Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Blogger noraauliyya dan Sanji Ngatmi ada tanya yang dalam picture atas ni kucing ke. 

Masa kat tempat ni, sebenarnya aku pun konpius ni kucing ke bukan kucing. Sebab ada la sorang mamat tu cakap tu anjing (memang ada rupa anjing pun). Memang dia buat aku serba salah sebab aku punya selak(semangat) nak pegang meow ni ikot jaring tu le. Tapi aku pegang je jugak. Aish saje je mamat tu nak buat aku rasa serba salahkan.

Kucing ni tak berbulu. Kulit dia elastic je rasa, sape pernah pegang baby rabbit? Baby rabbit yang kecik lagi takde bulu tu. Ha camtu la rasa kulit si meow ni.

Kucing ni asal usul dia dari Rusia. Kat Rusia nama dia Don Sphynx. Tapi kat Canada pun ada dikenali sebagai Canadian Cat. Tah le aku tengok hampir sama je. Yang penting keturunan Sphynx le. Mungkin yang dah dibreed (mutasi genetik) kot. Dia sama ada jenis yang berbulu sikit dan langsung tak berbulu. Bulu diaorang ni pun ada pelbagai warna macam kucing lain jugak...

Layan picture geng Sphynx yang tak berbulu ni..Aku direct URL dari google images je... 






Ekor dia macam tikus le....macam anjing pun ada.  Erm tengok baby meow ni macam patung pun ada. Geram je rasa nak penyek-penyek je.

Apa rasanya kalau peluk meow tak berbulu ni?  Owh macam tak best je... Lebih syok peluk meow kampung yang pernah aku bela dulu kot.

Nak info pasal meow ni leh la google....banyak info pak cik google boleh bagi.. Antara info aku jumpa pasal kucing Don Sphynx yang berwajah monster. Bila baca artikel tu, wajah monster tu sebab rupa Don Sphynx yang mirip makhluk angkasa lepas dalam cerita Hollywood. Macam ET dengan Gremlin. So memang tak comel la berbanding meow lain. Eh cian dia, aku tengok comel je jugak....

Related Post :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google Analytics Alternative