Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Nak petua tak? Ni petua turun temurun mak aku. Nak share cara hilangkan rasa gatal gulai keladi. Selalu kalau masak gulai keladi ataupun kemahang (kembahang) kadang2 terasa gatal di lidah terutama kalau tak pro masak macam aku ni le. Selalunya kemahang la yang lebih terasa gatalnya, keladi jarang nak gatal. Keladi macam dalam picture kat atas, kemahang lebih kurang la tapi lain cikit.

Tak nak gatal, masak gulai keladi tu pastikanlah cukup masamnya. Selalu aku tengok mak aku letak asam gelugur (keping). Asam yang cukup selain masakan sesedap rasa, boleh mengurangkan rasa gatal keladi tu. Pastikan juga gulai keladi dimasak agak lama, kalau masak sekejap selalu memang akan terasa gatal dia.

Kalau tak jalan semua cara tu, try cara ni-Insyaallah selalunya menjadi. Ambil buah pinang yang dah dikopek (kupas) dan letak la dalam gulai keladi kita tu. Jangan la letak sebijik pulak, amek la 1/4 atau separuh je ikut banyak mana korang masak gulai keladi tu la. Masak je bersama pinang tu. Fungsi dia menyerap rasa gatal keladi tu la gamaknya.

Baru2 ni anak buah mesej, 'mak su macam mana tak nak bagi gulai keladi gatal?' So aku sharing la dengan dia petua kat atas.

Dapat mesej, kata dia sebelum ni dia celur keladi dulu. Tapi lepas dapat petua aku bagi tu, dia yakin tak celur dulu terus je masak. Pastu letak pinang sikit. Langsung tak rasa gatal dan yang bestnya terasa rasa keladi, manis je kata dia sebab sebelum2 ni depa celur dulu keladi tu sebelum masak.

*******************

Aku: Terbayang2 keenakan gulai keladi, kalau kat kampung bila2 rasa teringin, order je suruh mak masak. Tak makan dengan nasi dah, makan dia saja je pun jalan.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative