Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Boleh meroyan bila sink aka singki rumah tersumbat. Mana taknya kerja membasuh dan memasak menjadi semakin sukar. Kena basuh kat bilik air lak pinggan mangkuk periuk belanga sudahnya.

Sink rumah sewa pernah tergendala hampir sebulan. Memula aku jolok dengan getah paip dari saluran sink tu tapi air tetap tak jalan. Tersiksa tapi takut nak panggil plumber sebab risau kos yang diaorang kenakan tinggi. Sepanjang tempoh tu macam2 usaha dilakukan. Semua petua aku try.

Antaranya:
  • Campur garam, cuka dan air panas kemudian jirus kat dalam saluran tu dengan susah payahnya. Biarkan seketika.
  • Letak sabun serbuk daia dalam saluran dengan susah payah then kemudian letak air sikit dengan harapan kotoran tu akan bergerak lancar.
  • Beli clog remover. Susah payah masukkan serbuk dalam saluran tu, pastu cuak bila nampak berasap-asap dalam saluran tu. Cepat-cepat masukkan air.
Setelah semua usaha tu, masih tak berjalan air. Kakak aku cakap saluran sink tu menghala ke saluran dalam toilet. Mulalah amek inisiatif jolok saluran tu dari toilet lak. Jolok punya jolok, sambil jolok salurkan air dalam saluran tu dengan getah paip, hambik kau berketul-ketul keluar kotoran yang dah tepu dan keras.

Setelah konpiden segala kekotoran dah clear, pasang semula segalanya dan Alhamdulillah air bergerak dengan lancarnya. Yang paling best sink kat bawah tu tak payah bergam2 macam penyewa sebelum ni  buat.

Kesimpulannya mencegah lebih baik dari membaiki. Kalau nak baiki silalah cari punca sebenarnya dan jangan sekadar nak selesaikan masalah dengan cara yang mudah tapi ke depan menyusahkan. Harap je lelaki tapi kerja plumber pun tataw. Ada ke main gam macam tu je padahal kalau smooth tak payah gam pun takpe. Haip buat aku membebel je.

Sebenarnya ada niat nak beli satu benda alah ni.....senang nak suruh dia tolak sisa2 kotoran yang menyumbatkan air. Nama dia aku tak pasti mana satu. Ada yang panggil snake drain sink, snake remover la, plumbing snake. Apa-apa je la yang aku tahu kegunaannya untuk mudah kerja plumbing melibatkan sink tersumbat. Maklumlah sink tukan saluran dia bukan lurus pun, senang la guna menda alah ni. Nak tahu rupa dia silalah google....

Eh petua ke aku bagi ni? Ni lebih kepada maintenance kot....
(autopublish)

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative