, pakailah baju yang agak labuh menutup punggung dan peha. Seeloknya baju tu bercekak kat pinggang untuk mengalihkan perhatian mata orang yang melihat.
  • Kalau jenis badan berisi kat pinggang pula, pilihlah baju yang tidak bercekak supaya lemak2 kat pinggang dapat ditutup dengan jayanya. Boleh alihkan perhatian dengan memakai jeans berpoket dan sebagainya.
  • Untuk yang tak bertudung (non muslim), pilihlah leher baju yang berbentuk V kerana ianya akan menampakkan diri kelihatan lebih kurus.
  • Pilihlah pakaian yang berwarna gelap, selalu orang akan pilih hitam. Warna gelap mampu membuat seseorang kelihatan lebih kecil daripada saiz asal. Tapi janganlah pakai fully hitam, macam orang berkabung pulak dah. Boleh match dengan warna lain yang ceria.
  • Pakai bengkung suapaya lemak dapat disembunyikan selain fungsi bengkung membentuk kontur tubuh badan.
Kalau ada tambahan lagi bolehlah kongsikan bersama... Kebanyakan point aku ni berdasarkan apa yang aku pernah baca dan tahu.

Comments

Ujie said…
Kalo utk kelihatan kurus dlm gambar, kita yg besar ni nyorok sikit blkg org yg comel! ^__^
Nens Collection said…
hoho..sy main belasah jek..janji cantik dimata belasah je..haha
tp kalo org yg kerja bidang profesional..wajib tau sume ni..

kak, ade x tutorial nk letak iklan bwh n3?..puas dh gode2 x jadi pon..huhu
amranaiman said…
bagus2 tips utk laki xde?
wahida said…
ckp pasal bengkung, bilalah aku nak start pakai bengkung aku tu...beli tapi tak pakai....huhuhuhu...
Nafira usof said…
hehehehe.. tips yang sgt bagus~
Lyaa Suriany said…
kite pun follow tips yg ada kt ats tu.hehe
Tihara said…
nak kena diet lebih ni :)
Izan Ishak said…
kak izan cam gumuks... tapi ada juga baju kurung yg corak bunga besar2.. hogo...
Remy hazza said…
paling mudah...cam remy...pakai baju hitam...... tak nampak sangat babat tu.....hu3
Cikgu Ma said…
wah..tips ilusi ni..hihi...tapi seeloknya berpakaian la menutup aurat kan ^_^
C'Jai said…
tips yang berguna untuk org yg berisi..macam hakak laaaa... tp akak ni mmg suka pkai baju2 yang besau...selesa sangat rasanya..hehehe.. tu lalang ke..? kim mmmuaaah kat lalang..
Acik Erna said…
Assalam AJ..acik ni jenis suka sangat pakai baju besar..dari dulu lagi..yang tu susah nak elak ,..memang susah acik nak nampak kurus
ummiross said…
Aishah,orang kat warna hitam boleh membuat kita kurus 20% saiz sebenar,hehe macam ni kena banyak koleksi baju warna hitam gak ni.
puteri kasih said…
dah memang kurus pun..hehe
-meeSUPERGIRL- said…
yg penting aurat kena jaga . tak gitu? hehe
Ros said…
Assalamualaikum Aishah,

Terima kasih ya Aishah...perkongsian yang sangat baik nih....
Khalilah MNor said…
Saya pun selalu pilih/pakai leher V walaupun bertudung... Selain ilusi kecik sikit, rasa tak tercekik sangat. Yg pasti ada inner:)
terima kasih tips ni akak.. boleh cuba-cuba ni..
ayut said…
jom kelihatan kurus wlupun realitinya tidak..ohhh...tidakkk :D
hnahdy said…
kalau nak bg nampak tinggi.huhu
Koding said…
Di samping beruha untuk kelihatan lebih kurus ...
Jgn lupa untuk terus berusaha agar benar-benar kurus...
E'in said…
e'in dh terlampau kurus dh nie.. pakai laa pape baju pun.. huhu
Sanji Ngatmi said…
simple pakai pakaian gelap macam hitam .. komfem kurus
L said…
L buatlah cmne.. haha. si dia tetap panggil gemok. heh. malas tengok cermin dah.. haha

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing