Tergigit Bibir nak Makan Daging

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia....

Selalu kalau tergigit bibir sendiri mesti ada yang akan cakap, ''nak makan daging tu''. Terutamanya orang-orang yang dah senior la selalu akan cakap macam tu. Tak tahulah kenapa dan mengapa orang akan cakap macam tu. Apa fakta dan kejadian yang pernah berlaku disebalik kata-kata tersebut pun tidak diketahui

Selalu jugak tergigit bibir sendiri sampai bila mengadu ada kawan-kawan yang cakap, ''gigi ko tu tajam sangat kot, nak kena asah''. Haha pastu senyum jelah dengar gurauan macam tu.

Pastu kadang-kadang sengaja pergi makan daging, pastu dengan bangga cakap, ''dah makan daging dah, pasni mesti tak tergigit bibir dah''. Kesabaran jelah padahal takde kaitan pun kalau difikir secara logik.

Tertanya-tanya juga dalam hati, apa asal usul ramalan tergigit bibir nak makan daging ni. Erm kalau daripada segi agama aku rasa benda ni tak wajar la dipercayai. Hanyalah kepercayaan dan ramalan orang dulu-dulu yang terbawa hingga sekarang. Bukan nak menidakkan sesuatu yang dah jadi turun temurun, tapi tak semua kepercayaan dan adat yang selaras dengan kepentingan agama jugakkan.

Ye la dah jadi macam peramal pulak dah, owh tergigit bibir dia nak makan daging le tuh. Ish ye ke... kebetulan je kot

**************
Tergigit bibir memang nak makan daging pun kot, daging bibir sendiri...haha.

Sakit woo bila tergigit bibir sendiri, dah jadi ulser pulak bebas tergigit tu sudahnya. Kesiankan...

Comments

salam aishah....betul la,klu org dulu2 klu kita trgigit bibir mmg nk mkn daging la tu.
Tp skrg dah hari2 mkn daging..trgigit bibir gak :D
salam aishah....betul la,klu org dulu2 klu kita trgigit bibir mmg nk mkn daging la tu.
Tp skrg dah hari2 mkn daging..trgigit bibir gak :D
hnahdy said…
xpernah dengar gak pasal ni.. ingat makan daging tiba2 tergigit bibir
cikji said…
1st time dgr cerita camni,hihi kalau fikir logik memang takde kaitan pun
Tihara said…
haah makan daging bibir seniri le tu.. :)
Nizam.Ariff said…
to be specific, nak makan satay kajang.... hahaha
yg sy tahu tergigit tu kalau golojoh sgt makan... tak betul? hohooho
Izan Ishak said…
ohhh... ada plak ramalah camtu ye. tapi kan kalau k.izan, tergigit bibir byk kali kat tmpt yg sama mesti jadi ulser punya.
C'Jai said…
Rasa nak tepuk2 kepala kalau lepas tergiit bibir..betul lah..sakit wooooo..
Remy hazza said…
betul2... mkn daging sendiri ler tu... pastu jadi ulser... seminggu sakit.....hu3

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing