Sebab Pasangan Tidak Jujur

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Antara sebab-sebab pasangan tak/tidak jujur:

Mahu menjaga hati
Kejujuran amat penting di dalam sebuah perhubungan. Tetapi kejujuran juga boleh menjadi punca keretakan sesuatu hubungan kerana kisah silam yang mungkin melukakan hati pasangan. So ada yang bertindak berahsia dengan pasangan masing-masing demi menjaga hati pasangan.

Elak kesilapan kali kedua
Kesilapan kali pertama mungkin boleh dimaafkan, tetapi kali kedua sesuatu yg sangat menyakitkan, jadi mungkin terpaksa menipu supaya kesilapan kali ke dua dapat disembunyikan daripada pasangan. Sebabnya dikhuatiri akan menjejaskan hubungan.

Memang satu kesilapan
Memang melakukan kesilapan tetapi tidak mahu kesilapan itu mengganggu dan menjadi punca keretakan sebuah perhubungan. So amek langkah merahsiakan kesilapan tersebut.

Takut risiko
Tidak berani ambil risiko dgn berterus terang kerana takut pasangan tidak mampu menerimanya. Jadi hiduplah dalam pembohongan dan menjadi seorang yang tidak jujur.

Buang rasa bersalah
Membuang perasaan bersalah tersebut dan terus menipu pasangan walaupun pada hakikatnya berterus terang itu yang sebenarnya dapat menghilangkan rasa bersalah. Sah-sah tak jujur.

Memang Penipu
Dah memang jenis suka menipu. Tak kira siapa pun termasuklah pasangan sendiri ditipunya. Orang macam ni tak perlu cari sebab dah kerana diri sendiri memang seorang yang tidak jujur dan seorang penipu.

********************
Sebabnya semua berpunca daripada diri dan hati kita sendiri. Tidak jujur dan menyembunyikan perkara sebenar mungkin langkah yang betul untuk jangka masa pendek, tapi  untuk jangka masa panjang bila suatu hari kebenaran terbongkar, kesannya mungkin lebih parah. Mungkin masa tu hanya penyesalan tak sudah yang wujud.

Sebuah kejujuran kadang-kadang menyakitkan tetapi itulah harganya....

Comments

Zie said…
jujur sangat kadang2 terkena kita balik
Tihara said…
as salam,

itulah rencah kehidupan..setiap sesuatu pasti ada kekurangan, menandakan kita ni makhluk yang lemah ciptaan Yang Maha Kuasa...hanya pada Nya kita berserah..
Cikgu Ma said…
kdg2 perlu sedikit sj ketidakjujuran dalam hubungan,.....hmm...complicated...
salam Aishah..dlm setiap perhubungan,kejujuran adalah penting!
adaberada said…

jujur je dengan diri sendiri hehehe... jujur dengan orang agak susah. Bila jujur dgn diri sendiri, orang akan nampak kejujuran kita. Orang tu pun akan jujur jugak, ye kot hahahaha....
C'Jai said…
Nice sharing la tuan belog....seswai sangat untuk pasangan suami isteri...

baby comel said…
bercakap benarlah walaupun ianya pahit. tp.. tiada niat mahu menipu & tidak jujur. cuma keadaan memaksa.. itu yg sering terjadi dgn kita ni kan, betul tak??
Remy hazza said…
kekadang kita terpaksa menipu demi sebuah perhubungan dan juga kebaikan..........
Yaya Azura said…
maka..terciptalah istilah TIPU SUNAT ...
info terbaekk ni...
betul tu kan kejujuran kkdg mnyakitkan
tp itu la harga nya urmmm..!!
Niesa said…
kadang2 kalau kita telampau jujur pn ssh gak kan?dlm hdp ni kita mesti pandai lihat mana baik buruknya..tp kalau dlm berpasangan kejujuran sgt la penting.. =)
susah nak jumpa yg jujur..
Nens Collection said…
hahhhh..yg jenis penipu tu mmg xleh dimaafkan kan kak..kalo kerana terpaksa xpe lagik..sukar tuk maaffkan tp still boleh dimaafkan..hehe'

wahai lelaki luar sana,jgn jd lelaki yg suka menipu..bencikkk tauuu!!
Nizam.Ariff said…
kalau bermuslihat tak mengapa kut... hehehe
MulutPayau said…
Assalamualaikum dear...

Terima kasih atas prkongsian..

Kadang2 kejujuran itu amat pahit utk ditelan.....
Kazman / Sue said…
kejujuran ni memang datang daripada hati kan... kalau hati dijaga insyallah semuanya membawa kehidupan yang lebih baik...
dwaty said…
menceritakan perkara sebenar mungkin pahit tapi lagi elok dari merahsiakannya...

tp macammana kalau org tu perahsia macam saya??? huhuhuhu
Terima kasih tips ni yea.. Semoga kita tak buat macam ni..

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing