Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Ada orang tu, mengaku tak pernah sekali pun cium anak dia. Daripada si anak kecik sampailah dah besar, tahu nak marah2 je ada la lagi kat si anak tu. Kesian jadi anak diakan, tak lengkap kasih sayang tanpa ciuman daripada seorang ibu yang melahirkannya. Kot la mak tiri ke, mak angkat ke.

Cium bukanlah cium macam orang barat dok buat tu. Tu cium mulut ke mulut, tak senonoh dah tu. Cium la kat dahi ke, kat pipi ke, ubun2 ke dengan penuh kasih dan sayang.

Pelik jugak tu bila seorang ibu mengaku tak pernah cium anak dia sekalipun seumur hidup. Sedangkan si ibu kucing pun cium anak dia, belai (jilat) anak dia dengan penuh kasih sayang. Ni ibu manusia tak nak cium anak sendiri.

Dalam Islam, mencium anak pun boleh dapat pahala. Pahala free tu, sapa tak nak memang rugi la. Pernah terbaca kalau cium anak sendiri, pahala setiap ciuman tu dibalas dengan satu darjat syurgaNisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Ni janganlah bila dah bercucu baru nak cium cucu sedangkan anak sendiri masa kecik2 dulu tak reti2 nak cium. Silap haribulan si anak menurun perangai pulak, tak rasa nak cium anak sendiri. Dah satu family turun temurun buruk perangai.

Cium anak ni biarlah dipupuk daripada si anak tu kecik lagi supaya tak timbul perasaan segan dan malu even mak ayah cium dikhalayak ramai pun. Rasa bangga lagi adalah, mak ayah aku sayang aku. Tak gitu. Ni tiba2 dah besar sikit baru nak ajar cium, buang tebiat ke apa. Mau laju2 si anak larikan muka dia mengelak daripada dicium.

Cium la sejak rebung bukan bila dah jadi buluh....Moh cium anak sendiri... Aku cium anak kucing je la... Hik3..

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative