Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Memang rasa geram kalau goreng ikan, ikan tu boleh pulak dia melekat kat kuali. Kalau tak balikkan hangus pulak ikannya. Kalau balikkan, boleh hancur ikan tu sebab melekat kuat kat kuali.

Ada orang cakap kalau kuali tu guna untuk goreng nasi kemudian guna pulak untuk goreng ikan memang la akan melekat. Ada pulak orang cakap basuh kuali guna pencuci pun akan buat kuali melekat. Eh tak guna pencuci, tak bersih la kuali, ye dak.

Aku abaikan je sebab kat rumah sewa ada satu kuali je, so multipurpose la. Goreng nasi, goreng mee, goreng ikan semua kuali yang sama. Cuma make sure dibasuh bersih je.

Cara elakkan ikan melekat kat kuali, pastikan kuali tu dibasuh sebersihnya. Pastikan juga ikan cukup garing sebelum dibalikkan.

Kalau ikan melekat juga boleh cuba petua/cara ni:

  • Ambil kulit bawang dan campak dalam kuali bersama ikan tadi. Selalunya menjadi cara ni. Ada apa dalam enzim kulit bawang tu sampai boleh buat ikan tak melekat aku pun tak sure la. Yang penting menjadi.
  • Kalau dah campak kulit bawang tapi masih melekat, eloklah tutup je api. Biar minyak sejuk. Dah sejuk baru balikkan ikan tu, dan garingkan side sebelah lagi pulak kalau tak nak ikan tu hancurlah.
************************
Tak nak ikat melekat, belilah pemanggang ajaib. Panggang je ikan tu, jimat minyak, dapat jaga kesihatan. Nak beli online boleh order kat blogger  ♥♥azatiesayang ♥♥.

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative