Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Yuhuu...nak kongsi resepi dengan korang semua. Resepi ni dimasak menggunakan pemanggang ajaib. Jom try buat sate ayam guna pemanggang ajaib. Tak yah susah-susah guna je pemanggang ajaib untuk bakar sate tu.

Bahan-bahan:
1kg isi ayam (dipotong kecil)
4 biji limau kasturi

Bahan perap sate:
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
5 cm halia
2 sudu besar serbuk kunyit
2 batang serai
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar

Bahan perasa:
10 sudu besar gula (kalau tak suka manis, kurangkan kuantiti gula sebab aku rasa macam manis semacam je)
200 gram gula merah
2 sudu besar garam
4 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  • Kisar semua bahan-bahan perap sehingga halus. Masukkan bahan-bahan perap dan isi ayam ke dalam beg plastik.
  • Masukkan bahan perasa dan tutup plastik. Goncangkan supaya bahan-bahan tadi campur sekata. Buka plastik semula dan perah asam limau. Kemudian seal semula plastik tadi. Goncangkan semula supaya semua bahan meresap sekata dalam ayam. Perap dalam freezer selama 1 hari (tapi aku perap dua jam je).

  • Masukkan ayam ke dalam Pemanggang Ajaib dan tutup. Masak dengan api yang sederhana. Balik-balikkan Pemanggang Ajaib dan masak sehingga garing (aku tak guna minyak pun). 


  • Sedia untuk dihidangkan bersama kuah kacang dan nasi impit..

Pstt...kalau korang nak rasa feel makan sate macam kat kedai tu, cucuk la kat lidi buluh sate. Takde keje aku nak cucuk2 ni...hehee. Oke sekian perkongsiaan resepi menggunakan pemanggang ajaib.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative