Wednesday, October 10

Menderita Sakit Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Aku ada seorang kenalan yang menderita sakit dah hampir tiga tahun lamanya. Puas berubat ke sana  ke mari dalam usaha dan ikhtiar menyembuhkan penyakit dia. Mula2 tu asal orang cakap ada orang boleh berubat dia pegi je mencuba, tapi lama2 dia sedar nak cari pengubat ni pun bukan sembarangan orang je. Kena pastikan pengubat tak guna perantara lain, kena berlandaskan Islam.

Sakit dia ni aku pun tak pasti jin atau apa. Tapi pengamal perubatan kaitkan dengan jin. Dia selalu rasa tak sihat, sakit berdenyut2 kat bahagian perut, badan selalu berangin. Senang cite sakit satu badan la. Kadang2 dia macam kerasukan juga.Meracau2 terutama kalau bersalam atau bertentang muka dengan orang yang rajin solat, mengaji al-Quran. Memang dia akan marah2 maki orang tu. Bukan dia tapi 'benda' tu la kan.

Dia dah jumpa doktor dan ke pakar jalani segala ujian tapi doktor sahkan dia sihat, tiada penyakit yang berbahaya. Ke hospital kerajaan pergi, ke hospital swasta pun dia pergi.

Dengan aku dia oke je, hehee nampak sangat amalan aku tak cukup. Abaikan.... Hikmah daripada sakit tu, dia lebih beramal dan ingat Allah. Belajar sembahyang taubat, hajat dan sebagainya.

Cerita dia lagi kadang2 lepas solat taubat, hajat dia akan muntah darah, muntah kuar macam2. Aku tak pasti elok ke tak, tapi menurut dia, ada orang kata elok bisa penyakit keluar. Dia macam sentiasa je sendawa, berangin badan. Cepat penat dan mengah bila buat sesuatu tu. Cepat marah terutama dengan anak2 dan suami dia.

Dekat tekak dia macam sentiasa ada lendir, kahak (tak pasti) yang buat rasa tak selesa. Nak bernafas pun macam tak cukup nyawa orang cakap.

Dah banyak duit yang habis berubat sana sini, mujur suami dia seorang yang penyabar. Next2 entry mungkin aku akan share kisah dia berubat dengan pak engku. Aku tunjuk jalan dan sempat tengok sikit je, ada hal tak sempat nak tunggu sampai siap.

Kepada yang sakit macam ni, jangan putus asa, banyakkan bersabar, jangan berhenti berubat dan menyerah.

19 comments:

Nens Collection said...

Ya Allah beratnyer ujian kalo kene gangguan camtu..nauzubillah mintak dijauhkan..huhu

saya pon amalan x bape nk byk jgak kak..hehe

cikji said...

my bro dulu pun mcm tuh jgk,sampai bdn kurus kering tak larat nk jln.berkali-kali g check hospital tp DR ckp xde pnyakit,pergi bomoh,penah jgk muntah mcm kluar darah mcm tu. lastly baru tahu dia kena tibi harap kronik dah.tp skg Alhamdulillah dia dah sihat walafiat.

nuyui a.k.a miss YUI said...

sakit cmni mmg besar dugaannya.. insyaALAH pasti bertemu dgn pgmln ubt yg baik kan.

Remy hazza said...

semoga sahabat tuan hamba cepat sembuh dari segala penyakit mahupun perbuatan sihir...amin

Kakzakie said...

Sesunguhnya jin dan syaitan memang ujud sebagaimana ada dalam al-quran. Tapi sayangnya masih ada umat manusia yg menggunakan syaitan dan jin sebgai sahabat.

Moga teman Sya tu terus berusaha utk mencari penawarnya..

Nafira usof said...

nanti share lah kat mana kawan tu berubat yer~

Ujie said...

kesiannya..lama menderita. nampaknya ada jin yg suka menempel kat dia. mmg makan masa nak pulih sepenuhnya ni.

semoga dia diberi kesembuhan oleh-Nya.

Kesuma Angsana said...

tq share yek

ieda said...

aduhh dikk
kesiannya kawan adik tuu
banyakk kann bersabar lah dia kan
dugaan allah nie
ada ayat utk elak kena macam nie .. minta selisih lahh huhuh

wahida said...

ish...scarynya...

nnt share rawatan pak engku tu yer...

-meeSUPERGIRL- said...

dah mcm kne santau je nih .. ad tu org dgkin ke ap. tp tatau lah betul2 kne santau atau tak .. yg penting minta pada Allah SWT .. jmpa org2 alim .. ustaz2 .. yg boleh sembuhkan dy dg mggunakan ayat suci al quran ... insyaallah dy akan sembuh ...

Izan Ishak said...

k.izan takde pengalaman berhadapan dgn org yg kena sihir ni. tp kalau tgk tv mmg rasa seam sejuk juga.

moga kawan aisyah tu terus kuat semangat n tak putus asa utk cari penawar yg terbaik.

dEdEQ dE wIshEs said...

SUBHANALLAH .. MINTAK JAUH .. TKUT SGT .. N SAKIT ..

Sanji Ngatmi said...

untuk kawan blogger baik aku ..

Tag tiga rakan blogger untuk membuat esei sama bertajuk 'Esei: Perilaku anak Malaysia dulu sehingga sekarang'. Linkkan jawapan ke ruangan komen blog ngatmisanji untuk memenangi hadiah bernilai RM300. Tarikh tutup sehingga 19 Oktober 2012.

Sanji Ngatmi said...

astagfirullah .. sama-sama beristigfar

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam aishah...semoga kawan tu kembali sembuh seperti sediakala...takut gak klu jadi camtu ya.

puteri kasih said...

harap kawan aishah tabah menghadapi dugaan ini dan semoga dia sembuh nanti :)

Asrul "iLham" Sany said...

semoga dijauhkan gangguan seperti ini... amin...

Tihara said...

moga dia cepat sembuh dan jauh dari gangguan jin dan syaitan terkutuk tu..dugaan hidup dia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...