Manusia yang Pelik

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pelik kenapa hidup ni mesti nak fikirkan perasaan orang lain. Perjalanan hidup setiap orang tak sama, tahap ketahanan diri setiap orang tak sama, kepercayaan setiap orang tak sama, banyak benda yang tak sama untuk setiap orang. 

Sebab tulah ada orang miskin, ada orang kaya. Ada orang pemalu ada orang tak tahu malu. Ada orang pasif ada orang aktif.

Tapi...semua tu boleh berubah, sebab manusia hidup mesti mencuba berubah untuk menjadi sebaik yang mungkin. Bukanlah  nak suruh redha je dan takde inisiatif, tapi kadang kala keadaan tak menginginkan apa yang diri hajati.

Persekitaran mempengaruhi diri sedikit sebanyak menjadikan siapa diri sendiri sekarang. Orang sekeliling turut terlibat dalam mencorak diri sedikit sebanyak. Kadang-kadang diri ingin menjadi sebaliknya tetapi tak berdaya mengubah corak yang sedia terpalit.

Berat mata memandang, berat lagi hati yang menanggung. Bila kekecewaan sudah sebati dalam diri, tidak bererti diri sudah mengalah. Dalam banyak-banyak kekecewaan, hati sangat terhempas dengan sikap orang terdekat tiba-tiba menjadi pendesak dan tidak memahami. Sedih bersisa di hati walaupun di wajah ceria menghiasi.

Mungkin ujian ini tidak sebesar mana, tapi ianya buat diri lebih memahami perasaan orang lain, kesusahan orang lain. Apa yang ditafsir oleh si mata tak semestinya betul, bahagia di mata tak semestinya si hati merasa bahagia.

Kesusahan diri...untuk apa dipertontonkan. Hidup tetap perlu diteruskan agar nampak sempurna di mata orang sedangkan cacat di suatu sudut. Air mata peneman setia, apa yang ada di sudut hati tetap berada disudut hati. Biarlah hanya Dia yang memahami.

Biarkan mereka dengan pandangan mereka, mereka manusia pelik. Kau pun manusia pelik. Semua manusia memang pelik?

Hanya Sekadar Nukilan Rasa...tidak ada kena mengena dengan sesiapa.

Comments

Sanji Ngatmi said…
hormat

tak perlu pikirkan orang lain

cuma hormat
wahida said…
lain org, lain ragam...


kenapa ni dear?
Kazman / Sue said…
memang betul tu... pandangan orang dengan pandangan hati amat jauh berbeza... hanya yg empunya hati tahu tahap mana sesuatu perkara tu...
lain org lain caranya kan sis..

Nur farahiza said…
kena bersabar menjalani perjalanan hidup nie :)
cikji said…
betul dear,bahagia di mata xsemestinya bahagia di hati. tp Insyallah kita akan selalu bahagia kerana kita sedar ALLAH sentiasa ada bersama kita.
Cikgu Ma said…
kdg2 kepelikan tu unik...
Khalilah MNor said…
Tu la... bila dtg bab menilai org tertentu dgn membuat perbandingan terlampau, sesuatu yg tak perlu pun sbnarnya... Kekuatan diri masing2 sgt berbeza. Yg baik, kita ambil iktibar. Yg buruk kita jadikan sempadan... :)
Ujie said…
Moga nukilan rasa ini melerai serabut dijiwa..senyumlah walau terpaksa. ^__~
ieda said…
ye dikk
semua manusia x akan sama
sbb itu adanya neraka dn syurga ;)
Lia Irdelia said…
like..!..
bila menulis dari hati,
seolah2 pembaca dpt berada di tempat penulis..
C'Jai said…
Selalu je nak fikir apa kata orng walau pun selalu ingatkan diri kalau nak pikir apa kata orang satu kerja pun tak jadi nanti...tetap nk pikir juga..
Remy hazza said…
manusia pelik ada dimana mana...... kekadang susah duduga...depan lain , belakang lain.....
kena sentiasa waspada tau!!!
Rodiah Amir said…
Pandangan Pencipta yg lagi utama..manusia tu kita xleh control..
syiela said…
sabar dan moga tabah ye... biarkan apa kata mereka..
Tihara said…
as salam,

kadang2 kena jugak fikirkan orang lain sbb takmo kecoh...hidup oh hidup
terima kasih nukilan ini. penuh bermakna.
Kancil 8349 said…
setuju dengan kenyataan Sanji tu.,.
nn lylyn said…
hmmm..xtau nk tulis ape =)
cerita best said…
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
Kakzakie said…
Begitulah dikatakan manusia tak ada yg sama, rambut pun dah warna-warni dah sekarang ni...
Kunang-Kunang said…
Biar kita saja yg tahu apa yg terpendam di hati. Daripada bercakap yg akan melukakan perasaan orang labih baik diam.
aku HaniAsyira said…
pandangan org lain2.. betul kan..
Azlan Strider said…
betul tu..dan elemen2 tu laa yang membuatkan hidup manusia nie unik..hehehe

Regards,
-Strider-
noraauliyya said…
penuh dengan maksud yang tersurat dan tersirat.
HeNRieTTa JoSe said…
setuju...sangat setuju....dengan quote dalam gambar tu....
Koding said…
Perasaan sendiri dan perasaan orang-orang yang dekat dengan kita dan perasaan mereka yang lain sesama islam...
perlulah dijaga untuk menjaga silaturrahim...
puteri kasih said…
suka dengan kata-kata dalam entri ni..be strong :)
Yaya Azura said…
kita biasanya mengharapkan yg terdekat untuk memahami..
tapi tak apa la dik..perasaan kita,hanya kita dan Dia yang tahu..yang faham..jadi hanya berserah dan mengadu padaNya
Wak Gelas™ said…
wak pon kadang2 pelik jugakkk.. ahakkSs
Remy hazza said…
kepelikan manusia berbeza...... tapi biar pelik dari menjelikkan.....

Popular posts from this blog

Cara Delete Akaun Facebook

Cara Deactivate Facebook

Peribahasa: Saudara Anjing